Sunday 27 May 2012

Tujuh jenis bunga...

Dalam pasu ini ada seekor betta/ ikan laga berwarna biru...oleh sebab ruang yang luas dan ia seekor je di dalam, aku tak tahu sama ada hayatnya hidup atau mati. Kalau mati, tak de timbul pun...
Dulu kalau mak ada, dia suka tanam macam-macam kaler, kuning, putih, merah dan pink. Siap kacuk lagi jadikan warnanya lebih pelbagai. Aku tak mahir nak kacuk, just cucuk je dalam tanah...hidup juga.
Arwah mak dulu suka tanam pokok bunga. Tujuh jenis bunga yang wajib ada di kebun kecil tepi rumah kami di kampung ialah melur, cempaka, mawar, kenanga, kemboja, bouganvilla dan daisy. Katanya ada tujuh jenis bunga ini sudah cukup untuk buat satu rumah jadi wangi, tak payah beli potpouri atau aroma terapi katanya. Aku tak faham, tapi bila selalu perhati apa yang dia suka buat, aku faham apa yang dia maksudkan satu rumah boleh jadi wangi.

Setiap hujung minggu, mak akan buat bunga rampai untuk letak di atas almari atau mana-mana sudut yang dia suka di rumah kami. Daun pandan dari belakang rumah dan tujuh jenis bunga di hiris halus memang membuatkan satu rumah bau wangi. Kami dah biasa dengan bau wangi itu, jadi kalau Khamis malam Jumaat, memang tak timbul soal takut kerana bau wangi sebab rumah mak memang setiap hari wangi. Idea orang kampung kan, memang boleh dipakai guna. Sampai kini, aku pun kalau ada peluang nak juga buat macam tu. Kebetulan sebelah office aku ada kedai bunga...jadi bolehlah buat. Nak tanam sendiri, i don't have a green thumb...la ni baru ada melur dan mawar kat rumah...itu pun ala-ala hidup segan mati tak mahu...

Ada satu kali tu, aku ada peluang singgah rumah seorang tokoh bahasa atas kapasiti kerja. Rumah banglo di Kota Damansara itu memang cantik dan besar. Datuk dan Datin yang jadi tuan rumah itu pun sangat peramah. Mereka baru dapat title Datuk/Datin sebenarnya masa tu, jadi aku kira suasana gembira kerana anugerah pangkat berkenaan masih terkesan di rumah banglo cantik itu. Hiasannya biasa-biasa saja tapi aku rasa rumah berkenaan cantik kerana budi bahasa dan layanan tuan rumah kepada aku yang datang walaupun mereka sebenarnya sibuk.

Jadi aku tiba rumah tu pada jam 10.30 pagi. Selepas berkali-kali diajak masuk oleh si isteri, aku mengalah dan masuk ke dalam...sangat selesa dan penuh kasih sayang. Tak banyak perabut pun tapi aku berasa selesa..mungkin keikhlasan tuan rumah melata di dalam kediaman itu. Oleh sebab segan, aku pilih untuk duduk di laman anjung saja. Lokasinya di hujung jalan dan dari atas bukit, boleh lihat pemandangan sekeliling. Memang nyaman...jadinya day dreaming aku pun bermula...hahaha..hidup tak habis dengan berangan ya, dari angan-angan akan jadi kenyataan kalau kita usaha...

Jadi, sambil makan pagi di meja kecil tepi taman, aku sembang dengan si suami kerana si isteri lebih banyak keluar masuk ke dapur menambah makanan yang sudah penuh atas meja. Nasi lemak, mee goreng, kuih dan kopi panas..memang heaven. Tapi satu-satunya perkara yang menarik perhatian aku ialah sebuah kolam kecil paras lutut pada bahagian tepi anjung itu. Kolam dari bata merah itu berukuran 24" x 24" dan ada dua ekor koi yang santai gila...ada fountain kecil dan si tuan rumah lelaki katanya suka duduk di situ sambil melukis...mak datukk...satu cara hidup yang sangat leisure...patutlah kedua-dua gembira, tak ada apa yang menyesakkan kepala mereka. Kalau ada rumah sendiri. haruslah aku nak buat macam tu juga..tapi baru je tanam dua tiga pasu pokok bunga, datang dah pengacau yang sangat comel...comel sangat sampai rasa nak pijak! pijak! Habis daun pokok limau aku kena makan, daun ros dan melur pun rongak..
 
