Monday, 13 April 2026

Penjagaan usus penting untuk tingkat imunisasi kanak-kanak

Usus adalah antara organ terpenting dalam badan manusia baik terhadap individu dewasa atau kanak-kanak kerana apabila memiliki usus yang sihat, keadaan berkenaan turut mempengaruhi kesihatan badan. 

Penemuan baharu yang diterbitkan pada 2025 dalam European Journal of Clinical Nutrition (EJCN) menunjukkan bahawa gabungan sinbiotik tertentu yang mengandungi probiotik Bifidobacterium breve M-16V dan prebiotik GOS/lcFOS (9:1) dapat membantu meningkatkan keseimbangan usus yang berkesan dalam kalangan kanak-kanak kelahiran Czer berusia satu tahun ke atas. 
Dr Nisa Khalil

Pakar Perunding Pediatrik, Dr Nisa Khalil, berkata usus yang sihat penting untuk peningkatan daya ketahanan kanak-kanak terhadap ancaman persekitaran berkaitan kesihatan mereka. 

“Kesihatan usus merupakan asas kepada sistem imun kanak-kanak dan sekitar 70 peratus hingga 80 peratus sel imun sebenarnya terletak dalam usus. 

“Ini bermakna perkembangan usus akan mempengaruhi sejauh mana tubuh kanak-kanak mampu melawan jangkitan dan sebab itulah penjagaan usus yang betul amat penting untuk membina imuniti jangka panjang,” katanya pada majlis Aptamil™ KID Synbio+ Science Café yang berlangsung di M Resort Hotel, Damansara, sempena Bulan Kesedaran Pembedahan Caesarean (Czer), baru-baru ini.
Majlis pelancaran Aptamil™ KID Synbio+ Science Café yang berlangsung di M Resort Hotel, Damansara, sempena Bulan Kesedaran Pembedahan Caesarean (Czer), baru-baru ini.

Turut hadir, Pengurus Negara Danone Malaysia & Singapura, Koh Kok Meng serta duta jenama baharu bagi Aptamil™ KID iatu pelakon yang juga penyanyi, Bella Astilah. Dr Nisa berkata, kanak-kanak yang dilahirkan menerusi pembedahan caeserian atau lebih dikenali sebagai Csec dikuatiri mempunyai tahap bakteria yang kurang berbanding kanak-kanak yang dilahirkan secara normal. 

Bagaimanapun katanya keadaan ini bukan bermakna kanak-kanak itu mempunyai taraf kesihatan yang tidak baik, namun sebaliknya ibu bapa perlu memastikan si kecil mereka mendapat makanan yang tepat bagi kesihatan usus. 

“Kajian juga menunjukkan kanak-kanak yang dilahirkan melalui pembedahan Caesarean mungkin mempunyai tahap bakteria baik yang lebih rendah bermula dari usia satu tahun ke atas, dan ketidakseimbangan ini boleh berlanjutan selama beberapa tahun. 

“Namun, ini tidak bermaksud mereka berada dalam keadaan kurang baik sebaliknya mereka mungkin memerlukan sokongan yang tepat untuk membina keseimbangan usus,” katanya. 

Beliau turut menangkis tanggapan salah dalam kalangan masyarakat bahawa Probiotik atau prebiotik sahaja tidak mencukupi untuk imunisasi kanak-kanak Csec..

“Apa yang benar-benar penting untuk gabungan yang tepat ialah apabila probiotik dan prebiotik yang sesuai digabungkan, ia menghasilkan kesan sinbiotik dan melalui tindakan sinergi ini, keseimbangan usus dapat disokong dengan lebih berkesan. Justeru, pemilihan kombinasi yang betul amatlah penting.” 
Bella Astillah, duta jenama baharu bagi Aptamil™ KID amat mementingkan imunasi anak-anaknya.  

Sementara itu, Bella berkata meskipun beliau bukan seorang saintis, tetapi beliau tetap mahu memahami akan rahsia sains dalam pemakanan demi kesihatan dua permata hatinya. 

“Saya bukan seorang saintis, tetapi saya tahu bagaimana untuk bertanya soalan dan apabila melibatkan anak-anak, saya tidak membuat andaian serta saya mahu memahami apa yang saya berikan kepada mereka. 

