Monday 12 September 2011

Shamsiah vs Rozita

Aku sepatutnya buat entry shamsiah fakeh, tapi oleh sebab taknikal problem..aku terpaksa memagickan artikel itu menjadi rozita che wan. kedua-duanya hidup dalam zaman berbeza tapi kedua-duanya mempunyai perjuangan diri yang menuntut pengorbanan yang bukan alang kepalang.

Rozita cantik jelita, berjuang untuk mengekalkan kecantikannya, populariti dan publisiti yang  bagus-bagus..kesian dia, aku tahu kadang-kadang dia terpaksa menjadi plastik for the sake of peminat. Akan tetapinya Rozita ni memang cantik dari hujung rambut hingga hujung kaki. Aku yang sejenis ni pun tak berkelip tengok kulitnya yg mulus. Kalau KA tengok, sure terbutang mata...

Tapi dalam hati Rozita, siapa tahu..dia menangis ke, dia suka ke..yang aku boleh baca pada wajahnya yang mulus bak telur dikupas itu adalah tidak mudah menjadi ibu tunggal. Semua tindak tanduk jadi perhatian masyarakat.

Rozita rajin amal basuh muka dengan ais sejurus bangun tidur, katanya supaya muka jadi segar. Rozita makan nasi setiap hari dan main futsal untuk bakar lemak. Kalau mandi, dia jirus bahagian kaki terlebih dulu, kemudian barulah menaik sedikit demi sedikit ke bahagian atas. Supaya badan boleh bertahan katanya. Rozita cerita emaknya makan tongkeng ayam untuk awet muda. Dia pun makan juga. Rozita kata lagi, dia basuh rambut dengan santan dan limau purut bagi mendapatkan rambut sihat bersinar dan menghilangkan kelemumur.  Dan Rozita cantik. Aku suka dia sebab dia cantik!

Manakala  Shamsiah yang dilahirkan oleh Saamah Nonggok ayahnya bernama Fakeh Sultan Sulaiman, dihantar sekolah di Padang Panjang, Sumatera Barat selama dua tahun. Shamsiah pernah berkahwin tiga kali sepanjang hidupnya menjadikan hidupnya sadis dan dia bangkit mencari kebenaran dan kekuatan di dalam hutan belantara.

Shamsiah pernah berkahwin dengan seseorang bernama Yasin Kina tapi ditipu dan menceraikan Shamsiah di luar pengetahuannya. Kesian kan...nasib wanita! Sekali lagi Shamsiah berkahwin dengan JM Rusdi, juga menemui perceraian.

Ok aku short cut, Shamsiah berkahwin lagi dengan Ibrahim Mohamad, pada 1 Jun 1956. Maka bermulalah perjalanan hidup Shamsiah di sana.

Aku short cut lagi, Wanita ini meneruskan kehidupan sebagai orang biasa di Beijing diiktiraf sebagai individu yang diberi perlindungan politik dan tidak berwarganegara, meneruskan kehidupan dengan bekerja di kilang besi di bandar terbabit selain turut memberi khidmat kepakaran bahasa Melayu kepada Radio Beijing serta Institut Bahasa Asing Beijing.

Aku ambil pic dia sebab dia betul-betul ada depan aku...ingat nak ajak dia dok sebelah aku tapi tersegan pulak, takut dia kecil hati memandangkan aku lebih comel daripada dia walaupun aku tiada mengamalkan apa-apa petua. Petua aku adalah makan tidur makan tidur saja.
Nota: Okeh entri ini saja dibuat untuk perbandingan dua wanita sebelum dan selepas perang...

14 comments:

  1. SATU: petua makan tidur kau tu menjadi tak?
    DUA: apa persamaan tak ketara antara dua wanita ni?
    ...ok, aku punya conclusion: si cantik manis ni berjuang untuk diri sendiri (dan keluarga) dalam dunia yang penuh kesenangan (pada mata kasar aku) demi menjaga nama baik dan `meneruskan' kelangsungan dalam arena seni. manakala shamsiah berjuang untuk orang lain dalam dunia yang penuh dengan ketidaksenangan demi `mendapatkan' kelangsungan hidup bangsanya.

    ReplyDelete
  2. Satu) menjadi...menjadi semakin poyo dalam kamus kehidupan manusia V.
    Dua) si cantik manis itu berjuang sekadar bermanja2 saja berbanding shamsiah yg berjuang membabitkan keringat Dan air mata darah yg akhirnya memberikan dia sebuah publisiti negatif walaupun dia sebenarnya mempunyai niat baik untuk tanah air...(harap fikiran aku ini betul mengenai perjuangannya).

    ReplyDelete
  3. SATU: sebahagian V yang lahir ketika bulan tak cukup mengambang je yang poyo. hahaha!
    DUA: (betul hanya pada yang berfikiran sealiran macam kau, dan aku)

    ReplyDelete
  4. Sbnrnya mcm nie...

    Setiap perempuan yg dilahirkan itu sbnrnya ctk....

    =D

    ReplyDelete
  5. MF: dan semua lelaki yang dilahirkan tu hensem walaupun bila dah besar berkepala botak!

    ReplyDelete
  6. MF, cantikkan kita.kita cantik! Yay!!

    SM, botak eh...miahahaha..botak! Tapi aku akin botak itu menjurus kepada hati cute muka legend..o yeah bebeh!

    ReplyDelete
  7. shamsiah fakeh lebih cantik lagi jalan perjuangannya...

    ReplyDelete
  8. i pun makan vontot ayam..tu pasal i awet muda... yesssss yesss tak sia2 i makan selama *0 tahun ni....

    ReplyDelete
  9. I X taupun vontot ayam awet muda...

    ReplyDelete
  10. tungking ayam memang lazat selain kaki, tak kira la apa efek dia.

    ReplyDelete
  11. kaki ayam tu ramai yg tak makan tapi aku suka, buat kerabu kaki ayam...

    ReplyDelete
  12. buat sup kaki ayam pun sedap.... mmmmm yummehhh....

    LW, kerabu kaki ayam satu pinggan besar, i sorang jer tau.... SM..kau tak payah makan...

    ReplyDelete
  13. NP o yeahh, selain kerabu..sup pun yummylicious kan...ooo sedapnya sup kaki ayam cecah sama garlic bread buat sendiri! SM kau tengok sajalah kamiorang makan...

    ReplyDelete

Patin Tempoyak Kak Nik..

Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap d...