Wednesday, 26 September 2012

Untung jadi wanita pregnant...

Kalau nak cakap pasal baju, kita mesti ada satu atau dua baju yang kita suka pakai. Maybe suka pakai sebab warnanya ke yang cantik, sebab brandnya ke yang mahal atau sebab baju itu pemberian orang yang kita sayang. Aku ada satu blouse daripada shantung silk yang aku jarang pakai walaupun suka dengan fabrik dan warnanya, iaitu kuning lemak ketam. Blouse ni berpotongan bawah dada dan ada pleat..so sekali pandang macam baju pregnant. Dan ia memang bawa rahmat sebab fabriknya yang keras dan gaya potongan blouse itu. Kenapa aku kata bawa rahmat???

Semalam tunggu teksi dari Bangsar nak pergi Kota Damansara. Cuaca panas dan darah pun naik juga. Tiba-tiba ada satu teksi berhenti dan seorang perempuan keluar lantas membukakan pintu untuk aku masuk. Wahhh kagum mak rasa sebab dibukakan pintu oleh penumpang wanita yang duduk dihadapan.
Bila masuk dan duduk di belakang, driver cakap..

"Puan, kesian tunggu teksi. Penumpang tadi kebetulan mahu turun ke depan sikit tapi bila dia tengok Puan mengandung dan tunggu teksi, dia sanggup turun sini dan minta saya ambil Puan...."

Apaaaaa? Dia ingat aku mengandung??? Cheiiitttt! Tak tahan punya dalam hati, dan tak tahu juga sama ada nak ketawa atau marah....mak speechless nak!

Beberapa tahun lalu, masa tu aku jadi penumpang tegar  LRT dari Sri Gombak ke Bangsar. Pagi-pagi kami akan naik LRT ke tempat kerja. Penumpang penuh sesak sebab pagi-pagi semua orang nak pergi kerja. Aku pakai blouse yang sama sambil tangan tergantung pegang palang dalam train.. Tiba-tiba ada satu lelaki offer aku tempat duduk.

"Kak, duduklah..." Katanya.
"Ehh tak pe..tak pe..," kata aku.
"Duduklah kak.." katanya lagi.
"Eh tak pe.." kata aku.
"Akak pregnant kan?" Katanya sambil senyum.

Ooooh budiman sungguh lelaki itu. Dan aku duduk tanpa banyak kata. KA yang berdiri sebelah aku sengeh pandang aku dan rasanya aku nak lempar kasut pada KA ketika itu. 

Ceitttt depa ni tengok orang dengan hidung ke apa? Tapi tak boleh nak salah depa juga sebab blouse itu memang menampakkan pemakainya seperti pregnant. Dan aku akan pakai blouse itu bila ada appointment yang memerlukan aku naik pengangkutan awam..untung jadi perempuan mengandung!

Bagaimanapun masih ramai lelaki di Malaysia tidak mempunyai kesedaran terhadap wanita mengandung, orang tua mahupun kanak-kanak apabila berada di dalam train. Mereka lebih rela buat-buat tidur atau pejam mata...

Monday, 24 September 2012

Bibik...

Kalau ikut hati..rasa nak cincang-cincang je sapa-sapa yang terbabit, tak kiralah pangkat ustaz ke atau bapak pada ustaz pun..kalau ikut hati lah kan memang mati!!! Tapi tak gunalah buat kerja bodoh tu...biar Allah saja yang balas...

Kali pertama terbabit dengan  maid indon atau bibik ni kira-kira lima tahun lalu. Bibik pertama yang berkhidmat untuk adik namanya kak ida, tapi kanak-kanak yang dijaganya panggil dia Cida je (Chik Ida le gamak). Servicenya sangat bagus, bangun pagi je mop lantai. Sangat penyayang pada kanak-kanak. Sampai nak masak pun dia dukung kanak-kanak berkenaan. Pagi petang siang malam dia akan pastikan keperluan kanak-kanak yang dijaga mencukupi. Lepas tiga tahun, Cida balik Bogor.

Selepas Cida, muncul pula Bibik Yati yang dipanggil Kakati oleh kanak-kanak 1 dan kanak-kanak 2. Kakati ini masih muda remaja, dari Madura. Kakati juga disenangi kanak-kanak 1 dan kanak-kanak 2 sebab dia suka memanjakan kanak-kanak2 berdua itu. Alim juga Kakakti ini tapi selepas setahun bekerja, katanya nak kena balik Madura, balik kahwin. Yang kemudian didapati tak jadi kahwin.

Sambil mencari bibik ketiga, sempat deal dengan serang ustaz dari medan yg jadi agen pembekal bibik. Reputasinya bagus. Konon bibik yg dibelkalnya sangat rajin dan bagus. Memang sudah terbukti dan kami direkomen oleh seorang lawyer Malaya mengenai ustaz yg jadi pembekal ini. Finally kami ditipu hidup-hidup dan RM4000 lesap. Ustaz itu adalah penipu besar dan kami rasa memang dia akan dilaknati kerana menipu kami.

