Showing posts with label komoo. Show all posts
Showing posts with label komoo. Show all posts

Wednesday, 7 September 2011

kampung warisan lama (ll)

Pemandangan sebelum entrance ke kampung dan istana tradisional Bukchon, Korea. Pokok yang sedang mengeluarkan daun berwarna kuning menambahkan lagi wajah tradisional perkampungan lama ini. Jejak ke sini mengingatkan aku kepada sekelompok rumah kayu di Kg Baru, Kuala Lumpur.

Contoh rumah kampung tradisional yang sengaja di bina pemerintah tempatan...
 
Ada antara rumah ini dibina dilereng kawasan tanah tinggi dan strukturnya kukuh walaupun kedudukan aras tidak sama dgn unit kediaman lain...

Pemandangan dari kawasan tanah tinggi kampng yang bernilai berjuta dollar US di tengah2 bandaraya Seoul...semua rumah di kawasan ini ditadbir sepenuhnya oleh kerajaan dan jabatan pelancongan Seoul...bagi mereka, kawasan ini adalah segitiga emas di Seoul yang menjadi nadi rujukan pelancongan..ada lebih kurang 100 rumah dan penghuninya adalah penduduk asal Seoul.

Laluan pedestrian yang juga dijaga rapi...pelancong yg datang juga menghormati privasi kampung tua ini..masing2 berjalan penuh sopan dan tidak membuat bising kerana menghormati penghuni disitu yang ingin berada dalam suasana aman dan selesa.
 Jam 11.03 pm semalam...tit tit!..Ahah..ada mesej masuk dan it was surprised because he respons to me about 'kampung tradisional lama'..his article published in Berita Harian yesterday...and i followed it..

"Terima kasih banyak. Keadaan ribuan warisan kg lama di negara ini memang sedang mengalami kepupusan - secara fizikal dan semangatnya ." - Ibrahim. (Prof Dt Dr Ibrahim Komoo)

Prof lebih tahu bagaimana untuk menjentik mereka yg di atas supaya menghargai kampung yg ada, yang mempunyai nilai sejarah, yang menyimpan intipati kepembangunan dan stuktur peningkatan taraf hidup manusia di sini..saya ini orang kecil, suara pun tidak didengar orang..tapi saya melihat ada satu kesinambungan terhadap kehidupan, budaya, sosial dan hirarki manusia menerusi kampung2 lama ini..yang mana Prof sendiri begitu teruja dengan Kampung Guai di Pahang..

Prof mungkin belum melihat kg2 lain di Kelantan dan Perak,yang masih ada menggunakan gayung daripada tempurung dan timba daripada upih kelapa, ia bukan simbol kemiskinan tapi pengabdian kepada sebuah kehidupan yang sederhana, mesra alam dan seadanya...Prof, saya bukan berada dalam bidang perancangan bandar sebaliknya saya adalah blogger yg hanya boleh bercakap secara bebas dalam dunia kecil saya ini saja bersama beberapa yang lain dalam usaha memperkatakan isu yg kami rasa perlu...saya yakin Prof ada cara sendiri untuk melestarikan warisan khazanah tamadun kita..

Sekian, terima kasih...

LW.

tit...sent!

Nota:
Dalam kepala otak aku, kalau kg baru tidak dilacurkan perakus2 moden ini, musti ia akan jadi macam kampung tradisional di Seoul yg nilainya tiada tolok banding.
Dalam kepala otak aku lagi, kalau kg baru kekal dan lestari, ia akan jadi satu monumen kekal sebagaimana Stratford Upon Avon di England, iaitu kampung Shakespeare yang dilawat berjuta-juta orang setiap tahun...
Dalam kepala otak aku lagi, rumah Pak Ali di Gombak ibarat macam jendela Juliet yang menunggu Romeo di Verona, Italy..Verona jadi femes sebab anjung kecil itu saja dan rumah Pak Ali pula sebab kiri kanannya adalah rumah moden manakala rumahnya terhimpit di tengah-tengah macam nasi himpit...tapi kalau tak silap aku rumah itu terbakar sudah dulu...

Tuesday, 6 September 2011

kampung warisan lama...

Walaupun kotaraya Seoul dibarisi bangunan tinggi, di pinggirnya masih kekal kg tradisional yg berharga berjuta-juta dollar kerana kisah dan pengalaman penduduk kampung selain usia kampung itu sendiri..ini adalah pemandangan on the way ke kg tradsional seoul..x jumpa pula pic kg tu aku simpan kat mana...
Aku dah lama follow artikel Prof Dt Dr Ibrahim Komoo dalam akhbar arus perdana yg satu ini. Hari ini, beliau menulis mengenai kampung warisan lama yg wajar dikekalkan disamping mengalu-alukan seni binaan moden.

Syabas Prof, walaupun isteri Prof  sangat sinonim dengan auto space dan segala bagai, Prof nampaknya masih menghargai sesuatu yg bersifat tradisi...i like! Justeru, apabila bercakap mengenai bulan dan bintang dengan isteri Prof, tentu ada terselit pasal rumah papan berukir awan larat kan..bagus!

..dan kalau ada seribu orang di Malaysia macam Prof ini, tentu kampung2 tradisional akan jadi produk berharga negara bagi pelancong asing..macam sebuah kampung tradisional di Seoul yg aku pernah jejak..rumahnya kecil2 dan penghuninya semua tua ganyut@ tua bangka..dan kampung berkenaan terletak di tengah2 kota Seoul yg serba moden itu..namun pentadbir tempatan mengekalkan reka bentuk asal dan struktur lama binaan kerana sedar hamba2 tua di dalam rumah itu adalah penduduk asal Seoul yg juga dianggap harta bernilai negara.

Kampung di tengah kota itu juga bernilai berjuta2 dollar dan tidak akan dimusnahkan walau seribu tahun akan datang..kerana mereka menghargai tradisi yang ada pada hamba2 tua itu, yang tertera juga pada pintu rumah, sunyi yang damai dan harum sakura yang dijaga rapi..

tapi kalau kat Malaysia, pantang ada rumah lama, terus kena taram dek pemaju yg akan buat rumah ntah hapa-hapa...tu pun kalau siap..kalau tak siap, jadi sarang dadah lah agaknya..!

Penjagaan usus penting untuk tingkat imunisasi kanak-kanak

Usus adalah antara organ terpenting dalam badan manusia baik terhadap individu dewasa atau kanak-kanak kerana apabila memiliki usus yang sih...