Tuesday 22 May 2012

Kcal: Salad and folder..



Macam mana nak kira tenaga yang diperlukan oleh badan? Tenaga adalah kalori, kalau berlebihan ia akan jadi musuh tapi kalau tak cukup pun tak bagus juga. Jadi aku kena pastikan aku ada cukup tenaga/kalori untuk aktiviti harian. Jadi nak tahu berapa banyak yang diperlukan:
Berat badan x 3: 90kg x 3 = 2700 kcal
Aku tolak 1000 kcal sebab nak diet, jadi yang diperlukan ialah 1700 kcal saja setiap hari. Kalau cuma ada 1200 atau 1500 kcal, mungkin tidak begitu cukup untuk tugas harian (kita akan berasa letih atau cepat lapar). Doktor kata cuba dengan 1700 dulu. Sambil itu kena reduce juga dan macam mana nak reduce, kira kalori setiap makanan dan lakukan senama di gym..



Makan ni...tempted gila...sebab ada banyak salad. Aku prefer fresh salad sebab kalau pilih green leaf, kena masak,..tu yang aku allergic, nak masak! Kalau masak, kena masuk dapur, bila masuk dapur, nanti banyak pula yang aku berangan nak masak..haishh sangat tak boleh menahan atau mengawal nafsu makan. Jadinya baiklah aku jauhi kitchen di rumah ini...itu adalah pita bread and salad yang dibuat sendiri..lebih murah, lebih jimat dan confirm bersih..!
Eeehh...apa ni? Cuba teka? Aaahh mesti dah boleh agak apa benda dalam foil aluminium ini kan..ini adalah stok makanan aku untuk lima hari, satu untuk setiap hari. Apakah di dalamnya? Ok refer to the title of the entry...pita bread and salad. Nak makan salad saja melampaulah pulak dietnya kan, nak makan pita bread saja, hello mana boleh...tak cukup zat langsung. Jadi aku kena modified, kira tenaga sana sini dan mix and match dressingnya supaya kalori tidak melebih 1,500 untuk setiap hari.
Dulu aku tak pernah concern mengenai pengambilan kalori dalam setiap makanan yang diambil. Aku kira kalau makan sikit, maka kalorinya sikit dan kalau makan banyak, kalorinya banyak. Walhal ada certain food yang kalau diambil banyak pun, kalorinya tetap sedikit dan tidak memudaratkan badan manakala ada juga sesetengah food yang kalau ambil sedikit pun, kalorinya banyak..ngeri sehhhh! Jadinya adalah penting untuk melihat label pada bahagian belakang plastik pembungkus sebelum membeli sesuatu jenis makanan. Dan pastinya aku kena nyah jauh-jauh makanan kegemaran iaitu goreng pisang. Kalau ex boss aku offer pun lepas ni aku kena buat muka sombong sebab nak tahan nafsu makan supaya tak ambil goreng pisang yang dia offer itu...cemane nak buat ni, ex boss selalu ajak aku makan, kalau dia tak dapat ajak aku untuk breakfast, dia mesti usahakan supaya aku ada masa lunch..hmmm...susah kalau jadi staff kesukaan walaupun dah jadi bekas boss kan...cehhh (mak perasan nyah...sila jangan jelesss..kikikki)

Pandangan dari sudut hujung, tak mengujakan langsung..tapi cer tengok bawah..haaa telan air liur le korang. Jangan tipu, aku tahu korang mesti dok teka macam mana rasanya bila dapat gigit dan kunyah kan..kehkehkeh!
Sebelum diroll..lepas roll terus wrap dengan foil dan masuk peti ais supaya quality salad tu terkawal. Oh ya kalau beli salad fresh dan disimpan secara kedap udara, it last long until a week atau lapan hari. Tengok juga keadaan kalau ada yang lebam, buang saja.
Boleh apply butter free cholesterol atau letak olive oil sebagai skin untuk mengelakkan ia kembang kerana salad itu mengeluarkan wap apabila disimpan di dalam peti ais..
garden salad ini ada jual kat market, RM5.50 satu bekas. red and green salad..balance vitamin for body..
Chicken floss buat sendiri,.boleh guna salmon atau tuna dalam tin tapi baunya sedikit hanyir..
Chicken floss buat sendiri,. I suggest u all guna breast or drumstick, pastikan tiada sebarang unsur lemak dan masa nak buat floss tu, pakai plastik untuk mengelakkan ia cepat basi kerana tangan/jari kita mengeluarkan enzim walaupun kita nampak ia kering. Enzim itu adalah sesuatu yang bagus dan tidak memudarakan tapi apabila ia bercampur dengan makanan, kesannya akan jadi sebaliknya, makanan cepat rosak. Jadi, cleanliness is no 1 when u deal dengan barang basah seperti ayam atau ikan...

