Thursday 13 September 2012

Mamak, hari ini dalam sejarah

Kali pertama aku dating dalam sejarah hidup adalah pada 1994..kami sama-sama menipu konon kami ini adalah berlawanan sama sekali dengan sifat asal. Dia kata dia macam niger dan rambut kerinting sarang tebuan. Aku kata aku macam Cikgu Markonah dengan spek mata hitam bingkai tebal. Dan kami sama-sama memilih makan di kedai mamak. Aku order roti tempayan dan dia order mee basah mamak. Ceittt sedap sangatlah konon mee tu..sampai tak terkata-kata walhal dia terkejut tengok aku, yang bukan seperti Cikgu Markonah, tapi seperti Cikgu Bedah dalam cerita Adik Manja. (Dia yang kata..buka aku suka-suka nak mengaku)
Selepas itu tiap kali jumpa, mesti lepak kedai mamak. Balik tengok teater pun singgah kedai mamak. Punyalah ketagih dengan mamak. Aku dah boleh tahu dah cara order dan gaya mamak, cepat sangat depa antar order tapi bab kedekut nak bagi tisu tu, adalah jatuh kepada kedai mamak juga. Antara kedai mamak yang aku suka ialah kedai mamak lorong katak. Ada sotong goreng besar dan aku akan pilih duduk di bahagia belakang yang dekat menghala ke ci chong kai (PS) supaya lepas minum boleh terus berfoya-foya di PS untuk tawar menawar dengan cina taiko.
Satu lagi kedai mamak yang aku suka ialah kedai mamak di belakang Jalan Tar. Kedainya sempit sangat dengan kerusi kayu seperti kerus kayu di kedai kopi di kampung-kampung zaman 70-an. Walaupun hanya kerusi kayu, kedai mamak ini ada magicnya sendiri kerana ia sentiasa penuh. Yang aku ingat, kuih bawang mesti ada dan begitu juga dengan karipap.

Kedai mamak Benteng pun best tapi dah berubah wajah. Aku suka makan nasi lemak 50 sen kat situ. Sekarang tak tahu sama ada masih ada lagi atau tidak. Kalau KA ada dulu, dia suka lepak kedai Mamak Benteng sebab geng-geng Bangi ada ramai dok port kat situ. Kali terakhir aku masuk kedai mamak lorong katak ialah empat tahun lepas. Bila dia dah gone with the wind..kedai mamai juga ikut gone with the wind.

Petang tadi sebetulnya ada jamuan raya di office. Macam-macam ada dan lokasi pertama yang aku tuju ialah gerai roti tempayan ayam tandoori dan tose paper..dah makan separuh, baru teringat..suatu ketika dulu kedai mamak banyak menyelamatkan poket aku..dan kedai mamak juga adalah tempat paling afdal untuk aku lepak dengan geng teater padang merbuk sampai larut malam. Mana pergi korang semua, K, KA, KZ, MB dan MN...harap korang masih seperti dulu-dulu...!

29 comments:

  1. jgn jadi geng mamak sudah.


    cikgu markonah yer hahahaha

    ReplyDelete
  2. lorong katak?wahhh nostalgianyer...geng panjat gunung ramai kat situ...asal jumpa je salam semua orang kat lorong tu...

    tq for this entry I really miss the old days..hahhahaha...

    ReplyDelete
  3. mamak benteng lagiii oldschool...makan pasemboq kat tepi jalan tu..jalan TAR paling best Mee Rebus dia kedai cina tapi menu makanan mamak...dont worry ada masa kita gi semua tempat tu..oh yeahhh...

    ReplyDelete
  4. Telor Power,
    Geng mamak? Eee minta simpang la weiii...hahaha
    Yer kenapa dengan cikgu markonah?

    ReplyDelete
  5. El Mariachi,
    A ahh la..abg bro ni OGKL ke? Saya bukan geng tu tapi ada beberapa kawan yg join OGKL, geng skateboard pun ada lepak situ. Pendek kata mamak lorong katak tak leh buat apa aaa kalau datang budak weng2 dgn gitar kapuk dia nyanyi tengah2 lorong kan...

