Thursday 6 December 2012

Jatuh hati...

Otak, mata, telinga, hati dan segalanya milik Tuhan..dipinjam seketika, kita manfaatkan sebaik mungkin..

Fakta: 
# Otak manusia akan mati secara total apabila tidak menerima oksigen dalam tempoh empat minit.
# Otak berfungsi mengawal seluruh perjalanan sistem pengaliran dalam badan seperti mengepam darah ke jantung, hati dan seluruh bahagian lain pada badan.
# Otak juga mempunyai berbilion saraf yang boleh berhubungan antara satu sama lain.
# Otak adalah sejenis bahan yang sangat lembut, mempunyai ruang penyimpanan (stor) memori melebihi 10,000 kali ganda sebuah komputer berkuasa besar.
# Otak berkuasa mengawal seluruh sistem organisasi dalam badan manusia, namun ia tidak mempunyai mekanisme untuk memulihkan otak itu sendiri sekiranya mengalami serangan atau kerosakan.

Justeru, kalau ada yang berkata kita bercakap dari hati..makanya kenyataan itu perlu ditukar kepada kita bercakap dari otak kerana otak mencerna dan menghantar isyarat ke hati, lantas hati mendetikkan sesuatu ke sanubari lalu ia terpacul pada bibir mongel kita. Tapi sebelum itu, adakah mata yang menjadi master mind segalanya atau telinga yang mendengar yang cuba mempengaruhi minda kita.

Anda pernah jatuh hati dan jatuh cinta lagi. Jangan nak bohong eh kata korang tak pernah jatuh cinta...tipuuuuu! Tu dok sms sambil sengeh-sengeh sensorang tu, jatuh cinta apa? Tu tidur malam teringat-ingat dan berbalik kiri kanan tak boleh lelap sampai pagi, jatuh cinta la kan? Tu asyik dok terbayang-bayang minyak wangi apa dia pakai, sah lah korang jatuh cinta. Berapa kali sehari korang jatuh cinta?

Dia: Aku jatuh cintalah kat ko...(katanya sambil melihat aku menulis sesuatu di kertas. Dia datang dari belakang)
LW: Ciss cisss! Banyaklah ko jatuh cinta..
Dia: Eh aku jatuh cinta dengan tulisan ko lah, jangan nak perasan!
LW: Puiii ko jangan nak mengada-ngada. Kalau ada borang nak isi baru nak terhegeh-hegeh kat aku..

Ok mamat ni memang suka suruh aku isi borang untuk dia. Apa saja borang dia akan suruh aku isi sebab katanya tulisan aku cantik. Ntah cantik tang mana aku tak tahu tapi dia dengan selamba memang selalu paksa aku isi borang dia. Sejak sekolah rendah memang bab isi borang adalah kerja aku. Kata mereka, tulisan mudah dibaca..thats it. Otak dia menaakul tulisan aku lantas mendefinisikan bahawa dia jatuh cinta pada aku....eh pada tulisan aku.

Berbalik kepada otak lagi, ia menjana apa yang kita hendak lihat, hendak buat dan hendak capai. Aku seperti selalu, jatuh hati buat aku rasa live life. Ini memang statement tak sedar diri...biarlah orang nak kata apa, aku boleh jatuh hati terhadap banyak perkara. Dengar suara M Nasir dan Yunizar Hossein dalam lagu Patah Hati pun boleh jatuh hati pada suara M Nasir.

Lihat hujan turun menitik pada corong atap sambil minum kopi pun boleh jatuh hati..pada siapa? Pada Mr Dracula?? Sambil memasak pun boleh jatuh hati dan paling tak guna boleh jatuh hati melihat jari yang kukunya bersih dan terbela..gila! O ya tidak lama dulu aku pernah jatuh hati pada seorang pemandu kargo Petronas...sebabnya..aku nampak dia ambil wudhu dengan betul dan menjadi imam dalam sebuah surau di satu perhentian. Dia tak handsome tapi perlakuannya buat dia nampak handsom..ahhh gila lagi! Dan bila sembang dengan dia, dia pernah bawa kargo Petronas sampai Barcelona dan ntah mana-mana ntah masa Petronas buat rally Dhaka-Paris..perghhh! Ntah ya ntah tidak, tapi dia wajar untuk aku jatuh hati sebab cara bercakapnya yang berhemah dan merendah diri...hmm jatuh hati jenis plutonik!