29 comments:

  1. salam LW..

    Allahuakbar! tak sesia masuk sini pagi 1 Rejab ni...banyaknya informasi dan tips...

    setuju ttg cleanliness tuh! thanks dear!

    ReplyDelete
  2. salam LW,

    wahh sedap..sedap..sedap..
    LW..dah alang2 nak berdiet..mari lerr kiat berpuasa..
    by the way.. untuk keep track your calories intake agar tak terbabas.. try guna myfitnesspal.. insyallah akan membantu.. nak cukupkan 1700 cal tu sebenarnya bkn senang esp bila dah start ambil healthy food..so kira bley mkn byk juga tu..heheheh..
    anyway good luck.. chiayok!!!

    ReplyDelete
  3. dah lupe cane nak kira kalori.. subjek bio ni kan.. owh.. sume nye sayur so takde terliur sangat <-- jenis tak makan sayur =P nak turun 1000? banyak tu.. ape pun gud luck!

    ReplyDelete
  4. Kak, nape akak bt sekali byk mcm tu? Fresh lagi tak tu kak?

    Dulu ms sy preggy, sy pun kene diet sbb sy ade diabetes ms mengandung. Bygkan sy thn mkn. Argghhh!

    Klu mkn kentang rebus, jejas diet tak kak? Klu akak lebihkan protein dgn sayur, mcm ne? Mgkn makan ikan byk ke? Mgkn salmon rebus mkn dgn sayur rebus? Pastu sos die gune olive oil dgn susu skim? Klu lapar, akak nak kunyah ape? Org kate, klu lapa pastu jadikan buah as snack selalu pun tak elok sbb buah ade gula gak. Klu mkn hi-fiber cracker? Ok tak kak?

    ReplyDelete
  5. owh..baru tahu
    mcm sedap je..kat apt ni ada jual chic n roll..lebih kurang mcm tu la rupa dia tapi bukan salad la

    sejak dua menjak ni suka makan salad
    agaknya dah sedar badan makin kembang
    huhu

    ReplyDelete
  6. nampak sedap lak aih pagi2 ni.. ni diet lah ei.. moga2 berhasil.. chaiyo2!!

    ReplyDelete
  7. Salam Kak Q,
    Thanks for visiting me today. 1 Rejab kan..saya puasa..insyaAllah. Yeah sist kalau deal dengan makanan memang tak boleh compromise punya, tak kisahlah orang kata cerewet ke apa, kena pastikan yang dimakan bebas daripada semut terutama kerana makanan yang bersih menyumbang kepada pemikiran yang positiv kan kak...:)

    ReplyDelete
  8. Blu4sky,
    Yerp yerp kita memang puasa hari ini, harapnya boleh bertahan (mesti bolehh!!) sebab kita cuma ambil beberapa biji dry kismis saja pagi tadi before subuh. Ingat nak sahur tapi terbabas kan..tapi sebab dah niat, kita proceed dan capai apa yang patut. Myfitnesspal? Ok nanti kita cuba..betul sangat u, nak cukupkan 1700 tu nampak macam senang tapi bila kita dah tahu macam mana nak kira kcal, semua jadi berhati-hati dan mesti nak cek dulu berapa energy dalam food yang nak dimakan tu...

    ReplyDelete
  9. Kay_are,
    Kalau tak silap akak doktor beritahu macam tu lah nak kira kalori. o ye akak kena reduce 1000 dan nak kurangkan lagi so akak kena pilih food yang betul2 solid dan high fiber saja untuk menampung keperluan diet eg; guava, kiwi dan epal..kalau food lain macam pasta, pun kena berhati-hati juga. nasi (carbo) memang akak cut habis!