Pokok melur ini baru nak membesar tapi daunnya dah hampir tak ada..angkara gigi apakah yang menggigitnya...nak sembur racun, tak sampai hati...tak pe, kasi can dulu ia makan daun-daun kenyang2 lepas tu kita spray...
Mawar ini masih ok, belum ada gangguan terhadap daun-daunnya...
Ketika pic ini diambil, daun masih penuh pada dahan dan ranting, tapi ketika entry ini dibuat, ia sudah togel angkara makhluk di bawah tu...sajak je melekat kat dahan limau nipis...
Kan...elok je parking kat dahan limau nipis ni, dah le makan daun..memang nak kena slash...
Sarang burung tempua ini sengaja di letak/gantung di luar rumah. Arwah abah kata, kalau ada sarang burung ini di luar rumah, penyakit tidak akan datang berkunjung ke rumah kita. Ini hanya petua orang lama, jangan percaya ya. Kalau rumah kotor, kebersihan tak jaga, makan tak jaga, kita akan sakit juga. Tapi ada banyak sakit dalam hidup, sakit yang tidak nampak dan sakit yang nampak..

17 comments:

  1. love the mixtures...campur ni,campur tu...unik laaa lady! yang teknik ikan laga tu,selain dpd setailo,mengelakkan pembiakkan nyamuk juge!heeheh

    ReplyDelete
  2. Mr Clive,
    Main purpose is nak bela ikan laga tu sebenarnya, kiambang tu aksesori sampingan jer..kehkehkeh!

    ReplyDelete
  3. ulat pun lapar juga... dia pun nak makan juga..sebab nanti nak jadi butterfly...

    ReplyDelete
  4. Nenet Penne,
    A ahh sebab tu i tak bunuh ulat tu..sebab i tak kijam! hehe...nanti ulat jadi butterfly..nak fly...kita bila nak fly ni u?

    ReplyDelete
  5. paling reti beza mawar ngan bunga raya je.. yang lain.. memang tak reti.. <-- bukan mat bunga =P

    ReplyDelete
  6. @LW
    nanti when the time comes, we fly together2 okay..

    u settle dulu hajat u tuh..

    ReplyDelete
  7. Kay-are,
    Mat bunga bukan alasan tau...at least jangan tersilap bagi bunga tahi ayam pada awek tau...hikhikhik!



    Nenet Penne,
    Fly together-gether tu is a must...adehhhh tabung gajah tak penuh-penuh, nampak gayanya kena tukar pada tabung ayam je lah kecik sikit, cepat penuh...hehe

    ReplyDelete
  8. ada tujuan asal arwah mak kamu tanam tujuh jenis bunga kat umah. dan pentingnya, atau faedahnya kepada kamu nanti. takyah susah2 cari tujuh jenis bunga karang. :)

    ReplyDelete
  9. Oh My Goodness your house must be amazing! Small and secret gardens are the livery for our house :D <3

    ReplyDelete
  10. Ah.. cantik. Aku suka yg warna hijau yg kat batang pokok tu... kekekeke

    ReplyDelete
  11. Ghost writer,
    Arwah mak saya suka kepada bau wangi kerana katanya wangi memberi semangat instead of dia tak tahu pasal potpouri...jadi dia buat potpouri original dari bunga yang dia tanam sendiri..:)

    ReplyDelete
  12. Liselle,
    Nahhh far from amazing..that was only my berangan punya kerja..dreaming of a secret garden of eden...kehkehkeh!


    ReenApple,
    Uiks...si ulat bulu tu comel eh? Ya comel kan tapi haku geli ya amat dengan ulat tu..tu pun pejam mata masa snap pic...asal ulat jer, aku mesti geli dan takut..adehhh!

    ReplyDelete
  13. Harapan sy - tercapailah impian utk memiliki landed hse supaya dpt menandingi garden akak yg gojes nie. Fuh!

    ReplyDelete
  14. ulat hijau tu mmg suka makan daun..pokok kari saya yg sgt lebat daunnya pun togel di kerjakan oleh dia..igt sekor,bila teliti betul..mak ai,banyaknyaaaaaaaaaaaaaaa kaum dia melekat kat situ.eeeeeeeeeee geli mak

    ReplyDelete
  15. Pok Amai Amai @ Mommyfara,
    Ok akak doakan impian Fara tercapai, soon! Err taman akak tu sempoi jer..ala-ala taman syiok sendiri..jadi lah kan...heeee

    ReplyDelete
  16. Irfa,
    saya pun allergic dengan haiwan comel dan lembik ini, walaupun ia cuma kecil sangat dan langsung tak boleh mencederakan saya, saya tetap ngeri tahap gaban dengan makhluk ini...

    ReplyDelete
  17. 7 jenis bunga cukup utk wangi 1 rumah??? hmmmm...aku sedang fikirkan ni sis.

    ReplyDelete

Retorik ayam dan cornflake di Secret Recipe

  Nak makan ayam, ada seninya: Ayam masak sempurna Tak ada ketulan lemak Tak ada bau hanyir Garing Cukup masin manisnya So.. C...