Friday 18 January 2013

Cap ayam vs anak anjing...

Aku pernah nampak banyak kali juga, abah balik rumah dengan tergesa-gesa...buka uniform kerjanya yang bersalut dengan tar dan minyak, lantas dia duduk di sofa rotan yang sudah uzur tepi pintu dapur di rumah kami di kampung. Wajahnya merah dan bengis, tapi tiada sepatah perkataan pun keluar dan dia akan minum segelas air sejuk sambil baca surat khabar..tak pun dia akan duduk dengan senyap dan memandang ke luar pintu. Lazimnya mak akan kata, “..dia sedang marah tu..korang jangan nak main kejar-kejar depan dia..”, kata mak.

Heran aku, mak boleh tahu abah dalam keadaan marah walaupun tiada komunikasi antara mereka. Agaknya itulah magika hubungan yang tulus dan saling percaya antara satu sama lain. Ok lepas abah dah cool..mak pun akan buat lecture pada kami..korang kalau marah, duduk diam-diam..jangan nak berfikir atau buat kerja lain. Tenangkan diri dulu, baru boleh berfikir dengan baik.
Miss White and Black...new collection @ gobok kasut gua! Harus dipakai sampai ke titisan terakhir...
Jadinya pada suatu hari yang bercuaca panas, dan hati juga panas, dan tekak juga haus...aku dah tersesat ke dalam satu kedai yang menjual alat melindungi kaki dengan trade mark ‘anjing bertelinga lembek dan bermuka sedih’. Walaupun kaki aku cap ayam dan bersaiz selebar perahu, aku nak juga masuk jenguk..sebab ayam dan anjing selalunya boleh ngam,  but donchu ever match chicken wit meow...nanti chaos jadinya kan...maka kacau bilau sudah berlaku dalam seketul lemak lembut yg mengandungi berzillion saraf..akibat menerima isyarat daripada sepasang bebola mata, bahawasanya ada dua pasang kasut bertumit dua inci sangat menggoda untuk di kidnap.

Maka berlakulah jual beli dalam ringgit Malaysia yang sah dan tuan tanah keluar dari reban anak anjing dengan senang hati sebab sudah dapat dua pasang tapi susah hati juga sebab memikirkan not yang sudah tiada langsung dalam wallet kepam...apa sudah jadi LW! Mengada-ngada beli kasut dua pasang terus design sama..dan inilah natijahnya apabila membeli barang dalam keadaan temperature naik tinggi dan merkuri meningkat tinggi...
Hmm...sempat rembat dia untuk tarik bergambar..katanya i nampak klasik sebab pakai baju kurung kain kapas...ye lah i percaya!
Dan dalam perjalanan balik, teringat-ingat pula kata-kata sifu kasut tersohor dari Pulau Pinang yang kini jadi taiko kasut di No 18, Jalan Mayfair, London Tengah...katanya..:

* Kalau nak beli kasut, sila beli waktu petang sebab kaki dah kembang..jadi kebarangkalian selesa bila disarung adalah tinggi.
* Kalau nak beli kasut juga, sila try menerai banyak kali, jalan sana sini dalam kedai supaya kaki jatuh hati dengan kasut..supaya anda tak menyesal balik rumah dan supaya anda selesa dan tak rugi kalau eli kasut mahal..yerrrr kasut dengan nama dia ada yang rega RM18,000 hokeh! Aku tak beli, tengok jer...
*  Waktu paling sesuai membeli kasut ialah lewat petang kerana pada ketika itu tapak kaki lebih besar dan panjang daripada biasa.
* Percaya atau tidak, sebelah kaki selalunya akan lebih besar daripada yang sebelah lagi. Pastikan, anda mencuba sepasang kasut dan memilih saiz untuk tapak kaki yang lebih besar.
* Ingat! pastikan ibu jari kaki anda berkeadaan selesa apabila anda memilih kasut.
* Jangan membeli kasut yang terlalu ketat. Ketepikan mitos yang semua kasut akan mengembang.
* Pastikan anda benar-benar selesa dengan kasut yang hendak dibeli itu.
Elizabeth dan kasut yg direkanya...sebelah Elizabeth tu ntah sapa ntah...tak kenal..dia pi menyebok kat situ..
Ok itu jer dua pesanan yang aku ingat...sebab masa lawat kedai dia tu..mata lebih jahat meneliti berpuluh kasut pada rak dalam kedai kecil tapi penuh kasih sayang itu. Mak suka...suka sebab mak boleh berangan sambil di luar kedai salji turun slowly mowly..sambil layan mata tengok kapel jalan pegang tangan sambil cencom manja..(entry ini penuh dengan citer romance sebab baru baca novel romance Valentino etc..nanti kita buat entry ini). Ampun...