    Err nape tak makan sayur? Sayur le sedap dear..:)

    ReplyDelete
  10. Pok Amai Amai @ Mommyfara
    Akak terfikir juga pasal freshness tu, tapi tak pe ini adalah 1st week so kira macam trial and error. Setakat hari ini masih ok texture sayur dan ayam, akak kontrol suhu frigde dan simpan dalam bekas kedap udara. Lagipun folder pita tu sesuai untuk cold portion. Kentang rebus tu ok tapi tak boleh ambil banyak sebab tinggi kalori, maybe suku atau paling banyak pun half should be ok. Thanks Farra for your concern...

    2nd week nanti akak nak buat diet protin dan sayur. Nak guna salmon sebab salmon lebih murah berbanding kembong atau tongkol..haaa tetiba makan salmon la pulak kan...hikhikhik. Tapi kena tahu cara masak..tungguuu...ada resipi special. Olive oil dengan susu skim tu satu idea bagus. Kalau lapar akak sediakan epal as snek. Ada juga gula-gula (prepare for the worst) sebab akak ada diabetes so kalau sugar level tiba-tiba drop akak boleh cover dengan gula-gula tu.

    O ya Farra, epal still ok as snek sebab gulanya tidak banyak seperti pisang atau anggur. Pisang, anggur, durian, rambutan, manggis dan mangga akak kena avoid sebab gula sangat tinggi. Another fruits macam kiwi, strawberry, avocado, percimon, tomato dan plum tu sangat boleh tapi tak mampu la weii itu kan buah mewah..mwahahaha!

    ReplyDelete
  11. Irfa,
    bagi sapa-sapa yang suka sayur atau salad memang yummy lah vege folder dengan salad tu..saya suka sebab salad tu crunchy, letak cherry tomato sebiji dua so ada rasa manis-manis sket dan sos tomato tu buat rasanya tambah meletopss...dulu saya suka beli sandwich Subway tapi harganya tak munasabah dan hanya untuk sekali makan, jadi lebih baik buat sendiri...boleh letak salad banyak mana kita nak...Irfa punya tempat kerja mesti makan best-best kan sebab ada banyak choice tu..

    o ya salad boleh makan banyak, no limit! :)

    ReplyDelete
  12. HaniAsyira,
    A ahh diet la dear...terpaksa diet sebab dah terlebih berat...gedabak dah...hehe...best apa diet..walaupun bukan untuk cantik, kita nak hidup lama kan...ye lah nak blogging dengan u all...heeee:):)

    ReplyDelete
  13. salmon lebih murah berbanding tongkol or kembung? seriusly?? *buntang bijik mata sebab daku tak percaya*

    tapi still i tak makan jugak salmon...

    cuba try ikan kod stim ..eh lupa u tak boleh masuk dapur..kang mcm2 hal u masak...

    i pun nak try diet jugak lah... setakat hari ini, makan nasi untuk lunch, malam makan burger.. bhahaha..diet menda tu?

    apapun teruskan usaha murni u tuh...

    ReplyDelete
  14. Nenet Penne @ NP,
    Muehehe ya la u salmon lebih murah dari kembong...akan tetapinya ia bergantung kepada kebijaksanaan kita semasa membeli. Penjual ni pun hangky pangky juga, kalau org tak ramai dia turunkan harga ikan, bila orang ramai itu jam juga macam wall street reganya..

    Aaaa u nak diet? Ala jangann la...u nak diet apa lagi...tak yah...jangan diet, biar i jer mengikat perut (ikut perut tapi tabung simpanan kita mengembang...hehe kan ke kita nak makan angin...bhahahaha ingat tak?)

    Ok kalau jump ikan kod i cuba nanti sebab minggu kedua i nak buat invention dengan ikan pulak...

    ReplyDelete
  15. mak. buat kan abang satu. walaupun tu makanan siihat, tp nampak macam sedap

    nak!

    ReplyDelete
  16. Abang Zam,
    Ye memang sihat dan sedap, sapa-sapa pun bleh buat sebab sempoi..easy and cheap mehh...meh windsor meh..bleh makan bebanyak..hik!

    ReplyDelete
  17. ada part2 yang perlu dan memaksa i untuk mendietkan diri i...

    bila u sebut pasal makan angin tu, terus hati i sayu... sayunya tengok tabung gajah tak penuh2... ada je menda yang terjadi membuatkan ianya hanya sekadar impian yang tak mungkin akan jadi kenyataan....

    RM10 ribu round the world... mesti mestiiiiiiii.....

