Monday, 17 December 2012

Both are gorgeous...

Seorang berhati besar walaupun kecil dan seorang berhati kecil walaupun besar, tapi selepas dinobatkan sebagai Ratu Cantik Malaysia 2013 dan menggalas cabaran berat di luar negara, dia terpaksa memperkasakan hatinya dan keluar dari kepompong kebiasaan, nerd, pemalu, isolated dan buat hal sendiri. Manakala yang si comel beriben biru di kepalanya itu sangat berani bercakap dan yakin amat dengan kata-katanya.

Sofea Eliana dan ibunya, aku suka sangat pegang rambut Sofea ni sebab curly dan cantik. Mak dia senyum je sambil si comel ni bercakap dengan saya...
Ada sesuatu yang perlu dikagumi pada kanak-kanak ini...kedua-dua ibu bapanya adalah OKU. Sofea Ellyana, tujuh tahun, bersekolah darjah satu tapi ketika berbual dengan dia, aku rasa dia lebih 'besar' dari aku.
"Sofea datang The Curve dengan siapa?"
"Dengan mak, ayah dan adik, Irfan Iskandar.."
"Mak selalu bawa Sofea ke tempat macam ni ke?"
"Tak juga..selalu mak bawa saya ke rumah Mak Long..."
"Sofea agak-agak nak jadi apa ya bila besar esok.."
"Nak jadi pramugari..nak tengok dunia...etc etc etc!"
Dia bercakap dengan yakin, siap dengan jawapan lengkap kenapa dia memilih untuk menjadi pramugari yang mana alasannya sangat munasabah..ingin membantu mak dan ayahnya, ingin melihat tempat orang dan dia suka tengok penampilan pramugari. Well done, Sofea..makcik doakan Sofea berjaya!
Dia ada pakej lengkap untuk kebaikan dirinya...sekarang dia sedang menjelajah dunia dan sedang berusaha mempersiapkan diri untuk masa depan global. Dengan pakej lengkap itu, dia boleh berada di puncak kemasyhuran..
Ok si ratu cantik ini..mata cantik, muka cantik, pendek kata dari hujung rambut hingga hujung kaki dia tampil cantik. Dan hatinya juga cantik sebab dia berani mengaku dia nerd, antisosial dan pasif ketika zaman remajanya. Dia mencabar diri sendiri untuk keluar dari dunia senyap suatu ketika dulu menjadi seseorang yang apabila dia bercakap, orang akan menoleh kepadanya. Well done Carrie Ng..u are awesome!
"Saya sangat pasif ketika zaman sekolah dulu. Didikan keluarga membuatkan saya hanya tumpu pada pelajaran untuk dapat A.
"Sekarang masih macam tu ke?"
"Tak, saya cabar diri sendiri untuk jadi individu yang berani!"
"Bagaimana?"
"Saya ambil subjek yang susah ketika di universiti, terpaksa buat presentation dan bercakap di hadapan khalayak. Kini saya sudah boleh menanganinya..."

**********
Me??? As usual..UNPREDICTABLE!? Ok nak cabar diri sendiri juga, tahun depan mahu masuk MasterChef...walaupun kenyataannya aku lebih suka senyap dan sunyi di menara bata merah...

35 comments:

  1. Ok.
    Aku sokong ko masuk masterchef...

    ReplyDelete
  2. 2 kisah yg penuh motivasi. Sangat tersentuh, terutama sekali dengan yg si kecil Sofea Eliana tu. Besar semangatnya.

    Kalau LW masuk MasterChef, akak sokong 100% :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas,
      ya..saya melihat ada persamaan antara kedua-duanya pada satu titik tertentu...itu yang saya suka..mereka sangat memberi inspirasi kepada saya..

      tq eh sokong..walaupun saya belum masuk...:)

      Delete
  3. Kalo dah femes emes masuk Masterchef tu nnt, jgn lupa kat saya sudah lahhhh... :)

    satu button LIKE jugak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eliza
      Dear...kalau da masuk harus i roger u
      nak tanya pasal tips masak...hihi!

      Delete
    2. LW,

      No problem. Masak air saya mmg terer (1st class honour).hehe...Kalo nak yg lebih marvelous, kita serahkan tugas pd Kak Sharifah yg pakar ittew... :)

      * Adik Sofia mengingatkan saya pd watak Lucy (I Am Sam). The best movie ever.

      Delete
    3. Dear
      masak air pun satu kepakaran juga tau..hehe
      i dulu tahu masak nasi dan goreng telur mata saja. kak sha itu memang pakar masakan...

      yerp Sofea tu saya suka tengok rambut dia...curly and shining...comel sangat.

