"Welcome to KRR mem..!" Aku jerit dengan lemak merdu kepada sepasang couple separuh usia. Couple tu senyum dan mendekati kaunter.
"Yerp..half? Quater? White meat or dark meat? My pleasure to serve you mem!"
"Thank you. Quater enough for me and i prefer wings. And breast for him. Side dishes...all salad and fruits and muffin...give me vanilla...thanks!"
Danggg! Dumm...dammm! Ayam sekor tu rabak aku kerjakan jadi empat bahagian dan dua daripadanya selamat mendarat di dalam pinggan empat segi seakan-akan tray makan macam sekolah asrama. Lepas tu aku pas pada colleague sebelah yang kemudian cepat jer isi tiga jenis salad dan letak muffin. Kalau customer yang masuk dan sopan macam tu aku boleh senyum sepanjang hari tapi kalau masuk customer yang sombong bongkak, aku rasa macam nak buat-buat terlepas je pisau butcher kat atas tangan depa kat depan kaunter...
Ok, that was a quick view masa aku jadi staff Kenny Roger Roaster di Plaza Kota Raya lebih 20 tahun lalu...ada tiga tahun juga aku buat part time kat situ. Paling aku suka bila kena duty front line kat main station, pemotong ayam! Sebabnya aku kena great customer dan tunjuk muka konfiden pada depa yang masuk pintu. Lepas tu aku kena tunjuk skill potong ayam dengan sebelah tangan pegang pisau butcher dan sebelah lagi pegang penyepit. We were not allowed to hold the chicken using hand..no! Might as well we must practiced to handled it gentle with butcher knife and holder properly as professional buther..chehhhh! Aku paling suka part potong ayam ni sebab rasa macam releave. Konon aku imagine aku potong orang!!! Pheww....
Mana lebih gebu dan banyak isi? Ayam dalam pinggan atau tangan di depan tu...tu kalau panggang cecah air asam best tu, gerenti macam daging batang pinang, tak dak lemak langsung! |
Aku selalunya masuk keje shift petang, 6 pm - 10 malam setiap hari
selepas habis kelas. naik bas SJ 46 dari Pantai Dalam ke Kota Raya. Bila
jam 9 malam, dari tempat potong ayam, aku sudah nampak KA tunggu kat
luar Kota Raya..masa tu aku cuma ingat nak paw KA mee goreng mamak kat
Lorong Katak sebab nak makan ayam, bluekkkk! Dah jemu sebab hari-hari
tengok ayam, potong ayam, panggang ayam dan curi ayam! Curi ayam sebab
bila buat closing nak tutup kedai, Supervisor Bad akan cakap kat
kitorang...make sure kita orang clear kan ayam tu ke dalam 'tong
sampah'. maksudnya masuk beg kami walaupun kami sebenarnya tak boleh
bawa balik dan kena buang saja ayam tu. Atas ihsan bad handsome...kami
akan ambil sekor sorang kalau ada ayam lebih dan begitu juga muffin.
Kalau tidak, semuanya akan dibuang sebab prosedur fast food, kami x
boleh simpan. Dan ayam tu pun kena buat instant. Pagi tu lah marinate
dan pagi tu juga panggang.
Dalam ramai-ramai staff ni, aku tak suka Syed Aizuddin sebab dia
kerek gila. Kalau dia bertugas, semua food yang balance kena buang dan
dia sendiri akan clearkan ayam dan segala bagai lebihan lain, walhal
bukan ayam dia pun. Harap muka je jambu tapi semua tak suka dia sebab
dia kerek manakala Bad pula sempoi tapi makwe keliling pinggang sebab
hati baik..hik!
Aku suka aim ada sorang budak ni, namanya kalau tak silap aku Raza
Azlan Raja Mohamad Kamarudin, budak ni mild down syndrom tapi rajin ya
amat buat keje. Dia sering ditugaskan di dining dan kitchen sebab bila
bercakap ayaq liornya bersepah, jadi merbahaya kepada hidangan. Tapi aku
salute kepada KRR masa tu sebab ada allocation untuk staff OKU, sangat
mulia kan dan aku suka makan masa rest time dengan budak Azlan ni sebab
dia akan tanya macam-macam pasal aku dan aku pula akan tanya dia ada
berapa adik beradik, dia ada makwe ke tak etc. Dia lurus bendul dan akan
ceritakan semua termasuklah apa mak dia masak etc...nice guy lah pendek
kata cuma dia lembam je sikit..muka boleh tahan...ahahaha gedik!
