Showing posts with label hidup. Show all posts
Showing posts with label hidup. Show all posts

Tuesday, 4 July 2017

Kembali menulis

Dah berapa lama diam tak menulis, bila memandu nak balik rumah, macam-macam benda muncul dalam kepala otak. Bila sampai rumah, nampak katil tepi tingkap memanggil-manggil, lastnya lepas Isya pengsan, Pagi besok bangun menyesal sebab tak buat pun apa yang sudah dirancang dalam kepala sebelumnya. Begitulah saya, tak habis-habis ada alasan untuk mengelak dari menulis. Tapi benda ni macam merasuk pula, selagi tak menulis selagi itulah dok terbayang-bayang dalam kepala otak.

Bila sembang dengan blogger hardcore, saya pun jadi semangat nak menulis. Apa nak jadi ni, hidup makin singkat. Kenapa saya jadi malas begini? Elemen hantu setan apakah yang merasuk minda ini.

"Sha u tak update blog dah ke?" tanya Samsiah bulan lalu.
"I update, tapi ikut mood.." .
"Menulislah Sha, kalau u tulis buku, i orang pertama nak beli."
"Ok, sedang diusahakan."
"Dah letih telinga i dengar jawapan sama Sha."
"Oh ya ke, I bagi jawapan sama eh?"
"Ya. Apa masalah u ni? Dulu bukan main konsisten..namanya pun bekas wartawan. 18 tahun kan menulis?"
"Ya betul.."
"Apa lagi, cepat menulis..."
"Baik Samsiah.."
"Baik..."

Menulis pun kena ada mood ke? Ya, tapi jangan jadikan mood itu alasan pula untuk tidak menulis. Setelah hampir tiga tahun menyimpan keyboard, akhirnya saya terpanggil untuk mengeluarkan keyboard ajaib ini dari dalam almari antik saya. Apa yang saya akan saya tulis selepas ini tidak semestinya pengalaman saya sendiri, ada pengalaman rakan, sahabat handai dan taulan. Mana yang baik kita jadikan tauladan, yang tidak elok jadikan sempadan. 

Tiga tahun senyap secara total, banyak yang membiak dalam fikiran dan saya perlu meniup debu yang sudah lama menebal di keyboard saya. Hari ini adalah yang terbaik dalam hidup saya..ehh bukan hari ini saja. Setiap hari adalah hari yang terbaik dalam hidup saya. Jika kita melihat sesuatu dari sisi yang positif maka akan jadi positiflah keseluruhannya. Bukan saya tidak pernah mengalami sesuatu yang tidak enak dalam hidup, banyak sebenarnya pengalaman pedih, sedih dan sakit hati, tapi itu adalah lumrah dan saya tidak boleh duduk termenung memikirkan nasib badan. Saya perlu bergerak ke hadapan kerana rezeki tidak akan datang bergolek kalau kita sendiri tidak bergolek ke arah rezeki itu.

Kata kawan saya lagi, kita mungkin tidak tahu di mana nak cari rezeki tapi rezeki sentiasa tahu di mana nak cari kita. NA'AM! Yang penting, terus berusaha, yakin  dan sentiasa berprasangka baik dengan Allah mahupun orang sekeliling.



Sunday, 4 November 2012

Entry tertangguh...