Apabila turun ke ruang kerja buat kasut yang sempit tapi hangat itu, ada Elizabeth dan Uncle Lee yg sangat tekun buat kasut untuk Datuk Jimmy Choo...mereka itu asal dari Pulau Pinang dan masih setia dengan Pulau Pinang juga...katanya dah lama tak balik PP sebab banyak kasut nak kena siapkan..sepasang daripadanya adalah tempahan kerabat dari Pantai Timur tanah air..kasut itulah yang berharga RM18,000++..haaa korang ader?
Ahhaaa ini kedai no 18 di jalan mayfair..antara jalan paling sibuk dan paling mewah di tengah London...
Kembali ke pangkal jalan, kalau nak buat sesuatu pekerjaan, terutama kalau nak beli barang, jangan sesekali buat kerja dalam keadaan lapar atau marah..nanti mempengaruhi keputusan dan penyudahnya berlaku pembaziran..ehh tapikan kasut yang dibeli tu yg warna hitam dan putih tu memang sayer suka...tiada pembaziran..fikiran masih balance sebab teruja sangat dengan design dan warnanya. Ada ke sapa-sapa perangai macam I ni, bantai dua pasang terus dan ini bukan kali pertama ia berlaku...oii LW bila nak insaf ni haaa???!!
Ampun laaa...setakat bergambar je la ko LW...telan ayak lioq yer nengok kasut chumil ni..tapi chumilkah ia jika disarung di kakiku yang bercap ayam???

35 comments:

  1. LW,
    you are so so lucky..ahhh..
    jeles i tau.. dapat bergambo dengan si pembuat kasut..

    kasut cinderella takde ke LW..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blu4sky
      Yes am always lucky..wish me luck yeahh..
      kasut cinderella...??
      Err ada..ada..kalo nak mai la windsor..ekekek!

      Delete
  2. LW,

    Di sini Pakcik ni tak ada kedai dia sebijik, yakni dia tumpang kedai kwn dia (at the moment la).

    Pernah sekali dia buat sale, yakni semurah RM2000 sepasang (murah pd yg kurang waras sebenarnya - ayat jaki dr org yg x mampu).

    Maka berlari-lari anak la spicis sang Hawa menuju ke destinasi (takut Minah Arab dah sambar dulu). Sini Minah Arab pesen beli ambil dan bayar terus.. kalau x muat esok lusa baru dia dtg buat bising. Itu spicis yg ber-uwang la.

    K.Sham tumpang dengar cerita jer la sbb penyakit "membeli lapik kaki" ni dh lama cuba dikuburkan. Sewaktu sain surat pencen awal dulu..

    p/s;
    Cap anjing tu memang sedap dipakai. Hatta tiap kali balik sana kompom beli sepasang dua utk bekal bawak ke sini. Di sini kedainya ada jugak, tapi pesen-nya.. hampeh terus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sham
      Kalau tak silap saya pakcik jimmy ada banyak outlet rata-rata tempat ada cuma certain2 tu adalah outlet francais yg guna nama dia sebab dia dah pecah kongsi dengan share partnernyg dulu,..apa ke namanya..Tamara Mellon ke apa...

