Setiap kali ke Kuantan, ada sahaja cafe baharu yg mahu dikunjungi. Minggu lepas Kak Som dan Abg Din ada beritahu Mash Kitchen adalah kedai pastry merangkap cafe comel yg wajib dikunjungi. Gigihlah menunggu kafe yg dibuka jam 11 pagi walaupun plan asal nak gerak balik ke KL 8 pagi.
|
Dua staff Mash Kitchen yg sangat peramah, Hana (kiri) dan Yana. Kedua-duanya manis.. |
Staff Mash Kitchen, Hana dan Yana rajin melayan setiap soalan mengenai kedai berkenaan. Bagi saya, ia comel kerana memenuhi selera saya. Sebagai penggemar desserts dan pernah berkerja di kafe yang menghasilkan produk menggunakan bahan premium, sudah tentu saya mahu cari kek atau pastry yang lebih sedap atau setara dengan pastry yang saya pernah makan.
|
Beberapa jenis praline yang ada di Mash Kitchen..saya cuba Coklat Praline, sedap tetapi agak manis bagi saya yg agak sensitif dengan makanan manis.. |
Bagi saya juga, tiada istilah sedap atau tak sedap, yang saya cari ialah pastry yg '
meet my requirement.' Ya Mash Kitchen memenuhi kriteria yang saya cari, pastrynya kena dengan tekak saya, terasa creamy dan kek pun lembap elok.
|
Lemon poppy seed yg sedap bagi saya..saya suka krimnya yg terasa sitrus lemonnya.. |
Orang Kuantan ni tak sampai lagi tau
ReplyDelete