“Apa yang meyakinkan saya tentang Aptamil™ KID C-SynB ialah kajian mendalam di sebaliknya, jadi apabila sesuatu itu disokong oleh bukti yang kukuh, ia memberi keyakinan kepada saya. 

Bella turut berkongsi bahawa selepas bergelar ibu, beliau menjadi lebih teliti dan berprinsip dalam membuat pilihan, khususnya apabila memilih jenama yang ingin disokongnya selain menekankan bahawa memahami sebab di sebalik sesuatu produk merupakan faktor yang penting dalam proses membuat keputusan. 

“Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Bagi saya, itu bermaksud bukan sekadar mengikut trend, tetapi benar-benar memahami kualiti, sains dan kandungan di sebalik sesuatu produk. 

“Setelah mengetahui tentang Synbio+ dalam Aptamil™ KID C-SynB serta bagaimana ia dikaji secara klinikal, ia memberi saya keyakinan,” jelas beliau. 
Koh Kok Meng (kanan).

Koh Kok Meng pula berkata kerjasama ini mencerminkan komitmen bersama dalam memperkasakan keibubapaan yang berasaskan maklumat dan dalam konteks ini, ia melibatkan pemahaman mengenai kesan Czer terhadap kesihatan usus serta bagaimana ia boleh mempengaruhi imuniti dan perkembangan otak kanak-kanak. 

“Dengan adanya media sosial dan AI, seperti Bella, ibu bapa masa kini lebih terhubung dan berpengetahuan berbanding sebelum ini. Melalui inisiatif seperti Bulan Kesedaran Czer, kami ingin membantu ibu bapa memahami konsep saintifik agar mereka dapat membuat pilihan terbaik untuk memenuhi keperluan pemakanan anak-anak. 

“Kerjasama dengan Bella tidak mungkin datang pada waktu yang lebih tepat. Ia sangat relevan dengan situasi semasa, dan kami amat menghargai suara beliau dalam membantu meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pemakanan terhadap kesihatan.” 

Menurut Danone, Aptamil™ KID C-SynB adalah formula pertama dan satu-satunya di Malaysia yang terbukti mempunyai gabungan Synbio+, iaitu kombinasi probiotik spesifik dan prebiotik unik yang bertindak secara sinergi untuk menyokong kesihatan usus serta sistem imun kanak-kanak kelahiran Czer yang berumur satu tahun ke atas.

Thursday, 9 April 2026

Mindful eating

Mindful eating..

Kita biasa dengar makan disarankan kunyah 40 kali dan barulah menelan makanan berkenaan. Perkara ini juga disebut sunnah dan makan sebegini menjadikan perut boleh menghadam makanan dengan mudah.

Baru-baru ini, saya menghadiri pertemuan bulanan untuk pengurusan berat badan di KKM Sek 3 Bangi dan kami ada dengar talk mengenai pemakanan khusus untuk diet oleh Pegawai Psilkologi dan Klinikal Trauma KKM, Amar Aimmullah Azizul.

Mushroom quiche..makan slowly. pasti kenyang lama😋

Beliau menyebut mengenai beberapa disiplin makan antaranya binge eating, emotionally eating dan mindful eating. Paling menarik perhatian saya ialah mindful eating yang mana saya ada mempraktikkannya tanpa tahu dengan jelas manfaat sebenarnya untuk badan, terutama untuk orang yang nak diet.

Kata Amar, mindful eating makan dengan berhemah atau dalam erti kata lain, makan secara tamakninah kerana makan dengan cara begini akan memberikan kesan kenyang yang lama pada fikiran dan perut.

"Sebagai contoh mudah, makan nasi lemak. Bila dah buka bungkusan tu jangan terus makan dengan cepat. Disarankan menikmati dulu warna penataan nasi lemak berkenaan," katanya.

Perhatikan nasi lemak ini, ada berapa warna dalam sepinggan makanan?

Selepas melihat warna nasi lemak, tentunya ada sambal berwarna merah, timun dengan hijaunya dan kacang tanah serta nasi, rasa dahulu secara perlahan-lahan  seperti ikan bilis adakah lemau atau rangup, nasi cukup atau tidak lemaknya dan kemudian barulah makan dan biarkan rasa di dalam mulut bersatu dengan mengunyahnya secara perlahan-lahan.

