Tuesday 26 June 2012

Kosong...???

Satu ketul untuk satu suapan...tapi bila dah buat menu ni..aku makan dua ketul je dan selebihnya adalah untuk housemate yang menyewa di bilik bawah...she's pretty lucky because every time when she came back from work...ada menu menunggu dalam peti ais..dah rezeki dia...
Ehhh...tajuk entry ada kaitan ke dengan pic ni? Tak de kan...memang tak ada..sebab kereta yang minyak hitamnya kering kontang memang tak boleh nak disamakan dengan open sandwich yang ditempek picnya di sini..tapi sebenarnya ada koherensi antara tank minyak kosong dengan perut kosong. Kedua-duanya kosong, bila perut kosong otak pun tak dapat nak berfikir dengan waras. Sebelum apa-apa berlaku, baik aku waraskan otak, adjust tekak dan settlekan perut tuan punya kereta dulu, lepas tu baru settlekan kereta pulak.
Bagel yang direcycle....blackpepper sosage, colourful capsicum and tomato cherry...and not forget the cheeeseeeee!
Aku tak marah kalau ada orang kata, inilah perempuan, bawa kereta tahu tekan saja..apa-apa hal yang lain semua tak tahu. Sedar tak sedar bila kereta berasar. Ok aku boleh kata 'Thank God', sangat tergeliat lidah menyebutnya kerana kereta aku masih ok, yakni tidak berasap. Kalau ikut kilometer, pada bacaan 155,997 km tu aku dah kena service tapi sebab leka berfoya-foya pergi dan balik kerja, aku terlupa! Aku kan worcoholic walaupun tak pernah disedari kewujudan aku..keluar rumah gelap dan balik rumah pun gelap juga..
Ingredients...
Kalau nak cantik, u all boleh potong roti biar sama saiz, baru nampak ghairah pada mata, selera pada tekak...tapi aku bantai saja sebab cantik macam mana sekalipun, kalau rasa fail...bye bye le kan...lagipun ia akan berkubur juga dalam satu ruang gelap bernama perut...selai sosej, smoke chicken or whatever filling boleh guna..aku suka kaviar atau black kaviar tapi benda tu mahal la pulak...jadi replace saja degan sosej..
Tergerak hati nak cek minyak hitam...masyaAllah...sekuku pun tak dak, kering habis..sorry my dear.i neglect you...seb baik tak merajuk dan sempat dipujuk. Wira inilah satu-satunya jentera yang menggerakkan aku ke mana-mana dan korang imagine kereta ini dimiliki pada 2000 dan hari ini kilometer ia bergerak ialah 155, 996..dalam tempoh 12 tahun baru sebanyak itu ia digunakan...dan enjinnya masih baik walaupun hayatnya sudah 12 tahun. Kalau manusia, dah masuk darjah 6. I admit that i hv to thank KA because he's very particular interms of taking care of the machine...now and then i hv to alert and check everything by myself coz he's gone with the wind!
Sila toast sekejap selepas letak kepingan cheese, ia akan jadi sedikit garing dan crispy bila dimakan..kalau u all suka lemau, tak payah toast...
Pagi tadi kena pergi Putrajaya, aku pergi belajar buat coklat dengan Lembaga Koko Malaysia. Bukan senang nak masuk kursus yang LKM buat ni sebab ramai yang nak jadi usahawan. Jadi depa terpaksa tunggu que dan aku antara yang terhegeh-hegeh berangan nak jadi usahawan coklat. Event start jam 10 pagi dan jam  pagi, teringat pula open sandwich yang sudah lama terbayang di dalam kepala otak...bila cek gobok buruk aku yang sedikit magic itu, ada lebihan bagel, black pepper sosage, capsicum dan cheddar cheese. Sempat sekejap zass ziss zuss before i left to Putrajaya..aku belajar buat open sandwich ini dengan Chef Datuk Ismail Ahmad, tauke Restoran Rebung tu dan beliau juga ada sebuah restoran di London..keleszz kannn!
Potongan bahannya tak sememstinya macam ini...suka hati u all..gaya bebas!
Cukup dua ketul...burp! Hati manyak susah ooo bila keleta gua demam...kena settlekan keleta dulu, baru moleh makan aa len chaii...
Bagi depa, open sandwich ini macam finger food untuk hi tea ke apa tapi bagi aku open sendwich ini ialah menu sempoi gila...tindan je segala bahan dan dah siap.

