Sunday 16 June 2013

Dua fragmen...

Kehidupan..kalau sudah namanya hidup, tak akan sempurna kalau tiada masalah yang mendatang setiap hari. Terlupa memberi markah kepada pelajar juga adalah satu masalah, tapi dia tidak akan sekali-kali menyebutnya sebagai masalah. Dia akan tukar perkataan masalah itu kepada 'perkara penting yang perlu diselesaikan dengan segera.' Dan kini 'perkara penting yang perlu diselesaikan dengan segera' itu ialah seseorang yang bernama Yaya.
 
Dulu selepas balik dari Seoul, dia sudah berjanji untuk menceritakan perkara sebenar kepada Yaya apa yang berlaku ketika si manis itu jatuh tidak sedarkan diri ketika kelas berlangsung. Sebagai guru yang ada dalam kelas ketika itu, dia menepuk-nepuk pipi Yaya dengan tujuan mengejutkan Yaya sekiranya pelajarnya itu pening atau tidak sedarkan diri seketika, namun keadaan Yaya yang pucat seperti sudah kering darah itu membuatkan dia berasa tidak sedap hati dan mengambil keputusan membawa terus ke hospital. Ketika dia membawa Yaya dengan kedua-dua belah tangannya, ada sedikit darah pada pakaian Yaya dan dia membuat kesimpulan mungkin Yaya pengsan akibat masalah senggugut. Tapi apabila tiba di hospital dan doctor membuat pemeriksaan, Yaya bukan senggugut tapi ada masalah lain dan dia tiba-tiba berasa belas terhadap Yaya.
 
Masih diingat betapa payah Yaya menelan roti yang dikunyah dan begitu juga panjang lehernya tatkala mahu menelan air yang diteguk. Ketika itu dia mohon supaya luka Yaya dialih kepadanya kerana dia sudah biasa mengalami kelukaan sama ada luka yang Nampak darahnya atau luka yang terselindung. Yaya masih terlalu mentah untuk dikhabarkan dengan berita begitu. Dia tahu Yaya bercita-cita besar, ada tujuan kenapa Yaya bersungguh-sungguh memasuki politeknik itu.
 
(Fragmen: Yaya dan Zain)
 
 
"Mama, saya tak faham kenapa dia marahkan saya sudah beberapa hari. Baju yang saya gosok dia tak pakai, dia gosok sendiri. Tali leher yang saya sediakan juga dia tukar warna lain. Puas saya fikir apa silap saya padanya. Semalam dia kata mahu makan sup ayam, sudah saya sediakan. Pun tidak dijamah sampai sejuk sup itu. Kopi yang saya buat juga tidak berusik. Apa salah saya mama?" Pertanyaan itu dilontarkan kepada Pn Baker yang ralit menyediakan roti berinti hirisan ayam untuk makan malam mereka. Dia sendiri lincah membantu menyediakan meja kerana sekejap lagi bapa angkatnya akan turut serta bersarapan dengan dia dan Puan Baker yang sudah sebati dipanggil 'mama.'
"Biarkan Aimee, panasnya tidak akan lama. Mama tahu sangat perangai anak jantan seorang ini..tapi .."
"Tapi kenapa mama?"
"Kali ini rajuknya agak lain macam..nanti kita tanya ayah. Biasanya lelaki akan faham dengan perangai orang yang sejenis dengan mereka. Aimee jangan risau..kalau Fitri buat hal lebih-lebih, beritahu mama. Semalam apa yang dia hempas?"
"Baiklah..saya tak pasti apa yang patah dalam biliknya..saya tengok biolanya elok saja dalam beg di tepi katil. Gitar juga terletak kemas dalam almari..tak tahu pula apa yang patah mama.."
"Berani dia patahkan biola Stradivarius tu. Kalau dia patahkan biola tu, maunya ayah marah dia.."
Tiba-tiba Encik Baker muncul di dapur dan duduk di meja. Segelas nescaffe panas sudah tersedia di hadapannya. Cepat-cepat isterinya menyuakan pinggan kosong dan hidangan sandwich ayam juga disuakan ke hadapan suaminya itu. Makan malam mereka tidak begitu banyak hidangan kerana pasangan suami isteri itu lebih suka menjamah hidangan sekadar alas perut. Bahkan dia sendiri sudah biasa tidak makan malam kecuali kalau Fitri ajak keluar, dia akan makan dengan si tunggal itu.
"Abang, tahu tak kenapa Fitri marahkan Aimee? Kata Aimee dah hampir seminggu dia tak mahu bercakap, buat muka tak mahu senyum..?"
'Ya ke? Awak tak tanya dia?"
"Saya tahu kalau saya tanya, dia akan buat bisu. Abang mesti tahu kenapa kan?"
"Aimee jadi ke nak teruskan hajat balik Kuala Lumpur?"
"Jadi ayah, InsyaAllah..."
"Jadi? Hmm...ayah rasa ayah tahu kenapa Fitri buat hal.."
"Kenapa abang?"
"Awak ingat tak abang tak mahu bercakap dengan awak dulu ketika awak kata nak balik ke Scotland?"
"Oh ya..jadi apa kaitannya dengan Fitri?"
"Fitri itu anak kita, ada darah abang dan sayang dalam tubuhnya. Bapa borek anak rintik. Kalau sudah sayang seseorang itu, dia sentiasa mahu lihat kesayangannya di depan mata. Walaupun tidak bercakap, tak mengapa. Yang dia mahu, setiap hari boleh lihat ada di depannya. Aimee mahu berangkat ke Kuala Lumpur kan?"
"Ya ayah.."
'Dia sayang Aimee tu...seperti mana ayah sayangkan mama dulu..."
Bagai ada renjatan elektrik membakar jantungnya. Fitri sayang akan dia. Di luar salji makin lebat menimpa atap rumah. Melalui cermin nako di bahagian tepi dapur, dia Nampak pokok epal makin memutih akibat debu sejuk salji yang makin memenuhi. Hangat pemanas yang dipasang tidak terasa, sebaliknya beku dan sejuk jua membalut hati. Imran Fitri...Ian Peter...
 
(Fragmen Salji Masih Berguguran)
 
 

5 comments:

  1. (menunggu full version)

    ReplyDelete
  2. Bile mau keluarnya ni.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siti
      tatau bila, mengarang pun macam kura-kura kikiki

      Delete
  3. LW,
    Su juga dalam senarai menunggu ni (menunggu full version). :)

    ReplyDelete

Patin Tempoyak Kak Nik..

Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap d...