Muncul bibik ketiga. Ida juga namanya. Kerja selama dua bulan, permitnya mampus..dan dia pun berambus juga kerana mengsolap duit sebanyak RM2000 secara terhormat. Entah ilmu apa dia pakai...kami macam nampak dia baik sangat...kanak-kanak pun ok saja dengan dia. Muaknya macam orang baik-baik.

Dalam pada itu, kami ambil bibik keempat bernama Mariana untuk jaga mak. Masa tu mak sudah sangat uzur. Gaji yang kami bagi ialah RM500 sebulan. Kami bayar pada orang tengah RM1500 untuk Mariana yang gedik dan suka berjimba dengan jantan ini. Kami tahu perangainya begitu setelah mendengar dia suka bergurau dengan teman lelakinya dalam telefon. Dia ingat emak tak dengar bila dia bersembang di telefon dan dia ingat aku tak faham bahasa indon totoknya itu. Lepas seminggu, aku balik kerja jam 10 malam, tengok pintu rumah terkangkang luas, tv dipasang dan mak sudah tidur di dalam bilik. Mariana sudah lari! Cisss...lesap duit kami bayar pada orang tengah seribu setengah..

Selepas Mariana, muncul Mariani. Sudah bekerja hampir dua bulan. Mariani diperoleh dengan bayaran RM3000. Mariani dari Aceh, masalahnya dia lebih minat menjaga pokok bunga berbanding menjaga kanak-kanak. Dia ada masalah hilang ingatan kalau datang bulan. Sama ada dia buat2 atau memang betul, aku tak tahu.

Sambil itu kami juga mencari yg baru. Muncul Aminah. Wajahnya mulus, perangai meyakinkan. Katanya usia 30 tahun, ada tiga anak dan asal dari Bandung. Baik sangat si Aminah ni kelihatannya macam pijak vahvi pun tak mati, apatah lagi kalau pijak kucing. Kami pun macam wahhh besntanya dapat bibik baik macam Aminah. Dia datang rumah adik jam 10 malam. Esoknya jam 5 pagi masa adik bangun, Aminah sudah lesap..puiii la Aminah. Duit kami terbang RM1000 dan kami minta orang tengah bayar balik 1k itu..ok dapat.

Kini bibik yang bertugas ialah Mariani. Walaupun kami tak puas hati dan suspen dengan Mariani, we hv no choice. Kami bertahan dan rasanya lepas ini kalau ada bibik, kami sudah tahu akan prosedur yg perlu kami buat. Korang kalau nak ambik bibik, jangan sekali-kali tertipu dengan pandangan mata yang boleh mengaburi hati, bahkan title ustaz juga tidak menjamin individu itu baik. (Segelintir saja ustaz yg tak boleh dipercayai, yg pasti ada ramai ustaz baik di Malaysia ini).

Kalau aku terjumpa mana-mana tiga bibik tu, Mariana, Ida dan Aminah...siap laa...

Saturday, 22 September 2012

Olympyc culinary in Erfurt..

Haruslah kalau mak ada, mesti mak suruh aku berhenti kerja 'typist,' jadi tukang masak saja sebab minggu lepas, dua tiga hari tu asyik dok jumpa chef saja..bukan setakat tastegasm..eyegasm juga sebab aku suka tengok depa ni dalam uniform putih bersih, nampak smart sungguh dengan topi tinggi melangit tu dan sangat berhati-hati kala menghidangkan makanan untuk tetamu, termasuklah aku yang turut diundang untuk memenuhkan kerusi di meja makan di Restoran Laman Grill milik Chef Zubir Zain di Shah Alam. Chef, tq jemput i, walaupun tak sempat nak makan sebab aku nak balik ke KL, tu pun sesat barat dari Shah Alam ke Kerinchi, sampai masuk ke Denai Alam langsung terus ke Bukit Jelutong dan ntah mana-mana lagi...tu belum dok di German lagi. German???? Haaa kenapa dengan German??
Chef Zubir and the gang...yang nombor dua dari kanan tu adalah Chef Malcolm..potato cheese cake dia adalah sangat yummy..nanti bila free akan dibuat entry mengenainya...
Actually they were a group of chef in variety skill, will fly to Erfurt, German, for Culinary Olympic during this coming October. Kalau tak silap aku pada 4 Oktober ini dan akan berentap dengan beratus chef handal seluruh dunia. Bukan ringan cabaran yang mereka galas. Didoakan Chef Zubir and the gang akan bawa balik medal untuk Malaysia.
Chef Zubir kata, kiranya kalau sapa dah masuk olimpik kulinari ni, macam pukul habis la mana-mana pertandingan masak yang dok ada selama ni sama ada master chef atau chef selebriti..hebat betul nama olimpik ni, sangat berprestij!
Ok chef tahun depan i masuk masterchef..
Antara menu yang mereka akan bawa ke Erfurt...
Apa ntah nama adik ni, aku lupa..dia pun muncul dalam tv juga..
Jadinya, kalau ada sesiapa yang ada anak dan nampak minat anak ke arah masak-masak tu, boleh lah pupuk bakat anak untuk jadi tukang masak. Nowadays kerjaya ini sudah dianggap satu fenomena...va va voom kalau anak lelaki jadi chef...mesti ramai perempuan suka..sebab lelaki yang suka masak ni, konon berjiwa penyayang..ya ke? Okeh ini adalah statement kawan-kawan aku, depa kata memang betul. Sorry aku tak tau, no experience at all..