    Oo mamak benteng pun tahu gak eh? First time saya jejak situ tahun 1997, jakun gila sebab happening sangat kat situ masa tu...duduk berjam2 walhal teh tarik segelas jer kan...macam2 hal sembang..

    Ok one fine day kita boleh buat site visit to down to memory lane...muehehehe...:)

    ReplyDelete
  6. First time makan kat gerai mamak di Culia Street. :)

    ReplyDelete
  7. mesti byk kenangan lw dgn kedai mamak
    dulu pun suka jugak makan kedai mamak.sekarang je tak lalu.entah kenapa ;)mgkin sbb suka perati tukang masak nya kot..lama2 tgk terus x lalu.huhu.tp an abe suka pulak teh tariknya

    ReplyDelete
  8. lorong katak??

    i tak suka masuk kedai mamak di pagi hari sebab nanti baju berbau roti canai...

    sekali sekala layan kedai mamak ok ..tu pun bila duit tak berapa ado dalam purse.....

    tapi i suka makan nasi kat kedai nasi daun pisang..

    ReplyDelete
  9. sy tak suke sgt makan kat mamak..huhu..tapi kekdg no choice..sbb ikut kwn..haha

    ReplyDelete
  10. geng teater padang merbuk?
    eh saper sebenarnya agaknya you ni eh?

    benteng? dulu sesekali lepak sinun, tempat uncle seekers jual baju2 terpakai, pernah jumpa tak agaknya ek?

    lorong katak?

    ah, make sure tu sotong besar tu the real sotong huh, bukannya perut katak!

    harharhar...

    ReplyDelete
  11. LW...gurau jer la..eh!
    tp akak dedolu mmg selalu gak ar lepak kat benteng tu..sekarang mana ada lagi? dah berubah wajah semuanya dah...

    ReplyDelete
  12. hamboiii...dh lama tak masuk sini, memacam jenis makanan ada...lenkali koling2 la kat akak kalo ada siaran makan2 eh!

    tu german mari tu serupa cam kita punya jer hehehe...

    ReplyDelete
  13. Akak sangat suka kedai mamak. I like. Rempahnya tu. Rempahnya. Rempahnya tuuuu.

    ReplyDelete
  14. sebenarnya mamak stall mmg mrnarik penuh cerita rakyat pelbsgai kaum n peringkat disitu

    ReplyDelete
  15. bapak aku yg ajar aku minum2 di kedai mamakk... di t.intan....

    ReplyDelete
  16. salam

    bapak layan kedai mamak dgn ibuk seminggu sekali utk late supper hehehe

    pekena roti tampal banjir dgn dhal

    cuma sekarang ni je kena berhati psl ada bukan islam yg mengaku mamak hehehe

    ReplyDelete
  17. bofren #1 & #2 tak suka kedai mamak.. maka kena reject lah.. bofren #3 satu kepala suka lepak kedai mamak.. maka kami pon sokmo dating kat gerai mamak jual rojak, sup kambing & cendol yg satu itu.. tapi mamak tu kata kami adik beradik..!!! tak percaya kami bofren gefren..!!

    ReplyDelete
  18. Sepa,
    Chulia Street? Itu memang piau punya mamak penang tu...



    Irfa,
    Kedai mamak tu macam stesen tak rasmi kita orang..selain dating, saya jumpa geng teater, geng outdoor..semua kat situ..sambil pekena pull tea dan nasi lemak...fuhh...those old days...kenangan..

    ReplyDelete
  19. Saya suka 2 restoran mamak, Hakeem di shah alam dan Padang Kota di kota damansara.

    Mamak sebelah ofis saya dulu berpendapatan kasar RM1.2 juta sebulan, bayar sewa kedai RM25ribu sebulan, bayar bil elektrik RM26ribu sebulan dan bil air saya tak ingat..ribu jugak kot (saya tengok financial report restoran tu).

