Friday 9 March 2012

Apakah bahasa paling layak untuk anak begini?

Aku tak tahu nak cakap apa dengan anak macam ni, mesti dia ada alasan tersendiri kenapa buat begitu pada insan yang melahirkannya. sangat tidak wajar dan tidak ada perkataan sesuai nak bahasakan anak yang begini...sampai hati dia...

25 comments:

  1. pertama! sat, aku nak bancuh kopi...

    ReplyDelete
  2. buatkan untuk aku sekali ya..sat ni aku pi jenguk ko, make sure ada roti bakar..

    ReplyDelete
  3. boleh kisahkan sikit cerita pasal anak durhaka ni? aku dah bertahun tak beli metro sebab aku bukan antara empat juta pembaca (pembeli) tu. nak tengok gambar, kecik benau. nek tengok online, lambat pulak loading...

    ReplyDelete
  4. anak kurang ajar...
    atau mungkin apa yang telah ibu tu buat sampai anak dia sanggup buat ibu dia mcm tu...

    ReplyDelete
  5. Sy tatau nak komen ape. Tapi jauh dlm hati sy rs kecewa dan sedih...

    ReplyDelete
  6. SM
    anak kepada makcik tu bujang umur 27 tahun
    bawa mak dia dari Johor pastu tinggalkan kat hotel murah kat Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru
    wahhh kelas anak dia yer..at least tinggalkan mak dia kat hotel bukan kat tepi jalan..masih ada lagi sifat keperimanusiaa bukan mcm setengah orang tu yang tinggalkan anak luar nikah kat dalam tong sampah..

    mungkin..tak nak lah tuduh yang bukan2... mungkin anak dia pi cari kerja kot and then tinggalkan mak dia kejap kat situ..
    so pihak polis sila cari anak makcik tu cepat so that kita boleh tahu citer yang sebenarnya...

    ReplyDelete
  7. SM,
    Kisahnya ibu tua berusia 66 tahun ni asal Johor, dibawa anak lelakinya ke KL memandangkan dia tinggal sorang, x boleh berjalan selepas jatuh di bilik pada aidil adha tahun lalu. Bila dibawa kat KL, anal tunggalnya lelaki, letakkan dia di satu rumah tumpangan di kg baru. balik keje petang dia datang jenguk maknya tapi dah lima hari tak muncul dan dia dijaga oleh pekerja rumah tumpangan tu yg kasihan dgn dia..dan makcik ni minta dihantar ke rumah penjagaan org tua2 serta menyatakan dia kesal dgn tindakan anaknya...derhaka betul anak dia kan...pada aku le kalau tak nak jaga, pergi je hantar rumah orang tua2...lebih baik berbanding dia letak mak dia sorang2 kat situ..

    hmm aku pun tak tahu nasib aku macam mana lagi 20 tahun...kalau sampai la...kalau tak...lagi aku tak tahu...


    NP,
    I rasa makcik ni ok je sebab dia bekas guru al-quran di kampungnya. tak de sebut pula di mana suaminya, mungkin ibu tunggal..


    Mommyfaram
    kan...tersentap akak baca sebab sampai hati anak bajingan tu buat macam tu kat mak dia. memang kita tak tahu apa masalah anak dia tapi sanggup dia buat macam tu..

    ReplyDelete
  8. beginikan Malaysia lepas merdeka lebih dari setengah abad?
    akhlak jatuh,kurang ajar...sama mcm Jepun suatu ketika dulu kaya dengan adat,berbudi tapi tgk skrang pe jadi?

    ReplyDelete
  9. sedih betul. walaupun abang tak baca lagi paper hari ini

    ReplyDelete
  10. Mr Clive,
    Jepun memang sedang mengalami kejatuhan akhlak kan, walaupun negara maju tapi akhlak sangat membimbangkan...


    Abg Zam,
    Sedihkan nasib makcik ni...

    ReplyDelete
  11. mungkin...

    anaknya pergi kerja. pada hari kedua dia telah dilanggar sampai mati oleh seorang pemandu gila b*bi yang kemudiannya melarikan diri. orang ramai gagal mendapatkan identiti anaknya kerana mayatnya telah dirompak sepanjang tiga jam mayatnya terdampar di tepi jalan.

    kesimpulan, aku tak nak salahkan anaknya sebab kita cuma dengar cerita dari satu pihak je.

    metro bodoh ni pun satu. nak buat cerita, pergi la cari anaknya dulu. nanti kang esok lusa tiba-tiba keluar berita pulak pasal anaknya yang rupanya jadi macam yang aku gambarkan. memang bangang la...

    eh, emosi pulak!

    ReplyDelete
  12. aku sokong kata2 SM tapi kalau betul anaknya beperangai begitu mmg tak patut.

    jahat2 dan susah aku xde lah nak terniat buat begini pada org tua. ok time solat....gerak dulu

    ReplyDelete
  13. SM / TP

    Itu memang tektik org surat khabar dalam usaha membantu makcik ni dan juga pekerja hotel sebab pekerja hotel tu dah bengkak jari dok try call anak dia tapi telefon di matikan, dah lima hari depa cuba tapi talian ditutup. So bila kuar paper, semua orang simpati pada makcik tu dan mengutuk anak dia...kalau tak percaya cakap aku, tengoklah dua tiga hari lagi harian metro akan kuarkan pulak citer anak makcik tu kenapa dia sanggup letak mak dia di hotel macam tu...

