Wednesday 22 August 2012

Syawal 1, 2 dan 3

Kalau Ramadhan itu boleh berkata-kata, pastinya ia akan bersedih kerana kita dengan cepat melupakan ia yang sudah berlalu untuk tahun ini dan bersuka ria pula dengan Syawal yang sudah masuk hari ketiga diraikan hari ini. Kalau mak masih ada, tentu dinihari ini aku akan bangun sahur dengan beliau untuk puasa 6. Masa arwah nenek ada pun, Syawal kedua, mereka berdua sudah mula puasa manakala kami ini masih leka makan itu dan ini. 'Masa' itu sudah lama berlalu dan Syawal tahun ini, selepas 'menziarah' mak, aku balik ke rumah dan masak beberapa menu kerana ada rakan dan uncle blogger yang nak datang ke rumah. Suasana raya langsung tiada kerana kejiranan aku adalah kejiranan Cina. Jadi, dengan kedatangan beberapa tetamu ini, barulah terasa suasana raya. 

Sebenarnya aku tak pasti nak masak apa. Puas bincang dengan adik, akhirnya kami masak apa yang kami tahu. Masa mak ada dulu, katanya memasak dengan naluri kasih sayang yang ikhlas akan membuatkan makanan jadi sedap dan kenyang dimakan...benar atau tidak, tiada alat pengukur, tapi kebetulannya semua yang kami masak raya ini habis dan sedang elok dengan jumlah tetamu yang datang. Mungkin teori mak betul..dan kami masak dengan penuh kasih sayang, untuk tetamu kami yang sangat dihargai kesudian mereka mengunjungi kediaman kami.
Uncle Shahrie (L-R) Auntie Wakana, Auntie Aminah, Marlia dan Robaie...depa ni ada pengalaman luas dalam bidang perhotelan...rasa macam depa datang nak buat food review pulak.
Raya pertama, ada blogger SM datang dengan keluarganya. Siap bawa baulu ikan dari USJ...terima kasihlah, baulu itu sudah siap aku kerjakan:). Raya kedua pula Uncle Shahrir dan Auntie Wakana sekeluarga datang dengan Robaie dan Marlia sekeluarga. Uncle Shahrir ni pengurus besar Jeumpa D'Ramo di Bangsar dan senior dalam bidang perhotelan serta tukang masak berpengalaman. Apalah sangat bagi beliau dengan hidangan nasi minyak, rendang ayam kampung dan kurma daging. Itupun adik yang buat rendang dan aku cuma masak nasi minyak dan spaghetti seafood saja. Tak sangka pula 'jualan' hari tu laris dan mereka makan spaghetti dulu, baru makan nasi.

Sebelum balik, Uncle kata...'burp'..ehh tak sempat aku nak agak apa dia nak kata, dah tahu pun bila dengar dia burp..hehe! Dan pasangan Robaie/Marlia menyerlah dengan persalinan merah jambu pekat..ehh apa kena warna merah jambu dengan hidangan raya? Ok aku suka warna itu...trendy dan elegance..menyerlahkan pemakainya dalam kelompok ramai. Kalau boleh telur rambu untuk hiasan pulut pun aku nak buat warna warna merah jambu pekat..
Bersih 3.0? Oo bukan..ini adalah bersih licin pinggan apabila memakannya...telur rambu dengan kombinasi hijau dan merah jambu pekat..stylo kan walaupun pada makanan!
Pulut kuning? O ya kepada kami di negeri di Pantai Timur, khususnya di sebuah pekan kecil berhampiran Siam..makan pulut adalah perkara biasa. Setiap hari kami makan pulut. Pagi makan pulut, petang pun makan pulut. Kira macam ganti nasi. Kalau pagi, pulut dengan kelapa/ikan kering atau pulut inti dan petang pula pulut/ketupat. Mungkin pengaruh atau darah Siam yang ada membuatkan kami serasi dengan pulut. Masa mak ada dulu, kalau hari cuti atau ada kenduri kendara keluarga, mesti buat pulut kuning..ok tiada kaitang langsung dengan Bersih yang tak bersih tu...pulut ini warna kuning kerana semangat meraikan sesuatu yang baik. Bukan kepercayaan tapi mak kata, warna kuning cantik..maka jadilah pulut kuning. Maybe juga mak kelentong aku masa kecil-kecil dulu, jadi sampai sekarang kalau buat pulut, mesti nak warna kuning. Semalam adik buat sikit dan dapatlah kami hidang pada tetamu...
One happy family dengan persalinan hitam sedondon...
Keluarga Kak Eton pilih warna hitam sedondon untuk anak teruna dan tiga anak daranya. Keluarga ini memang happy family. Sambil makan bapaknya sempat usik anak sulungnya yang pakai tudung merah tu, si Yaya. Katanya, Yaya mekap dah macam opera Cina..aku dengar memang sakan gelak ketawa dan dah merah padam muka Yaya bila abahnya kata begitu. Bella, Intan dan Akim tumpang gelak dan akhirnya Yaya backup diri kata dia dah besar, boleh mekap macam mana pun..keluarga Kak Eton ini memang happening..tengoklah sambil makan pun boleh buat 'peace'...orait le kan?
Sebelum masuk oven, kecil molek jer...tapi awas, selepas beberapa minit, ia akan mengembang. Jadi ada baiknya kalau ia dijarakkan sedikit supaya tak melekat...
Choc Chips Cookies with lots of Almond;)
135 g butter
125 soft brown sugar
3/4 tsp vanilla essence
1 egg yolk
Sifted
175g plain flour
1 tbsp rice flour
1/4 tsp bicarbonate of soda
1/4 tsp baking powder
40g almond chopped
50g chocolate chips
40g sultanas (I replace with more almond)
Toast the almond first. Used max temp. about 260C (like toasting a sandwitch) for two minutes. Once cooled, grind them with mortar and pestle to have a mixture of fine and coarse bits. Cream butter, sugar, essense and egg yolk until light and creamy. Fold in sifted flour, bicarbonate of soda and baking powder and add in almonds and choc chips. Mix well. Shape the mixture into small limesized balls. Place balls on prepared trays and flatten with a spoon. Use a fork instead to get the grooves on the top. Bake in about 180C for about 15 minutes.
Dan ini adalah biskut copycat daripada Famous Amos...gigih aku bakar biskut ini jam 3 pagi sebab nak jadikan buah tangan untuk mereka yang datang. Siapa datang ke no 24 di Windsor, pasti dapat biskut coklat chip yang sangat sedap ini hasil cilokan dari blog mama22beas.

