Seorang berhati besar walaupun kecil dan seorang berhati kecil walaupun besar, tapi selepas dinobatkan sebagai Ratu Cantik Malaysia 2013 dan menggalas cabaran berat di luar negara, dia terpaksa memperkasakan hatinya dan keluar dari kepompong kebiasaan, nerd, pemalu, isolated dan buat hal sendiri. Manakala yang si comel beriben biru di kepalanya itu sangat berani bercakap dan yakin amat dengan kata-katanya.
![]() |
| Sofea Eliana dan ibunya, aku suka sangat pegang rambut Sofea ni sebab curly dan cantik. Mak dia senyum je sambil si comel ni bercakap dengan saya... |
"Sofea datang The Curve dengan siapa?"
"Dengan mak, ayah dan adik, Irfan Iskandar.."
"Mak selalu bawa Sofea ke tempat macam ni ke?"
"Tak juga..selalu mak bawa saya ke rumah Mak Long..."
"Sofea agak-agak nak jadi apa ya bila besar esok.."
"Nak jadi pramugari..nak tengok dunia...etc etc etc!"
Dia bercakap dengan yakin, siap dengan jawapan lengkap kenapa dia memilih untuk menjadi pramugari yang mana alasannya sangat munasabah..ingin membantu mak dan ayahnya, ingin melihat tempat orang dan dia suka tengok penampilan pramugari. Well done, Sofea..makcik doakan Sofea berjaya!
Ok si ratu cantik ini..mata cantik, muka cantik, pendek kata dari hujung rambut hingga hujung kaki dia tampil cantik. Dan hatinya juga cantik sebab dia berani mengaku dia nerd, antisosial dan pasif ketika zaman remajanya. Dia mencabar diri sendiri untuk keluar dari dunia senyap suatu ketika dulu menjadi seseorang yang apabila dia bercakap, orang akan menoleh kepadanya. Well done Carrie Ng..u are awesome!
"Saya sangat pasif ketika zaman sekolah dulu. Didikan keluarga membuatkan saya hanya tumpu pada pelajaran untuk dapat A.
"Sekarang masih macam tu ke?"
"Tak, saya cabar diri sendiri untuk jadi individu yang berani!"
"Bagaimana?"
"Saya ambil subjek yang susah ketika di universiti, terpaksa buat presentation dan bercakap di hadapan khalayak. Kini saya sudah boleh menanganinya..."
**********
Me??? As usual..UNPREDICTABLE!? Ok nak cabar diri sendiri juga, tahun depan mahu masuk MasterChef...walaupun kenyataannya aku lebih suka senyap dan sunyi di menara bata merah...

