Friday 11 January 2013

Mencabar...

Dr Muhaya kata: Jangan sebut perkataan ‘masalah’ setiap kali kita berhadapan dengan sesuatu yang sukar, sebaliknya katakan saja ia sebagai ‘cabaran / mencabar’ kerana perkataan ini membawa maksud yang berbaur positif.

Dua tiga hari ini ada satu pendengar Sinar FM yang suaranya dimainkan DJ Sinar: "Uihh mencabar bang, memang mencabar. Saya dah habis duit beribu, makan ubat berkepuk. Tak lalu dah nak ikut cakap Doktor. Kalau setakat ejek sinis umpat keji tu saya dah biasa laaa bang. Ada depa kata woiii gemuk nanti kurus laa ko esok naik beskal tu. Tiada yang lebih mencabar bang selain berperang dengan keazaman diri sendiri. Daripada 125 kg saya jadi 85 kg dalam masa enam bulan, huhh memang mencabar!"

Demikian betapa berkuasanya perkataan mencabar. Dan aku pun tak terkecuali meletakkan diri dalam keadaan mencabar kerana mampukah membuang 10 kg dalam tempoh dua bulan? Kalau ikut perancangan 1 kg harus dibuang dalam 1 minggu walaupun boleh pergi lebih laju. Hmm kata tak semudah buat, bila kita sebut saya diet, ada pulak hamba Allah nak belanja nasi Arab kat Hadramawt restoran.

Bila kita kata saya kawal makan, ada pula kawan baik hati kata alaaa apa ada kalo setakat makan sayur dengan cheese di Delicious tu kan..dan bila kita kata saya kena elak fatty food, kawan2 lama muncul nak belanja fetuccine carbonara kat Sikeret Resipi..acaner tuuu!!! Paling mencabar bila jiran ajak hadir kenduri kawen anak perempuan dengan hidangan yg sgt meningkatkan nafsu....nafsu makan tau! Uhhhh penasaran begini!


Nota: LW...49 days to go!

24 comments:

  1. Kak, saya sejak seminggu duk ulang-alik mengambik dan mengantar anak ke sekolah, terus jd tak lalu nak makan. Pembawakkan jd drebar gamaknya. lemau je pepagi. Malam pun tido awal. turun 2 kilo jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siti,
      Baguslah kalo cenggitu. Berkejar anta dan ambik anak pun boleh sebab badan kurus..memang awesome kan. Selalunya ada sesetengah orang akan letak target untuk kuruskan badan..macam Siti ni oleh sebab penat gitu je badan turun...huhu ini sudah bagus. Macam akak ni letaklah target apa pun, tak de nya semangat nak kurusss...lagi melantak adanya..adehhh!

      Delete
  2. diet memang mencabar... ^_^ tell me about it... 10 kg in 2 months boleh yunk... but then memang nak kena betul2 dicipline and follow the diet rules la... Nothing is impossible kan? In Shaa Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farah Waheda
      Thanks sangat, bagi semangat. Kita dah mencuba dan setakat ini dah hampir dua minggu start work out kat gym sambil jaga makan. Ada sedikit perubahan dan itu pun sudah cukup menggembirakan walaupun belum nampak kesan ketara. Basically depa ambil dua bulan baru nampak kesannya kan...wish me luck yeahh..( ini berangan nak masuk marathon ni... :)

      Delete
  3. Replies
    1. Reenapple
      Yes, sangat mencabar. Aku nak try cabar diri sendiri ni...doakan ya..aku sebenarnya dah letak satu target kat depan, dalam tempoh dua bulan ni kalau ‘target’ tu masih wujud, maka aku akan proceed lagi dua bulan untuk gi gym dan diet...

      Delete
  4. LW,
    Cabaran dr yg mencabar tanpa dirasai mencabar oleh yg tercabar.. bukanlah CABARAN.
    Take one step at a time.. ada masa jika short-term cabaran rasa bagai tidak mampu dilaksanakan.. make it as a long-winded term. As long as kita SIHAT.. that's the main objective.

    p/s;
    K.Sham pun ada cabaran yg perlu disahut thn ini.
    Insya'Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Syam,
      Kehidupan ini sangat mencabar sebenarnya, dan kalau tak de yang mencabar, tawar dan hambar pulak lah hidup. Saya pun tak tahu nak kata sama ada kuat mengharung cabaran atau tewas oleh cabaran sebab saya lalui dan rempuh saja apa yang berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Jatuh bangun sendiri, melintang lalu membujur patah...

