Thursday 10 November 2016

Annie number 5!

To: Dear Josiah, i really hope to see you soon. Your hair must be more curly and you are brilliant! Don't grow fast baby. Love you. Muahhh!

Siapa Josiah??? Siapa dia? Kenapa aku ingat dia sampai sekarang walaupun dah hampir dua tahun tidak bersua dengan dia?

Ketika bekerja di kafe di Brockley, antara pelanggan setia yang selalu aku jumpa ialah Becca Alfred, seorang wanita tempatan berkulit putih yang sangat baik budi bahasanya. Setiap Rabu, Becca akan muncul di kafe kecil itu bersama anak lelakinya, Josiah. Josiah atau lebih mesra dipanggil Siah (Sai Yah) adalah budak lelaki yang aktif dan bijak,

Becca akan bertanya kepada Josiah apakah yang ingin dimakan setiap kali masuk kafe tempat aku kerja. Biasanya time mereka datang customer dah tak ada sebab dah petang hari, jadi aku pun sempatlah layan Josiah bercakap dan bermain. Dia suka sangat minta mini car yang kami jadikan sebagai penunjuk tanda harga dalam chill. Setiap kali dia minta, aku akan bagi satu kereta kecil. Sambil minum dia akan bermain dengan kereta kecil itu manakala Becca akan melayannya dengan cukup mesra dan lembut.

Melihat kepada Becca, aku sentiasa menebak adakah Josiah ini adalah anak angkat Becca atau mungkin juga Josiah adalah anak Becca sendiri kerana Josiah adalah budak lelaki berkulit hitam dan Becca adalah wanita kulit putih. Didn't mean to be racist ya but curiosity kill the cat hahaha. 

Puratanya Becca akan muncul pada jam 6 petang setiap Rabu bersama Sai Yah. Selepas dua tiga kali mengunjungi kafe, kami sudah mula berbual dan Josiah terutama cukup suka ajak aku main kereta kecil itu. 

Becca akan bagi tahu:

Becca: Anne can't play with you Sai Yah because she is working.
Sai Yah: Working? Why Anne's working?
Becca: Because she need to works.
Sai Yah: Is she works every day?
Becca: Yes honey (walaupun Josiah lelaki, aku kerap dengar Becca sebut honey, love and my baby)
Sai yah: But i want Anne!
Becca: Ok, we will tell daddy about Anne..

Aku senyum jelah sebab tak tahu pun siapa yang dimaksudkan dengan Anne. Rupa-rupanya Anne itu adalah aku dan Josiah labelkan aku Anne Nombor 5.

Cerita Becca, Josiah mempunyai beberapa makcik dan 'God Mother.' Jadi, dia sentiasa dapat banyak hadiah kerana God Mothernya sangat suka pada Josiah yang akan buat sesiapa saja adore melihatnya. Josiah ini sangat petah bercakap dan comel. Aku perasan dia pernah pakai baju sejuk benang bulu berwarna kuning cair dan ada butang baju teddy bear sebanyak lima bentuk pada bahagian hadapan bajunya.

Kata Becca, baju itu dikait oleh God Mother Josiah yang bernama Anne dan butang baju bear itu adalah pilihan Josiah. Jadi, mana-mana wanita yang baik dengannya, dia akan ingat orang itu adalah Anne sepertimana Anne yang memberi hadiah baju panas kepadanya. Jadi, berbalik kepada kes aku ni, Becca kata Josiah dah ingat aku sebagai Anne Number 5 dan sentiasa bertanya kepada Becca bila lagi nak visit Anne no 5 sebagai dia suka aku. Budak-budak pun tahu kita ikhlas ke tak suka mereka kan. Eventho im not a mother yet but i love kids and baby. Aku boleh mandikan baby walaupun depa fragile. Pengalaman memandikan Nuraine (anak sepupu) ketika dia belum cukup 40 hari tu adalah satu cabaran juga walaupun ngeri sebab baby ni kecil dan fragile snagat!

Habis sudah cerita Josiah sebab aku bagitau Becca aku akan berada di luar kawasan pada waktu yang lama. Walhal aku kena balik kampung setelah hampir 10 bulan 'lepak' secara illegal di Brockley. Pehhh..

Tiba-tiba pada satu petang, kira-kira seminggu sebelum aku tamat tugas di kafe itu, Becca dan Siah muncul. Katanya nak jemput aku minum petang di rumahnya kerana Josiah nak sangat jumpa aku sebelum aku balik kampung. Lagipun Josiah sentiasa bercerita pasal aku kepada Nanny dan daddynya. Jadinya, aku pun terima jemputan itu kerana menghormati mereka yang berbesar hati mengajak orang asing minum tea di rumah mereka. Aku pun tak tau apa nak kata. 

Jadi aku ajak Mrs Baron untuk temankan aku ke rumah Becca. Becca menyediakan scone yang sangat sedap dan tea untuk kami. Mrs Baron bawa anak lelakinya, Yohan Baron, yang juga sebaya Josiah. Kami berbual-bual dengan Becca dan suaminya yang bernama Richard dan Richard adalah lelaki kulit hitam dan British born. Budi bahasa dan tutur katanya juga lemah lembut sama seperti Becca. Tidak hairanlah kenapa Josiah juga juga sangat petah dan budak yang baik, kerana kedua-dua ibu bapanya juga sangat baik. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Lama juga kami berbual dan akhirnya kami minta diri setelah hari makin petang.

Aku sempat dukung Josiah dan dia minta izin ibunya untuk cium telinga aku. Heran! Kenapa nak cium telinga? Kata Becca, itu tanda Josiah suka sangat pada aku walaupun aku ini adalah orang yang dia tak kenal pada mulanya. Mungkin Josiah tahu apa dalam hati aku. Richard juga bagi tahu Josiah sentiasa sebut nama aku dan sentiasa tak sabar nak tunggu hari Rabu kerana dia tahu Becca akan bawa dia ke kafe tempat aku kerja. Sebelum balik, aku bagi hadiah sepasang baju tidur batik untuk Josiah.

Sambil berjalan balik, Mrs Baron sempat berbisik pada aku, "Kak, saya dah kerja hampir lima tahun kat kafe tu, tak pernah dapat jemputan peribadi macam ni. Akak baru kerja tak sampai setengah tahun, dah ada orang jemput ajak minum tea..what a lovely Kak!"

Jadi, itulah..pesan arwah Abah memang aku ingat, walau di mana saja berada dan buat apa kerja sekalipun, biar ikhlas. Tepuk dada tanya selera...

3 comments:

Patin Tempoyak Kak Nik..

Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap d...