Sunday 9 September 2012

Nostalgia sagu

Arwah mak dulu, semasa hayatnya cukup suka menyediakan menu seperti nasi kalau ada tetamu datang ke rumah. Sama ada tetamu jauh atau dekat, beliau akan bergegas menyediakan hidangan walaupun sayur lemak kobis dan ikan masin, manakala ulam pula adalah kacang kelisa atau kacang botol yang akan dipetik dari kebun kecil ditepi laman rumah. Katanya, kalau hidang nasi, tetamu akan datang lagi dan hidangan berkenaan juga adalah sebagai mengalu-alukan tetamu.
Ketika itu lazimnya aku dan kakak akan cebik-cebik marahkan mak di belakang pintu kerana kami kena tolong mak masak..walhalnya kami ini sebok nak main teng teng dan nak menonton tv hitam putih. Lazimnya mak akan cakap, jangan nak malas-malas kerana tetamu yang datang akan bawa sekali buah tangan yang tak nampak, iaitu rezeki. Ketika itu aku dan kakak belum faham dengan apa yang mak cuba sampaikan.
Selain hidangan nasi, mak suka menyimpan sagu mata ikan di dapurnya kerana katanya pemanis mulut ini paling senang dan cepat disediakan. Dalam tempoh setengah jam pun boleh siap katanya. Kelapa memang sentiasa ada dan gula melaka juga adalah barang mesti ada di dapur mak. Dan kini aku pun sudah faham kenapa mak suka masak sagu gula melaka dengan santan segar ini...kerana ia memang sedap, murah, cepat dan sangat selamba tapi selamba-selamba pemanis mulut ini pun, ia antara desert pilihan di hotel enam bintang kan..
Dan hari ni Jay dan Wan kata nak datang dan mereka dah pesan tak mahu makan nasi sebab nak singgah saja, jadi aku dah sediakan desert ini untuk mereka. Sebelum dihidang, testing dulu mata dengan ambil pic di ruang terbuka. Desert ini tak guna santan, aku ganti dengan susu sejat ideal..tetap terasa lemaknya dan gula perang yang dicairkan. Teringat pula ais kacang di pekan kecil di kampung..si penjualnya suka letak air gula perang dan sagu warna hijau...
Dan yang dibawah ini adalah sagu yang sudah dikeringkan dan perlu digoreng terlebih dulu sebelum dimakan. Ia diberikan oleh rakan KA ketika berkunjung ke rumah pada hari raya sekitar 2005. Aku menyimpannya sebanyak 12 keping bertujuan untuk diframekan sebab pada pandangan aku, sagu ini sangat cantik dan unik. Dan ternyata selepas hampir 8 tahun, ia masih elok dan cantik, tidak hancur pun...
Selan warna hitam, hijau juga my fav colour!:)

23 comments:

  1. Cantiknya sagu kering tu!

    Tengok gambaq sagu yg bentuk macam nasik lemak tu terasa2 pulak di mulut ni haa. & yg dalam gambar pertama tu, aisehmennn..tergoda...

    ReplyDelete
  2. wahhh..sedapnya. gambar nampak lebih cantik dan jelas. Cuma gambar 3 dan 4 perlu diperbaiki. Props u sedikit menggangu subjek kerana masih jelas dilihat (tidak blur/outoffocus). U kena jarakkan camera dari subjek dan pakai maksimum zoom (55mm - pusing habis) then compose, fokus dan click. Dan..props perlu dijarakkan dari subjek, kita nak props tu blur..cuma nampak bentuk saja dan baru subjek tu timbul outstanding spt gambar 5 dan 6.

    Good job anyway.

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Dinas,
    Itu adalah desert paling sempoi yang saya suka dan sangat pandai membuatnya...desert kelas bawahan tapi kerap dihidang di hotel lima ke enam bintang kan..jadi kita pun sebenarnya high taste juge le kan...kikiki:)

    ReplyDelete
  4. Khairul Abdullah,
    Baikkk lahh sifu!! Aikk sifu ka? Ahahah adehhh berapa le i kena charge nehh..
    Ok! Ok next time i try buat supaya props nampak blur dan shape jer yang clear. Memang masa ambik shot ni objek adalah dekat dengan kamera dan props juga betul-betul di belakang objek.
    Anyway u kata jangan guna flash tapi kadang-kadang kalau i guna manual dan button pada simbol bunga, flash nyala juga? Ataupun keadaan itu memang tak cukup lighting ek?