Nota: Teringat jiran dekat rumah arwah mak, abang din..belajar tinggi dan jadi hakim tapi tetap pandai masak puding panca delima..sedap pulak..oh abang din...hehe!

Friday, 21 September 2012

Eksotik, erotik?

Makan tak makanan eksotik? Eksotik? Ya eksotik? Wahhh bunyi macam makanan pelik gitu kan..sebab eksotik tu sering diistilahkan sebagai sesuatu yang asing dan istimewa sama ada dalam lingkungan fesyen atau makanan (tak caya sila rujuk kamus dewan edisi keempat). Korang tau tak mana-mana restoran yang ada hidang makanan eksotik? Eksotik macam mana? Alaaa dia hidang telur itik masin dan ketam goreng telur masin juga. Eksotik la sangat! Eh tapi kan sedap tau ketam dengan telur masin ni, aku pernah makan kat satu restoran di Kuantan...perghhh...penangannya memang tak boleh lupa.

Oklah sebagai warganegeri Kelantan dan warganegara Malaysia stok eksotik juga, bagi aku makanan eksotik adalah makanan yang meninggalkan nostalgia, membangkitkan rasa sayang dan kecintaan kepada sesuatu yang kita hargai, maka makanan itu akan masuk dalam kategori eksotik walaupun ada orang mungkin anggap makanan eksotik adalah cengkerik goreng, ulat sagu goreng atau belalang goreng. Food also is like a beauty, depends in the eyes of the beholder. While i appreciate food, all the menus that create or cook by my late emak will be eksotik food for me even sambal tumis nasi kerabu. Satu lagi sebab mak juga suka masak makanan orang dulu-dulu dan cara masaknya sangat ringkas tapi berselera pada tekak kami.
Ada satu kuih mak suka buat, kuih peria namanya, ia seperti buah peria dan berinti kacang hijau. Aku masih mencari-cari resipi lengkap kuih peria yang menggunakan tepung beras ehh ke tepung pulut untuk kulitnya. Adik kata weekend ni dia nak buat kuih peria yang warna warni itu. Dua malam lepas aku teringat menu eksotik ini, sotong sumbat. Sumbat dengan pulut, ada kuah coklat cair dan rasanya...hanya jauhari mengenal manikam. Sapa suka makan, dia akan kata sotong sumbat ini sedap. Kalau tak suka...dah tentu menceceh..pehh tak sedap! Sedap atau tidak, aku tetap nak kata menu dari dapur Windsor yang lampunya lemau-lamau vampire itu tetap yummy di tekak aku...:)

Thursday, 20 September 2012

Linguine..

Kalau perut lapar, otak pun tak boleh nak berfikir dengan tenang, kalau hati sakit, otak lagi cemas berfikir dan kalau sudah gian dengan makanan seperti ini, makanya ia akan dimasak, dimakan, dimakan dan dimakan sentiasa. Dan apabila kelaparan menguasai, ketakutan terusir pergi dengan sendirinya walaupun kitchen di Windsor ini sedikit malap lampunya...linguine ini dimasak waktu siang..tapi aku macam biasalah...sekali masak buleh lima nam kali makan...reheat and reheat..rasa lagi mengancam. Bon apetite!

Wednesday, 19 September 2012

Orgasm...ehh eyegasm!

