Saturday 26 May 2012

Mengkudakan seekor kuda...hehe!

Colmar yang cantik..nak pergi Colmar di Peranchis tak cukup duit ok, kena cari penaja dulu..so aku lawat Colmar sini je lah...tu pun atas invitation. Kawasan hawa sejuk yang dibina khusus sama seperti pekan kecil Colmar di tempat asalnya di Peranchis. Cuba bayangkan pekan itu seperti pekan buatan dan segala-galanya indah..dan kebanyakan pengunjungnya pun adalah bangsa kulit putih..
Gambar diambil pakai camera compact...hasilnya sedikit kelabu...
Inilah kuda yang kononnya tak akan mengamuk kalau penunggangnya adalah perempuan...ceihhhh kuda pun tahu memilih...tengok tu..tunduk je kontrol handsome...
Naik bas, motosikal, tut tut, hehlikofeter (anak buah aku pelat sebut helikopter macam ni), kapal terbang, keretapi, lori, van, virago, harley, beca, kuda, feri, bot, sampan, rakit dan apa lagi ya, naik rimau?? ehh mana ader...semua ini aku rasa oleh sebab tugas ketika kerja.

O ya jet pejuang belum pernah cuba, kapal selam pun tak berkesempatan nak rasa. Ok..fine at least banyak juga pernah try..daripada takut naik kapal terbang aku dah jadi ok. Begitu juga dengan kuda, tak terfikir pun nak tunggang kuda memandangkan berat aku sama macam kuda kot tapi bila coach kata seekor kuda boleh membawa beban sekali ganda berat ia, maka aku jadi konfiden. Jadi kalau kuda itu beratnya 90 kg, ia mampu bawa beban 180 kg yang mana sebahagian daripada berat itu adalah berat aku.

Berkesempatan naik kuda ni, ngerinya tok sah cerita. Aku tak ingat sisi baik seekor kuda, yang aku terbayang ialah apabila kuda naik angin dan meloncat-loncat lalu aku jatuh dan kena pijak kuda, dan kena lanyak kuda dan aku pun pengsan. Sampai gitu berangan yang bukan-bukan sebab tak pernah naik kuda...tapi sekali menunggang kuda..best dan enjoy, tapi tak mampu la weh kalau nak ambil pakej menunggang kuda di UPM..

Masa berpeluang menunggang kuda di Bukit Tinggi dulu, jockey bawa kami satu kumpulan naik tanah tinggi. Aku kesiannya tengok kuda di depan sebab slow motion bawa beban orang-orang seperti kami. Walaupun jockey tetap meyakinkan kami, jangan risau, kuda-kuda itu tetap perkasa menanggung kami-kami ini, aku tak lepas pandang tengok kuda yang jadi tunggangan aku.
"Cik, ini kuda jantan..." Kata jockey yang sedikit nakal itu.
"Habis tu, kenapa dengan kuda jantan..."
"Ia tak akan cederakan Cik..."
"Kalau kuda ni tetiba mengamuk???"
"Tak mungkin, sebab penunggangnya adalah Cik..."
"Kalau orang lain yang tunggang?"
"Pun ia masih ok asalkan perempuan yang tunggang...hehe"
"Ceitt...kuda pun tahu memilih.."
"Mestilah..saya pun tak boleh tunggang kuda jantan kami yang seekor ini.."
"Mwahahaha auta le teww...."
Lepas tu kami terus naik bukit dan redah semak samun di Bukit Tinggi selama sejam dengan kuda-kuda yang sangat High Chapparal itu...adehhh lepas tu balik room pun masih rasa macam naik kuda juga lagi...kalau tunggang kuda ini hobi murah, haruslah mak pergi menunggang lagi..

Chef Imrah dan anak buah...aku tumpang sekaki...hehe
Lepas naik kuda makan dessert macam ni, memang boleh berangan sangat...
Kasi can black goose couple ini enterframe..behave kan..tak macam yang white couple bawah ni...
Ini mau juga..hasad dengki sungguh, nak disudunya tangan aku..seb baik la dua-dua ekor comel...kalau tak tarik leher panjang-panjang simpul dua-dua ekor ni...