    Untung wehhhh..!!

    ReplyDelete
  20. Nenet Penne,
    I tak kisah pasal bau sebab i dok kat office pun macam chamber gas punya lokasi, sana sini ada orang smoke, dah imune. So kalau ada bau roi canai mamak tu...harum..hehe




    CaDlyNN,
    akak tak de la suka sangat dan boleh la makan..yang best kedai mamak ni adalah pot lepak..semua pelepak kebangsaan lepak di mamak lorong katak, termasuk akak suatu ketika dulu..hihi

    ReplyDelete
  21. Sist Queenie,
    I bukan sapa-sapa pun sist, just suka suki join geng teater masa tu,..hehe..kadang-kadang i p DBP..ingat lagi teater Tanah Bernanah karya Aminah Rafor dan teater Raja Lawak yang mendapat sambutan hangat...masa tu i pun ikut bermain teater sama tapi jadi conti gurl saja le kak...

    erkk memang sotong tau, bukan katak..huhu..

    ok kalau ada siaran makan, kita roger2..german itu kita google sana sini...ada ahkak punya, ada blu punya, ada rima punya ada sapa lagi ek dan finally kita cut sana sini resipi itewww...:)

    ReplyDelete
  22. Kak Dinas,
    kan..kari mamak ni satu macam sedapnya...cuma kalau ingat propa pasal kari mamak yang tak basuh periuk, saya hold sekejap la...tapi kedai mamak yang saya masuk ni memang nampak indon dok basuh periuk..belakang tu saya tarak tau juga la...:)

    ReplyDelete
  23. Telur Power,
    Yer..kedai mamak adalah premis bertaraf kebangsaan sebab melayu, cina dan india semua akan lepak situ makan roti canai, tose, papadom etc kan..



    Nizam.Ariff
    ehh teluk Intan ada kedai mamak eh? mamak pokok assam ka? haha

    ReplyDelete
  24. bapak@ rezeki
    err macam mana roti tampal tu bapak? saya cuma tahu roti canai, roti boom, tosei paper, nan tandoori. itu saja...:)




    m.u.l.a.n
    wahhh dating kat mamak gak ehh..happening kan. hanya orang yang pernah dating di kedai mamak saja tahu betapa hebatnya rasa...ekekeke...

    ReplyDelete
  25. Khairul Abdullah
    Wahhh kayanya mamak..kalau lagu tu i kena cari mamak la...senang nak paw duit buat beli tiket nak gi travel sama NP..heeee!

    ReplyDelete
  26. LW,

    Dulu saya suka gak makan kat kedai mamak, cos servisnya cepat esp. kalo terdesak, lapar tak tahan. :)

    Satu masa, ada org katalah (bkn saya eh..), lauknya ada yg berhari2 dipanas balik kalo tak abis. Unstable prices, ikut suka depa jer nak buh. Since then, saya kurang ke sana lagi.

    LW pernah dgr tak ada satu kedai Mamak kat utara nun, hari2 ramai org beratur nak beli or makan kat sana. Pelikkan rasanya?

    ps: Teater Raja Lawak tu mmg best & paling happening masa tu. It was my first watch & laugh theater experience and worth it. Pelakon2nya havoc.

    ReplyDelete
  27. Eliza,
    sekarang saya pun dah agak lama tak jenguk mamak, kecuali kalau lepak bangsar, saya pi mahbub atau restoran syed, dua kedai mamak ni femes kat bangsar. O ya raja lawak tu among my fav teater..saya tengok tiga kali sebab terpaksa buat assignment on watak lawak tu..:)

    Tau..pernah denga juga kedai mamak kat utara tu..macam guna pelaris kan...

    ReplyDelete
  28. ah.. macam yang kat majalah 3 tu lah.. tu yg kat tv3 tu..

    ReplyDelete

Aidiladha beberapa tahun ini..

 Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku  beraya di Brockley. ...