Cokelat, cekelat, ceklat, coklat...ahhh semua sama...semua perkataan itu bawa maksud pada coklat, cair di tangan, cair di dalam mulut dan cair di dalam hati juga...aku tahu coklat itu akan cair dalam hati kalau pakwe atau buah hati yang bagi kan. Zaman berkenaan sudah lama ditinggalkan nak, mak dah tak de masa nak bercoklat-coklat dengan pakwe mak...kehkehkeh...merapu pagi-pagi buta..sebab aku teringat pada dia ni.. sebab dia kata orang yang memakan coklat pada masa yang betul adalah sangat sexy. Aaa apa kaitan coklat dan sexy? Hard to explain but you know it once you indulge yourself with a cocoa...
Eyegasm betul tengok kek coklat dengan macaroon hijau tu...ada pulak starwberry bertenggek di situ...adehhh meleleh air mata!
And i definitely love and like to eat chocholate, chocholate cake, hot chocholate. Anything related to chocholate...will be yessss! Coklat tak menggemukkan okeh kalau tahu cara makan. Jean Marie Auboine kata, orang Peranchis makan coklat sekeping kecil saja setiap hari untuk stimulate hari yang mereka jalani itu dan ia dinikmati bersama teh panas. Katanya makan sedikit coklat (maybe maksud dia kepingan kecil sebesar siling sepuluh sen kot yer) setiap hari akan membuatkan anda berasa bertenaga. Aku kalau makan coklat sebesar saiz sepuluh sen tak rasa apa, sekurang-kurang sekeping Vochelle saiz paling kecil, baru aku rasa aku makan coklat...cehhhh dasar pemakan!
Beberapa minggu lalu aku tersesat ke dalam hutan coklat di Great Eastern Mall, Ampang. Mak datukkk rasa nak pengsan tengok sebab ada macam-macam kek cekelat...eyegasm sungguh dan tastegasm juga. Bukan orgasm yer. Ada 12 jenis kek coklat yang sangat handsome dan seksi...senang citer, TERANGSANG!!! Bayangkan kek coklat tu dah le sedap, garnishing coklatnya sticky and melting...pehhhh mak tak boleh blah! Dan aku berpeluang untuk cuba semua jenis kek tu. Sapa tak nak kan...:)
Comel jer coklat berbentuk rafflesia tu...sekali ngap..urghhh!
Yang ini kek coklat dipotong persegi, satu ketul berharga RM15..they sell it for charity..and all sold out...sebab ada Aron Aziz yang tolong jual. Aku terangsang lagi tengok coklat tu berbanding Aron Aziz..pye pye Aron..im not your Aronator Fan Club...
Kan...nak juga bergambar dengan tauke Rafflesia Pearl Center, Winnie Sin...aku admire betul nyonya cantik ni, tu nampak dak pearl kat leher dia...cantik sangat. Apakan daya mak, nak beli Mikimoto sebutir pun rega dah ribu riban kalau yang ori. Tak dak ka orang nak belanja aku beli pearl ni...
Nota: Sekian hari terangsang mak..penuh dengan coklat yang mencair di dalam hati. Semalam dapat hadiah Patchi sekotak...tapi aku rasa sedap lagi Vochelle...coklat untuk marhaen..tapi rasa ala-ala aristokrat! Terima kasih kepada pemberi...

Monday, 17 September 2012

US Master Chef

US MasterChef ke, Malaysia MasterChef ke..aku tak ingat siapa peserta dan siapa pemenang sebab jarang tengok tv. Apa yang dikenalpasti ialah kalau keluar kat paper story depa ni, aku baca dan kalau tidak, pye pye..banyak lagi mende lain mak nak buat nak..dan pada suatu hari yang tak berapa indah sebenarnya..(sebab kena kerja walaupun cuti..) bos kata aku kena jumpa someone...namanya ialah Sharone Hakeman..dangggg!!! Tiba-tiba rasa tahun depan nak masuk MasterChef..nak berangan la kejap...sapa nak join berangan meh sini...hik!
Tak de gaya chef pun..bapak kepada seorang baby boy berusia lapan bulan ini macam model jer..aku hagak dia punya tinggi maunya nak dekat tujuh kaki..
Si Hakeman ni nak promote sos dia sebenarnya..
Post gedik cap ayam...tapi sebab dia 'banyak tangan', jadi pic ini boleh digunapakai dan bukan aku sorang pos macam ni.ada beberapa lagi blogger lain yang pos cenggini..mamat ni tingginya ya ampunnn, nampak nau orang asia kemetot!:) Jangan jeles yeah!
 

Thursday, 13 September 2012

Mamak, hari ini dalam sejarah

Kali pertama aku dating dalam sejarah hidup adalah pada 1994..kami sama-sama menipu konon kami ini adalah berlawanan sama sekali dengan sifat asal. Dia kata dia macam niger dan rambut kerinting sarang tebuan. Aku kata aku macam Cikgu Markonah dengan spek mata hitam bingkai tebal. Dan kami sama-sama memilih makan di kedai mamak. Aku order roti tempayan dan dia order mee basah mamak. Ceittt sedap sangatlah konon mee tu..sampai tak terkata-kata walhal dia terkejut tengok aku, yang bukan seperti Cikgu Markonah, tapi seperti Cikgu Bedah dalam cerita Adik Manja. (Dia yang kata..buka aku suka-suka nak mengaku)
Selepas itu tiap kali jumpa, mesti lepak kedai mamak. Balik tengok teater pun singgah kedai mamak. Punyalah ketagih dengan mamak. Aku dah boleh tahu dah cara order dan gaya mamak, cepat sangat depa antar order tapi bab kedekut nak bagi tisu tu, adalah jatuh kepada kedai mamak juga. Antara kedai mamak yang aku suka ialah kedai mamak lorong katak. Ada sotong goreng besar dan aku akan pilih duduk di bahagia belakang yang dekat menghala ke ci chong kai (PS) supaya lepas minum boleh terus berfoya-foya di PS untuk tawar menawar dengan cina taiko.
Satu lagi kedai mamak yang aku suka ialah kedai mamak di belakang Jalan Tar. Kedainya sempit sangat dengan kerusi kayu seperti kerus kayu di kedai kopi di kampung-kampung zaman 70-an. Walaupun hanya kerusi kayu, kedai mamak ini ada magicnya sendiri kerana ia sentiasa penuh. Yang aku ingat, kuih bawang mesti ada dan begitu juga dengan karipap.

