Showing posts with label film review. Show all posts
Showing posts with label film review. Show all posts

Thursday, 6 October 2011

Gie: Review

(Maaf ulasan ini dibuat bukan sebab aku pemuja filem Indo, tapi haruslah dilihat dari sisi seni keberjayaan pembikinan filem semata-mata)
USAI menonton cerita ‘Gie’ di skrin computer, aku faham kenapa kisah ini memenangi 3 piala unggul di negaranya sendiri, Indonesia. G merangkul filem terbaik, actor terbaik dan sinematografi terbaik di FFI 2005, lama sudah ia dihasilkan tapi baru kini aku mengetahuinya..ada filem bagus seperti ini.
Diarahkan oleh Riri Riza, tidak mustahil G adalah buah tangan hebat kerana Riri (bersama Mira Lesmana) juga adalah penukang kepada filem Laskar Pelangi yang dirakamkan di Pulau Belitong, Sumatera, turut menjadi antara filem Magnum Opus pengarah ini di Indo.
Menawarkan elemen sinematografi (sinematografi adalah gabungan naratif, visual dan teknik , pls correct me if im wrong..furthermore im not a film student, im just an audien) yang cukup excellent aku kira. Setiap scene berjalan smooth tanpa terputus kontinuitinya walaupun agak terkejut dengan beberapa babak cemas tatkala penuntut universitas melakukan demonstran di kota besar akibat ketidakpusan hati terhadap PKI ketika itu dan juga bapak presiden Sukarno.
Riri menangani G dengan cermat, gemar bermain dengan bayang, petak dan simbolisma tertentu ketika short demi short diambil. Riri tidak mensia-siakan keadaan panas ketika manusia bernama G itu hidup di Kebun Jeruk, dengan memasukkan scene bermula pada pintu rumah, melalui tingkap bas, melalui tilt up dari atas ketika G mendaki Merapi.
Simbolik lain, direktur menyelitkan montaj lambang kristian dan ada memasukkan suara azan sebagai pernyataan tanpa mengira batasan agama, manusia bersatu untuk menuntut hak kebebasan pada masa itu. Ada beberapa scene ketika G mendaki gunung, Riri memanipulasi panoramic view yang sangat indah di atas gunung tersebut. Memang pemandangan di gunung cantik lazimnya dan Riri lagi memberi nilai tambah dengan memilih angle tertentu kerana ia selari dengan jalan cerita sekali gus menjadikan filem ini cemerlang.
Kisah berjalan lancar dengan G sebagai pencerita, melalui monolog suara G yang sederhana tapi jelas mengenai perjuangan kebebasan untuk sebuah negara bangsa yang berteraskan panca sila itu. G juga adalah ulat buku kerana dia menelaah Karl Marx, Lenin, Albert Camus, Tolstoy etc. Benar betul kenyataan ingin miliki minda bersifat global, kena baca buku mengenai tokoh global juga.
Filem berdurasi lebih dua jam ini mungkin aku boleh labelkan sebagai epik kontemporari Indonesia kerana G itu hidup dalam keadaan darurat dan kemahuannya untuk melihat negara bebas bersuara sampai kini belum tertunai bahkan berterusan korup. Satu naratif yang bagus dari Riri dan Mira untuk bangsa mereka.
Ada beberapa scene G bersama abangnya Arif Budiman dan Ra, rakan sekuliah yang sentiasa memberi sokongan kepada G. Pada akhir kisah, G menulis sepucuk surat kepada Ra mengatakan dia ingin hidup bersama Ra sampai bila-bila..ya shot yang ini agak menyentuh perasaan kerana Ra dengan penuh penghayatan membaca surat G dan G seolah-olah tahu bahawa dia akan meninggal di puncak Semeru akibat terhidu gas beracun di tanah tinggi itu.
Scene Ra menyanyi bersama guitar dan ditonton oleh penduduk kampong juga amat seronok dihayati. Riri menggunakan banyak lagu latar yang menarik hati selain monolog G jelas menggambarkan gelodak jiwa seorang G terhadap hidup yang tidak bebas (bebas perang).
Keberhasilan Nicholas Saputra membawa watak G tidak perlu dipertikaikan kerana rentak G ada pada pelakon muda ini, berwajah iras cina dan sampai akhir Soe Hock Gie tidak menukar namanya kepada nama Indonesia, tidak seperti abangnya Arif Budiman.
Filem ini hebat bukan kerana pelakon2nya yang berwajah lumayan, tapi kerana ia sendiri mempunyai kekuatan dalam banyak aspek. Skor muzik oleh Thoersi Argeswara sangat menyenangkan untuk dihayati begitu juga beberapa aspek lain. Riri mempunyai team hebat termasuk Sinematografer G, Yudi Datau, menjadikan G filem berbaloi menang banyak anugerah.
(Rasanya tidak adil untuk membandingkan filem G dengan filem2 kita di sini...sebabnya....anda ada jawapannya).

"Love the art in yourself, not yourself in the art" -  Konstantin Stanislavski.

Penjagaan usus penting untuk tingkat imunisasi kanak-kanak

Usus adalah antara organ terpenting dalam badan manusia baik terhadap individu dewasa atau kanak-kanak kerana apabila memiliki usus yang sih...