28 comments:

  1. looking delicious.. huuuu...

    #selalu buat mulut aku penuh dgn air liur.. huuuu

    ReplyDelete
  2. ReenApple,
    Bhahahaha...meh la rumah aku..gerenti kau balik dengan burp! Burpppp....:)

    ReplyDelete
  3. SATU :
    perempuan (sesetengahnya) bawak kereta cermatnya lain, berbeza sedikit dengan (kebanyakan) lelaki yang jenis sayang kereta. apa pun, kalau dah sibuk sampai lupa tu, lelaki ke perempuan ke, sama je.

    DUA :
    ini sudah boleh buat koleksi yang segar dan baru. mesti ramai kat luar sana yang tunggu apa lagi lepas ni.

    TIGA :
    (terima kasih berjuta)

    ReplyDelete
  4. SM,
    1. Ntah aku rasa aku ni kategori yg boleh tahan cermat tapi kali ni agak leka kerana busy yang sengaja dibuat2 jadinya aku lupa nak cek minyak hitam sehinggalah pagi tadi, tak pasal2 aku terpaksa bersedekah kepada teksi pergi Dan balik putrajay...

    2. Koleksi baru apa beb? Keta lama aku ke resipi kata atas tu?

    3. Berjuta-juta lemon kah? Hahaha...don't mention it!

    ReplyDelete
  5. dah buat resepi hari tu.. tapi malu nak tempek ke blog sebab ahahahahahaha.. macam tak jadik ekekekeke.

    ReplyDelete
  6. tu yang kat atas tu nmpak sungguh menawan. cemburu dgn housemate tu.. alangkah bertuahnya badan.

    ReplyDelete
  7. SATU :
    aku tak suka driver teksi, termasuk kat putrajaya. sama je kurang ajar.

    DUA :
    koleksi resipi. boleh dibukukan, dan jangan lupa perjanjian.

    TIGA :
    (syyhhh...!)

    ReplyDelete
  8. Nong Andy,
    Alaaa tempek jer..bukan nak judge apa pun, janji boleh makan dan yummy pada perasaan kau...aku tak kira, kalau aku buat, mesti aku kata sedap..hehe

    aaa resipi atas tu pun kau boleh cuba, mudah san cepat...tapi mengenyangkan...

    ReplyDelete
  9. SM,
    Aku terpaksa naik teksi la beb sebab tak de choice..kalau aku ada 'drebar' lain citer ka weiii..

    Aku sedang mengumpul semula resipi yang hilang...

    psstttt...

    ReplyDelete
  10. blog-tips-kurus
    hehehe....tak de kurusnya kita...makin berisi adanya...

    ReplyDelete
  11. Wow! Mcm snadwic cocktail kan kak? Sy tak dapek la nak mkn 2 ketul je. Dasar kuat makan!

    ReplyDelete
  12. hohoho sehatt aje rasa,ye tak?ekekeke :P

    take care dear... :)

    ReplyDelete
  13. waahh.. tercabar masterchef lain nanti.. cant wait for your buku resipi..!!

    ReplyDelete
  14. Mak aihhhh open sandwich tuhhh..selalu buat orang melopong tengok gambaq makanan kat sini tau..tak baek la camni..*lap ayaq lioq*

    Akak kena sentiasa ingat & servis keta ikut jadual dik kerana diriku single takda darling nak calling2 kalau terjadi apa2 di tengah jalan. Takut.

    Jaga diri & keta tu baik2 dik LW. Jangan biaq sampai terjadi lagi gitu, risau akak baca nih.

    ReplyDelete
  15. Mommyfara,
    akak pun selalunya kalau makan paling sikit setengah cozen tapi sebab masa buat tu akak ada buat menu lain, jadi mata dah kenyang dulu, tekak terus jadi tak lalu dah nak makan...hehe cer kalau sedang lapar...habuk pun tak tinggal..:)

    ReplyDelete
  16. Telur Power,
    Alaa kau ni bro, baru tahu ek aku chef yg berangan nak jadi chef tapi tak diiktiraf..mwhahaha...tapi kalau masak menjadi semua...