"Jika amalkan cara makan begini, rasa kenyang akan kekal lebih lama di dalam minda dan di dalam perut," katanya sambil bagi beberapa contoh lain.

Jadi, mari kita praktikkan dengan makanan lain seperti kuih mahupun buah, pasti nikmat kenyang itu lebih lama kekal dalam perut kita kan.

Saturday, 3 January 2026

Tahun Baru 2026

Tahun Baru 2026 sudah tiga hari..tiada apa-apa yang menarik. I stick to the same determination, stay health and do the same routine like before. Wake up at 4.30 am, do tahajjud and waiting for Subuh prayer. Kalau keadaan ok, keluar pi swimming kat P11 and before that breakfast dulu dengan load some carbo and protein as usual.

And yesterday was surprised sebab my long lost blogger friend, Zue texted me and told that she want to come to my house so kelam kabut sikitlah saya. Nasib baik dalam freezer ada semua benda, walaupun kecil je freezer tu tapi cukup utk saya simpan semua keperluan utk seminggu dua..

Sambil ke tengah ke tepi masak serba sedikit, siap nasi lemak simple, waldorf salad dan mushroom quiche untuk Zue and family. Mesipun penat sebab saya baru balik dari Lenggong, namun demi persahabatan yang sudah memakan usia 13 tahun, saya tidak berasa penat lantaran mahu meraikan persahabatan kami. Zue di Tapah dan saya di KL, ini kali kedua kami bersua, selebihnya meberusi telefon tapi itu bukan halangan utk kami tidak rapat.

Apabila direnung, saya sedar memiliki sahabat sejati atau sahabat yang boleh kekal lama dengan kita itu bukan perkara mudah. justeru, jika ada yg memilih utk kekal lama bersahabat dengan kita, makan peganglah kemas-kemas..Thank you for the friendship Zue, happy bew year and may 2026 brings you a lot of rezeqi, great health and wealth..

Tuesday, 9 September 2025

Dah sampai..

Ketika tayar mencecah bumi, ada sedikit rasa gegaran kecil namun tahu Emirates ini sudah selamat tiba di KLIA. Lebih 15 jam dalam perjalanan, tak percaya rasanya saya dah balik ke tanah air setelah hampir enam bulan menjalani kehidupan di Brockley, sebuah pekan kecil di SE4 yang ada banyak kisah dan cerita.

Setiap hari ada sahaja kisah yang melucukan, serius dan bersahaja. Paling saya suka bila keluar mengopi dengan kawan-kawan. Hari keluar mengopi adalah hari release bagi saya. Tidak perlu fikir nak masak apa, nak pakai baju apa dan risau pasal keadaan di rumah kerana apabila keluar dari rumah, kami melepaskan keluh kesah pada setiap inci jalan dan pada setiap helai daun yang sentiasa bertukar warna mengikut musim.

Tapi bukan ini yg mahu saya tuliskan..apa yg ingin dikongsi ialah bagaimana perasaan rindu terlerai tatkala kapalterbang mendarat di tanah air. Enam bulana sahajapun meninggalkan rumah, tapi rindunya tidak terhitung. Saya mengira hari setiap detik. Ketika mahu tidur, berkemas, makan dan duduk-duduk sahaja pun, yg saya ingat ialah tak sabar nak balik ke apartmen kecil di Bangi, apa khabar agaknya ruang sunyi yg sudah ditinggalkan berbualan-bulan itu, pastinya berhabuk dan berdebu.

Macam mana pula dengan peti ais saya yang sebelum ditinggalkan, ia sudah tidak begitu sejuk dan nasib baiknya, saya mengosongkan peti berkenaan dengan alasan sekiranya ia tidak berfungsi, balik nanti tidaklah saya perlu menghidu bau busuk..memang betul pun, peti ais berkenaan rosak total dan hanya layak dijual kepada tauke kedai peti ais second hand di Jalan Reko pada harga RM70 sahaja walaupun ketika membelinya dahulu, saya mengeluarkan kos hampir 2k.

Ok tak apalah, yg penting bau rumah yang lama ditinggalkan ini masih sama seperti saya meninggalkannya enam bulu dulu, maknanya tiada apa yg rosak atau 'mati' dalam apartmen kecil ini..

Monday, 24 March 2025

Rezeki tak pernah salah alamat...

