Sunday 11 September 2011

buddy..always?

aplikasi jaring dan laman sesawang memungkinkan segalanya..
yang jauh jadi dekat, yang dekat jadi erat, yang erat tambah melekat
macam-macam natijah berlaku..terjumpa kawan lama, mencari kawan lama, sengaja mencari kawan baru
apa-apa hal..sangat tak terfollow kerana jaringan perhubungan begitu cepat dan laju...

begitupun, kita mesti pandai menyaring mana yg bermanfaat dan mana yg tidak
1st forum yang aku involve adalah am.net..hanya ada beberapa forumer saja..ketika itu, 2004, blog belum famous bahkan rasanya masih belum wujud kot..ntah aku tak ingat..

forum am.net meletop sebab ada moderator entertainment yg guna nick mulut puaka @ mulut poke..memang kata2nya puaka gila..kami semua percaya sebab apa yang diposting adalah advance berbanding akhbar arus perdana atau media elektronik..hari ni mulut puaka bersuara kat forum, esok baru keluar kat TV atau akhbar...mulut puaka kekal misteri hingga kini..tak tahu pun siapa dia..

kalau ada masalah berkaitan undang2, arwah Damit jadi tempat rujukan..ramai lagi yg sentiasa dalam ingatan kerana minda yg bernas menghasilkan kata-kata yang bernas juga..gabanz akhirnya berkahwin dengan vagabond dan kini sudah ada anak bujang, toksira adalag guru bahasa inggeris aku di alam cyber..cind pula dan G (G..aku lupa nick kau masa di Nagoya) adalah tukang masak handal..

bagaimanapun, am.net kena hack sebab cinta tak berbalas antara seorang forumer am.net dengan someone yg base kat Oz..hebatnya penangan cinta, sampai kami semua x boleh berforum sebab kena hack dengan mamat itu...

bila kena hack..kami bubar menjadi blogger dan ada yg meneruskan rutin berhubung antara satu sama lain dan ada yg sudah tidak aktif..tapi aku tahu ramai forumer asal am.net masih berhubung dan mengadakan gathering ketika ramadhan..

rindunya saat itu..apabila wadah yang betul dijadikan medan bertukar fikiran yang sangat membina..berkekalan sehingga kini..walaupun ada yg sudah menetap di luar negara...kami masih berhubung..

dan kini..pelbagai jaringan perhubungan wujud...lebuhraya maya yang tidak terjangkau..aku harap dua buddy aku di sini akan kekal sebagai buddy untuk seratus tahun akan datang..always!

Nota kaki: Aku x follow mukabuka sebab ia bukan setakat mukabuku, tapi mukatembok sebab semua benda nak sumbat kat situ..hatta pasal nak cabut bulu ketiak sekalipun...cehhh!

15 comments:

  1. zaman orang berfourm dulu, aku sibuk dengan `dunia' sendiri. ada yang lebih asyik daripada itu.

    seribu tahun boleh?

    ReplyDelete
  2. kalau boleh aku nak lebih daripada seribu tahun...?

    ReplyDelete
  3. lantak la walau 200 generasi pun, janji tubuh kita tak dimumiakan. yang penting ingatan orang lain pada kewujudan kita.

    ReplyDelete
  4. Biar ingatan dalam hati orang lain kekal mengenai kita...

    ReplyDelete
  5. ha, macam tu baru la seribu tahun...

    ReplyDelete
  6. Kekal dalam hati, dalam jiwa dan dalam minda!

    ReplyDelete
  7. dulu selalu masuk irc chatting...
    then termeet one guy study kat oversea
    tulis2 surat, antar2 gambar...then found out dia lagi muda dari i...then lama2 lost contact

    after awhile masuk blog tulis citer mcm2 merepek meraban pasal kes cerai sampai menimbulkan kekecohan than sampai orang komen blog i tak ilmiah atau dangkal...

    kalau nak blog ilmiah pi wikipedia laa kan....
    masuk blog i buat apa????

    ReplyDelete
  8. NP: kalau tulis (taip) blog kena ilmiah ke? bullshit je tu. choy!

    ReplyDelete
  9. ya ada sorang follower i kata i ni dangkal sebab i suka mencarut kat blog i...eh oklah i mencarut kat blog i bukan kat blog dia pun....

    siapa nak pegi blog yang ala2 buku tatarakyat tu? u tell me now?? ha ha ha...

    ReplyDelete
  10. alamak, mencarut dalam blog sendiri pun tak boleh ke? aku ni dah la kuat mencarut dalam blog (dan kereta) sendiri.

    ReplyDelete
  11. NP, Ya ke dia kata macam tu..I kalau org macam tu I anggap dia jeles je..dah tentu blog kita, kita bebas le kan nak buat apa..namanya pun tempat nak bergebang. I guess dia nak mencarut juga tapi segan sebab kontrol ayu...

    ReplyDelete
  12. aku tak paham, apasal dia nak follow jugak?

    ReplyDelete
  13. Sebab aku rasa dia menyukai Gaya carutan dalam blog NP Dan reader tu mungkin dengkis sebab dia x boleh nak carut macam tu..dia memang pendengkis!

    ReplyDelete

Patin Tempoyak Kak Nik..

Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap d...