Dua tiga hari ini banyak perkara yang di luar jangkaan berlaku sehingga aku dah tak tahu lagi nak jangka apa akan berlaku. Tentu pernah dengar kata-kata seminit ke hadapan, kita tak pernah tahu apa akan berlaku. Jadi lebih baik tidak membuat spekulasi atau telahan, sebaliknya boleh saja untuk membuat pelan atau persedian. Kat mana ya aku ada terbaca 'tidak membuat perancangan adalah sama dengan anda merancang untuk gagal..' Ohoo pastinya dalam hidup kita pernah gagal. Ok kebelakangan ini aku gagal untuk berlaku adil kepada tilam bantal di rumah kerana masa banyak dihabiskan di atas kerusi mengadap komputer. Dan kebelakangan ini juga aku gagal untuk berlaku adil kepada dapur di rumah kerana banyak makan diluar...sebab mereka nak belanja, jadi aku pun dengan senang hati menerima. Semoga rezeki mereka lebih murah.
French pastry dari dapur Jennifer Palencia..cream vanilla itu sangat sedap..tambah pula dengan strawberry segar dan snow sugar..hmm petang hujan yang sejuk itu adalah milik kami..
Dua hari lepas, sambil jalan-jalan jamu mata dan nak layak tekak, aku tersesat ke rumah seseorang. Tak tahu pulak tuan rumah ini, namanya Jennifer Palencia, adalah emak kepada penyanyi Mia Palencia. Dulu aku minat juga pada Mia ini sebab dia adalah public figure yang berjaya merintis laluannya sendiri dengan apa yang dia nak buat. Mak Mia ni, Jen, juga seorang yang sangat peramah dan pemurah dengan ilmu masak memasak.  Aku sampai je kat rumah dia, terus dia suruh aku buat French pastry dengan vanilla cream + strawberry. Wahh aku pun memang macam orang mengantuk disorongkan bantal tilam segala bagai. Siap menghias French pastry, kami minum kopi sambil berbual mengenai minatnya terhadap dunia masakan. Ok dia dah set apa aku kena buat kalau nak masuk MasterChef next year..ini plan ni..haha
Jennifer Palencia yang sangat murah dengan ilmu kulinari. Sesi masakan yang ditawarkan ialah RM1,500 untuk 10 sesi..sapa nak join, jom..
Malamnya, lepas balik jumpa Jen, tersinggah pula ke Community Hall Bukit Bandaraya, Bangsar. Owhh ada kenduri rupanya. Aku pun tersesat sama..selamba je duduk dan makan..lama tak merasa briyani gam kambing..memang melekat habis nasi tu dengan kambing rempahnya. Sambil makan sambil tengok pengantin lalu. Pengantinnya pun tinggi lampai, sama cantik sama padan, bagai keris pulang ke sarung. Untuk Diba dan Azli, semoga berbahagia ke akhir hayat. Tetiba sambil aku makan tu, ada suara ajaib tegur kat tepi telinga, awak bila lagi nak naik pelamin? Err perlu ke aku jawab? Ahh nanti-nanti la pak encik, saya sibuk nak penuhkan tabung..awak ke tepi bagi laluan pada saya..cheittt! Dah pi main jauh-jauh..sentap mak kejap, terus tambah nasi lagi!
Briyani gam kambing. Sedap sungguh rasanya sambil aku terlupa bertambah.tambah..berapa kali tambah? Rahsia!
Pengantin perempuan ni tinggi lampai. Masing-masing membahasakan 'Ayang' dan 'Baby', semoga kekal bahagia ke anak cucu...
Winter coat cap ayam goreng kunyit, banyak jasanya pada aku...lagi dua minggu nak pakai lagi..jadilah untuk elak sejuk yang baru nak start mengaum..
Dua tiga hari lalu menu ayam goreng kunyit juga yang aku tala. Kat tempat kerja pun order menu itu. Mungkin sebab hujan, mengingatkan pada kejadian terkandas di sebuah tempat yang ada salji dan setiap hari makan ayam goreng kunyit dan nasi putih sebab tak sabar nak balik ke rumah sendiri. Benarlah, kalau berada jauh dari rumah, macam-macam teringat nak makan. Cer kalau dok ada kat dapur, rasa nak makan maggie saja. Dan winter coat yang aku pakai tu memang berbau ayam goreng kunyit sebab pernah tertumpah menu itu di atasnya, lagi beberapa hari baju itu akan dipakai lagi...tapi kali ini tak tahu lagi sama ada ayam goreng kunyit atau telur bungkus pula yang jadi tarikan..
Inilah menu ketagihan kami ketika terkandas beberapa hari di negara yang saljinya ketika itu sedang membuak-buak turun. Nak jalan-jalan payah sebab kami tak tahan sejuk, jadi banyak masa di habiskan di kedai kopi Melayu sambil guna internet di situ..waiter pun dah tahu menu apa yang kami nak makan..
Hidup..apabila mereka mengucapkan selamat panjang usia pada hari jadi kita ironiknya itu adalah peringatan 'heyy usia anda sudah semakin pendek sebenarnya!' Dan pada usia yang masih berbaki ini, pengisian paling baik ialah melakukan sesuatu yang bermakna dan menggembirakan dalam hidup. Sepanjang usia kehidupan, separuh darinya aku melakukan sesuatu yang tidak mendatangkan kepuasan walau aku boleh menerimanya..dan kali ini masanya sudah hampir tiba..

Penjagaan usus penting untuk tingkat imunisasi kanak-kanak

Usus adalah antara organ terpenting dalam badan manusia baik terhadap individu dewasa atau kanak-kanak kerana apabila memiliki usus yang sih...