Friday 15 June 2012

My fav vege pie...

Baby spinach, capsicum, egg, tomato cherry, tuna in olive oil, shitake mushroom and onion. Boleh letak garlic juga kalau nak wangi, aku tak suka garlic sebab baunya yang menyengat walau pun garlic good for detox. Please concern about colour of the ingredients. I purposely choose red,  yellow and green vege to balance the nutrition...semua warna adalah kod kepada zat dan vitamin yang kita ambil. Baby spinach tu digunakan sebab ia lembut dan manis. Shitake tu boleh digantikan dengan cendawan lain tapi rasa asli pie sayur ini akan berbeza sebab shitake tidak mempunyai rasa yang kuat dan ia tidak menghilangkan rasa sayuran lain apabila digoreng bersama. Tomat cherry membekalkan rasa manis dan masam jadi aku tak payah letak gula dan tuna in olive pun sudah ada rasa masinnya sendiri. Chop semua bahan dan tumis. Guna olibe oil lebih bagus berbanding minyak biasa. Kalau korang boleh tahan, minyak ikan tuna tu pun dah cukup banyak untuk menumis. Telur tu perlu dibancuh dengan fresh milk dan potong tomato cherry dan masukkan ke dalamnya. Tujuannnya, bila nak bakar, korang kena tuang sedikit, satu sudu makan agak-agak, ke dalam pie yang sudah siap diisi inti.Kemudian letak cheddar cheese. Dan bakar.
Tumis...sampai naik bau.
Ini bahan yang sudah di cincang...
Vege Pie...simple and delicious...yang sebelah kanan atas tu sengaja dibakar lebih lama sebab nakkan rasa garing cheese...kalau korang tak suka garing, bakar sekejap je lah...

Ada satu ketika, aku suka makan tosei, jadi tiap-tiap hari aku makan tosei. Kira macam Cikgu Ramli main bola, tiap-tiap hari Cikgu main bola kan....jadi dalam kes ini, tiap-tiap hari aku order tosei paper dari kedai mamak bawah office. Pada satu ketika lain pula, tiap-tiap hari suka makan roti bom..tiap-tiap hari makan roti yang bercak-cak dengan ghee tu...kalau bulan puasa dengan KA dulu, suka makan popia basah abang mata biru di Pasar Ramadan AU3 Keramat. Now no more popia basah abang mata biru, no more KA....ehhh?? Hmm pejam celik dah nak bertemu Ramadan semula dah pun...dan Ramadan aku kali akan jadi sedikit berbeza berbanding sebelumnya kerana aku akan sambut Ramadan di suatu tempat yang sangat jauh...insyaAllah.

Semalam pergi buat timbang berat untuk Kilos For Cash. Ok tidak membimbangkan walaupun sebelum itu aku dah belasah sebiji durian dan sekilo manggis..masa tu tahap pelahap ya, bukan makan berhemah. Ntah maybe sebab dah berkurun tak makan durian, jadi bila ada orang belanja aku belasah cukup-cukup. Lepas ni tahun depan pulaklah nak jumpa durian tu..
Bahan yang sudah masak..

Dan esok weekend...tak boleh nak yayy! sebab aku bekerja walaupun hujung minggu. Semalam ada member call nak order vege pie. Alang-alang buat untuk dia, aku lebihkan bilangan pie sayur itu. Cukup untuk stok weekend sebab pastinya dapur aku tak akan berasap. Jadi, sama ada buat banyak atau sikit, ia tetap akan habis kerana aku guna kapasiti sendiri makan sendiri buat, kena habiskan juga.
 
