Friday 22 June 2012

Entry kontot...

1. Lalat

Aku tak de masalah dengan lalat. Lalat pun tak dak masalah dengan aku. Tapi bila haiwan kecil ini terbang dan sentiasa ada di sekitar aku pada masa tertentu, aku jadi pelik dan notice kehadirannya pada masa yang sangat tidak sesuai. Apa fikiran korang apabila sambil baca buku jam 12 malam tetiba ada lalat muncul. Sambil buat keje kat pc kat opis, tetiba ada lalat muncul. Masuk dalam keta nak drive tetiba ada lalat masuk sama dan masa masuk ke rumah my sista waktu malam tu, ada sekor lalat membontoti aku. Aku tahu lalat sering dikaitkan dengan benda kotor dan tidak elok. Bukan aku percaya pada benda2 mistik atau tak baik ni tapi bila kehadirannya pada masa yang tidak sepatutnya dan aku berada dalam persekitaran bersih, ia jadi pelik. Sangat pelik dan aku jadi gusar menunggu minit seterusnya...ramai orang kata lalat membawa alamat tidak baik...hmmm...aku masih berfikiran positif, mungkin kedatangan lalat itu adalah untuk mengkhabarkan sesuatu..lalat..ia pun haiwan makhluk Allah...

2. Kucing
Aku pernah langgar kucing, ampunkan dosa aku Tuhan. Aku suka kucing, tapi tak akan bela kucing sebab asthma. Kalau ada kucing depan rumah dan kat dapur ada nasi dan ikan lebih, aku akan bagi kucing makan. Semalam, balik kerja dan tiba di rumah jam 10++ malam. Masa aku buka pagar nak masuk kereta, nampak selonggok objek tepi pagar atas rumput. Bila diamati, ada seekor kucing mati yang sudah berulat dengan banyak..walaupun jam 10 malam, aku masih boleh lihat dengan nyata betapa banyak ulat mengerumuni bangkai kucing itu.  Dari bangkai itu nyata kucing yang mati itu adalah kucing peliharaan kerana ada tali cantik dan loceng di lehernya tapi sebahagian badan sudah buruk dimakan ulat. MasyaAllah...sedih! Adakah kedahadiran lalat itu untuk memberitahu aku bahawa ada seekor kucing mati di tepi rumah?

3.Baru aku sedar...
Dalam masa terdekat ini, banyak tempat aku kena pergi. Bermula 1 Julai, jadual appointment adalah penuh. Dan semalam ada dua appointment yang buat aku rasa macam kartun, kartun tak pernah letih, sentiasa bertenaga dan tak tahu penat lelah juga. Bila balik rumah, duduk dan minum seteguk air..baru aku sedar bahawa aku ini hanyalah manusia kerdil, bernyawa dan bukannya robot yang boleh digunakan 24 jam. Supaya aku sedar bahawa aku ini manusia, perlukan rehat dan tidur yang cukup.Bahkan robot pun ada hayatnya...mak. Sesuatu harus dilakukan, supaya aku boleh hidup sebagai manusia seribu tahun lagi..bukannya hidup dalam kenangan korang sebagai arwah LW..dengan izin Allah...

4. Meraikan hidup yang semakin singkat..
Aku tahu, hidup ini singkat. Jadi untuk membuatkan hidup berasa panjang...aku perlu memanfaatkan 'masa' yang singkat ini..sejak kebelakangan ini, aku banyak hidup di alam maya, bercakap dan berbual di alam maya, berdiskus di alam maya bahkan berkerja juga melalui alam maya. Memang terasa dekat walaupun hakikatnya jarak antara aku dan mereka adalah sangat jauh, dipisahkan oleh skrin nipis...terasa terisi dan hidup tidak singkat apabila 'berbual' tapi ia tidak nyata. Need to do something to make it real..i can't do it all but once a while..ill make it real..Ahad ini adalah masa paling baik untuk melakukan sesuatu..aku nak pergi Publika Solaris untuk menikmati persekitaran kreative kerana ada bazar Fuyoh Art di Publika Solaris Mont Kiara Ahad ini.. Syam and Eita dear, kita jumpa kat sana..nanti aku bawa kek pelangi untuk korang..kita makan sambil minum kopi lepak...heaven!