Nota: Aku pilih untuk buat part time di Kenny Roger Roaster sebab suka gila dengan lagu Lady by Kenny Roger walaupun pada masa sama, interview sebagai staff kat Pizza Hut pun berjaya masa tu..mungkin muka Bad yang handsome tu mempengaruhi...hahaha kalau KA tahu masa tu, harus aku kena dushhh! But then sekarang sama ada Bad, Raja Azlan atau KA..no more...sekarang mak ada dracula..sebab mak dah bermutasi menjadi vampire! Caya dak???
Muffin pisang dia OHSEM!
ReplyDeleteUncle G,
ReplyDeletesebab muffin pisang dia la...ehh bukan masa tu cuma ada muffin jagung jer, lengan saya terbakar..huhu!
LWindsor
hehehe.. LW, bestkan kerja part time.
ReplyDeleteaku keja part time ujung minggu aja jam 6-10pm. ada kala tu weekday pun kena panggil turun gak, masa yg sama la belah malam aja. tapi tentulah jadi waitres aja takde potong2 ayam hehe.. hadap pelbagai karenah customer, jaga table bagai.. lagak mesti pro cewah. hidangan western ni biasanya course by course, dari salad, sup, main course dan kopi tea dan ice cream. hidangan, ada steak, lamb, salmon, pasta dan bla..bla..bla.. haha! kalau steak tu siap tanya customer, nak masak macam mana.. rare ke? medium rare ke... atau welldone? haha.. pastu ada sos segala lagi haha.. yg bestnya kami tak kisah apa sos pun customer minta kami bagi kalau dia minta 4 sekaligus-saperate pun kami layan! customer always right ma.. haha
pengalaman keja di HOme grill restaurant memang sgt berharga, aku keja sana lebih kurang 2 tahun lebih gak la :)
LW, aku tak pernah masuk lagi Kenny Roger.. mahal hehehe!
Salam.
ReplyDeleteWah, rajinnya buat kerja part time masa belajar. Kagum. Err..Sekali je kot makan KR. Haha. Tak sanggup selalu2.
barang mahal mesti sedap. kalau tak, mau mengamuk yang bayar.
ReplyDeleteNong Andy,
ReplyDeleteBest kan...aku rasa moment masa buat part time kat KRR ni among the best lah..aku belajar banyak perkara masa keje sini, skill komunikasi, coop with client even how to deal dgn customer, kadi cashier, jadi butcher, jadi cleaner dan jadi bos bila aku kena dok front line.
Paling aku suka bila team aku keje smooth...aku ingat lagi ada staff pengkid nama Ida dan student UPM nama Amin, masing2 ada style bila layan customer..Dan paling aku berterima kasih ialah pada Bad sebab dia bagi aku rasa semua tugas dan dapatlah aku menimba pengalaman..
Yeah betul customer is always right maa...haha
CP,
ReplyDeleteKita makan tu pun sebab ada orang belanja..lagipun dulu masa keje dah selalu makan, kira macam dah puas makan..la ni memang ampun la kalau nak masuk situ..mahal!
SM
ReplyDeleteBetul tu, alah membayar menang memakannya..lepas licin sepinggan , kenyang 24 jam...untung kan..hihi
i kan dah lama tak masuk Kenny Rogers...
ReplyDeletetak tahu kenapa..mungkin standard dah up sikit kot....bhaahhaha..belah lah kau net....
KR mmg sedap...sekali sekala ok lah.tak mampu dan sebenarnya tak jiwa nk melepak di restoren KR ni
ReplyDeleteNenet Penne,
ReplyDeleteI pun tak masuk sebab mahal, tapi kalau ada orang belanja, i jalan je la..foc..heaven! Hik!
Telor Power,
Aku masuk makan je, jiwa memang tak de sebab tempat tu tak happening aaarr...
lame dah tak makan kenny ni.. mase student dulu.. seminggu sekali.. duit takde, mintak mak, ayah =P sekarang dah keje.. nak masuk kedai kenny pun pikir 5 kali.. -_-
ReplyDeletekay_are,
ReplyDeleteakak pun pikir banyak kali nak masuk situ..reganya mengada-ngada ya amat!
perghhh staff K R 20 years ago? adoi...tetiba rasa muda gilaaa...hehehehe :P
ReplyDeleteakak LW,
ReplyDeleteadakah ini KRR kt subang parade? hehe...
krr ni kalau ade yg belanja serta merta jadi sedap kan..tp sy memang suka side dished dia tu..rasa nk beli n tapau la pulak bile tengok arini..plus d muffin was so nice..