      Tapi kasut dia memang sedap pakai..dan harganya pun sedap dibayar juga..hihik..

      Saya kalau nak beli cap anak anjing tu saya pi The Curve atau One Utama, agak advance pesennya..

      Delete
  3. LW

    Jangan risau, akak adalah species yang sama dengan awak...kalau dah berkenan aku bantai beli dua tapi berlainan warna lah..

    'cap hanjing' pun koman koman duit yang dihulur pun warna biru...bukan satu tapi mungkin tiga ke empat...tapi kalau sale dapat lah duit biru tu dikurangkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sha
      Welcome to da club eh..saya bantai dua ni bukan setakat kasut, baju pun kalau berkenan dan ada saiz serta warna berbeza, saya zass dua juga..buwok pangaikan tapi hati dah suka...hihi

      Ehh betul kak sha, kasut dua pasang tu koman2 enam 12 keping le juga yg warna biru..lepas tu sebulan ikat perut..ekekek..

      Delete
  4. i hetchuuuuu...ha ha ha.. asyik bergambar dgn celeb jerrrr ...

    i masih lagi teringat2 akan kasut Lewre bertumit 2 inci, ada tasle kat depan warna dark brown and black berharga RM200++...
    thinking is it worth buying or not... but that shoes always appear in my mind that i dont even have a gut to cast it away... aarrrrgggghhhh go away go away...

    kasut RM18K? nope, kita tak ader... awak adeerrr??? ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. i lap u i lap u...hehe
      Net i pun ada sandal Lewre yang glitering2 gitew..pakai sekali jer lepas tu terus masuk kotak sebab getahnya dah kendur..tau je la kaki cap ayam...cepat nau kasutnya rosak..

      Kasut 18K? Kita ader...18K rupiah...hikhikhik!

      Delete
  5. eh u pakai baju kurung kain polos gitu memang cantik laa you. i suka!! nak nak lagi kalau kain sutera biru i tu... i got byk kaler.. nanti i up entry satu pasal kain ...

    kain kain!!! siapa nak beli kain!!! ahaks....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaaa i ada banyak kain polos, macam2 warna buat baju kurung tapi pakainya setahun sekali..acaner tu...ingat one day nanti nak buat garage sale lah untuk xtra size punya baju klurung...

      Delete
  6. Thanks for sharing the tips..rasa rasanya boleh aplikasikan utk lelaki jugak kot utk beli kasut...

    RM18,000 tu boleh dapat sebijik kereta sekenhen...keh keh keh

    ReplyDelete
    Replies
    1. DZ
      ya tips tu untuk lelaki dan wanita juga..dua -dua boleh.
      Bagi saya le kan..RM18,000 tu saya buleh dah settle hutang rumah..tak pun buat simpanan hari tua...huhu

      Delete
  7. kak, saya suka jenis kasut warna pink yg akak pegang tu. blkg terbuka masuk angin dan tak kena gigit!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siti
      kasut pink tu memang cantik gilos...rasa nak geget2 jer sebab comel sangat kasut tu..tak pulak dia pelawa tanya sama ada akak nak ke idok kasut tu kan...:)

      Delete
  8. petua tu untuk lelaki dan wanita ke?
    atau khas untuk wanita je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nizam.Ariff
      Petua tu untuk semua tapak kaki, lelaki dan wanita..

      Delete
  9. Alahai..bestnyer kerja dia, asik jumpa selebriti/v.i.p. Kalo saya mesti dah feeling2 gelemer selalu (sambil lambai2 ratu kat orang..)hiks

    ps: nampak ada perubahan pd fizikal. Keep up the good work!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eliza
      Hun..am always gelemer on my own way...hahaha gedik kan statement ini..but we deserve to make ourself feel that way..meh kita mengglamourkan diri..alang-alang menyeluk pekasam gitu kan..

      acually itu pic lama but nowadays pun lagi kecik sket jer..:)

      Delete
  10. love the info on the shoes... the correct timing and tips to buy shoes... he he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farah Waheda
      Yes dear...info tu boleh guna untuk lelaki dan wanita juga..jom beli kasut...saya nak beli boot alain delon..dah lama aim..