5. Kupu-kupu itu muncul lagi...
Seekor kupu-kupu hitam, terbang melintas di hadapanku..
ada perasaan yang mercup di jiwa
pada susur hari yang semakin gelap
aku lihat kupu-kupu hitam itu
terbang dalam rentak yang amat mulus
Aku: G, penasarannya aku melihat kupu-kupu hitam terbang melepasi aku...kalaulah aku boleh berkata sesuatu melalui mata hati..alangkah hidup ini akan jadi lebih mengujakan...
G: Yang sangat manis ialah jarak...jika kau dekat dengan dia kau akan melihat kelemahan-kelemahan yang kelat. Jadi biarlah kemanisan saja merajai hatimu kala ini..juga menjadi saudagar mimpi yang membolehkan kau belayar jauh dan melabuhkan  sauh bila dan di mana saja kau mahu...tiada sempadan..
Aku: Betapa ini yang aku lakukan selama ini...entah bila mahu berlabih..pelabuhan mana yang mahu aku tuju..
G: Maka biarlah kemanisan mimpi menjadi cerita hati yang mengujakan...
Aku: Aku mohon, sampai bila-bila ia akan terus begitu...
G: Mungkin di tanah yang pernah dipijak Rasulullah SAW yang sangat mulia kau akan menerima jawapannya..
Aku: Aku tidak mahu mentafsir perasaan aku kala ini..
G: Satu hari nanti kau akan bertemu sesuatu yang kau cari...tetapi aku tak memiliki petanya untuk kukhabarkan kepadamu kala ini..
Aku: Lebih baik kita tidak mengetahuinya...
G: Tafsiran itu biarlah menjadi misteri hati yang dibalut dengan kain paling cantik sehingga kau merasa sayang untuk membukanya...
Aku: Aku sudah sediakan sutera asli paling halus dan berseni untuk membalutnya...
G: Doakan saja..

6. Hadiah untuk Mak..
Assalamualaikum mak, saya sudah mengirimkan 'hadiah' untuk mak, nenek dan abah pagi tadi. Harap mak sudah terima..saya rindu mak..

27 comments:

  1. yang kontot cuma tajuk je.

    ReplyDelete
  2. 1. kemungkinan lalat tu secret admirer kau kot.

    2. dah kesan siapa tuan punya kucing tu?

    3. jadilah manusia artificial macam robbie william dalam bicentennial man, kau boleh pilih untuk immortal atau kekal menemui ajal bila tiba masanya. tapi, itu bukan pilihan. tetapi satu-satunya jalan.

    4. ha kan, aku dah kata. virtual relation ni walau macam dekat tapi sebenarnya kita `unconnected'!

    5. G yang bijak...

    6. hari ini hari jumaat.

    ReplyDelete
  3. biasa la aku beb..kalu menulis tak reti nak pendek-pendek..

    ReplyDelete
  4. SM'
    1. Kalau 'lalat' tu secret admirer yang baik takpa, aku gusar takut yang sebaliknya...

    2. Belum dapat dikesan, balik karang aku nak bitau security..

    3. Aku kan vampire...immortal..hahaha

    4. Sometime virtual is more easy to deal but sometime need to be in real...

    5. Dia pakar rujuk peribadi aku...

    6. Ya hari ni hari jumaat, hari untuk aku hantar 'hadiah special' untuk mak aku..

    ReplyDelete
  5. 1. ya, mungkin juga satu petanda. siapa tau...

    2. security yang hensem tu ke.

    3. vampire=immortal. manusia=immortal juga tetapi bukan jasad.

