Thursday 5 May 2016

Al-fatihah..

Saya kenal beliau sejak 1996, sejurus menjejakkan kaki ke Berita Harian. Saya tercari-cari siapakah yang bernama Zoy kerana sejak di sekolah menengah, saya sudah mengenali kartus lukisan beliau di akhbar berkenaan. Jadi apabila diterima bekerja di akhbar ini, saya tidak melepaskan peluang mencari beberapa nama yang saya kagumi seperti Manja Ismail (Datuk Manja Ismail), Sally Si Janda Joran dan beberapa lagi nama.

Kebetulan lagi, selain bertugas sebagai wartawan, saya turut ditugaskan membuat page Joran dan kadang kala terpaksa berurusan dengan individu bernama Zohri Sukimi yang mana beliau adalah Zoy yang saya sudah kenal menerusi kartus lukisannya terlebih dahulu.

Seorang yang sangat dedikasi dengan tugas, berpengalaman dan tidak lokek ilmu. Banyak ilmu grafik yang saya sempat kutip dari beliau sepanjang bertugas di Berita Harian. Meskipun sudah hampir tiga tahun meninggalkan bangku wartawan di Berita Harian, saya tetap dan masih ingat jasanya mengajar saya ilmu grafik dan pengkomputeran. Terima kasih En Zoy.

Dan pagi ini, saya menerima text ringkas menyatakan beliau sudah kembali ke rahmatullah akibat barah yang dialami. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan mendapat Rahmat Allah. Al-Fatihah...

4 comments:

Retorik ayam dan cornflake di Secret Recipe

  Nak makan ayam, ada seninya: Ayam masak sempurna Tak ada ketulan lemak Tak ada bau hanyir Garing Cukup masin manisnya So.. C...