Monday 12 September 2011

...angin...

(Angin versi 2010)

Boleh...anginlah tempat paling baik
untuk bersembunyi
kerana sentiasa bertiup
dan bergerak
...boleh rasa tapi tak nampak...
...boleh rasa tapi tak boleh pegang...

11.33pm 16 April 2010

(Angin versi 2011)

Aku pun tak kagum dengan angin
tapi aku suka misteri angin
...tak nampak di mata tapi boleh di rasa kehadirannya
walau sejuk, walau panas
...angin tetap bersemilir...

12.54am 12 September 2011

Nota: aku dah pernah menulis pasal angin, pada tarikh 16 April 2010 jam 11.33 malam...dan malam ini...ada sesuatu yang membuatkan aku sekali lagi ingin menulis mengenai angin..angin yang sentiasa aku hargai kehadirannya...

22 comments:

  1. aku suka angin pagi sebelum matahari mula memunculkan diri, di dalamnya mengandungi sedikit rasa dingin yang bercampur dengan hangat jalur cahaya mentari yang bakal mendatang.

    ReplyDelete
  2. Aku suka angin setiap masa kecuali angin ribut atau kepalanya hangen...ini aku x suka...

    ReplyDelete
  3. kepala angin pun ada baiknya...

    ReplyDelete
  4. Yerp..certain cases, kepala hangen is needed...o yeahhh!

    ReplyDelete
  5. Angin sepoi bahasa yg indah, kan? Klu angin taufan membadai? Semak gak nak membersihkan apa yg dibawa sekali tu...

    =D

    ReplyDelete
  6. MF: angin sepoi-sepoi bahasa kita semua suka kan..tapi angin badai, minta simpang!

    ReplyDelete
  7. angin badai tu nak sapu segala kekotoran dan bagi peringatan sekali gus!

    ReplyDelete
  8. owh gitu ek..seb baik rumah aku x pernah ada angin badai..angin sepoi2 bahasa ada..

    ReplyDelete
  9. bile cakap pasal angin teringat lagu lama ni kan

    "angin bayu membawa diriku sepintas lalu ku terkenangkan mu " hehe

    ReplyDelete
  10. MZ, Elite punya lagu kan...I panggil group tu The Gediks...hehe

    Cuba ingat lagu ni...dibawa ANGIN terdengar jauh....tahu tak lagu sapa?

    ReplyDelete
  11. LW: tu lagu feminin la.

    ReplyDelete
  12. aku ingat sebab diorang semua sangat cute berkepala botak dalam cover album.

    ReplyDelete
  13. Kira geng kau la kan...ala2 upin Dan ipin...

    ReplyDelete
  14. penampilan mereka masa tu (dalam cover album) sangat unik. dulu mana ada perempuan berani berkepala botak beb!

    ReplyDelete
  15. memang unik...kalau tak silap aku..ikut hukum, memang x boleh..sebab menyerupai lelaki..tapi sekarang dunia terbalik...lelaki nak jadi pompuan, pompuan nak jadi lelaki, lelaki nak sama lelaki, pompuan nak sama pompuan...

    ReplyDelete
  16. yang minat sesama jenis tu, mereka kata, "inilah gaya kidup terkini, kalian mesti hormati hak kami!" tapi tak sedar pulak yang ribuan tahun dulu dah ada kaum macam mereka yang tuhan dah musnahkan sama sekali. bercakap pasal hak? mereka sebenarnya takde hak langsung atas tubuh badan yang jadi pinjaman dari hujung rambut sampai hujung kaki, inikan pulak nak mengubah hukum ketentuan. (eh, keluar topik lagi ke)

    ReplyDelete
  17. mereka tu kaum sodom zaman kini...agaknya mereka x pernah baca buku harun yahya pasal kaum sodom yang ditelan bumi suatu ketika dulu...

    kuar topik kat blog aku tak pe..x de undang2 kena masuk baris...

    ReplyDelete
  18. aku kagum jugak dengan harun yahya ni, tulisan dia sangat mendalam aspek kajian saintifik dan related dengan ayat2 Allah. perjalanan hidup dia pun tak mudah.
    berbalik kepada angin: angin apa yang paling melegakan tapi pada masa yang sama amat mengganggu?

    ReplyDelete
  19. aku ada baca beberapa buku harun yahaya pasal kajian mengenai kaum yang ingkar ni dan ntah tak ingat lah title lain...ex aku dulu ada collection buku harun yahya..

    kepala hangen...

    ReplyDelete
  20. yang bestnya harun yahya ni, kita boleh download karya dia secara percuma je. banyak jugak aku kumpul macam cerita semut, asal kejadian bumi: dalam perspektif pembacaan kanak2. syok weh!

    ReplyDelete
  21. owh boleh download ke..aku dulu memang beli buku..

    ReplyDelete

Patin Tempoyak Kak Nik..

Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap d...