Kedai mamak Benteng pun best tapi dah berubah wajah. Aku suka makan nasi lemak 50 sen kat situ. Sekarang tak tahu sama ada masih ada lagi atau tidak. Kalau KA ada dulu, dia suka lepak kedai Mamak Benteng sebab geng-geng Bangi ada ramai dok port kat situ. Kali terakhir aku masuk kedai mamak lorong katak ialah empat tahun lepas. Bila dia dah gone with the wind..kedai mamai juga ikut gone with the wind.

Petang tadi sebetulnya ada jamuan raya di office. Macam-macam ada dan lokasi pertama yang aku tuju ialah gerai roti tempayan ayam tandoori dan tose paper..dah makan separuh, baru teringat..suatu ketika dulu kedai mamak banyak menyelamatkan poket aku..dan kedai mamak juga adalah tempat paling afdal untuk aku lepak dengan geng teater padang merbuk sampai larut malam. Mana pergi korang semua, K, KA, KZ, MB dan MN...harap korang masih seperti dulu-dulu...!

Tuesday, 11 September 2012

Cengkerik???

Semalam, jika diberi pilihan, aku pilih buka tingkap dan dengar bunyi salakan anjing daripada bunyi cengkerik yang tak henti-henti itu. Dari awal buka pintu bilik, ia dah start berbunyi...kepala yang sudah sedia sakit tambah sakit. Bunyi itu adalah bunyi yang membunuh. Jam 11 malam masih berbunyi, jam 3 pagi masih berbunyi...arghhh. It ruin my night! Kenapa aku tak suka bunyi cengkerik dalam rumah? Dan aku tak tahu dari mana ia datang..dah dua tiga malam berbunyi..

Back to 2005...
...kami pindah rumah. Sebuah rumah teres lama di AU3. Walaupun lama, ia besar dan memanjang ke dapur. Di depan rumah itu ada sebuah kedai runcit dan kiri kanan adalah jiran. Namun yang buat aku pelik ialah melangkah masuk saja ke dalam rumah itu, ada bunyi cengkerik saja dan tiada bunyi lain. Rumah itu seakan kebal dan kalis bunyi walaupun di luar sana bunyi brader mesin kelapa begitu kuat sebab kedai runcit dengan rumah itu kira-kira dua tiga langkah saja.

Dan beberapa malam dalam seminggu, aku akan berada seorang diri di rumah itu kerana KA terpaksa attend kelas malam. Sepanjang 2 1 /2 tahun, bunyi cengkerik saja adanya dan pada penghujung hari semasa kami mengambil keputusan nak pindah keluar dari rumah itu..sesuatu berlaku dan ia buat aku berasa trauma dengan bunyi cengkerik.

Rupa-rupanya di dalam rumah itu bukan aku dan KA saja yang jadi penghuni...ada satu lagi makhluk yang kami tak nampak....juga menghuni di salah satu ruang di rumah itu...dan makhluk itu adalah hantu raya!

Bunyi cengkerik di Windsor buat aku teringat pada rumah  itu...cheiiitt!

