Sunday 3 November 2013

Kapal kertas dan lempeng pisang...

Sekarang setiap petang hujan..tak leh nak keluar rumah sangat sebab aku tak nak lepaskan peluang berada di dalam rumah ketika hujan. Kerana hujan adalah nikmat, melihat titik air jatuh timpa daun orkid, daun melur dan daun mawar...ehh daun pandan sama...hmmm nikmat sebab tak payah nak susah-susah siram pokok bunga. Bukan aku kedekut nak bayar bil air pun sebab sekarang ni pun dah terlebih bayar ke SYABAS sebanyak RM99..macam mana nak tuntut balik duit ni kan. Haruslah SYABAS tak akan bagi balik, kecuali aku kaw-kaw guna air..banyak mana sangat pun kalau basuh baju seminggu sekali..mandi sekali sehari..iskk..acah je, gua mandi tiga atau empat kali sehari bergantung pada cuaca. Kalau cuaca panas, maka keraplah menghabiskan air..ok bukan nak cakap pasal air..nih..pasal hujan.
Yeahh kasi upgrade sket kemunculan cik lempeng pisang berkelapa ini dengan makeup fake ala lurpark butter. Konon kita dah buat plastic surgery, dari cik lempeng pisang berkelapa ia ditukar nama kepada banana pancake! Korang ada? Hikhikhik...
Kalau hujan kat kampung, kami sibuk nak buat kapal kertas dan buang ikut jendela kayu cengal yang hitam tu. Kapal kertas tu pun terkial-kial mengikut lenggok air hujan yang membentuk bulatan bulat yang makin besar dan besar. Selalunya kami akan buat banyak kapal kertas dan habislah buku sekolah kena koyak. Esoknya memutih kapal kertas atas tanah depan jendela bila air surut. Dan paling mengerikan abah akan membebel dan habislah telinga kami pulak kena koyak..adehhh sakit tapi sekarang jadi manis dalam kenangan! Walaupun ketika itu melalak sakan sebab kena pulas telinga kan..kan!
Suntik botox butter kasi gebu..terliur ke tak?
Dan ketika hujan juga mak akan sibuk di dapur kecilnya yang sempit dan suram, tapi cukup luas bagi kami. Mak akan buat lempeng pisang yang ditaruk kelapa untuk kami makan bersama air kopi kasar. Lempeng pisang itu penuh nikmat untuk dimakan pada skala berebut-rebut tahap gaban. Sebab kami dah letih bermain kapal kertas, jadi kami akan beralih ke dapur konon nak tolong mak kemas dapur, walhal nak meninjau apa mak masak. Ternyata lempeng pisang itu adalah hi-coffee paling mewah bagi kami ketika itu.
Banana pancake parade..jap nak buat kopi!
Dua tiga hari lepas hujan..nak buat kapal kertas karang jiran aku kata aku hilang akal pulak nanti. Jadi aku bergerak ke kitchen, buka peti ais, ada pisang terover masak, ada kelapa juga, buka stor ada multipurpose flour juga...maka jadilah lempeng kelapa aka banana pancake yang dibakar dalam oven Pansonic aku yang dah usang tu tapi baktinya sangat cemerlang..kalau nak resipi lempeng pisang ini, tunggu kemunculan buku 'Cerita Minum Petang' aku yang akan muncul tak lama lagi..
 
 
Rindu mak...

26 comments:

  1. Emmm sedapnya hujan2 makan lempeng panas... versi modern, semalam saya ke pasar, pastu kakak yg jual keropok cakap "dik la ni keropok lekor goreng pun orang makan ngan keju" eeerrrk camne tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. MystoryPic
      la ni macam2 kan..akak pernah makan kopok lekor dengan mayonis dan thousand island...a bit weird rasanya tapi bolehla atas nama fashion in food hehe

      Delete
  2. gmbr dari atas tu cun la. tak sangka lempeng pisang!!