 Mungkin sedikit renyah nak buatnya tapi percayalah pie sayur ini amat bagus untuk mereka yang sekonyong-konyongnya nak diet macam aku. Aku boleh makan pie sayur ini setiap hari tanpa jemu atau bosan sebab tak perlu kira kalori atau kolesterolnya. Semua bahan yang digunakan adalah selamat daripada aspek penggunaan tenaga. Tinggal lagi rajin atau tidak saja nak membuatnya..aku sanggup, sebab ia ringkas, kenyang dan sedap (ikut citarasa tekak dan lidahlah ya....aku suka tawar, jadi aku tak letak geram..kadang-kadang nak pedas, aku tabur black pepper). Gambar sebelah tu adalah rupa bentuknya selepas diisi ke dalam shell roti.
Roti apa jenis pun boleh asalkan roti. Aku suka Gardenia sebab ia lembut dan senang dicanai. Kena tekan sehingga nipis dan gunting jadi bulat. O ya, pastikan ada acuan pie untuk membakar dan memastikan roti ini jadi macam shell/mangkuk.
Ok roti yang dah digunting bulat ini kena bakar sekejap dalam oven supaya ia sedikit keras dan membentuk jadi macam mangkuk. Sapu olive oil di bahagian bawah dan atas sebelum bakar supaya ia tidak melekat.
Ready to eat..yummylicious...
Jadi, inilah makanan yang menyelamatkan aku dari kebulor sekiranya tak ambl nasi. Intinya boleh guna apa saja, kalau tak suka tuna, letak mince meat, tak pun chicken atau kalau tak sempat juga nak cari mince meat, bantai saja dengan daging burger yang dichop-chopkan hancur...aku suka tuna...protin and more better than red meat.

Yang diordernya cuma setengah dozen je jadi selebihnya aku akan habiskan perlahan pada hujung minggu esok. Pie sayur ini boleh simpan dalam gobok sejuk dan bila terasa nak makan, heatkan saja...arghhh hujung minggu aku walaupun terpaksa bekerja, sedikit terubat dengan pie sayur dan kopi pekat tepi tingkap sambil 'man watching' ehhh bukan...bird watching lah..hehe!

12 comments:

  1. look delicious... bangun pagi terus bukak ini. Dah la perut bunyi.. wuuu..

    Tapi aku dengan sayur tak ngam... hehehe. =D

    ReplyDelete
  2. Mmg nmpk sdplah kak. Nak2 ade cheddar atas tu kan? Peh!

    ReplyDelete
  3. yeah.. pai. ni bagus belajar masak pie dgn Lw ni :)

    ReplyDelete
  4. dari hari tu nak buat projek ni tapi tak terbuat2.... pemalas lipas....

    ReplyDelete
  5. Nampak sodap la dik LW dan akak pasti rasanya pun sangat sodap! Sodap!

    ReplyDelete
  6. ReenAple,
    Hwaaa? Tak ngam dengan sayur? Abes tu ngam dengan buah ek? Aku pulak ngam dengan semua yg halal, cemane tu? Hikhikhik...buatlah reen...senang je..


    Mommyfara,
    A ah cheddar cheese tu yg buat pie ni nampak marbeles tu...:)

    ReplyDelete
  7. Nong Andy,
    Hehe kau lagi pandai masak tu..hari2 masak untuk retis dan daddy retis tu kan? Kan!



    Nenet Penne,
    Tunggu ada masa, sure jadi perajin kittynya...hehehe




    Kak Dinas,
    Ya kot sedap kak,, sebab bahan2nya pun sihat...

    ReplyDelete
  8. LW

    aku masak main terjun-terjun ja.. yg byk bahan aku angkat bendera putih hehehe..

    ReplyDelete
  9. Nong Andy
    Alahai terjun atau bendera putih, kalau aku suka, aku akan buat walaupun bahan banyak dan jam 3 pagi..aku kan pemakan tegar! Heeee...

    ReplyDelete
  10. itulah aku kalah dgn yg byk bahan n perlu macam2 perencah. aku patut ada buku resepi utk ingat catit semua bahan tu.. hehehe

    ReplyDelete
  11. hoho...sihat gilerr kalau ni yang selalu menggantikan nasi...ehehehe :P

    ReplyDelete
  12. Nong Andy,
    kau turun KL nanti aku ajar buat buku resipi.



    Mr Clive,
    yerp...ganti nasi...tu lagi sedap sebab ada ayam, sayur etc..complete set! Hik..

    ReplyDelete

Retorik ayam dan cornflake di Secret Recipe

  Nak makan ayam, ada seninya: Ayam masak sempurna Tak ada ketulan lemak Tak ada bau hanyir Garing Cukup masin manisnya So.. C...