Dan aku jatuh hati lagi pada seorang doktor kerana dia cukup sopan dan beradat kala nak sedut darah aku sebanyak dua balang tabung uji. Doktor tu bukan siapa-siapa tapi sebab dia tahu adat menghormati seorang pesakit, makanya dia layak untuk aku jatuh hati.

Ada juga kes..aku tetiba jatuh hati pada chef..sebab dia hidang menu yang sangat sedap dan enak untuk aku makan. Aku tak perlu tengok chef itu siapa..daripada menu dan food arrangement dia aku sudah tahu dia bagaimana...chewahhh..mak hover kan...ekekek!

Nota 1: Jatuh hati dalam entry ini tidak sama dengan makna jatuh cinta di luar sana. Jatuh hati dalam entry ini adalah berdasarkan sisi pemikiran tuan punya blog. Dan anda juga bebas mentafsir jatuh hati dan jatuh cinta itu bagaimana. Pasti ada pengalaman yang manis untuk dikenang kan?

Nota 2: KA, suaranya yang aku dengar  18 tahun lalu masih ada dalam rekod ingatan...dan kalau diputar semula, suara itu tetap tidak berubah..yang berubah cuma fizikalnya. Aku jatuh hati pada suara itu, selama-lamanya..tidak berdosa bukan?

27 comments:

  1. saya pon mudah jatuh hati... pada yg baik2, cantik2, sedap2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. m.u.l.a.n

      betul tu..saya pun..cepat benar jatuh hati pada yang sesuatu yang membuatkan saya berasa gembira..

      Delete
  2. LW,

    Wah..ini topik `dalam hati ada taman nih'. huhuhu...

    Are you in love, dearie..?

    Well, to love and to be loved again makes you feel young at heart. am i rite? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eliza
      Fall in love?? Nahh im not hun,
      ...but dalam hati ada taman?? Yes..taman bunga inderaloka...kikiki:)

      Delete
  3. i sependapat dengan u..
    i mudah jatuh hati... jatuh hati dengan cara orang tu...kalau orang tu baik2 dan melayan kita dengan baik, i cepat tertarik... tapi idoklah angau gituh..ha ha ha..

    tapi nak kasi cover kira sejuk hati memandanglah... contoh yang u bagi si pembawa kargo petronas tu... this is yang membuatkan hati ini cair...

    ada satu mamat tu kan, dia pandai baca doa..is not doa yang pendek2 tu tapi doa yang panjang2..pastu rajin solat..terus i jatuh hati tapi dia tu laki orang...pastu muda dari i..so setakt tu jerlah jatuh hati pun....he he

    mcm i jatuh hati pada Philip philips tu..walhal dia cuma nyanyi lagu HOme tu jer tapi sebab lagu tulah i nampak dia comel... terus rasa jatuh hati kat dia...aishhh

    tapi untuk jatuh cinta atau hati kat luar di alam nyata, payah sikit laa kot....

    kalau u jatuh hati pada KA u tu pun tak salah maaa...he is still single maaaaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. NenetPenne
      kadang-kadang kita jatuh hati pada seseorang bukan sebab kita lihat wajah dia, walau tak pernah dengar suara sekalipun kan..kita boleh jatuh hati bila lihat karya dia, kita boleh tersuka bila kita tahu si anu atau si polan itu begitu..dan kita boleh berfikir mengenai dia walaupun kita tidak tahu siapa dia..itu jatuh hati yang i namakan sebagai plutonik..

      tapi kalau i jatuh hati..i tak akan sesekali beritahu pada makhluk bertuah itu...sebab ia hanya bersifat sementara...

      nak jatuh hati pada KA? Oohh memang sudah lama jatuh hati..sudah jadi sejarah pun..sudah simpan dalam khutub khanah hidup...sudah dipateri bahawa itu adalah tawarikh silam..:)

      ehh nanti kita gi taman negara ya..ekekeke!

      Delete
    2. ya ya bisa saja ke taman negara... tunggu yer...bulan 2 i dah habis exam.....
      modus operandinya gituh kan... sudah biasa, sudah faham dan sudah maklum tentang itu..... ha ha ha...