      Ok wish kak syam berjaya menyelesaikan ‘cabaran’ itu...

      Delete
  5. Yang..akak dah redha je....malam tak makan nasi pun tapi berat badan tak turun2 juga....abang shamsul cakap dah lah tu tak payah sibuk2 nak kurus kang dia pelok dah tak best....agak nya dia nak menyedap kan hati akak je....dah tak kuasa dengor bini nya membebel pasal nak kurus......pastu sibuk2 cakap bukan semua lelaki suka perempuan kurus la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sha
      saya pun buat setakat terdaya. Sementara rasa nak diet tu ada, saya pi je gym dan buat apa-apa yg patut. Esok-esok bila 'feeling' nak kurus tu dah tak ada..bye bye je la..hihi..

      Err tapi kan kak, ada juga saya dengar bukan semua lelaki suka perempuan kurus, sebab depa kata sekeping jer..tak de feeling...ceittt! :)

      Delete
  6. kalau datang ajakan-ajakan makan sedap tu, u duduk bersila tepuk peha sambil geleng kata, "cobaaaannn" :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. KOG,
      haishhh...kalau gitu i tak dapat nak menolak...tapi maybe akan kata..belanja lagi dan lagi...burp! Hehe..

      Delete
  7. Ooo itu mmg sgt mncabar...dan ada org pernah gtaw rietta...bleh jew mam smua tu...but reduce the portion....tpi rietta mmg xbuat lew....sbb rietta mmg xdiet....

    ReplyDelete
    Replies
    1. RieTTA
      yang mencabar tu yang memang sulit nak dilakukan tapi hasilnya memang sangat mengujakan, saya baru buat dua minggu san resultnya buat saya rasa nak continue lagi...

      Delete
  8. LW,

    Have faith in urself. I know u can do it, girl! Health is wealth indeed. Badminton really works on me.

    As an ol' saying ~Breakfast like a Queen, Lunch like a Princess and Dinner like a Pauper~ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eliza,
      Thanks dear..with your support..yes i can do it. As for me, swimming is really good but since the weather is not right, belum boleh swimming. So i choose to work at the gym..
      Hmm what i do now is breaky like a queen, lunch like a princess and no dinner at all...and so far i can manage it..

      Delete
  9. i eat oat..oklah.... ada rasa ringan sikit badan ni...
    ingat nak beli jeans baru sebab ketat, eh alih2 okay pulak..muat... jimat RM200+ duit beli jeans..orang marhaen mcm i ni pakai jeans levi's jer...nak pakai armani jeans kena kumpul duit bertahun laa pulak...

    ya rabbi, ada orang non muslim masuk rumah sebelah apartment i... dia orang buat 'pooja' kot... dengan bau dan mantera segala bagai..terus rasai goosebump... scarry pulak ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. NenetPenne
      I dah berjaya buat2 tak nampak pada nasi..ehh jeans Levi's pun ok per...i lagi laa tak mampu nak pakai jeans la ni..kehkehkeh..kita marhaen jer..pakai bundle..

      u ada jiran baru ke...alaa u buat tatau jer kalau depa dok pooja tu..kat depan rumah i lagi gitu juga, setiap petang depa baca mantera buddha ke apa ntah...

      Delete
  10. salam LW..lama tak jumpa yer...tu kira mencabar jugak kan? hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. AAtW
      Salam Zu,
      ya mencabar sungguh nak tunggu blog aurora berupdate....hehe..saya dok discuss sama Net nak visit aurora kat tapah..weekend ni free tak?

      Delete
  11. ala kak ..saya ni pun berperang dgn nafsu jugak ni
    sama2 kita berjuang ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa
      Akak dah berjaya berdikit-dikit menolak nasi..
      berkesan juga kalau tak makan nasi dan buat senaman, tapi semangat kenalah tahap langit ke tujuh..kalau tidak memang merudum...

      Delete
  12. aduh... saya plak jadi lapar baca itu ini nama makanan. hahahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sue
      meh la turun KL, nanti saya belanja..kikiki...makan sesaja kita ni kan..acaner nak diet tu..

      Delete

Retorik ayam dan cornflake di Secret Recipe

  Nak makan ayam, ada seninya: Ayam masak sempurna Tak ada ketulan lemak Tak ada bau hanyir Garing Cukup masin manisnya So.. C...