Monday 7 May 2012

Kifarah...

Kita sering berasa gusar apabila ada sedikit kesakitan pada hati, jiwa dan keseluruhan badan. Kenapa? Kerana kita sentiasa memikirkan mengenai memenuhi tuntutan duniawi tanpa mengambil kira keperluan jasmani yang juga mahukan suatu tempoh masa diam dan istirehat, iaitu suatu tempoh masa yang membolehkan ia mendapat ruang kelegaan, penyembuhan mahupun mengatur semula jadual fungsi dan organisasinya untuk restructure. Alangkan sebuah komputer juga perlu direstore, diberi service supaya bebas virus dan inikan pula anggota tubuh badan kita yang hanya diberi pinjam olehNya.

Pada suatu ketika yang lain, aku terfikir-fikir bagaimana keadaannya seorang aku ini yang sentiasa diberi kesenangan oleh Allah, tiada kesakitan dan kalau ada pun cepat-cepat ia dinafikan seolah-olah aku mengatur suatu kira-kira matematik bahawa 2 x 2 bersamaan 4 walaupun mungkin ada jawapan lain seperti 2 x 2 adalah 5,  menggunakan kuasa minda supaya tidak memikirkan aku akan mengalami kesakitan walaupun seminit.

Dan pada suatu ketika yang lain pula, aku terfikir-fikir adakah aku ini sudah terkeluar dari senarai pemerhatianNya kerana aku sudah lupa bagaimana rasa sakit itu, bagaimana rasa derita akibat suhu badan melambung tinggi dan bagaimana rasa apabila kepala seakan-akan dihentak dengan tukul besi. Bukan mohon diberikan tapi aku berasa kecil hati kerana aku sudah lupa akan rasa itu.

Benarlah kata seorang sahabat, “...demam kifarah lagi. Syukur Ya Allah atas nikmat demam ini kerana baruku sedar nikmatnya sihat. Ya Rabb, jika sihatku di langit, turunkanlah; jika sihatku di bumi, keluarkanlah; jika sihatku jauh, dekatkanlah..”

Dan saat ini, aku sedar aku masih dalam lingkunganNya yang sentiasa dikurniakan rahmat dan rezeki. Sesungguhnya kifarah ini adalah satu nikmat..demam yang mula beransur tiba ini juga adalah satu kifarah yang barakah!

15 comments:

  1. Nampaknya dik LW nak demam naa. Dalam kesakitan terasa nikmat kasih sayangNya. Semoga dik LW berada dalam lindunganNya selalu :)

    ReplyDelete
  2. Jangan rasa bila senang dan sihat itu Allah tak ingat kita..Dia memberi kita peluang beramal sebanyak-banyaknya. And as a friend I don't you to get sick..be well so we can perform better as His servant..

    ReplyDelete
  3. aku teringat satu ayat ini, ALLAH turungkan hujan supaya kita dapat menikmati keindahan pelangi.. =)

    ReplyDelete
  4. Kak Dinas,
    Sy dah makan ubat..:)


    Telor Power,
    Yerp, penghapus dosa-dosa kecil...


    All Along The Way
    Saya kadang-kadang lupa akan perancanganNya disebalik kesihatan yang cemerlang itu..mungkin kerana sentiasa difahamkan sesiapa yang sakit itu adalah dekat dengannya walhalnya peluang semasa sihat itu juga adalah sangat luas dan membolehkan kita mendekatkan diri kepadaNya...

    ReplyDelete
  5. ReenApple,
    ya sesuatu yang terjadi itu sememangnya ada sebab dan musababnya cuma kita saja sentiasa lupa akan kehadiranNya...

    ReplyDelete
  6. salam

    alhamdulillah

    semua yg Allah kurniakan seperti sihat dan sakit, senang dan susah dll merupakan satu nikmat yang mana kita akan berbalik kepada pencipta kita iaitu Allah S.W.T dipengakhirannya seperti yg disarankan.

    Namun kekadang kita sebagai insan yg serba daif di sisi Allah kekadang terlupa akan setiap hikmah disebalik kenikmatan tersebut

    Bapak pun sekarang beransur pulih dari batuk dan demam yg panjang , cuma belakang dan pinggang ni tak 100% pulih lagi dan terus doa dan berdoa agar terus dipelihara kesihatan agar dapat melakukan yg terbaik untuk akhirat dan dunia

    moga kita semua sentiasa dalam perlindungan dan kerahmatan Allah

    Insyallah

    ReplyDelete
  7. Wsalam Bapak,
    Ya, kita kerap terlupa sama ada sihat atau sakit, semua itu adalah daripadaNya..jadi sering pula kita menganggap aahh orang2 yang diberi sakit itu adalah orang yang terpilih walhal kita semua adalah insan terpilih dan pastinya hidup kita adalah tertakluk di bawah kekuasaanNya..

    Ok harap kesihatan bapak pulih segera, supaya selesa untuk beribada terutama dan menjalani rutin harian..saya cuma demam, batuk dan asthma yang mana ia adalah dalam kategori terkawal..:)

    ReplyDelete
  8. jadi....semoga cepat sembuh ye.

    ReplyDelete
  9. alhamdulilah.. dah beransur sembuh kan?

    sakit itu Dia turunkan supaya kita bersyukur dan selalu ingat padaNya.

    ReplyDelete
  10. owh demam ke? camtu kne banyak2 kan rest ok, tapi betul r tu.. bile dah demam baru rase best nye sihat, bile sihat, tak reti lak jage kesihatan <-- aku r tu.. T_T

    ReplyDelete
  11. Telor Power,
    Dah ok..kalau tak ok pun mesti anggap ok...so akan jadi ok..hikhikhik


    Nong Andy
    Yeah..Dia sentiasa ada perancangan bagus untuk kita-kita ini...cuma kita je sering terlupa nak mengucup syukur atas nikmat yang Dia beri..

    ReplyDelete
  12. Kay_are
    Deman atau tak, kerja mesti jalan sebab kalau dok saja, lagi akak rasa makin demam..so kita guna reverse psikologi konon tak de la demam sangat dan makan ubat mengikut saranan doktor. Kecuali kalau dah flat tak leh bangun, haa masa ni memang kena call emergency...

    ReplyDelete
  13. take care,dear lady.jangan overwork sgt badan tu...

    ReplyDelete

Retorik ayam dan cornflake di Secret Recipe

  Nak makan ayam, ada seninya: Ayam masak sempurna Tak ada ketulan lemak Tak ada bau hanyir Garing Cukup masin manisnya So.. C...