Sejak tahun lepas saya dah membayangkan akan meraikan Aidilfitri di luar negara dan akan minum teh sambil makan kek untuk memperingati tarik lahir di sebuah kafe kecil di Brockley, SE4. Semuanya adalah angan-angan. Andai dulu kita sebut angan-angan Mat Jenin yang kononnya tidak akan ke mana pun angan-angan itu tapi masa kini sudah berbeza konotasi berkenaan.

Saya sampai di terminal 4 Heathrow, dari Heathrow nak balik ke Brockley kena tukar train di Whitechapel. 

Dah check in di loteng atas, Harry bagi sejambak Daffodil. Sejak dulu saya suka Daffodil ini kerana rupanya sangat cantik dan wangi pula.

Pada masa kini, perlu angan-angan yang kemudiannya akan dijelmakan kepada realiti. Justeru saya berpakat dengan Littlesyam untuk membeli tiket ke London kerana Syam berkebetulan ingin menyelesaikan tugasnya di Canterbury dan saya pula akan memanjangkan langkah ke Brockley.

Brockley, pekan kecil yang ada semua elemen yg saya suka, cafe, kedai souvenir etc dan paling penting ada 'happiness' kat sini..

Sakura tunggu masa nak kembang, tak percaya rasanya boleh tengok real cherry blossom depan mata. Pokok ini ada kat garden rumah Raja Yusniza di Foxberry. Setiap hari saya tengok ia kembang sedikit demi sedikit.

Bulan puasa kan, saya tolong Sab jual kueh Melayu. Ramai mat saleh atau local people yang akan berhenti dan tanya, seterus beli kuih-mueh ini. Paling laris, koci berinti kelapa hasil air tangan Sab.

Di tengah-tengah jalan di Foxberry, laluan untuk balik ke rumah.

Ikut mereka ke gudang nursery, Niza nak beli bunga untuk letak kat garden sebab Aidilfitri akan menjalang tak lama lagi. Cuaca masih sejuk, nasib baik saya ada bawa jacket..

Dalam pada berkira-kira itu, saya melayangkan mesej kepada sahabat yg saya kenali sejak lebih 10 tahun lalu iaitu adinda Raja Yusniza yg menetap di Brockley.

"Niza, ada bilik kosong tak? Ksha nak menginap seminggu..." 

"Bila Akak nak datang?"

"Hujung Januari..."

"Akak datang lama boleh tak? Tolong jaga Ona dan ambil Rizq balik sekolah."

"Hahhh ya ke?"

Dan segala-galanya berubah apabila saya diberi tiket utk ke London dan 19 Mac adalah tarikh saya berlepas ke London, lagi sepuluh hari sahaja lagi Aidilfitri akan menjelang tiba. Dengan baju raya pun tak bawa, apatah lagi persalinan lain yang sesuai untuk dipakai di hari lebaran. Kalau Allah sudah berkehendak, maka jadilah dengan izinNya.....

Friday, 21 February 2025

Beli je kat Jaya Grocer..

Beberapa hari lalu, sempat memenuhi jemputan Jaya Grocer Sunway sempena pelancaran empat label makanan yg cukup disukai ramai iaitu K Fry, Village Park, KGB dan Inside Scoop. Sebelum ini kalau nak beli produk FnB ini, kita pesan melalui Grab je kan tapi dengan adanya kolaborasi Jaya Grocer dengan empat jenama ini, siapa-siapa pun boleh terus beli di pasar raya besar itu.
Kalau biasa pi makan nasi lemak kat Village Park, ini sambal nasi lemak yang ditawarkan. Ada dua tahap kepedasan, kurang pedas dan pedas sangat, pilih je mana nak. Saya pilih yag biasa je.
Ini pula ayam goreng tanpa tulang K Fry, sedap! Saya dah cuba..pendek kata uols akan rambang mata kalau pergi Jaya Grocer sebab dia macam you name it you got it! Bukti saya ada kat Jaya Grocer haha..ye lah shopping ni satu proses healing yg menyeronokkan. Cuba browse kat lorong antara rak barang tu, boleh juling kan sebab semua benda nak beli..
Ini barisan vendor yg mana produk mereka ada dijual di Jaya Grocer, so lepas ni boleh beli terus dari Jaya Grocer.
(Dari kiri) Shahirah Razid, Pengurus Pemasaran K Fry Urban Korean, Datuk Seri Mohd Shamil Ngoh Abdullah, Pengasas Village Park bersama isterinya Datin Seri Aishah Chong,Adelene Foo, Pengerusi Jaya Grocer, Daniel Teng, Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer, Joseph Teoh, Ketua Pegawai Perniagaan dan Operasi, Steven Goh, Pengasas Killer Gourmet Burgers (KGB) dan Lim Shiew Li, Pengasas Inside Scoop bergambar bersama Produk Grab Signatures Jaya Grocer.

