Monday 19 September 2011

meraikan dan diraikan...


Semua style belang-belang..garis itu lebih menarik perhatian kiranya berbanding bulat...sorry kek ini adalah kek buatan dari dapur penaja, bukan dapur V..V tutup kedai!
Konon lah sangat, nak juga buat bunga rampai..jam 1 pagi hiris daun pandan. Bau wangi semerbak...campur bunga warna warni...niat hati nak tabur bila tetamu datang..konon macam kenduri kahwin..sekali, bila aku curah air mawar, semua bau terus hilang...choyyyy! Spoil semangat nak merai...harap rupa je indah..khabarnya mendukacitakan sebab bunga rampai tak ada bau..ntah bila punya air mawar mamak tu jual...siap kau mamak!! Aku tak rela kau spoilkan hari gembira aku..huh!
 SHAWAL yang diraikan..ramai orang kata, sebulan puasa, sebulan raya...mengarut! Pada aku, setiap hari dalam kehidupan mesti diraikan. Walau sedih, walau gembira, hidup kita singkat..tak elok membazir. Jadi oleh sebab syawal ini terlebih meriah, aku nak meraikan mereka yang wajar diraikan..

Walaupun bunga rampai tak ada bau...semangat nak bersuka ria dengan sarang burung comel ni tetap ada..semua balik dengan sebiji sarang burung besi ini...
Keluarga adalah nyawa
sahabat adalah harta
mereka yang diraikan ibarat rezeki yang meluncur masuk ke dalam rumah
sedikit kita memberi...Tuhan akan beri lebih banyak..(mudah-mudahan)
namun ada juga yang ingin diraikan tidak dapat hadir kerana beberapa urusan lain yang perlu didahulukan
tidak mengapa..pintu rumah sentiasa terbuka untuk meraikan anda
kepada sahabat. kalau panjang umur...kita akan berada lagi dalam suasana ini...

Fauziah@ Gg, baby Zia dan Ahmad Kamil..geram dengan Zia yang chomell tu...tapi tak boleh kepam2 sebab member bad mood nak shushu...hihi..sian maminya nak makan, dia nangess! G, bitau Kamil kalau nak makan kerutup daging, roger akak 2 hari awal eh..:-)

Ini tauke nikah kawen, En Azmi dan Pn Afidah, make up artist meletopss...sapa nak cantik boleh roger dia ni...and 2 little cutes boy...lagi sorang nak kena kepam..rasa nak cubit2 pipi si kecil tu..
 
My sweet sista..Sue Anwar and her mom..auntie Sharipah...auntie and Sue...thanks for coming..anyway if u need a lawyer, boleh calling2 Suraya...and she's also make artist! (Sue..ooo patutla dapur akak basah..akak dok pikir sapa main ayor..nak kata haziq, x nampak dia masuk bilik ayaq...ghope-ghopenya Sue ya..hihi...ok joking!

Haaa ini dia Incik Halym and Pn Anne, sama Nadirah, Nisah and Danish...incik Halym ini adalah pakar rujuk aku pasal pc..ampun eh incik, kau tau aku blur bab IT kan...so pa pe hal, ko memang tau kan...aku x sempat nak buka itu behhloggg...ehh betoi ka nak kek sedap menawan tu? Bitau ya bila...

My honey sista, Hani and doter, Hasya, dua2 comel..Hadi sorry u x comel..hik! Tapi Lisa Surihani comel ya...forumer otai kat am.net masa 2004..sama itu otai incik halym... (Hani...nanti boleh datang lagi...hari tu Hasya x makan nasi kan...)

Incik Halym, aku saja tepek ini kek punya gambar supaya kau meroyan...
Akan ada beberapa lagi sesi merai dan diraikan..aku tak percaya istilah open house..konon! Sebab teratak aku sentiasa terbuka untuk yang bergelar sahabat handai..anda akan diraikan walau apa ketika sekali pun, walaupun jam 1 pagi..insyaAllah sekiranya aku tak keluar dari stesen...(roger and out...tanda awal akan keluar setesen..)

Nota: Mohon maaf kepada sabahat sekiranya ada kekurangan...aku ini orang kecil, hati pun kecil, tapi semangat aku besar untuk bersama-sama sahabat...cik rose dan cik suzi, lain kali kena overnite, baru happening kannnn...ingat tau ..Italian!

16 comments:

  1. sorry cannot make it... some other time ok..

    ReplyDelete
  2. no worries..just let me know..anytime...:-)

    ReplyDelete
  3. dalam banyak-banyak, menu mana yang dapat banyak pujian (ikhlas)?

    ReplyDelete
  4. gulai kerutup daging (tiada dalam gambar) dan kek red velvet...kedua-duanya bukan aku masak..tajaan penaja...

    ReplyDelete
  5. Kak! Minta maaf byk2 sbb tak dpt dtg majlis akak. Smpi la ni asik igt nasi minyak yg akak bt tu. Ishh! Teringin nak menjejakkan kaki ke teratak Windsor.

    Minta maaf byk2 kak.

    ReplyDelete
  6. MF, tak pe...bila2 boleh mai..akak sentiasa buat open house..hihi...oh ya contoh baja kompos ada 1 balang,lebihan makanan hari tu..nanti akak pos entry...

    ReplyDelete
  7. teringinnya nak makan daging kerutup... tak per, i go and buy instant punya...

    i pun ada kain selimut (i yang buat selimut) warna hijau tu...

    ReplyDelete
  8. NP: kerutup yg i beli ni..memang sedap sangat, kakak yg jual tu niaga nasi berlauk pagi2 kat area rumah i...ramai customer dia tempah lauk kalau weekend..
    selimut hijau tu gebu kan...i buat selimut sofa tu sebab x sempat nak anta kedai basuh sofa..bukan x sempat...mahal sebenarnya..haha

    ReplyDelete
  9. kalau kat kg. bandar i tu ada gak merasa kerutup limpa and paru... best jugak..tapi tak semua orang makan organ dalaman..i makan laa tapi tak selalu...ok bunyi mcm gross kan..ha ha ha...

    ReplyDelete
  10. once a while i makan gak paru and limpa..buat rencah dalam dalca sedap tu..iskk tetiba hungry mehh...buka puasa karang harus carikkk!

    ReplyDelete
  11. i belum lagi ganti puasa
    this year rasa mcm malasssss sangat2 apatah lagi nak puasa enam...

    dalca taruk perut, hati, limpa, paru...ohhh lapar laks...

    ReplyDelete
  12. kan..sangat menggiurkan menu eksotik ini...haha

    ReplyDelete
  13. thanks kak..

    happy dpt jumpa akak...rasa xpuas lak

    ReplyDelete
  14. Manda nanti kita togeder geder lagi yek...

    ReplyDelete
  15. harus kak...

    sonok lak lepak umah akak..acha pon suka, dia kata sejuk..ekekekke

    ReplyDelete
  16. Cakap kat acha nanti auntie beli esbok utk dia..ekekeke!

    ReplyDelete

Patin Tempoyak Kak Nik..

Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap d...