      Delete
    3. ya ya..kita plan lepas u abes exam ya dear..hihi

      Delete
  4. Saya sangat setuju dengan Nota#1

    Jatuh hati dan jatuh cinta adalah sangat subjektif..lain orang, lain perasaannya...lain kemahuannya...lain kehendaknya.

    Nota#2
    Go ahead..keep loving. Both of you single kan..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khairul Abdullah
      Nota #1 Yerp yerp..saya pun. Ada sesetengah orang jatuh hati dengan senyuman dan kebaikan saja...

      Nota #2 Both of us single, yerp! Keep loving?? yerpp...but as friend..:)

      Delete
  5. intuitif tu sungguh sharp.
    saya, saya selalu merujuk kepada tujuh.! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepa,
      nape selalu merujuk kepada tujuh?
      mesti ada sesuatu yang istimewa pada tujuh tu hingga buat kau jatuh hati pada angka itu? kan?

      Delete
  6. suka baca ..
    tetiba igt lagu
    'jatuh cinta lagi..lagi2 ku jatuh cinta'
    sapa ye nyanyi lagu tu.lupa lak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa,
      Akak pun suka buat entry ni
      rasa macam usia tak bergenjak..gediks kan
      hehehe sila muntttt....

      Delete
  7. waK pon mcm nk jatuh hati kat tulisan nii.. IHhhhks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wak Gelas
      erkkk? ahahahahaha
      jatuh hati tak apa wak,
      jangan jatuh cinta sudah..
      hikhikhik!

      Delete
    2. ha ha ha..
      ada orang sudah jatuh hati dengan tulisan tu...

      Delete
    3. NenetPenne,
      dia jatuh hati dengan tulisan,
      bukan jatuh hati dengan i..hehe

      Delete
  8. LW.

    ya aku jatuh hati dgn n3 ini.. ia buat aku sengih sendiri sambil mengeleng kepala dan bibir berbisik.. "sengal..sengal.." tapi ya.. aku senyum dgn iklas dan merasa gumbira membacanya..

    ah.. terima kasih buat aku jatuh hati.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nong Andy
      Yer..aku sengal dua tiga hari ni..ada seseorang buat aku berasa sengal..muehehe..retis kesayangan aku apa cer?

      Ehh apasal ko sengeh..jatuh hati le tewwww..ekekeke! xoxo!

      Delete
  9. Yeap.....rietta tahu beza jatuh cinta dan jatuh hati itu.....and rietta setuju....dalam hati ada taman.....wehuuuuu....sukeeeeee......

    ReplyDelete
    Replies
    1. RieTTa,
      Kan...saya lebih suka jatuh hati berbanding jatuh cinta. bagi saya, jatuh hati itu adalah tulus manakala jatuh cinta itu ada sedikit nafsu nakal..ahahahah...sigh!

      Delete
  10. Buat masa sekrg, hanya seorg yg telah buat saya jatuh hati.. Adam Mukhriz... hahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Su,
      owhh jatuh hati pada Adam Mukhriz ya...hehe
      buat masa ini, saya juga ada jatuh hati pada seseorang tapi dia sudah berpunya...hmmm!

      Delete
  11. Akak pun selalu jatuh hati.....oooo jatuh hati berjuta rasa nya..ketawa menangis kerna jatuh hati ( sebenar nya lirik lagu jatuh cinta). ..jatuh hati pada beg chanel itu....jatuh hati pada gelang dan rantai diamond yang di habib jewel itu padahal dua dua itu ku sudah ada..tapi masih jatuh hati juga pada pattern yang lain pula...ooooo tolong lah aku sudah jatuuuuh hati.....kalau laki ku baca mamp....tapi aku tak kesah sebab aku memang hendak,oooooo tolonglah.

    Alahai kenapa lah dengan tajuk jatuh hati ni......nanti boleh buat akak angau tau...eh lupa akak pun jatuh hati dengan entry ini...akak rasa seronok baca cara penulisan LW....keep it up lalink.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak sha
      saya ni sentiasa jatuh hati...bak kata net, jatuh hati pada orang yang baik dengan kita...:)

      Delete
  12. Ohh... jatuh hati dan jatuh cinta tu 2 perkara berbeza. I just realized this. jadi aku selalu sahaja jatuh hati sahaja pada mereka yang menyenangkan aku. Ehehehe

    ReplyDelete

Patin Tempoyak Kak Nik..

Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap d...