Friday 29 June 2012

Telur mata paling stylo!

Kenapa aku suka guna lada benggala atau capsicum setiap kali masak? Sebab banyak zat dan garam galian ada dalam bahan ini...ia bukan berwarna merah, kuning dan hijau suka suka hati saja, tapi setiap warna melambangkan zat yang terkandung. Kuning adalah zinc, hijau adalah pottasium dan merah adalah...alaaa mak lupa!
Konon nak ada red flower...ini capcicum merah...

Perunding Pemakanan, Indra Balaratnam, berkata:  kunci pemakanan yang betul adalah mengamalkan pengambilan makanan seimbang, sederhana dan pelbagai selain penting mengikut piramid yang disarankan kementerian kesihatan walaupun untuk kanak-kanak. Cara terbaik memperkasakan anak adalah melalui pemakanan kerana makanan adalah nutrisi penting yang membekalkan tenaga untuk anak sepanjang hari. Ibu bapa perlu tahu anak mereka juga mengambil jumlah makanan yang hampir menyamai mereka kerana kanak-kanak memerlukan tenaga untuk membesar dengan sempurna. Makanan yang mereka ambil memberi kalori, protein, kalsium dan semua vitamin yang diperlukan. (Petikan daripada Berita Harian
29 Mac, 2011)
Haaa cantik kan? Kalau bawak pi picnic sure laku punya...
Ketua Pakar Pemakanan dan Pusat Modifikasi Gaya Hidup, Pusat Perubatan Prince Court, Datin Farah Diba Khan berkata:  badan manusia, sama ada dewasa mahupun kanak-kanak memerlukan makanan untuk menjadikan proses tumbesaran berjalan dengan lancar. Tabiat pengambilan makanan oleh kanak-kanak penting bagi memastikan mutu kesihatan mereka pada kemudian hari kerana apa yang diambil pada hari ini boleh mencorak kesihatan mereka pada masa hadapan. Jika ibu bapa mengamalkan diet yang baik untuk anak mereka sejak kecil, amalan berkenaan boleh mengurangkan risiko masalah kesihatan berkaitan pemakanan, dan perlu diketahui setiap warna pada buah-buahan dan sayuran mengandungi zat dan mineral berbeza. (Petikan daripada Berita Harian 13 Oktober, 2009)

A good storage can make it more longer..aku tak makan, aku goreng je..jap lagi budak Nor tu balik, dia akan settlekan....












16 comments:

  1. i like..i like..sangat menyelerekan..

    ReplyDelete
  2. sekali lagi, mata aku telah menguasai lidah...

    ReplyDelete
  3. Cool btul ni kak. Aydin suke sgt mkn telur. Klu sy grg mcm ni, mst lag idie suke. Thx kak sbb share gaya msk yg kreatif mcm ni.

    =D

    ReplyDelete
  4. suke suke suke
    sgt kreatif la lw ni

    ReplyDelete
  5. yang penting teknik hiasan sebab orang tetarik pada hiasan.. tapi kalau rasa adalah terbaik, itu adalah bonus.

    ReplyDelete
  6. Laa, apa kes pulak goreng tapi tak makan?

    Takpa, meh hantar sini sket!

    ReplyDelete
  7. Blu4sky,
    Tu la pasal, i teruja sebab cantik nau tapi bila ingat telur tinggi kolesterol, terus semangat nak makan bantut..hehe..



    CaDLyNN,
    Kan..teruja habesss...rasa macam nyumnyumnyum gitu..



    SM,
    Jangan tertipu dengan mata kerana ia kadangkala dusta...



    Telor Power,
    Kenapa tidak???? Sentapkah dengan kejelitaan telur itu? Adakah ia lebih power? Bhahaha...

    ReplyDelete
  8. Pok Amai Amai,
    Ya ke Aydin suka? Bagus, kanak-kanak ok makan telur setiap hari sebab mereka perlukan tenaga, cuma kalau boleh kurangkan yolknya sebab terlalu kaya dengan kolesterol...:)



    Irfa,
    Thanks...heheh idea tu bukan saya punya, saya pun lihat dalam FB member...dia chef dan rasanya dia pun dapat idea dari buku masakan luar negara..comei kan telur tu..berselera sangat nak makan...

    ReplyDelete
  9. Nenet Penne,
    Yerp, kalau kedua-duanya adalah excellent maka ia akan jadi meletops...kalau masuk pertandingan, memang judging base on both aspect...hmm dah lama i tak masuk pertandingan masak-masak..




    Kak Dinas,
    masak je, nak makan rasa bimbang sebab kita kan konon masuk contest berat badan tapi bila kebulur semua bedal...hehehe

    ReplyDelete
  10. wow.. LW!

    ohsem sungguh telur ini :D

    *mendapati LW selalu guna capsicum :D

    ReplyDelete
  11. Nong Andy
    ya ya sebab ia warna warni dan sedap dipandang dan kaya vitamin dan lagi dan lagi...hehe

    ReplyDelete
  12. yummyliciousss!!! nak cikittt lady!!!hehehee

    ReplyDelete
  13. Telor Power,
    kuang kuang kuang



    Mr Clive,
    Boleh..nak banyak pun boleh...beli telur, beli capsicum anta rumah..i tolong masak..kehkehkeh

    ReplyDelete

Retorik ayam dan cornflake di Secret Recipe

  Nak makan ayam, ada seninya: Ayam masak sempurna Tak ada ketulan lemak Tak ada bau hanyir Garing Cukup masin manisnya So.. C...