Tuesday 15 November 2016

Dua kali silap jalan tapi berbaloi..

Kalau bab memandu, aku memang fail. Ada waze pun tetap fail sbb ketidakmahiran membaca peta ketika zaman ROTU (Reserve Officer Traing Unit) sekitar 1992-1994 dulu terbawa-bawa hingga kini. Ya, jadi aku terima kenyataan ini adalah kelemahan nombor wahid tapi banyak perkara yang dipelajari ketika sesat jalan. Sebab itu ada pepatah kalau kita sesat, kembali ke pangkal jalan.

Ok, bukan nak cerita pasal sesat sebenarnya. Yang nak dishare di sini ialah workshop memasak di Kolej Komunit Selayang (KKS). Ya lah kan, memandu dr Sg Long ke Selayang, jauh juga dan sambil nenong-nenong sesat tu aku sampai juga ke KKS disebab semangat nak belajar memasak berkobar-kobar. Kalau tengok menu yang akan diajar, memang lumayan sangat dan ia adalah percuma untuk kami yang dalam bidang media ini. Kalau tak silap aku, bayaran sepatutnya RM60+- tapi disebabkan kursus ini adalah jemputan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) jadi ia adalah percuma untuk media.

Aku sampai di KKS tepat jam 10 pagi dan diajak ke cafe KKS. Makk ampunnn nasi lemak depa ni sedap sangat, specially sambal. Terliur sakan tekak ni tapi nasib baik semua under kontrol. Dengan bajet peringatan dan muhasabah diri, aku cuma makan telur mata & sambal, lempeng pisang kelapa yang dibalut dalam daun pisang (serius menu ni memang gojes) dan kuih lopis. Perghh rasa perfect habis hari yang nak dilalui dan memang everyday i choose to be happy!

Selepas tu kami beredar ke ruang masak yang jadi lokasi belajar. Sesi ini dikendalikan tenaga pengajar kulinari KKS, iaitu Chef Zafarul Aswad. Chef Zafarul ajar macam mana nak marinate lamb, chicken and fish. Bendanya bunyi macam simple je tapi kalau tak belajar, maka tak tahu. Aku rasa macam fly fly ja dapat masuk kelas mahal pada harga percuma. TQ KPT sebab organise workshop begini untuk kami.
Chef Zafarul Aswad, tenaga pengajar kulinari di
Kolej Komuniti Selayang sedang memberi tunjuk
ajar bagaimana cara untuk marinate lamb ketika
sesi workshop 'cook it easy'  di kolej berkenaan.

Katanya, lamb shoulder dan lamb leg tak sama tekstur dagingnya. Lamb shoulder lebih lembut berbanding lamb leg yang agak liat. Ia liat disebabkan bahagian berkenaan banyak digunakan, ya lah dah leg kan, pastinya kambing tu pun berjalan ke sana ke sini nak meragut. Jadi, masa nak marinate tu kena tebuk lubang atau just cucuk pisau dan letakkan bawang putih slice dan rosemary supaya ia dapat meresap dengan baik.

Haa nampak tak dua ketul lamb tu, yang baring tu lamb shoulder dan yang Chef Zafarul pegang tu lamb leg, Belum masak pun dah sedap, kalau dah masak malas nak berangan..hahaha. Jadi kalau lamb ni kurang-kurangnya kena marinate satu malam, barulah segala rempah tu akan meresap dan terasa pada daging bila kita makan. Ada setengah orang dia suka rasa kambing, ada setengah orang suka rasa rempah, jadi pilihan di tangan anda. Kalau aku, suka rasa kambing dan rempah, jadilah kampah!

Ada lagi tips lain. Sebaik-baiknya kalau nak lebih sedap, letak beberapa jenis vege kat bawad sebagai base. Zukini, buncis, kentang dan bawang potong ikut suka hati, susun je atas permukaan dulang tu dan letaklah dua ketul daging tu elok-elok. So bila proses memanggang berlangsung, lamb juice tu akan turun dan berbaur dengan vege tadi yang akan jadi caramelise warnanya. Sedap laa kannnn!

O ya, tapi jangan letak tomato. Kata Chef Zafarul, walaupun tomato bersifat asidik, tapi buah comel ni sama sekali tak boleh ngan dengan lamb atau beef but it will be ok denga  chicken. Aku tak sempat nak tanya detail pasai pa tomato tak boleh dating sama lamba atau beef tapi buleh pulak date dengan ayam, huh!

Tips lain:

*Lamb / beef boleh saja diperap dengan macam-macam rempah seperti middle east punya rumpah, Indian spices mahupun serbuk kari alagappas atau adabi atau babasss..layan je mana-mana suka.
* Sebaik-baiknya marinate selama satu malam, jadi tekstur daging akan lebih lembut dan terasa bahan perapannya.
*Lamb atau beef ni sedap kalau dimakan dengan bbq sos atau sos lada hitam..

Ok semoga entry ini bermanfaat untuk anda!





6 comments:

  1. yummy...xpernah lagi marinate kambeng...biasa bli yang siap marinate je...thnks akk for the tips...boleh la cuba klu kerajinan mendatang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Akak pun tak tau pasal lamb ni tapi bila dah masuk workshop ni banyak ilmu dapat dik..jom kita try:)

      Delete
  2. Masak kmbing....patutlah fee mhl sikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi aku tak bayar pun sebab depa kata free. maybe RM60 tu untuk sesi lain kali. depa buat ni utk media punya group, tu yang foc kot..

      Delete
  3. kampah? haha
    saya puun suka ada bau kambing sikit
    eh lapar pulak

    ReplyDelete
  4. sekejap...

    raya tahun depan boleh tak buatkan lempeng pisang tu? aku nak datang beraya lagi...

    *dah beberapa tahun, masih guna dp yang sama. gambar brooch tu kan? hehehee...

    ReplyDelete

Patin Tempoyak Kak Nik..

Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap d...