Sunday, 1 September 2024

Aidiladha beberapa tahun ini..

 Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni..

Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku  beraya di Brockley. Pagi-pagi bangun, aku dah berpakat dengan Kak Ngah (Adawiah) untuk berjalan sebab tak nak duduk saja di rumah tanpa berbuat apa-apa. kak Ngah pun setuju, jadi selepas sarapan serba ringkas kami berjalan ke stesen keretapi Brockley untuk ke Westfield. 

Di Westfield ada satu mall yg besar dan macam-macam ada. Paling aku suka, makan di kedai kepunyaan orang Malaysia dan ada mi itik yg sedap. Kak Ngah juga memilih menu yg dia suka. Maka kami duduk dan makan sambil bermalas-malas kerana hari itu adalah hari cuti dan kami memang ingin menikmati cuti sepenuhnya tanpa ada rasa bersalah.

"Kak, lepas ni kita nak pi mana?" Tanya Kak Ngah kat aku sambil laju menyuap kue tiau goreng ke mulutnya. Nampak berasap panas, tapi aku rasa taklah panas sehingga membakar bibir Kak Ngah. Kebetulan cuaca masih dalam musim sejuk, jadi makanan pun cepat sejuk walaupun nampak berasap.

"Kita chill sampai petang nak, kalau lapar..kita makan," aku kata pada Kak Ngah. 

Akhirnya kami pusing mall sampai petang dan bila balik rumah, tuan rumah bising sebab katanya kami sepatutnya tidak ke mana-mana, ada satu bekas sate kena cucuk..hahaha kami buat-buat muka bersalah dan sate itu telah settle pun dicucuk sebenarnya.

So itulah cerita raya aku dengan Kak Ngah pada 2014!

Thursday, 6 June 2024

Retorik ayam dan cornflake di Secret Recipe

 

Nak makan ayam, ada seninya:

Ayam masak sempurna

Tak ada ketulan lemak

Tak ada bau hanyir

Garing

Cukup masin manisnya

So..

Crunchy Cornflakes Chicken Chop RM27.90
U all kena pi makan hidangan ayam yang ada cornflake yang baru diperkenalkan Secret Recipe ni. Rasanya memang kena dengan selera, ada bau herba daun kari, jagung dan kacang kuda walaupun kacang kuda tak de pun dalam menu tu, mungkin bauran bau cornflake dan daun kari serta cili kering yang buat muncul bau sedap itu.

 

Cornflakes Pasta with Chicken RM23.90

Sebenarnya ketika buat review pelancaran menu ni, saya minta Cornflakes Pasta with Chicken tapi dorang bagi Crunchy Cornflakes Chicken Chop, tak pe..kita cuba je lah sebab nampak sedap..dan memang sedap sebab ayam gorengnya ada cetusan herba daun kari, bau cornflake semerbak dan paling mengancam bila tuang sos macam salted egg, aghh dan dan tu lapar.


U all dapat beli Passion Fruit Tea pada harga RM6.90 jika beli bersama dengan dua menu di atas.

Patrick dan Evelyn pada majlis pelancaran dua menu baharu Secret Recipe.

Monday, 3 June 2024

Broti's dan Jaman Tory

Cerita pasal makan tak pernah habis. Kalau travel ke luar negara dulu pun, pasar atau market adalah lokasi yang wajib saya lawati. Semasa bekerja di Brockley dulu, saya akan ke Lewisham dan membeli ayam daripada penjual Pakistan. Lantaran kerap membeli di kedai sama, petugas kedai berkenaan pun dah kenal muka saya, sehingga ada satu ketika dia menjual seekor ayam dengan harga yg sangat murah berbanding biasa. Saya tanya kenapa harga ayam kali ni agak murah, dia jawab..sebab saya sentiasa beli ayam di kedainya dan dia tahu saya muslim. Saya balas kembali dengan senyum dan dia pun senyum. 