      Delete
  4. Terkesima akak bila di beritahu yang ibu sofea adalah orang OKU, sebab dari senyuman nya dia tak berbeza langsung dengan kita kita ni....dan anak seperti sofea yang punya ibu bapa OKU pula selalu nya memang cepat matang dan bijak.

    Ok akak sokong masuk lah masterchef....hidup perlu berani dan sentiasa berfikiran positif...lepas ni tak payah lagi jadi orang yang pasif....keluar kan segala kreativiti yang kamu ada...tunjuk kan bakat tersembunyi yang kamu ada dan tak payah bersembunyi lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sha,
      mula-mula saya tegur mak dia, tapi no respon so saya terfikir apsal la sombong sangat kan sebab saya dah bagi salam, tetiba si comel tu kata, kakak mak saya tak dengar..then dia tarik baju mak dia, baru saya tahu begitu kesahnya. bila saya nak sembang dengan mak dia, dia jadi jurubahasa. bapaknya pun sama. sofea ni ikut muka bapaknya dan adik dia ikut muka mak.

      Ya kak, insyaAllah tahun depan kalau masterchef masih ada, saya nak cuba..hihi

      Delete
  5. Kak, adik ipar saya laki bini pekak bisu. Anak2 normal. Byk yg saya belajar dr diorang. Pengamatan diorang lebih tinggi dr kita manusia normal. Yg best dpt belajar bahasa isyarat. Takdelah saya pandai sgt, lpslah nak ckp benda2 basic.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siti,
      sebetulnya kehidupan mereka lebih perfect dari kita yang normal ini kan. jiran akak pasangan buta, tapi bila masuk rumahnya...licin licau, kita pulak akan malu..
      o ya akak pun faham juga sikit2 bahasa isyarat sebab kat opis ada dua inputter pekak dan bisu tapi depa rajin sembang..tu yg pandai..

      Delete
  6. Wahhhh...LW nak masuk Masterchef! sokonggggggg 100% and tabik spring...sebab berani untuk mencuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khairul Abdullah
      Waaaa jangan tabik dulu tau..biar saya masuk dulu baru boleh tabik..hikhikhik. Kalau tak terpilih pun tak pe kan, asalkan cuba dulu..yes!

      Delete
  7. waaaaa masuk master chef !! ... kite sokong2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Puan Hazel
      tq sokongan yg advance ini...:)

      Delete
  8. cik ina pun sokong 100% LW masuk master chef .go go chaiyok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik iNa
      meh la kita masuk sesama nak. meh la cik ina...hihi!

      Delete
  9. Replies
    1. Wak Gelas
      yang mana satu yang jeliter tu..kehkehkeh!

      Delete
  10. aihhh....akk mesti boleh punya. sy nak tgk akk kat Masterchef nt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Niza Romli
      ok Niza doakan ya..
      kalau boleh masuk,
      nak sebut nama niza nanti..hehe

      Delete
  11. bukan botak ke gojes ngeh ngeh ngeh.....

    ok. sofie tu anak sedara atau jiran atau siapa? macam mana boleh buat interview dia?

    petah eh dia menjawab. bagus....suka bukad byk cakap. stail begini baru best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Telor Power
      anak pengunjung di satu event yg akak pergi. akak pun sambil jalan2..terberkenan pulak kat sofea sebab masa tu dia sedang berbahasa dengan emaknya..:)

      Delete
    2. Begitu kisahnya....owh tahniah anda begitu hebat sis. Mohon share ilmu utk beramah mesra dgn org tu...boleh

      Delete
    3. bro boleh aja...sila datang windsor untuk belajar ilmu berbual dengan ahkak dek...ekekekek!

      Delete
  12. Hi Lady Windsor, that young girl sure very pretty. When reach 18, habis cherita....boys have to take a number, ha ha.
    And that Miss Malaysia 2013? I had to look at my calendar just to make sure of the year, ha ha.
    Have a nice day.
    Lee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Uncle Lee,
      owh yes of course dont say 18 laa..when she touch 15 im pretty boys dah long que wanna take her mehh..hihi..
      And the second one too...she is the most promising Miss Malaysia 2013..

      U too...hv a nice day..sudah simpan lagu dalam hati? :)

      Delete
  13. senyap di manara bata merah? :)

    LW.. comel sungguh sofea tu..

    masterchef? baik.. sokongan penuh untuk LW :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nong Andy
      Hehe aku kan suka berangan..apa apa hal berangan dulu
      Tapi kalau Ada peluang memang aku nak masuk..

      Ya sofa tu sangat comel kan...
      Kau tau Nong, rambut Dia macam
      Shinta juga, panjang...

      Delete

Aidiladha beberapa tahun ini..

 Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku  beraya di Brockley. ...