Sunday 4 September 2011

anekdot sebuah kebebasan@merdeka

1. Senario ini berlaku minggu ini, dalam perjalnan balik ke KL..
Sejak melangkah masuk dalam kenderaan dan cousin aku start pegang stereng kereta nak balik KL dua hari lepas, manakala aku jadi passenger berpeluk tubuh dengan nyaman sambil layan mata, boleh kira dengan jari kereta yang ada pasang bendera malaysia..kereta yang aku naik tu pun x de pasang bendera...masa kat hiway turun dari tapah, aku cuma nampak dua buah kereta tempek bendera kecik je kat atas bumper depan...ini aura merdeka rakyat kita!

2. Senario ini berlaku pada 1996..di pangkalan Navy TLDM Lumut..
"Ginde...kau pegang tangan budak ni..jangan lepas..nanti hilang anak orang, aku x ada jawapan pulak pada mak bapak dia..."
"Baik Chief.."
"Hah kau apa lagi tunggu? Malam nanti ikut Kopral Ginde...ke kau nak ikut aku? Kalau nak ikut aku, kena tidur dekat tent aku.." katanya senyum penuh makna..
"Eh tak pe chief..saya ikut Encik Ginde.."
"Apa encik2, dia Kopral..kopral tau tak!!!" nak pecah telinga aku dengar suara besar dari saiz fizikal yg lebih kecil dari aku...
..dan malam itu aku pun ikut Kopral Ginde redah hutan..sikit pun aku x lepas hujung baju dia..kadang2 aku pegang belt dia sampai nak terlondeh katanya..
besoknya chief kecik tu jerit lagi pada aku..
"Kau apa buat semalam? Kopral kata kau pegang dia tak lepas2 ya...cehhhhh!!"
..aku kena lagi...
...aku pekakkan telinga sebab chief yang pada mata aku nampak macam kecikkk sesangat tu asyik menjerit dan memerintah tak tentu hala..
...pada hari lain...aku kena lagi...
"Kau pasal apa tak masuk sungai semalam? Esok siap kau...aku nak kau basah dengan air sungai dinding...sungai yg ada buaya tu..kalau org lain boleh basah..kau pun kena basah..kalau tidak jangan jumpa aku lagi.."
Hazabbbb! Sudddahhh macam ni...aku rasa nak telan je dia yang dipanggil chief tu..memang kerja dia nak memalukan aku saja...
Kopral Ginde senyum2 saja masa aku kena taram dengan chief yang semakin kecik di mata aku...
"Lain kali kau jangan jawab mulut dia..." kata Kopral Ginde senyum sinis..
Hazab! memang hazab!..tapi...
selepas lima hari di outbounce Lumut....aku mula sedar diri...
dan pada hari nak balik...chief tu datang..
"Aku nak tanya kau..kau belum kahwin kan? Kalau ada peluang kau nak kahwin dengan siapa?"
Ciss...soalan maut yg tiada kena mengena dengan latihan yg aku buat..oleh sebab dia slumber badak tanya aku...aku pun jawab selamba badak juga..
"..saya nak kahwin dengan silver man..chief tolong cari sorang untuk saya...!"
"..kau ni kan...nak je aku buat bini no 2..menjawab mulut!!!"
..chief yang kecik itu jegil biji mata pada aku...dia ingat aku takut..aku rasa nak je jelir lidah..aku dah nak balik KL...dah nak masuk kereta..aku peduli apa dengan ko chief...chief la sangat...
..sebelum kereta aku gerak...dia datang lagi..minta no telefon aku...dan aku pun bagi...ehh tetiba terbagi pulak...walaupun hati aku lima hari bengkak kena jerit...
"..kau ingat ya...kami di sini sentiasa bersengkang mata nak pastikan kau hidup dalam aman, merdeka dari pengganas, merdeka dari penjajah, merdeka dari segalanya...negara kita dah aman..seronok duduk kat KL...tapi aku suka lagi duduk Lumut...dekat sungai dinding yg ada buaya..aku jamin selepas aku hilang dari mata kau..kau akan rindu kami semua...terutama Kopral Ginde yang kau pegang beltnya sampai nak londeh seluar dia...hahaha!"
..cisss....satu kem tahu aku pegang belt kopral Ginde x lepas! sialannn....mereka tahu aku belum merdeka dari ketakuan gelap pekat malam...
..dan kata2 chief PASKAL itu adalah benar..Malaysia merdeka kerana mereka adalah sebahagian daripada benteng senyap yang mempertahankan negara walaupun ketika itu, kita sudah berpuluh2 tahun mengecap nikmati merdeka..namun anasir subversif masih ada di celah-celah kehidupan..hanya kita yang mampu menyaring sejalur kemerdekaan dalam kekacauan hiruk pikuk Malaysiaku yang tersangatlah permai ini...
..dan lagi...sampai kini aku ingat wajah chief kecik tapi berhati waja itu...ntah sapa la bini no 2 dia...

10 comments:

  1. citer benar ke ni?
    i think i prefer lelaki mcm tu daripada lelaki yang cakap mulut je manis, tapi hati mcm haram
    eh rasa mcm nak apply kerja kat TLDM jer..

    raya atas kapal lagi best kot...

    ReplyDelete
  2. NP: yer citer benar..mulut chief tu tak de insuran langsung...tapi hati baik..lepas balik KL i continue contact dia sampailah dia ajak kahwin jadi bini no 2..gila!..memang sempoi habes dia punya approach style..

    ReplyDelete
  3. org mcm tu selalunya hatinya adalah telus tak ada korner korner...

    i suka orang mcm tu...

    ReplyDelete
  4. yerp..u absolutely true...kalau ada peluang, nak je ke lumut jumpa dia...saja buat poyo nak tengok dia masih suka jerit jegil lagi ke tak..ahaha

    ReplyDelete
  5. mesti fun kan time tu bila ingat2 semula...

    ReplyDelete
  6. a ah..banyak lagi kes i kena hamput dengan dia..segan nak citer..

    ReplyDelete
  7. dulu kau takut gelap, tapi sekarang aku takut kalau kau duduk dalam gelap...

    ReplyDelete
  8. gelap dah sebati dengan aku..aku jadi takut kalau dalam cerah..

    ReplyDelete
  9. ...kalau macam tu mesti kau tak perlukan bulb langsung! sebab mata telinga kau lebih berfungsi sebagai deria yang lebih baik berbanding mata, seperti kelawar yang tangkas mengelak daripada terlanggar dinding gua.

    ReplyDelete
  10. yerp..i already take out the bulb yg terlebih watt tu..termasuk yg sedia ada aku cabut juga...no light is more better for me...

    ReplyDelete

Patin Tempoyak Kak Nik..

Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap d...