    ReplyDelete
  14. tapi aku tengok laporan ni berupa `hukuman'. hukuman terhadap si anak yang belum tentu bersalah. cuba kau tengok, berapa juta (aku guna juta sebab empat juta pembaca yang beli metro) orang yang kutuk si anak ni? bukankah itu satu jenis hukuman?

    ReplyDelete
  15. itu marketing strategic la beb...biasa la tajuk gempak, teknik penulisan seakan provoke dan ini juga akan membuatkan si anak muncul untuk memperbetulkan jalan cerita...memang tak de sebut anak dia salah ke tak tapi laporan adalah fakta sahih, ada individu yang memberikan sumber maklumat..so dalam etika kewartawanan story ini boleh diguna pakai tapi dari aspek etika kemanusiaan aku tak boleh cakap sebab know nothing..

    ReplyDelete
  16. hehe, sekali lagi aku mempertikaikan etika. mungkin niat mereka betul iaitu untuk membantu, tapi aku tak setuju dengan cara laporan yang sebegini ditulis. boleh saja mereka mengambil sumber sahih dan mengekploitasikan untuk menyedapkan cerita. itu lumrah atas nama `rating' jualan. aku tak salahkan mereka seratus peratus kerana mereka berniaga. kalau berniaga, siapa yang nak rugi? yang jadi mangsa adalah si anak tu. jadi bahan kutukan tak berasas masyarakat. sementara nak tunggu si dia betulkan keadaan, dah berbakul sumpah seranah yang dia dapat.

    ReplyDelete
  17. dalam kes kisah makcik ini, anaknya tak dapat dikesan so pihak berkaitan menggunakan teknik reverse psikology...dengan harapan bila story kuiar paper anaknya akan tampil sebab pihak pengurusan hotel nak hantar makcik tu ke JKM...nak kena minta izin anaknya tapi sebab adanya tak muncul, terpaksalah mereka guna tektik ini...

    ini adalah kebarangkalian yang aku simpulkan sendiri, tiada kena mengena dgn akhbar berkenaan...tapi aku cakap ko gambar makcik tu memang beri effect/impak yang sangat mengesankan...a picture with thousand words..kalu photographer tu masuk contest, mesti sangkut punya..aku rasa pic tu ada human soul yang sangat tinggi..

    ReplyDelete
  18. aku sangat kasihan kat makcik tu dan anak dia. tahniah untuk editor yang pilih gambar ni.

    ReplyDelete
  19. TP : oit, dah pukul 1:43 baru nak gerak solat? lu ni berkenderaankan angin ke? mampu bergerak sepantas kilat. hahaa...! gua gurau je.

    ReplyDelete
  20. aku lagi lah terkesan melihat gambar itu...gambar kat dalam tu tak tahan aku tengok...mak aku masa sakit pun macam tu...pakai baju kurung kedah dan batik, makan bersuap...tapi mak aku terpelihara dan diberi penjagaan rap..hmm sedihnya la tengok pic makcik tu...umurnya baya mak aku...kalau mak aku ada, pun macam tu lah keadaannya..maksud aku sakit-sakit dan sentiasa memerlukan penjagaan rapi serta anak2 di sisi dan kami sentiasa di sisinya sehingga dia hembus nafas akhir...:(

    ReplyDelete
  21. Ah... aku rasa hari-hari kita dikisahkan dengan kisah sebegini. Itu yang diketahui.. yg tidak tahu?? berlambak mungkin...

    mungkin salah anaknya tapi kadang3 kena dengar dari kedua-dua belah pihak... baru dapat buat andaian...

    papepomm.. aku belum baca lagi.. hehehe

    ReplyDelete
  22. Ah... aku rasa hari-hari kita dikisahkan dengan kisah sebegini. Itu yang diketahui.. yg tidak tahu?? berlambak mungkin...

    mungkin salah anaknya tapi kadang3 kena dengar dari kedua-dua belah pihak... baru dapat buat andaian...

    papepomm.. aku belum baca lagi.. hehehe

    ReplyDelete
  23. Reenapple,
    betul tu kita kena dengar kedua2 belah pihak tapi first impression aku tengok muka mak dia...huishh sedey nau rasa..kesian kat nasib makcik tu..

    ReplyDelete
  24. ok ,setelah baca semua komen kat atas, ternyata aku tidak sehaluan dengan majoriti empat juta pembeli metro. maaf, sebab aku tidak sama-sama meletakkan kesalahan kepada si anak.

    tapi, ini pendapat aku. aku takkan percaya dengan semua teks yang tercetak di muka akhbar. apatah lagi terpengaruh dengan tajuk depan hingga `menipu' diri sendiri untuk sama-sama setuju dengan apa yang pihak akhbar mahukan.

    tentang isu ni, aku tak nak komen lagi. sebab aku tak mempunyai `mata tuhan' yang mampu menghakim dari jauh.

    ReplyDelete
  25. SM
    Ok reply dan pendapat kau diterima...!

    LWindsor

    ReplyDelete

Sihat itu kekayaan..

Benar sangat kan pepatah Health is Wealth. Kerapa juga saya dengar orang kata jika hari tua anda dijalani dalan keadaan sakit atau tidak sih...