21 comments:

  1. goose putih tu gigit kamera ke?

    ReplyDelete
  2. naik kuda tak merasa lg.. tp bestlah nmpak kak.. =)

    ReplyDelete
  3. Uncle Gedek,
    A ah...goose tu notty, kalau boleh dia nak patuk muka saya..nasib baik sempat karate...hehehe..



    HaniAsyira
    Try le..seronok dik...akak memula takut tapi lepas tu rasa best gak...:)

    ReplyDelete
  4. sebelum ni aku agak kerap ke colmar. mula-mula macam best dapat usha awek arab yang majoriti kat sana, lama-lama rasa macam entah apa-apa pulak.

    for your information, aku pernah terminum ice lemon tea yang berisi tahi cicak kat club house situ! ptuuii...!!!

    ReplyDelete
  5. SM,
    Masa aku gi tu ramai European...eh cemane ko leh terminum ayor tu? Eeee tak senonoh...

    ReplyDelete
  6. servis kat clubhouse (sebelah kandang kuda) tu memang lembab nak m*mp*s. kalau order ala carte, boleh habis sekotak rokok. kes tahi cicak tu, aku syak memang dah ada sebaik dibawa keluar. patut la warna kerus semacam je. cilakak!

    ReplyDelete
  7. bukit tinggi...rindu gile
    lama tak jejak kesana. last jejak 3 thn lepas. owh dah beso swan itam tu

    ReplyDelete
  8. wahhh ntungla lady kite ni sbb pernah pegang kuda...saya selama saya idup ni xnahtgk depan mata pun kuda! >_<

    ReplyDelete
  9. Telor Power,
    OO dulu pun dah ada swan tu ek? Yg putih tu notty...semua nak digigitnya...tu dia nak gigit kamera besi tu..


    Mr Clive,
    Err i pegang kuda tu sebab after that i mengkudakan ia pula..kesian le kan bawa beban berat so kena buat baik...ekekeke

    ReplyDelete
  10. sekali lagi, aku kecil hati kau tak balas komen aku. ok, aku faham...
    *sigh!

    ReplyDelete
  11. SM,
    ok aku tak perasan sebab aku lazimnya tengok yang paling bawah...kau nak kecik ati aku tak leh buat apa la beb..bukan aku sengaja tak nak reply..lagipun sebelum ni mana ada pernah aku tak reply (kecuali aku terlepas pandang...aku ulangi, aku terlepas pandang!!!) Sebab polisi aku, AKU TAK SUKA BACA/MASUK BLOG YANG TUAN PUNYANYA TAK REPLY AKAN POSTING BLOGGER LAIN YANG BACA ENTRY YANG DIA BUAT, kecuali blogger diva...memang depa tak replylah kan...dan aku bukan DIVA sebab tu aku suka reply semua posting kawan2 yang masuk sini. Maaf, aku lalai dan terlepas pandang.Bukan niat aku nak buat sesapa kecik ati...

    ReplyDelete
  12. Nenet Penne,
    Jom pi naik kuda...hehe!

    ReplyDelete
  13. maaf diterima, tapi luka tetap berbekas dan hati masih mengecil kerana aku sedar... *sigh! (again)

    ReplyDelete
  14. fulamak, huruf besar tu. betul-betul punya noted ni! hahahaa..!!!

    ReplyDelete
  15. SM,
    A ah..sebagai tanda aku tak terlepas pandang posting ko...


    Nenet Penne,
    Kan...tu baru setakat pengenalan...hik!

    ReplyDelete
  16. Waaah terigin nak naik kuda T_T! hehe terer kuda ni main pilih2 ehehehe...when the ugly duckling avoids the camera 0_0...they are furious...they aren't ugly..huhuu XD

    ReplyDelete
  17. Liselle,
    please if u have much time..ask ur mom to go holiday at bukit tinggi, boleh sewa kuda and try to ride it..awesome tau!

    ReplyDelete

Retorik ayam dan cornflake di Secret Recipe

  Nak makan ayam, ada seninya: Ayam masak sempurna Tak ada ketulan lemak Tak ada bau hanyir Garing Cukup masin manisnya So.. C...