    ReplyDelete
  17. Mr Clive,
    feel great? baguslah..sila jamu mata dengan makanan sihat tu...hehe



    m.u.l.a.n
    ahakkk segan i tau...buku resipi kat dapur pun boleh hilang..ini kan pula nak buat yang bercetak...owhh tidak..hahaha

    ReplyDelete
  18. Kak Dinas,
    Tu la pasal akak kena turun KL, buat food review kat Windsor..muehehe..gerenti akak tak mo balik penang dah aaa..

    Pasal servis keta, saya pun selalunya ingat tapi kali ni leka sket dok berfoya-foya huha sana sini..tak terhantaq keta tu..nak tunggu darling hantaq, memang tak dak la kak oii..jadi mendarlingkan diri sendiri la jawabnya..muehehe..lepaih ni saya kena hati-hati le tak maww lahi keta jadi apa-apa..u take care kak! xoxo.

    ReplyDelete
  19. oh alangkah best nya berjiran ngan lw.bolehlah saya tumpang makan sekali
    hehe..

    senang bangat kan buat tu..yg penting kena kreatif

    saya punya keta pun sakit wooo
    wa punya hati juga ada sakit :(

    ReplyDelete
  20. @LW
    ooo u amik yang black pepper sausage eh? malam tadi i beli yang mushroom sausage...buat masak dgn maggi goreng...

    kalau untuk yang mcm ni i suka beli daging ayam yang cold cuts tu...

    amik roti, taruk salad, taruk cold cuts, taruk cheese, masukkan dalam kereta, biarkan dlm kereta (oven semulajadi, bila tengahari, cheese dah cair.. wallap...

    hey, please take care of the wira tau... even KA is gone with the wind, kita kan independent woman...

    ReplyDelete
  21. eh satu lagi lupa nak cakap, tomato cerry makan dgn goat cheese yang masin tu pun sedap...

    ReplyDelete
  22. Irfa,
    meh la dok kat windsor..gerenti makananku makananmu jua...saya memasak sebab nak hilangkan stress dan melegakan kemarahan...jadi bukan nak makan sangat, masa masak tu saya dah jamu mata cukup-cukup...nor, housemate saya yang akan makan tak pun saya hantar rumah adik...one day nanti datang rumah saya ya...

    jaga kereta baik-baik, kereta saya nasib baik sempat hantar service that day..

    ReplyDelete
  23. Nenet penne,
    i ambik black pepper sebab nak kan rasa pedas dan masin. kalau ikut taste, i pun buat macam u, wrap dengan salad dan wrap lagi dengan roti lepas tu ngap saja...kalau tengah lapar, dapat sekeping roti dan selonggok salad dan sosej tu..memang burp!

    tomato cherry i suka, tomato bukan cherry pun suka juga..masa out station kat london dulu, setiap hari i makan sebiji tomato walaupun cuaca sejuk, kalau orang tengok memang mengada-ngada la kan walhal i ambik tomato to avoid dehydrate..bila makan tomato skin jadi moist sebab winter masa tu adalah dry winter...apa-apa hal mak mesti nak kulit cantik walaupun mak tak jelita dik non...hehehe

    ReplyDelete
  24. ok lah daripada aku yg tak berapa reti nak tahu masak

    ReplyDelete
  25. Telor Power
    kau boleh try la bro masak yg senang..awek suka tau kalau balak dia pandai masak...romantik katanya...ni aku bagi tips la kat kau bro...hahaha

    ReplyDelete
  26. Jika aku masak....
    hasil rupa masakan dah tentu tak lawo.dan aku boleh cakap ianya adalah abstrak dalam masakan.

    tapi
    kalau rasa..totaly out kot.
    jadi baik ajak makan kat kedai jer lagi senang.

    ReplyDelete

Retorik ayam dan cornflake di Secret Recipe

  Nak makan ayam, ada seninya: Ayam masak sempurna Tak ada ketulan lemak Tak ada bau hanyir Garing Cukup masin manisnya So.. C...