    ReplyDelete
  18. Nenet Penne (NP)

    U dah ok actually, figure tu dah sesuai dengan ketinggian u..macam i ni dah sah le gedabak..

    I pun berangan je lah nak tunggu tabung penuh...ntah bila le kan...nak tunggu orang belanja tiket, orangnya tak muncul-muncul..mwahahaha...tak pe..mesti! mestiii!!!

    ReplyDelete
  19. diet? aku tak pernah berjaya hehehe.. mesti terbabas gak :p

    ReplyDelete
  20. Nong Andy
    Kau tak perlu diet sebab kau dah slim mlim..muehehe.

    ReplyDelete
  21. berusaha lah sis....semoga berjaya.

    macam sedap jer roti pita salad tu, mirip menu mekdi la

    ReplyDelete
  22. salam LW

    cite pasal pisang goreng tu , mmg tulah makanan yg banyak kalorinya tanpa kita sedari, lagi pun kalau makan sekeping dua mana cukup hahaha

    dulu bapak hantu makan pisang goreng hinggakan makan mee rebus ulam dengan pisang goreng, makan mee bandung pun ulam dgn pisang goreng, lama2 tak boleh jadi ni pasal lemak makin banyak menempel kat badan hahaha

    dah hampir 4-5 tahun bapak tinggalkankan tabiat tu hehehe

    sekarang bapak dah dapat mencapai kembali berat badan yang ideal , bukan apa , utk kebaikan diri juga dan juga kesihatan kita dan paling best selesa duduk ketika melakukan ibadat

    ReplyDelete
  23. salam sis.

    tinggi sangat ayat kak ni sampai tak mampu untuk sy hayati..apapun salam kenal,insyallah lain kali sy fahmkn diri yang tak fhm2 tentang pemakanan seimbang ini..hehheee

    ReplyDelete
  24. Telor Power,
    Yerp..memang sedang berusaha cuma aku ni otai sikit bab nak pi gym tapi kalau pi swimming aku nak jer cuma masa la pulak jeles dengan aku sebab swimmping pool agak jauh dari office...

    err memang salad pita tu aku tiru chicken folder McD...hehehe...McD punya memang sedap sebab ntah berapa banyak msg depa taruk...yang aku buat sendiri free msg..

    ReplyDelete
  25. Salam Bapak @ Rezeki
    Alhamdulillah bagus bapak berjaya, jadi kalau Bapak boleh buat, saya pun mesti boleh buat juga. Paling penting bila nak beribadat tu kita selesa untuk duduk, ruku’ etc kan. Satu bonus jugalah kalau kita boleh jogging dan melakukan exercise lain...

    Waahh sangat taksub dengan goreng pisang ya? Samalah...saya boleh makan setiap hari, kalau beli petang...makan tak habis..simpan lagi bawa makan malam sama ayaq kopi. Esok pun tetap nak juga makan lagi dan lagi...haha memang goreng pisang tu killer habis la junk food lain tapi sejak dua tiga minggu ini saya sudah menjadikan goreng pisang adalah ‘musuh’ yang perlu ditentang habis-habisan dan akan mengambilnya sekeping saja hanya pada hari minggu. Paling mujarab saya tak lalu kawasan yg ada jual goreng pisang...sampai giteww...kalau ada sapa2 nak ketawa, lantak le...ini perjuangan saya untuk kali ini, ada banyak lagi perjuangan!

    ReplyDelete
  26. Woofer Storm,
    Ala mana ada tingginya dik..sempoi jerr..okeh len kali mesti faham punya...kan kan...:)

    ReplyDelete
  27. dulu pernah try untuk jadi lebih prihatin dengan kandungan kalori dalam makanan,tapi lama lama tak leh nak keep up...aaa...jalan jer la..nanti pikir.!kehkehkehhh

    ReplyDelete
  28. Mr Clive,
    u tak de masalah berat badan tak pa..carry on je lagipun u masih muda, metabolisme rate still high and the process of calory burn tu cepat...macam i ni dah berusia so metabolic turn down and the process turn slowly...:)

    ReplyDelete
  29. What I do now is eat and eat and eat...without concerning! Oh man..... I'm doomed! Mwehehe

    ReplyDelete

Retorik ayam dan cornflake di Secret Recipe

  Nak makan ayam, ada seninya: Ayam masak sempurna Tak ada ketulan lemak Tak ada bau hanyir Garing Cukup masin manisnya So.. C...