Sunday, 9 September 2012

Nostalgia sagu

Arwah mak dulu, semasa hayatnya cukup suka menyediakan menu seperti nasi kalau ada tetamu datang ke rumah. Sama ada tetamu jauh atau dekat, beliau akan bergegas menyediakan hidangan walaupun sayur lemak kobis dan ikan masin, manakala ulam pula adalah kacang kelisa atau kacang botol yang akan dipetik dari kebun kecil ditepi laman rumah. Katanya, kalau hidang nasi, tetamu akan datang lagi dan hidangan berkenaan juga adalah sebagai mengalu-alukan tetamu.
Ketika itu lazimnya aku dan kakak akan cebik-cebik marahkan mak di belakang pintu kerana kami kena tolong mak masak..walhalnya kami ini sebok nak main teng teng dan nak menonton tv hitam putih. Lazimnya mak akan cakap, jangan nak malas-malas kerana tetamu yang datang akan bawa sekali buah tangan yang tak nampak, iaitu rezeki. Ketika itu aku dan kakak belum faham dengan apa yang mak cuba sampaikan.
Selain hidangan nasi, mak suka menyimpan sagu mata ikan di dapurnya kerana katanya pemanis mulut ini paling senang dan cepat disediakan. Dalam tempoh setengah jam pun boleh siap katanya. Kelapa memang sentiasa ada dan gula melaka juga adalah barang mesti ada di dapur mak. Dan kini aku pun sudah faham kenapa mak suka masak sagu gula melaka dengan santan segar ini...kerana ia memang sedap, murah, cepat dan sangat selamba tapi selamba-selamba pemanis mulut ini pun, ia antara desert pilihan di hotel enam bintang kan..
Dan hari ni Jay dan Wan kata nak datang dan mereka dah pesan tak mahu makan nasi sebab nak singgah saja, jadi aku dah sediakan desert ini untuk mereka. Sebelum dihidang, testing dulu mata dengan ambil pic di ruang terbuka. Desert ini tak guna santan, aku ganti dengan susu sejat ideal..tetap terasa lemaknya dan gula perang yang dicairkan. Teringat pula ais kacang di pekan kecil di kampung..si penjualnya suka letak air gula perang dan sagu warna hijau...
Dan yang dibawah ini adalah sagu yang sudah dikeringkan dan perlu digoreng terlebih dulu sebelum dimakan. Ia diberikan oleh rakan KA ketika berkunjung ke rumah pada hari raya sekitar 2005. Aku menyimpannya sebanyak 12 keping bertujuan untuk diframekan sebab pada pandangan aku, sagu ini sangat cantik dan unik. Dan ternyata selepas hampir 8 tahun, ia masih elok dan cantik, tidak hancur pun...
Selan warna hitam, hijau juga my fav colour!:)

Saturday, 8 September 2012

Pisang emas dibawa belayar, pisang nangka...?

Spesies: Muffin
Kategori: Roti+kek
Bahan utama: 
Pisang - ditaja oleh Irfa.(terima kasih sangat!!!)
Butter dan gula ditaja oleh kedai Cina Tong Fan, Mahkota Cheras.
Resipi dicedok dari buku Cita Rasa Malaysia 1000 Resipi Unggul oleh Zaidah Mohd Noor.
Tukang bakar muffin: LW
Pic ditaja oleh Nikon.
Aksesori lampu: Ditaja oleh IKEA, alas ditaja oleh Pullman Putraja.
Taster: Dicuba oleh tester bernama Norfazilah.

Barang baik tak perlu kata-kata bombastik. Macam nasi lemak, kata kunci keenakannya adalah dirujuk pada sambal yang dimasukkan bawang merah yang banyak, jadi kalau muffin pisang ini? Apakah kata kunci untuk kesedapannya? Tak lain dan tak bukan ialah pisang yang digunakan. Kalau guna pisang grade A, maka muffin pun akan jadi grade A kan. Maksud grade A di sini ialah kalau guna pisang abu, muffin tak jadi cantik sebab pisang abu tak sesuai buat muffin. Kalau guna pisang emas atau pisang nangka yang mahal tu..haa confirm muffin jadi cantik dan sedap sebab pisang nangka memang sudah asal sedap dan manis..(Pengkelasan ini adalah berdasarkan citarasa sendiri jer...anda jangan terpengaruh yer..ini adalah pengkelasan daripada orang yang berangan nak jadi chef..konon! Heeee...)
Jadinya, terima kasih kepada blogger IRFA kerana menghadiahkan tiga sikat pisang nangka. Sepatutnya diberikan  kepada Nenet Penne juga tapi sebab asyik dok sembang, lupa lak nak bagi nenet vogue tu pisang nangka yang sedap sangat. Jadi aku dah modified pisang tu jadi muffin pisang yang sangat superb rasanya, cukup dengan manis, moist dan gebus gebus gitew..pendek kata kalau cubit tu tak kenyal lah muffin ini..ya kesedapannya adalah kombinasi pisang dan resipi yang digunakan.
Siapa saja boleh masak muffin dan aku tak begitu mahir menyediakan muffin sebab kali terakhir bakar muffin ialah dua tahun lepas. Masa tu KA minta tolong buatkan sebab katanya dia nak makan. So aku bakar muffin tu ikut satu resipi blogger tapi hancus sebab tekstur muffin tu pelik nau..Kesian KA makan muffin tak jadi. Kali ini memang cantik muffinnya..bukan sebab aku yang pandai bakar, tapi kombinasi pisang dan resipi menyebabkan muffin ini begitu sempurna...Irfa..apakah ini sayer membodek awak??? Kehkehkeh....kalau dekat boleh bagi Irfa dan sapa-sapa lagi sebab aku guna 8 biji pisang dan menghasilkan 40 biji muffin...
Bangun pagi minum susu
eh laaa kata suka kopi
muffin enak, vogue dan gebu
sekali makan, nak lagi dan lagi.

