Antara babak dalam Endeng Tejeli... |
Adalah tidak adil untuk membandingkan antara seni warisan makyung dengan pementasan teater broadway West End di London kerana masing-masing mempunyai kelebihan sendiri. Pementasan West End di London memang sudah bertapak lama dan dikenali di serata dunia akan kehebatan pelakon dan panggungnya yang mana kalau seorang pelakon teater tidak mengetahui mengenai broadway West End, mereka mungkin belum boleh digelar pelakon teater sejati.
Begitu juga panggung Esplanade di Singapura yang merupakan pusat seni pentas kota Singa yang kecil tapi lebih perkasa dalam perkara berbanding kita terutama bab kebersihan.Sekali lagi ditegaskan, adalah tidak adil membanding-bandingkan seni tapi kadangkala kita perlu melakukan perbandingan agar tahap mutu seni kita lebih baik. Kalau Jepun berbangga dengan Kabuki dan Vietnam dengan Puppet Water, kita wajar mengangkat seni tradisional Makyung ini. Bahkan Makyung adalah jauh lebih gah kedudukannya kerana ia adalah seni warisan dunia dan sudah diperakui Unesco akan disiplin uniknya yang wajar dikelakan. Kali terakhir aku tonton Makyung ialah pada February lalu di Panggung DBKL yang dipentaskan oleh penari Petronas dan mereka mementaskan Mek Mulung Cahaya Bulan. Pementasan berkenaan memang menghiburkan dengan watak peran dan makyung yang sangat berjaya. Makyng Endeng Tejeli malam ini adalah malam kedua pementasannya. Masih ada dua malam lagi kalau ada sapa-sapa nak menontonnya di Panggung Eksperimen, Aswara.
Promosi The Phantom di Picaddily Street...angin sejuk gila |
Pengalaman menonton teater Phantom of The Opera @ Her Majesty's Theatre57 Haymarket dua tahun lalu mengingatkan aku kepada kebanggaan masyarakat Barat terhadap teater berkeaan yang menjadi sebutan walaupun sudah beratus kali dipentaskan. Ia menjadi lebih mengesankan kerana dengan kekurangan tertentu dalam panggung berkenaan, kerusinya tetap penuh walaupun tiketnya yang paling murah adalah berkarga RM200.Aku masuk dan menonton saja kerana tiketnya dibelanja oleh seorang rakan. Panggung Her Majesty ini tempat duduknya muat-muat saja dan tidak bebas
bergerak. Kebetulannya di hadapan aku ada satu famili 'besar' seramai
lima orang membuatkan aku tak senang duduk untuk mendapatkan view
terbaik ketika menonton.
Ehh banyak songeh pula kan, sudahlah tiket percuma, mengomel pula. Ok selain tempat
duduk sempit, ia bertingkat seperti mana Istana
Budaya di Kuala Lumpur. Dengan pencahayaan lampu yang malap, aku sleepy untuk menikmati Phantom yang penuh dengan aksi menarik
sebenarnya yang dibawakan oleh watak-watak utama, Phantom dan buah
hatinya bernama Christie. Banyak aspek yang ditumpu sepanjang menikmati teater klasik itu tetapi paling menarik perharik perhatian adalah set teater itu
sendiri yang mengambil latar ruang seakan penjara kerana ada jeriji
selain bilik yang memisahkan Chisti dan ruang lain. Tidak dinafikan
kelebihan teater muzikal Inggeris, barangkali banyak dihiasi dengan
ballet yang cantik dan Phantom turut mempunyai elemen berkenaan.
Sayangnya aku tak boleh mengambil gambar kerana ia adalah peraturan
panggung...sigh!
Nyanyian, tarian, dialog yang nyata
dan suara soprano menguatkan legasi Phantom serta gerak geri yang kemas
setiap watak menjadikan Phantom lebih diingati dari semasa ke semasa.
Pada satu ketika, audiens seakan-akan berada di dalam cerita dan teknik
berkenaan dan ia wajar diaplikasi di sini
sekiranya ingin menyuntik kelainan.
Nota: Kalau ada show 'main puteri' harus aku tak lepas peluang. Letaklah Man Kidal atau Hillary Ang sekalipun, aku pilih main puteri. Tapi kalau Adele turun KL, ok donkie, aku pilih Adele.
aku teringat pasal makyung yang kau bitau aku beberapa hari lalu. tapi tak tau pulak kau dah tengok. pergh, tak sound aku awal2 siot. teringin jugak tengok, tu pun kalau ada tiket free lebih la.
ReplyDeletekalau nak dibandingkan prestij makyong dengan seni panggung dari negara luar memang tak adil, sebab pengamatan mata minda kita semua terlalu subjektif. tapi makyong ni punya keaslian yang sejati berbanding cabang seni hiburan semasa di sini.
Laa..aku ingat ko tak minat. Aku menyelinap semalam...depa kata masuk jer so aku pun apa lagi. Aku release stress tengok joke makyung dan seperti arwah mak aku juga, tengok makyung ini macam satu terapi bagi aku. Walaupun show ni student yang perform, ia sudah cukup bagus sebab aku keluar dari panggung dengan kepala otak lapang sekejap..
ReplyDeletesecara jujur, benda ni bukanlah kegemaran aku. tapi kalau ada orang offer dan kebetulan ada kelapangan, nak jugak aku redah sama. sama macam coklat, walau pun aku tak addict tapi kadang-kala tetap jadi peneman masa drive.
ReplyDeletebenda ini memang fav aku, walaupun aku dah pernah tengok pementasan yang sama tahun lalu, tapi setiap pementasan adalah berbeza...dan setiap kali itu juga aku rasa release...dan yang sewaktu dengannya seperti wayang kulit, menora dan teater, memang aku layan...
ReplyDeletelain kali roger aku dulu, free tak free tu balai cerita.
ReplyDeleteahahaha...ok! ok beb..malam ni ada lagi show kalau ko nak menontonnya..
ReplyDeletejam berapa? petang ni (sampai malam) aku ada di jalan TAR.
ReplyDeletestart jam 8.30 malam di panggung eksperimen Aswara..aku rasa tiketnya RM10.
ReplyDeleteabang tak berapa into dgn teater ni. tapi kalau gig, insyaalah
ReplyDeletehaha
bang Zam, kalau gig aku pulak tak into...jauh tu beza usia kita...hahaha aku tahap mak-mak la kot abg zam...ye lah kebanyakannya org tua je yg minat makyung, menora dan main puteri ni..
ReplyDeletehehehe.. aku po akan pilih adele :)
ReplyDelete*aku tak pernah gi tgk teather..
Nong Andy,
ReplyDeleteAku memang suka theater klasik. Jadinya kalau bersekesempatan aku tak akan lepas peluang untuk menonton makyung, wayang kulit, dikir barat etc..
sy tak pernah tgk sume jenis teater.. sob2x..
ReplyDeleteHaniAsyira,
ReplyDeleteMeh la ikut saya kalau nak tengok teater dan show klasik ini...