    4. lebih mudah mencari serasi berbicara mata dengan mata berbanding mata dengan monitor.

    5. tak perlu certificate dalam psikologi, pun boleh jadi pakar rujuk.

    3. sama-samalah kita semua.

    ReplyDelete
  6. SM,
    1. Jadinya aku perlu berhati-hati dan bermohon kepadaNya supaya dijauhkan mala petaka...

    2. Security mana pulak ko ni weii...

    3. Aku immortal dalam pengertian aku sendiri..

    4. Betul..bahasa mata itu penting..

    5. Pengalaman boleh buat kita jadi mahir dengan selok belok hidup..

    6. Ya.

    ReplyDelete
  7. 'kontot' tapi penuh makna..
    ayat last mcm dalam buku2 novel jer...
    u are so good in words...

    tiba2 i rasa sedih dan pilu bila u kata u rindu mak...

    ReplyDelete
  8. ur haunted entry is haunting me..
    uwaaaaaaa... malam tadi paksa2 diri untuk tidor dan fikirkan menda lain...

    ReplyDelete
  9. Hi, kak. Akak apa khabar ? Sihat? Semoga takde ape2 benda yg bt fikiran akak kaco ye?

    =D

    ReplyDelete
  10. Nenet Penne,
    I just wanna share the feeling with who is wanna read that..nothing much...
    yeah..friday is always make me feel strange..specially for the last few days..so many things happen..life up side down etc..
    ok..do not think abt the haunted story..it was far from you...no need to worry dear! Hehe..


    Ya..hari Jumaat selalu buat i rasa melankolik...teringat kepada yang sudah tiada dalam kehidupan nyata...tapi kekal dalam kenangan...

    ReplyDelete
  11. terpaksa tgk tajuk entri balik.. 'kontot' ye kak..

    1. sal lalat tuh, maybe betul ada sign sesuatu kan..

    2. sy tak penah langgar kucing tapi ayam..

    3.elok2 taw walaupun banyak keje kesihatan jaga gak

    4. sebab hidup kita singkat kenalah guna sebaiknya kan..

    5. xbpe pahamm.. keh2

    6. semoga hadiah itu disampau dgn jayanya..

    ReplyDelete
  12. Mommyfara,
    Hi dear..akak ok je...hari ni akak pakai baju kurung sutera cina warna hijau pekat ke office..berasa sedikit cool dengan warna hijau dan ada kawan tanya buang tabiat kah kerana memakai baju kurung. Sebabnya akak sangat jarang pakai baju kurung..well i guess that was a good sign that people realised im exist! Hehe...Aydin ok?

    ReplyDelete
  13. HaniAsyira
    Hehehe..kontot je la dik..tajuk je kontot isinya tak kontot..

    1. Tu la pasal, akak ada kenangan pahit dengan fly ni...bukan nak percaya dengan lalat tapi ia macam bagi hint/clue...akak tawakal!

    2. Langgar ayam still ok sebab ayam tu command...tapi langgar kucing ni impaknya sangat mengesankan pada akak...sebab kucing haiwan manja, boleh belai...

    3. Yes Hani, thanks...mak sihat? hehe kan akak sama birthday dengan mak Hani kan...30 April..:)

    4. Yerp life is too short, let celebrates it! yayy!

    5. Tak paham tak pe..hal ong tetua...hik!

    6. InsyaAllah hadiah itu sampai kepadanya...

    ReplyDelete
  14. dowh.. kontot la sangat.. heheh. Kontot versi LW.. hehehe.

    aku tak pernah langgar kucing or whatsoever dengan kucing.. tapi aku bunuh anak ayam dengan tangan aku masa aku kecil dulu.. huuu.. Menyesal tak ingat. Sekarg bertaubat... =.=

    tetiba terigat kat Umi.. huuu. Thanks remind me to give 'gift' to her also... =)

    ReplyDelete
  15. ReenApple,
    kau kena take note la dear, versi 'kontot' aku adalah panjang dan versi panjang aku adalah tersangat panjang...hehe

    Haaa??? bunuh anak ayam pakai tangan? chicken killer huh! Ahahaha..