Naik tokan ke pulau payar
singgah makan sup sharkfin
pisang emas dibawa belayar
pisang nangka dibuat muffin.

Nota: Nenet Penne, semalam kita adalah sangat vogue kan...hikhikhik!

Friday, 7 September 2012

From Windsor to Paris...

Tajuk entry macam tak ingat langsung dok ada kat Sungai Long nun di hujung kampung..sebenarnya aku dah terfikir nak up entry ini sejak tiga hari lalu selepas menerima email dari an old friend, tapi nak bakar muffin ini dulu. Old di sini adalah benar-benar tua dan bukannya merujuk kepada kawan lama. He is almost 60 but then strongly active cooked and prepared food for a guest at his restaurant. Moving around in his kitchen and sometime walk around the isle at  a Fine Dining space somewhere in Damansara. Aku pernah buat entry berkaitan dia di sini dan sini.
Katanya, when would be the best time for him to invite me at his new restaurant where i can have a glimpse of what he do and on the same time catch up with the last past months. I email him last night to confirm with him, ill see him after work tonight and will be there with friend...pergi sorang...nak mampuih aku..nampak dek kawan office, habis kena skodeng.
Gigihlah aku bakar muffin dengan resipi daripada Datuk Chef Wan. Aku pernah cakap kat dia, ada resipi aku tengok dalam buku masakan tak menjadi bila aku nak buat. Dia kata, dikkk...abang tak akan letak resipi abang dalam buku kalau tak menjadi. Kau cuba buat dulu, kalau tak jadi itu bukan resipi abang. Abang tak nak laaaa hidup dengan duit menipu dikkkk...
Ok abang...adikkkk cayer...kehkehkeh!
Kali ini first time aku buat muffin yang masuk yogurt. Adunannya agak keras, ingat kan dah tak jadi. Sepatutnya diletak blueberry, tapi aku terlupa nak beli, jadi diganti dengan black raisin..nampak macam cantik juga. Betullah katanya, muffin ini sangat sedap..katanya dia buat muffin ini ketika menetap di San Francisco, di makan bersama tea pada musim sejuk. Aku rasa muffin ini ada sedikit rasa seperti skon yang pernah dimakan di Fortnum and Mason di Piccadily Street tidak berapa lama dulu. Skon di F&M sangat sedap, tambah pulak dinikmati bersama jem strawberry dan teh panas Earl Grey dengan cuaca sejuk di luar kedai menikam tulang hitam...ahhh nikmat! (Ok berangan...jangan jeles!)
Bahannya pun mudah:
Bahan A
280g mentega
220g gula perang
50 ml molas (escape, tak jumpa cari kat kedai)
80 ml madu
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur

Bahan B (Diayak bersama)
Setengah sudu teh garam
1 sudu besar baking powder
i sudu teh soda bikarbonat
350g tepuk kek
110g tepung roti (nak ganti dengan tepung kek pun boleh)

Bahan C
220ml yogurt
320g blackberry(ganti dengan raisin pun boleh)

Pukul Bahan A hingga creamy. Campur bahan B, kaup balikkan, masukkan Bahan C paling akhir. Masukkan ke dalam cawan kertas, bakar pada suhu 180 celcius elama 20-25 minit.
Sambil bakar muffin sambil berangan, sambil fikir blogger buddy aku maam ni jumpa tak jalan nak datang Bangsar. Harap dia akan tiba di Bangsar dengan selamat...lalink i hope u arrive on time so that we can go earlier yeahh...takut jalan jam..maklumlah esok weekend kan so ramai orang keluar bermakan-makan bersama-sama kan..kan? :)
Sudah masak, tapi aku biarkan seketika dalam dapur biar warnanya lagi keemasan dan lebih rangup. Muffin ini akan dijadikan buah tangan untuk dia mlam ni. Walaupun dia chef, aku tahu dia cuma terer masak daging dan spaghetti al dente saja dan muffin dia tak tahu masak...harap dia suka muffin black raisin ini, dan akan mengingatkan tanah tumpah darahnya di Selatan Perancis yang sudah lama ditinggalkan.
Segelas susu sejuk dan dua muffin pisang ini sangat heaven dimakan di tepi tingkap berjeriji hitam sambil membilang bintang di langit malam...tiba-tiba ada bunyi suara anjing melolong panjang..ok tutup tingkap!

Thursday, 6 September 2012

German lagi..dan Perancis pula...

Kita sentiasa fikir hanya fesyen saja mengikut trend global dan berubah dari semasa ke semasa. Bagi pereka fesyen, mesti mereka kalut memikirkan apakah jenis fabrik dan warna untuk 2013 yang akan muncul beberapa bulan saja lagi.Lagi nak dekat hujung tahun lagi sibuk depa dok meramalkan potongan baju macam mana pulak yang famous...

