For those who follow gua punya blog ini, mesti tau aku punya battle sama Telekom. Sudah makan tahun, nak masuk dua tahun sudah. Hari ini berlaku lagi. Ikut hati mati, ikut rasa binasa. Habis spoil semangat aku nak keje hari ni apabila ada satu call dari TM Unifi minta duit suruh bayar hutang RM300++.
Bukan aku tak mampu bayar jumlah itu, lebih daripada mampu (tak berniat cakap besar, tapi aku memang ada alllocation untuk bil RM500 setiap bulan) cuma apa yang aku pertahan tak nak bayar sebab aku tak dapat service yang ditawar dan bila pergi report kat officernya, katanya ok “Puan tak perlu bayar, jika ada mana-mana agen yang minta bayaran, jangan bayar kerana saya dah settlekan.” Dan budak ni siap tenyeh surat. Katanya juga dia akan beritahu HQ, kes ni dah settle.
Tapi yang buat darah aku mendidih ni tetiba sampai surat lawyer suruh bayar hutang TM Unifi lagi..puiii *&^%$$#@ haaa rasa nak je carut dalam telefon masa officernya dengan suara lemak merdu menelefon aku kejap tadi.
Aku dah lama insaf dan jaga mulut dari mencarut segala bagai ni..Ramadhan kedua hari ini sungguh mencabar. Setan juga bergelak ketawa kat telinga aku kata, maki saja pompuan tu..carut saja mereka tu...dan mulut aku rasa nipis je nak mengeluarkan perkataan %$#@*&^%$#$#@...akan tetapinya, aku tahu Allah sangat sayang pada aku hari ini, dan aku juga tahu Allah sayang aku selama-lamanya. Cuma aku saja yang terlupa bahawa DIA sayang aku sentiasa... (psiko diri sendiri, korang jangan ketawa). Arghhhhhhh setan berambus kauuuuu!!!!