Monday 17 June 2013

Release stress...

Masa sekolah rendah, abah belikan kami kamera poket jenama Fuji, nak sama besar dengan dua kotak mancis. Jadi kalau ada kenduri kawin ke apa, kamera itulah yang kami gunakan untuk rakam gambar. Dulu tak de digital, jadi kami beli filem Fuji 124 ke apa ntah kod nya, aku da lupa. Lama kelamaan kamera kompak tu pun jahanam sebab tak henti-henti ambik gambar.
Bila dah ada kuasa beli, aku taram Canon..besar jugalah sebab nak guna untuk kerja. Dah beberapa tahun guna Canon..aku handover Canon tu pada adik. Sekali Canon gedabak tu terjatuh dari raga motosikal..meletup-letup dan kemek di langgar kereta sebab tak dapat diselamatkan. Aku beli satu lagi dan bagi pada adik sebab dia pun guna kamera untuk kerja, Canon juga. Gedebuk gedebak, KA beli Nikon DSLR 5000 ke apa..aku nak pinjam, dia kata tak buleh sebab itu dia punya. Aku pun sentap jugala masa tu. Setup tabung utk kamera..last-last aku berjaya taram Nikon DSLR macam KA punya.
Hallo brader, gua kasi can sama lu sedut darah manis gua..lepas ni gua pelapappp kasi lanya sama lu boleh ka!
 Lepas tu inovasi demi inovasi berlaku. La ni henpon pun ada kamera canggih. Aku pun bantai sekali la kamera cap ayam tapi sedikit baik sebab ada kamera. Hobi tangkap gambar masih terus berjalan. Pi autsetesen lima hari pun dah 800 keping pic tangkap..acaner tu nak travel..kalau travel dua minggu, maunya 2000 keping kan. Lepas tu ada colleague racun..LW ..setup instagram la weii..o ya aku ni slow mlow sket bab nak setup mende kat henpon. Kawan tu baik hati, dia pi donload instagram. Aku pun macam orang mengantuk disorongkan bantal peluk, buka aircon, pasang cd lagu syahdu...zzzz..ehh bukan gitu la..maksud aku bila dah ada instagram, macam buku bertemu ruas..tak payah cakap banyak..snap sana sini zasss instagram dan aku rasa lebih bermakna lagi jadual harian sebab tak payah tulis banyak. Pic with a thousand words, lets pic talking bla bla bla dan komuniti instagram ni tak dak la nak gaduh pasal politik ke apa..yg depa tau respect each other due to their pic that they download in instagram. Release stress ooo!!!
Saya gojes kan? Kan?
Sapa ada instagram jom kita follow...bak kata abang jem Sinar FM..i follow...muka fighting fish tu blur je bila aku tala moncong kamera kat cermin akuarium..spesies ni pening2 lalat sebab tuannya dah lama tak tuka ayor..jahat tol lah kan..aniaya ikan dalam balang kaca..haish!

#Kalau abah masih ada, aku nak ajar dia buka akaun instagram dan ajak dia pi 'menembak' dalam hutan...selamat hari bapa..Al-Fatihah...


21 comments:

  1. Teringin gak nak beli camera canggih sket tp yg penting bkn camera besar gabak tu. Penat nak mengusung. Skg ni cume ade camera murah je. Hehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. farah
      hp pun ok janji ada kamera
      akak lagi suka hp sebab easy to hold, ringan.
      tapi kalau nak pic cantik kena guna hp cam yg 16 mega pixel ke atas, baru mengaum pic..:)

      Delete
  2. filem walau apa jenama pun kita tetap sebut `kodak'. wei, bak duit. aku nak pi beli kodak...

    (ok, aku dah lama follow.)

    ReplyDelete
    Replies
    1. smbotak
      ya la ngko, kodak..ahahaha baru aku ingat
      aku bagi rupiah nak?

      ko follow kan, tq eh..ko tu tak approve aku punya..

      Delete
    2. eh, takde request pun. nanti aku approve.

      Delete
  3. Wah.. aku tak suka ambil gambar dan sewaktu dengannya. Hanpon kat kamera pun, aku tak guna.. ahahaha.

    Aku kalau aku stress, aku baca buku bukan ilmiah.. ehehe. Sebab buku boleh buat aku senyum dan ketawa seorang diri. :)

    *selamat hari bapa juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Reen,
      dulu2 aku tak suka ambik pic muka aku, la ni dah ok sket sejak aku feeling retis ekekekekek..perasan jap.
      Tapi kalo pic view, scenery and food yes aku boleh ambik sampai beribu-ribu keping..

      Delete
  4. suka gak ambik gambar tp kamera cap hayam serama
    hasilnya ayam jugakla takkn bertukar jadi burung merak
    hehe
    # xde instagram..malas dah kot
    cukuplah blog,fb yg ada pun ala hidup segan, mati x nak pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa,
      ekekeke cap hayam serama? ayam serama mahal ooo
      akak suka IG sebab donload pic bebanyak, tak payah tulis panjang..blog masih tetap suka juga.

      Delete
  5. ikan tu terseksa ke atau happy?
    kalau terseksa, jangan sampai dia berdoa pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nizam.Ariff
      errr hikan tu bukan aku punyer weii
      tapi aku rasa dia terseksa la bro...

      Delete
  6. instagram? ada tapi tak terlarat nak update macam2... laa ni fb & blog je.. detail mmg kat blog selalunya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. m.u.l.a.n
      darling...lama x jumpa sini...muah!
      kita mabuk IG skang ni..

      Delete
  7. dont own anything except handphone cap hayam.... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nenet Penne
      at least ada juga walaupun cap ayam kan..okeh apa kak ton ekekeke

      Delete
  8. LW... aper nama instag u.. i cari tk jumpa..

    ReplyDelete
  9. colleague manalah yang download kan instagram you tu yer? hmmm hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Little Syam
      a ahh la colleague kesayangan I tu yg tolong downloadkan instagram I tu..ada hadiah untuk dia..kikiki muahhhh!

      Delete
  10. Yong suka bab-bab menembak, lagi2 tembak makanan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yong Is My Name
      jom kita menembak makanan kat Jalan Raja Alang Yong bulan puasa ni..:)

      Delete

Patin Tempoyak Kak Nik..

Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap d...