Laluan hidup kita tidak sama dan plan DIA untuk kita juga berbeza. Email shaidahshafie@gmail.com
Friday 17 May 2024
Patin Tempoyak Kak Nik..
Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap dan berbaloi. Bagi saya, saya tak begitu rajin untuk keluar memandu dari Bangi ke lokasi kedai berkenaan yang agak jauh dari rumah, tetapi rezeki Allah memungkinkan semuanya berlaku tanpa dirancang. Lebih menghairankan, saya menikmati patin masak tempoyak daripada Kedai Kak Nik di Pantai Dalam di Teluk Panglima Garang dan patin berkenaan dibawa oleh rakan dari Subang Jaya.
Memang berbaloi kerana patin berkenaan tidak ada bau hanyir langsung dan kuahnya pekat likat, cukup lengkap dengan masam, masin, manis dan pedas selain rasa tempoyak juga sangat serasi pada tekak saya. Patutlah patin tempoyak Kak Nik famous, kerana ia cukup rasa dan tidak kedekut bahan. Bagi penggemar patin, anda patut cuba makan di kedai Kak Nik. Bagaimanapun, selera kita mungkin berbeza. Boleh jadi sedap pada tekak saya, boleh jadi tidak sedap pada tekak anda. Kiranya, ia berbeza mengikut 'liur' masing-masing.
Teringat lebih 20 tahun lepas, ketika itu saya berkerja sebagai wartawan di Unit Joran, Berita Harian. Saya satu-satunya wartawan wanita dan masih bujang ketika itu. Jadi, ramailah kaki pancing yang baik dengan saya. Mereka baik dan rapat dengan saya bukan sebab saya masih bujang dan mereka mahu usha saya, tapi mereka baik dan rapat sebab saya boleh menolong mereka bila ada pertandingan dianjurka Unit Joran. Bukannya pertolongan apa pun, tapi sekadar memegang kunci kereta atau kenderaan ketika mereka turun ke laut dalam semalaman untuk memancing.
Saya pernah bertanya kenapa mereka suruh saya yang simpan kunci kenderaan mereka, sedang ada ramai lagi kakitangan Joran yang rapat juga dengan mereka.
Saya: Bro apasal bagi saya kunci keta ni?
Bro 1: Ahh kau tolong simpan je, esok naik ke laut aku ambil.
Bro 2: Nah Sha, kau pegang kunci keta aku ni..esok dapat ikan aku bagi kau sekor dua.
Bro 3: Sebab aku tahu kalau kau pegang kunci keta aku, makanya keta tu tak akan bergerak ke mana-mana pun. Jadi minyak keta aku pun tak luak!
Maka saya faham kenapa mereka mahu saya pegang kunci kereta mereka. Biasanya selepas selesai bertugas, saya akan pergi ke kawasan parking dan twit kunci kereta yg ada pada tangan saya. Bila saya twit, halamakkkk BMW yg berbunyi, twit lagi sekali eehhh 4x4 besar bagak yg berbunyi dan lebih mengejutkan, ada Merc yg berbunyi. Huuiiii bukan calang-calang dorang nih..bila lihat mereka dalam pakaian memancing, baju tshirt biasa je dengan jeans lusuh dan topi kumal tapi bila mengetahui siapa mereka..bukan kaleng-kaleng sebenarnya.
Ya, saya pun tidak kisah siapa mereka. Sekali mereka percaya dan baik pada saya, dua kali saya akan percaya dan baik peda mereka. Jadi, dont judge a book by its cover.
Dan seperti biasa, esoknya bila kunci bertukar tangan, semasa saya nak serah kunci kenderaan mereka..."nah Sha aku bagi kau Senangin sekor, cukup tak?" Manakala yang sorang lagi pula bagi kerapu sebesar lengan kanak-kanak dan sorang lagi hulur siakap pada saya. Begitulah selama beberapa tahun hidup saya sebagai wartawan Joran. Paling saya suka bila mereka nak datang ke Balai Berita, mereka yg kenal saya biasanya akan bawa patin atau udang/sotong sebab mereka tahu saya suka masak..
Aneh kan hidup..rezeki tidak pernah salah alamat..kini dah lama tak jumpa mereka. Joran saya pun dah reput. Saya cuma makan patin yang dibeli di kedai dan dah siap masak sahaja.
#joran #patinmasaktempoyak #anekdotshasha
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Aidiladha beberapa tahun ini..
Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku beraya di Brockley. ...
-
Kalau aku tak jadi kuli macam sekarang, mungkin aku jadi tukang masak walaupun aku tak pandai masak selalu kalau masak, KA dulu pernah k...
-
Rumah arwah mak kat kampung adalah rumah papan daripada kayu cengal yang dicelup minyak dan makin lama kayu itu makin gelap warnanya. Arwah...
Woowww patin best nya
ReplyDeleteMemang sedap kan..kalau Pekan Sari Temerloh tu dekat, i pi beli dah setiap minggu.
Delete