    Ok, hari jumaat..sila bagi hadiah al-fatihah kepada ibu bapa, tak kira masih ada atau sudah tiada, manfaatnya ada untuk kita dan juga mereka..:)

    ReplyDelete
  16. @LW
    hey i pun ada baju kurung sutera cina (shantung) wana hijau olive

    yaaa sama lagi kita.....

    ReplyDelete
  17. emm part mana yg kontot ni?
    tpi saya membaca dan cuba memahaminya dr baris pertama hgga akhir

    ReplyDelete
  18. Nenet Penne
    Haaa kan...telepati gitu..hijau tu warna kesukaan i...termasuklah warna hitam...



    Irfa,
    Tajuknya yg kontot tapi isinya tak kontot...kalau Irfa faham..baguslah...kadang-kadang saya suka selit yang tersirat..

    ReplyDelete
  19. Khairul Abdullah,
    kek pelangi? jap! jap! nak buat kopi jap...hik!

    ReplyDelete
  20. Takut jugak bila fikir pasal lalat tu. Akak ni penakut betoi la.

    Akak pulak nyamuk suka ikut. Mungkin kerana akak sedap. Ok konpem kerana akak sedap, muahahah! Perasan.

    Hisy melalut2 la pulak akak nih. Semoga dik LW dirahmatiNya selalu.

    ReplyDelete
  21. Kak DInas
    Amboii nyamuk dok suka dia...tentu darah manis tu...ok kak semoga kehidupan akak juga dirahmatiNya sentiasa...xoxo!

    ReplyDelete
  22. Lalat biasanya tak keluar di malam hari erm.. itu lalat yang ada insomia kot hehe..

    mungkin juga lalat tu nak bagitau ada kucing mati berdekatan hehe

    haha.. kartun x pernah letih. itu betul. tapi harapnya september ini Lw tak OS, jadi insyallah boleh bersua :)

    kupu2 hitam yg pelik lagi misteri.. aku suka yg misteri2 ni hehehe.. alam maya memang best tapi realiti pun best juga :)

    a... alhamdulilah aku pun sudah juga :)

    ReplyDelete
  23. Nong Andy,

    AKu pun sedaya upaya mahu berfikiran positive, mungkin lalat itu mahu beritahu akan kematian kucing di tepi pagar rumahku..

    ReplyDelete
  24. apa apa pun yang lady bakal ilhamkan,decide dan keputusan yang diambik,wishing all the best for u,dear lady...

    ReplyDelete
  25. 1.lalat memang jinak dan mesra alam. dan tak takut nak hampiri manusia.

    2.aku suka kucing tapi tak belanya lagi akibat kesilapan lalu. lalat mmg ahli sebarkan berita tetang berapa lama kematian itu telah belaku. Pakar siasat pasti tahu dgn jenis2 lalat

    3. adat kerja tu

    4. hidup mmg singkat tapi dalam masa yg singkat tu mcm2 kita nak buat

    5. :)

    8. Al-fatihah...

    ReplyDelete
  26. Mr Clive,
    Thanks dear..wish u luck and all the best for you..



    Telor Power,
    Tu la..aku fikir positif..lepas bangkai kucing tu dispose..lalat pun tak dak dah..memang ia nak bitau ada kucing mati depan rumah aku bro..jadinya aku kena manfaatkan hidup yang singkat ini..antaranya ialah aku akan masak kek cekelat untuk kau bila kau turun KL...hehe

    ReplyDelete

Retorik ayam dan cornflake di Secret Recipe

  Nak makan ayam, ada seninya: Ayam masak sempurna Tak ada ketulan lemak Tak ada bau hanyir Garing Cukup masin manisnya So.. C...