    Good job? TQ:)

    ReplyDelete
  5. comel pulak sagu kering tu..boleh jadi coasters

    ReplyDelete
  6. 8 tahun sagu kering tak berbubuk?

    wow!.. ko simpan kat mana tu?

    ReplyDelete
  7. blu4sky
    Kan..masa i tengok sagu tu, terus terfikir nak letak dalam frame dan boleh buat coasters juga kalau ada kepandaian..kena laminate atau coating dengan plastic transparent kan..



    Nizam.Ariff
    A ahh aku dah lama simpan...nak goreng pun aku tak tahu macam mana nak makan sagu yang sangat comel ni..aku simpan dalam bekas kedap udara jenama tupperware dan memang tak rosak sikit pun..cuma ada serpihan kecil jer..

    ReplyDelete
  8. mahu bakso...alaaa hari ni tak boleh, kedai bakso tutup..heee!


    LWindsor

    ReplyDelete
  9. i suka gula nisse yang dicairkan..makan dgn pulut dakap pn sedap tapi sagu mata ikan ni i kurang sikit... tapi kalau ada, i makan jer...

    wahhh dah terror amik gambar yer..

    ReplyDelete
  10. Bila flash automatik pop-up means lighting tak cukup. I suruh you pakai macro mode since i ingat u pakai compact camera..since you pakai dslr, so skipped that mode dan guna manual atau A atau P mode. Mode tu confirm tak keluar flash...but kalau lighting tak cukup..shutter akan very slow..thus gambar akan jadi blur sebab goyang kalau tangan tak steady. This is where tripod came in handy.

    ReplyDelete
  11. kecik2 dulu penah makan sagu tp dah berkeluarga sendiri sy tak penah masak sagu.hehe..tak tahu kenapa.

    lawa jugak kalau diframekan

    ReplyDelete
  12. gambar no.2 last tuh cam gambar tuk test color blind.! hehehe...

    suka sagu yang depa buh dalam ais kacang. :)

    ReplyDelete
  13. cara nak buat sagu tu macam mana? susah ke senang?

    banyak pula resepi.. macam best aja semuanya.

    ReplyDelete
  14. salam

    bebudak sekarang ada yg dah tak kenal sagu

    ReplyDelete
  15. Nenet Penne,
    pulut dakap..u mean tuppat dakap ko? I suka segala bagai yang berkaitan dengan pulut, tak kira pulut apa pun..

    O yer, i terer ambik gambar sebab baca tutorial sifu photo tu, Incik Khairul Abdullah...

    ReplyDelete
  16. Khairul Abdullah,
    Noted..one thing yang i tak pernah try ialah focus objek dari jarak yang agak jauh sebab i dok ingat kalau nak ambil pic besar dan clear, kena dok dekat..ok later akan dicuba teknik ini untuk mendapatkan hasil objek clear dan props belakang adalah blur kan? Ok akan dapatkan tripod asap eventho im not food blogger..tapi sesaja layan..:) tq!

    ReplyDelete
  17. Irfa,
    saya suka juga sagu ini...tahu tak kuih yang ada salut dengan kelapa tu yg dibuat guna sagu juga tu..pun saya suka..sebab ia cantik..

    Ya saya akan framekan, nak tengok berapa lama ia boleh tahan...

    ReplyDelete
  18. Sepa,
    ahahah aku tak terfikir pula ia macam gambar nak test blind..selalunya ada angka kat tengah2 bulatan tu kan...
    Sagu dalam ais kacang best, tapi best lagi kalau makan macam pic yang kat atas tu aku rasa...

    ReplyDelete
  19. Nong Andy,
    simple je..senang sangat..kalau aku, rebus je dalam air mendidih sampai ia kembang..

    untuk gravynya ialah santan dan gula melaka. boleh juga guna susu sejat...try le nong...sangat mudah..:)

    ReplyDelete
  20. Bapak @ Rezeki
    depa lebih kenal pop corn, tit bits, pretzel etc...

    ReplyDelete
  21. alamk... aku dah la puasa hari ini.. ehehe. Baca entry sal makanan feveret aku lak.. ehehe.

    ReplyDelete
  22. alamak...ya ke puasa? sorry eh...hehe

    ReplyDelete

Patin Tempoyak Kak Nik..

Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap d...