Penggemar resipi juga sebenarnya meramalkan beberapa jenis biskut dan kek baru akan muncul dalam industri pembuatan makanan di dapur sendiri ini. Dr Rose yang memperkenalkan Kek Coklat German kepada aku semalam kata sedikit masa lagi, ada sejenis resipi baru akan muncul dan akan digilai ramai blogger masakan..ok aku bukan blogger masakan tegar, tapi nak juga cuba buat...at least 'jack of all trade but master of none...'. Resipi yang disebut Dr Ros mengikut ramalan di internet ialah Caneles, berasal dari Bordeaux, Perancis. Betul atau tidak ramalan di internet, kita tunggu saja.
Pic atas dan bawah ini ialah rupa wajah caneles de Bordeaux...nampak yummy juga kan...mesti try weekend ini...
Pic digali daripada Google.
Walau apa pun, biskut yang pecah atau cair di dalam mulut ini adalah antara resipi yang aku suka buat, sebab ia sangat ringkas. German cookies yang gebu, gebu dan gebu...tiada perkataan lain yang lebih tepat selain gebu dan rangup. Tulis panjang pun tak guna, sebab cookies ini pun sudah bersifat menggoda...sapa tak tergoda, memang anda tipu! Hehe...
German cookies...aku suka buat cookies ini sebab bahan-bahannya sangat murah dan mudah dibuat, potato sarch, egg, icing sugar and flour..that's it...
Kalau nak nampak lebih mewah, boleh letak chop almond atau choc chip..tapi aku suka yang loose macam ni dan ikut resipi asal...
Gentel dan tekan dengan garfu...

Nota: G, kupu-kupu hitam itu datang lagi dalam mimpi aku...

Tuesday, 4 September 2012

Magis nasi beringin...

Dalam entry terdahulu, aku ada sebut pasal nasi beringin abang handsome yang dijual setiap hari di depan office. Nasi beringin ini adalah nasi yang dimasak dengan cara yang cukup rahsia sebab aku pernah buat muka selamba usha abang handsome tu tanya macam mana dia masak nasi tu sebab setiap hari makan, tak pernah rasa jemu. Sampai sudah dia tak cerita apa bahan dan bagaimana cara masak, yang dia beritahu ialah RM3.80 sebungkus kalau menu biasa dan kalau ada tambahan telur, sotong atau tauhu, ada additional charges sama ada RM1 atau RM2 bergantung pada lauk mana yang dipilih.
Brader ini adalah sepupu kepada abang handsome..muka serius je..masa aku cakap nak ambik pic dia, dia cuma pusing badan jer...senyum pun ala-ala 20 peratus jer..
Aku pernah beli sebungkus dan belek sebiji-sebiji nasinya, yang aku jumpa ialah ketumbar dan daun sup. Bawang tak de nampak, apatah lagi rempah-rempah lain. Hairan juga sebab nasi tu kalau dimakan setiap hari pun tak akan puas.  Lauk biasanya ialah ayam goreng dengan kulit yang rangup, timun batang dan sambal serta sedikit kuah kari.
Inilah nasi beringin dengan extra charge sebab ada sekeping tauhu goreng. Nasi sempoi macam ni pun tak puas-puas kami-kami makan..mungkin abang tu memasaknya dengan penuh perasaan..
Aku start makan nasi beringin ini pada 1996 dan sehinggalah hari ini, nasinya tak lari allignment langsung, tetap steady macam 16 tahun lalu, cuma abang handsome sudah jadi abang veteran dan kakak yang jadi isteri abang handsome sudah bertukar status kepada makcik. U all bayangkan nasi yang sama, masih dijual pada harga mampu beli dan pemakannya adalah orang yang sama manakala peniaganya adalah orang sama. Apa ya rahsia masakan abang handsome ini...o ya setiap hari beliau masak satu periuk besar yang boleh muat dua kanak-kanak bersila di dalamnya. Aku heran! Apa rahsia nasi beringin yang tak pernah gagal memenuhi selera kami-kami setiap hari. Kalau ada sapa-sapa nak rasa kehebatan nasi beringin ini, roger eh..boleh kita pekenan sama nestlo ais Yoges yang adalah kombinasi terbaik kalau makan nasi beringin...

Nota: Dengan prasangka baik (walaupun penuh dengan misteri yang menjadi tanda tanya) masakan yang dimasak dengan mengutamakan kebersihan, dijual pada harga berpatutan dan manis mulut dengan pelanggan serta mungkin sedikit ‘mantera’ akan tetap dicari pemakan-pemakan yang rakus seperti kami-kami di Jalan Riong...burp!

Aidiladha beberapa tahun ini..

 Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku  beraya di Brockley. ...