| Yeah..that was my fav spot at home..facing a view of red bricks terrace house while chatting with blogger buddy..no adrenalin rush, no faster heartbeat and no argumentation at all.. |
Last weekend, my blogger buddy came in and we had a great time together. Discussing and planning about nak penuhkan tabung melancong ke bintang, nak beli kereta kebal, nak beli Burberry, nak beli LV, nak beli bulan bintang...adehhhh! Buddy are you ok? Wish you speedy recovery!Then ive nothing to offer, no Tony Romas, No Capriciossa, no Victoria Station..just a tempting food from my kitchen..
Makan, sembang, makan sembang, berangan, tengok tv and did some task. Yes i admit, i felt lonely when woke up at evening...because our mind basically confuse between day and night and the best thing is jangan tidur selepas asar..tak bagus untuk perkembangan minda. So better have a nap after Zuhur sekejap. Other than that, tahan mata tak mo tidur. Nanti bangun jam 7 petang kelam kabut bersiap nak pergi kerja. Bila dah start enjin kereta...masyaAllah 7 malam rupanya. Yes i had it ...dua kali kena macam tu..syaitan manipulasi otak kita yang sedang confuse.
Hidup akan berasa sangat penuh dan tidak sempat membuang masa apabila kita dikelilingi rakan yang baik dan memahami, makanan yang berkhasiat dan berkualiti dan pengurusan masa juga akan jadi lebih bemanfaat. Jadi apa lagi yang boleh dilakukan dalam hidup. Jangan membezakan hidup kita dengan orang lain kerana masing-masing ada keupayaan dan kekurangan tersendiri. Yang terbaik ialah berusaha memperbaiki hidup, memanfaatkannya sebaik mungkin sementara hayat masih ada...manakala dalam kamus seorang individu seperti aku..hidup ini sangat menarik untuk dijalani kerana saya ada anda di laman virtual ini...
Kalau duduk sini, dua tiga jam pun aku boleh duduk mengadap jalan bersimpang yang ada pokok duit-duit di kiri kanan jalannya. Masa berfoya-foya menjadi semakin leka apabila ada rakan berbual begini, sambil minum kopi, komen cina lalu depan rumah..komen security ronda depan rumah dan komen 'orang' sebelah rumah yang masih berada di Paris..hahah..
Nota: entry ini adalah jawapan kepada pembaca senyap yang tanya apa saya buat bila kelapangan...saya tahu anda baca ini...:) kalau nak datang Windsor, pm saya..kita makan-makan...