    *tulis buku ke sis? wowwww!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. blog-tips-kurus

      try la buat lempeng tu sis...yer kita sedang menyiapkan buku masakan...kalau nak order boleh la..inshaaAllah bulan 12 siap..

      Delete
  3. Wah..nostalgia di hari hujan memang hebat meninggalkan kenangan yg manis..
    Hujan turun lebat mencurah curah dan aku dgn adik kakak bersuka ria mandi hujan dan di kedapatan oleh arwah mak... rotan panjang keluar dan kami berkunci dlm bilik air ketakutan sebab arwah mak dah naik angin.. tapi nk sembunyi kat bilik air smpai bila? Kah..kah..kah.. akhirnya merasa juga la rotan panjang tu heeeeee..


    Er.... Lw, cengana nak buat lempeng pisang tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nong,
      aku ada banyak nostalgia ketika hujan terutama berkaitan makanan sebab arwah mak aku kalau hujan je dia akan buat minum petang atau tak kira ketika bila..nak tau cemane nak buat lempeng tu ya? tunggu buku masakan kita keluar ya..hihi

      Delete
  4. Tgh hujan lebat ni ha. Br lps bakar puding roti. Takleh mkn lg. Kena tunggu sejuk.

    Nostalgia zmn kekecik selalu terundang kala hujan seolah2 br berlaku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siti
      sedapnya pudding roti..akak suka..sebab simple and yet yummy kan..

      Delete
  5. Sini pun hujan dik. Mintak sket lempiang pisang yg gebu gebas tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas
      meh la turun KL kita masak2 kat sg long..:)

      Delete
  6. lorr.... aku ingatkan roti.. rupa2nya lempeng kelapa...

    berapa kalori tu?
    haahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nizam Ariff
      Hallo..jangan nak Tanya pasal kalori aaa, aku nak lupakan kejap pasal kalori tu...ceittt hehe

      Delete
  7. Assalamualaikum LW,
    Apa2 saja dari dapur bonda kita.. is heaven..
    Salam tahun baru 1435H.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sham
      a ah kan..kalau mak kita buat, telur goring simple pun rasa sedap sangat ..

      Delete
  8. benda biasa3 tapi kalau kita pandai ubahsuai dan kreatif jadi luar biasa.... kannn... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nenet Penne
      Ya kan...so kita kena be kreatif sikit in a way of nak layan tekak dan nak sedap mata memandang...as for me kalo food biasa2 pun tapi kita hias cantik, Nampak berselera je hehe..

      Delete
  9. Wahhhh...mabeles lahh. Lempeng pisang dah taraf hotel 5 star ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khairul Abdullah
      Kan..menaik taraf makanan orang kampung...pasti meletopsss...saya nak try buat roti jala style Khairul tu...pakai botol mineral water..memang praktikal sangat sebab tak meleleh dan bersih..

      Delete
  10. lempeng pisang tu nampak cam roti bakar kat old town cafe
    hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa
      hihi tu mesti dia teringin nak makan roti bakar old town white café tu kan...meh la sg long...

      Delete
  11. Tak pernah lg try masak lempeng dlm oven. Tapi nampak presentable dan menariklah. Syabas betei! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eliza dear,
      try la..memang Nampak weird tapi rasanya sama even less oil lagi...:)

      Delete
  12. Uncle sanggup beratur panjang walaupun ditimpa hujan semata2 untuk dapatkan buku masakan tersebut!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle
      Noted, uncle punya pasal tak payah beratur, saya pi hantaq kat Bangsar nun..nanti naa..

      Delete
  13. Seperti biasa buat akku telan air liur. Haha.
    Hey... aku pun suka main kapal kertas masa hujan, tu sebelum rumah kena renovate. Dah tak ada air yang bertakung. Huuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ReenApple
      rindu kan nak main kapal kertas tu..

      Delete

Patin Tempoyak Kak Nik..

Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap d...