Showing posts with label meeting. Show all posts
Showing posts with label meeting. Show all posts

Wednesday, 9 November 2016

Kedai kopi Jaslyn Cake

Hujung tahun buat aku ingat banyak perkara. Kalau zaman kerja di kilang kertas dulu, masa nilah nak kecut perut sebab bos nak buat appraisal, masa ni lah nak kira duit nak bayar hutang yang ada dan masa ni jugalah nak cek list perkara yang belum settle, tapi bila dah tak kerja, tak ada apa dah nak pening. 

Ibarat kata, bila kita meningkat usia maka kehidupan pun menjadi semakin slow dalam setiap tindak tanduk, tapi hakikatnya masa semakin pantas bergerak menuju negeri akhirat. Memanglah kita selalu dengar kata-kata sekarang ini kalau nak mati, tak semestinya orang tua. Orang yang berusia muda pun mati kalau sudah sampai masa seperti dijanjikan Allah. Jadi jangan ingat orang muda lambat lagi nak mati, dan jangan ingat dah tua tu esok lusa akan mati. Yang penting rebut peluang yang ada untuk topup amal ibadat buat bekal ke negeri akhirat. Buat apa-apa kerja yang tertangguh yang sebelum ini tak sempat buat dan hiduplah dalam kegembiraan. Ehh ini aku punya falsafahlah, tak tahulah pula bagaimana dengan orang lain.

Jadinya, selagi masih ada peluang, selagi itulah aku ada banyak perkara nak buat, ada banyak kerja yang nak diselesaikan. Tapi tak pe, Shasha kau kena buat satu-satu, jangan nak exhaustkan diri. (Noted! Untuk diri sendiri...)

Semalam ada meeting dengan Cik L. Dia nak minta aku buat write up pasal vintage/produk antik yang dia nak jual. Cantik-cantik juga barangnya. Ada cawan, piring, pinggan, cake tier, bowl..macam-macamlah. Bila dia tunjuka gambar produk tu, confirm aku tak mampu nak beli, setakat tulis mengenai barang antik, haa yang ini aku mampu!

Kami berjumpa di satu kafe di Bangsar, Jaslyn Cafe. Ok masuk-masuk je dalam kafe ni aku rasa agak sesak sebab ianya agak sempit. Tak reti pulak nak agak keluasan kafe ni. Lepas tu aku duduk dan letak beg sambil tengok kat kaunter apa lagi yang ada. O ya ada madeleine dan tiga jenis kek lain, tapi dah tak banyak slice. Bolehlah, aku order madeleine dua ketul dan secawan coklat panas.Feeling-feeling negeri orang putih sikit. Kebetulan di luar cuaca mendung dan sedih. Di depan aku pulak ada sepiring madeleine dan secawan air coklat..apa lagi..aktiviti berangan pun start lah. 

Ternyata, Jaslyn Cake atau kafe Jaslyn ni comel sebenarnya dan agak cozy walaupun ia sempit pada perkiraan aku. Madeleinenya pun awesome, garing di luar dan gebu serta lebut di dalam. Sambil hirup minuman panas, sambil layan berangan juga. Kalaulah aku ada kafe comel macam ni, aku nak jual kek pisang yang digrill dan aku akan letak sedikit keju di atasnya. Jadi keju itu akan cair perlahan-lahan sementara kek pisang masih panas. Sebenarnya aku selalu makan menu ni masa kat Kafe Brown di Brockley circa 2014 2015. Sedap kata kau! 

Ya, cakap pasal kafe ni..kalau barang makan yang dijual sedap kafe sempit pun orang akan pergi. Kalau bersih, satu bonus. Kalau servis bagus, memang vaa vaa vooms la kan. 

Kafe Jaslyn Cake ni antara yang ok. Dah masuk senarai kedai kopi yang aku suka!

jaslyn cafe, madeleine, hot choc

Monday, 17 October 2011

Uncle815

Tu dia aihh...uncle (kanan) dok pekena pai sayur sama Roba'i...both of u..thanks for coming to meet up kat balai bomba...
SEMALAM aku tak kerja, so tak tau apa berlaku dalam sokkabar sebab aku cuma baca sokkabar, sokkabar opis! Kalu nak harap beli...sorry! I won’t! Memang tak akan beli...sebabnya esok p opis sure ada sokkabar semalam dan semalam, malah kat opis aku sokkabar sampai awal sehari...advance punya sokkabar, so tak payah leh aku beli kan! Kalu korang pun aku rasa korang x akan beli sebab kat opis dah ada..mak tak kuasa nak buang duit eh!
Kebetulannya, bila hari minggu...aku berfoya-foya di cyber berziarah geng blogger...round punya round..singgah kat blog Uncle815...eh tetiba ada pengumuman wajah handsome dia kuar sokkabar...cewahhh...aku pun sampai opis pagi tadi, terus terkam meja sokkabar, uishh memang ada noo Uncle...hang memang dah femes satu Malaya...tak sangka blogger yang aku dok klik2 tu blogger femes eh...
Aku pun roger Uncle815 habaq pasai aku dah nampak muka dia kat paper...

Aku: Salam…amboiii handsome noo tercegat kat depan pintu Jeumpa D Ramo…mai ambik paper, cheq dah simpan 6 ketoi kat uncle…
Uncle: Horey! Jumpa kat mana?
Aku: Cheq dok ada kat Balai Bomba…(hik! Hik! Hik!)
Uncle: Wokey! Siap! Tey satoww!
Aku: Oraitt!! Mai cepat!
Uncle: Dok lari ni!
Aku: Lari dengan Charley Davidson ka?
Uncle: Tak mao jawab, dok lari ni!
Aku: Wakaka..habaq mai!
Uncle: Shh…dok cungap2 ni..
Aku: Habihh la kalu lagu tu..cer ambik napaih lekloq…
Uncle: Lari pakai seluar yankee…hahahaha!
Aku: Okeh, roger..mana? mai masuk!
Uncle: Wokey, seluar yankee boleh ka?
Aku: Boleh, baju all black ka? Hak dok ada gambaq don paku pakis tu..(uncle ni peminat rugby)

Finally uncle ni sampai juga ke balai bomba dengan kawan dia yang sopan santun sungguh..kebetulannya aku ada bawa pai sayur…apa lagi.. sambil pekena tea tarik sama uncle dan Roba’i..kami gedebuk gedebak dok bergebang berlabun sampai la aku kena masuk jumpa doctor…nak kena sedut darah lagi…Ok..itu la Uncle815 yg banyak pengalaman menguruskan hotel pat lima nam bintang nu…uishh untung noo!

Penjagaan usus penting untuk tingkat imunisasi kanak-kanak

Usus adalah antara organ terpenting dalam badan manusia baik terhadap individu dewasa atau kanak-kanak kerana apabila memiliki usus yang sih...