      Delete
  11. Replies
    1. Nieda Ramly
      Orang tu je femes, i x femes pun..hihi

      Delete
  12. Datuk Jimmy Choo, fewit!
    Akak baru beli kasut sukan cap ayam, kasut lama penuh pasiaq masa masuk gua & lingkup, tak dapat diselamatkan lagi. Nasib baik beli waktu petang, kehkeh.
    Akak tak dapat nak bayangkan camana rupa kasut rega RM18K tu dik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak DInas
      saya kalau beli cap ayam...cara pakainya kena ala-ala catwalk ayam juga la kak..kalau tak sikijap atau jam juga tapaknya haus dan tercabut..jadi nak elak beli banyak kali..saya cari yg cap musang atau cap buaya ke apa..

      yang saya pegang warna biru tu reganya 18K kak..

      Delete
  13. Samalah, disebabkan saiz kaki aku yg maca lelaki, memang susah nk muat dgn kasut yg chumel. ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. reenapple
      kasut aku semua gedabak, macak perahu la gitu..nak kata apa lagi kan...dah azali saiz nya lapan atau 9..

      Delete
  14. kasut cap anjing tu hush papi ke apa LW..?

    * LW lama aku tak ke sini.. apa kabar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nong
      owhh aku pun lama tak jenguk sana...rindu tau!
      ya husp puppies..anak anjing telinga lembek dan buka seposen tu...kasutnya marbeles dengan kaki aku..

      Delete
  15. Bagus petua nih...

    dan aku sangat setuju yang nih :
    "Jangan membeli kasut yang terlalu ketat. Ketepikan mitos yang semua kasut akan mengembang."

    kerana aku pernah mengalaminya. Selalunya memang benar ada jenis yg mengembang, ada yg sepasang aku pernah beli, pakai sehingga 3tahun, tak mengembang langsung...!!!


    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. SEpa
      selalunya kasut mahal tak akan mengembang dan tak akan menipu...aku suka aa beli kasut tak mengembang...steady je pakai kan..

      Delete
  16. sopping kasut...yeeyyyyy....chantek....suka jerr tgk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rietta,
      yer..shopping kasut macam tiada esok dah..bantai dua pasang terus..hihi

      Delete
  17. lapik kaki je rm18000?
    huhu..x merasa la kot

    saya dah lama say 'NO' dgn kasut bertumit
    sbb x sanggup nak gi fisio semula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa
      a ahh alas kaki je reganya 18k, ada orang beli tu..
      akak pun say NO juga pada yg bertumit tapi sekali sekala tergoda juga, tu yg terbantai dua pasang terus..nanti ada le caranya nak membolehkan akak pakai yg tumit tinggi tu...

      Delete
  18. bila malam bulan mengambangJanuary 30, 2013 3:16 pm

    kak LW,,, salam kenal... saya pun kaki cap ayam... dulu adik beradik saya suka bandingkan kaki diorang yang putis, halus, mulus, jari runcing ngan kai saya cap ayam ni... kaki saya lebar, kembang, hitam... tapi hikmahnya sekarang, bila badan dah kembang, saya jalan maintain je macam dulu sebab kaki cap ayam ni boleh menampung dengan baik sekali berat badan saya... hehe... keje gomen kan kena pakai kasut bertutp... alih2 saya cuma beli kasut bertumit dan bertutup rega rm17.90 sahaja... tahan 6 bulan... suka saya...hehe

    ReplyDelete

Retorik ayam dan cornflake di Secret Recipe

  Nak makan ayam, ada seninya: Ayam masak sempurna Tak ada ketulan lemak Tak ada bau hanyir Garing Cukup masin manisnya So.. C...