Minggu lepas saya ke Kuantan, ada sedikit family matters nak diselesaikan. Jadi saya ambil peluang jumpa keluarga angkat juga. 1st day di Kuantan, Kak Som dan Abg Din ajak  breakfast di Broti's.

Broti's ni sangat luas dan bersih kedainya, ada banyak menu pilihan. Kami pilih untuk makan nasi lemak klasik dan satu menu sarapan Barat.

Nasi lemak Broti's, sambalnya memenuhi kriteria dan akan repeat makan jika saya ke Kuantan lain kali.
Sarapan roti bakar dan telur mata, ada bake bean and sausage. Kami makan bertiga..kenyang sungguh.
Kak Som dan Abg DiNasour merangkap tuan rumah belanja saya sarapan di Broti's.
Esoknya saya ke Jaman Tory Semambu pula dengan Zie untuk lunch. Kami pesan menu viral iaitu Patin Tempoyak Sg Pahang dan Tilapia Berlado. kedua-dua menu ini pun sedap. Saya kata sedap sebab tiada bau hanyir dan tilapia tu digoreng dengan sempurna. Pendek kata lepas makan terus rasa mengantuk sebab kenyang dan puas hati..
Lunch dengan Zie..
Tilapia Berlado

Patin Masak Tempoyak, pekat dan cukup rasa.

Air asam boi..sedap sungguh minum time cuaca panas..

Jadi, kalau ke Kuantan, jangan risau pasal nak cari tempat makan yang kena dengan selera anda. Ada banyak sebenarnya..rajin-rajinlah meronda😄

Friday, 31 May 2024

Short trip to Kuantan

Kuantan dah jadi second hometown selepas Pasir Mas. Nak balik Pasir Mas, jauh sikit rasanya so balik Kuantan je lah. Even dah plan pun nak settle down kat pekan berhampiran pantai ini, sama ada Beserah, Pelindung, Balok atau Pantai Sepat. 
Berangan lebih jauh, kita susur pantai di waktu pagi sebelum pi beli ikan segar. Hasil lautnya tentu segar dan manis. Balik rumah kita masak sama-sama. Meskipun dikau jauh di dunia sebelah sana, selagi hayat dikandung badan, selagi itulah minda terus merancang susur hidup yang manis dan penuh setia meskipun dikau tiada di sisi..



Yang manis mengenai dikau..

Setiap kali ke Kuantan, ada sahaja cafe baharu yg mahu dikunjungi. Minggu lepas Kak Som dan Abg Din ada beritahu Mash Kitchen adalah kedai pastry merangkap cafe comel yg wajib dikunjungi. Gigihlah menunggu kafe yg dibuka jam 11 pagi walaupun plan asal nak gerak balik ke KL 8 pagi.
Dua staff Mash Kitchen yg sangat peramah, Hana (kiri) dan Yana. Kedua-duanya manis..

Staff Mash Kitchen, Hana dan Yana rajin melayan setiap soalan mengenai kedai berkenaan. Bagi saya, ia comel kerana memenuhi selera saya. Sebagai penggemar desserts dan pernah berkerja di kafe yang menghasilkan produk menggunakan bahan premium, sudah tentu saya mahu cari kek atau pastry yang lebih sedap atau setara dengan pastry yang saya pernah makan.
Beberapa jenis praline yang ada di Mash Kitchen..saya cuba Coklat Praline, sedap tetapi agak manis bagi saya yg agak sensitif dengan makanan manis..
Bagi saya juga, tiada istilah sedap atau tak sedap, yang saya cari ialah pastry yg 'meet my requirement.' Ya Mash Kitchen memenuhi kriteria yang saya cari, pastrynya kena dengan tekak saya, terasa creamy dan kek pun lembap elok.
Lemon poppy seed yg sedap bagi saya..saya suka krimnya yg terasa sitrus lemonnya..

Penjagaan usus penting untuk tingkat imunisasi kanak-kanak

Usus adalah antara organ terpenting dalam badan manusia baik terhadap individu dewasa atau kanak-kanak kerana apabila memiliki usus yang sih...