Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Friday, 21 December 2012

Jom kita try nak...

Perkara pertama kalau sampai office ialah cek email. Macam-macam email ada, nak jual viagra ada, nak jual sex toys ada, nak ajak jadi business partner ada, info menang loteri kat UK ada, info aku jadi waris duit bermillion di Swiss Bank pun ada dan nak berkenalan pun ada. Jadinya mana yang tak berkenaan aku delete. Ehhhh cop..ini ada satu yang berkenaan..mesti ada ramai photografer handal di sini kan...meh la kita try...
 
 
KUALA LUMPUR INTERNATIONAL PHOTOAWARDS 2013

TAGLINE: 
'TANGKAPLAH SAYA, TOLONG LAH'

PENGUMUMAN PERTANDINGAN BERMULA: 
DISEMBER 2012

TARIKH PENYERAHAN FOTO:
1 MARCH 2013

TARIKH TUTUP PENYERAHAN FOTO:
31 MARCH 2013

MAJLIS PENGUMUMAN PEMENANG:
JUNE 2013

SEBARAN UMUM

Buat kali yang ke-5, KL International Photoaward (KLPA) sekali lagi memanggil semua peminat fotografi untuk menyertai pertandingan fotografi tahunan KLPA. Pengumuman pertandingan berserta maklumat menarik tentang pertandingan ini telah dipaparkan di laman web KLPA bermula dari Disember 2012. Tahun ini, tagline KLPA adalah: TANGKAP LAH SAYA, TOLONGLAH (TAKE ME, SERIOUSLY)

‘Tangkaplah saya, Tolonglah’ merujuk kepada beribu gambar yang telah ditangkap dengan segara menggunakan telefon pintar atau Smartphone, yang kemudiannya dimuat turunkan ke laman media sosial setiap hari. Perkara ini telah menjadi satu fenomena yang penting dalam dunia penyebaran maklumat yang berkaitan dengan pembuahan idea, fesyen, gaya hidup, dan penyebaran sebaran akhbar di alaf dunia online sekarang.

Para peminat fotografi dan juru gambar dari seluruh dunia boleh menghantar gambar mereka melalui dua kategori pertandingan:

1. GAMBAR PORTRET TUNGGAL - 1 hingga 8 imej, yang berbentuk portret. Definisi atau gambaran sebuah portret itu adalah terpulang kepada setiap jurugambar. Sebuah portret itu boleh dihasilkan dengan memaparkan ciri-ciri identiti seseorang atau menggabungkan unsur-unsur sekeliling orang yang akan dipotretkan.

2. GAMBAR BERSIRI SMARTPHONE APPS - 5 hingga 12 imej, bertema. Konsep kategori ini adalah berunsur experimental dan para peminat fotografi harus menggunakan smartphone mereka untuk menangkap gambar bersiri sebanyak 5 hingga 12 keping imej. Imej yang ditangkap harus merupakan siri gambar berangkai dan mewujudkan kaitan yang jelas diantara gambar-gambar tersebut. Tema kategori ini adalah ‘1,000 Ela’ bererti, gambar portret yang ditangkap harus di ambil 1,000 ela dari perkarangan rumah. Gambar-gambar yang boleh dijadikan subjek adalah seperti penduduk setempat, kanak-kanak sekolah, peruncit, pengusaha kedai kopi dan lain-lain. Para peserta boleh menggunakan app telefon mereka seperti Instagram, Hipstamatic atau sebagainya.

3. KATEGORI JURUGAMBAR MALAYSIA DI BAWAH 25 TAHUN – Adalah kategori khas untuk jurugambar terbaik di bawah 25 tahun. Hanya dibuka untuk rakyat Malaysia.

PARTNERS
Tahun ini KLPA akan meneruskan kerjasama kami bersama Time Out Kuala Lumpur dan dua tahun berturut bersama Pacsafe, , Invisible Photographer Asia. Pengumuman dan penyampaian piala kepada pemenang akan diadakan Kuala Lumpur Convention Centre pada bulan June 2013.

HADIAH
Hadiah pertama adalah merupakan wang tunai sebanyak USD$3,500, berserta sebuah piala telah dikomisenkan khas untuk KLPA dari London dan bag camera anti-ragut oleh Pacsafe.

PARA PENGADIL
Berikut adalah para pengadil bagi KLPA 2013
Para pengadil kategori Gambar Portret Tunggal:
ADELINE OOI - Kurator dan art consultant
EIFFEL CHONG – Pensyarah Fotografi
RACHEL JENA – Penyunting Seni TimeOut KL
SYAHRIN ABDUL AZIZ - Freelance photojournalist
ZHUANG WUBIN - Curator dan freelance photographer

Pengasas SOJOURNPOSSE.COM Zarina Holmes dan Salina Christmas akan mengadili kategori Smartphone Apps.

Sebarang pertanyaan sila hubungi :
Project Manager - Erna Dyanty erna@klphotoawards.com / 012 231 09 61
Project Director - Steven V-L Lee info@klphotoawards.com
KL International Photoawards
www.klphotoawards.com
info@klphotoawards.com

KL International Photoawards merupakan pertandingan fotografi portret kontemporari tahunan. Pertandingan ini terkenal di kalangan jurugambar di seluruh dunia dan menjadi pertandingan yang perlu diperhatikan di dalam senarai Top50 photography competitions in the world.

Thursday, 20 October 2011

Sedentari???

Gaya hidup rakyat Malaysia kini (termasuk aku lah ini...)

1. Banyak masa dihabiskan dengan duduk
2. Menggunakan komputer
3. Menonton tv
4. Tidur
5. Sangat kurang melakukan kegiatan fizikal

#Aku punya style no 1, 2 dan 5.

Kajian mengikut peratusan:

1* 11.6% responden dewasa buat senaman fizikal
2* 41% hanya duduk
3* 33% tidur atau berbaring

# Aku dalam kategori no 2*!

Ya Tuhan, kesian tulang..duduk dan tidak bergerak..oh ya kepada perokok juga, merokok menyumbang kepada osteoporosis! So fikirkanlah, selain jantung rosak, paru-paru musnah, tulang pun reput..

Kesimpulan: 74% rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sedentari*!!!

*Sedentari adalah amalan hidup tanpa aktiviti fizikal atau kurang aktiviti fizikal.

Jadi dalam kategori manakah anda..tepuk dada tanya selera...

Penjagaan usus penting untuk tingkat imunisasi kanak-kanak

Usus adalah antara organ terpenting dalam badan manusia baik terhadap individu dewasa atau kanak-kanak kerana apabila memiliki usus yang sih...