Nota: Terima kasih kepada Uncle Shahrir dan keluarga, Robaie dan keluarga, SM dan keluarga, Hui Ping, KK, Hui Ying, Samuel Ambrose dan Sam serta Ida dan keluarga kerana datang memeriahkan hari raya aku dan adik!

31 comments:

  1. Okey... baju HITAM tu.... NGAM!

    ReplyDelete
  2. Uncle Gedek,
    Ada ramai yang baju hitam tu...yang mana satu? Kekehkeh..

    ReplyDelete
  3. ramadhan rasa sayu melihat kita gembira makan-tak-ingat-akhirat. jadi, kau ikut ke belum saranan aku? buat puasa sunat tu. (eh, siap ada resipi tu)

    ReplyDelete
  4. Hari ni aku dah start puasa. Siap bangun sahur..

    ReplyDelete
  5. oh, patut la kau kasi setel itu baulu cepat2...

    ReplyDelete
  6. Tau tak pe...sebelum ikan itu berenang di dalam kolam orang lain, baik berenang dalam perut aku...haha!

    ReplyDelete
  7. Bestlah raya dik LW! Meriah dengan tetamu & makanan.

    Suka tengok pulut kuning & telur rambu tu, unik! Mulanya akak ingatkan sayur apa tadi hiris2 letak atas tu, rupanya telur rambu. Err, boleh cerita tak telur rambu tu apa, camana buatnya, akak first time dengaq nih..

    ReplyDelete
  8. Kejiranan akupun cina. Aku jemput jugak beraya. Hehehe...

    Eh, ko tak cuba buat pulut kaler pink ke purple ke. :)

    ReplyDelete
  9. selamat hari raya...

    aku masih di kampung dan masih dalam misi mencari bahulu bakar sabut tu...

    belum ketemu....

    ReplyDelete
  10. Kak Dinas,
    Curious eh dengan telur rambu tu ya? Sebetulnya pulut dimakan dengan rending daging tapi untuk marhaen macam kami ni dulu, mak saya buat telur dadar nipis yang dipotong halus dan dijadikan perhiasan atas pulut tu, kemudian baru diletakkan daging rendang. Telur tu aksesori nak tarik perhatian supaya menyerlahkan lagi hidangan pulut kuning tu. Lazimnya saya suka kombinasi hijau dan merah...walaupun warnanya tak sedondon hijau dan merah kan, tapi bila letak atas makanan, ia menarik perhatian. Cara buat telur dadar tu pun ada style, nanti saya akan buat entry khas untuk kak Dinas ya...:)

    ReplyDelete
  11. Sepa,
    Cina di kejiranan aku semua style tak campur hal orang. Yang aku kenal pun kiri kanan belakang depan saja. Tu pun tiga daripadanya tiada di rumah sebab kerja di luar negara...yang datang semua kengkawan cina sama kerja dengan aku...selamat raya yer.

    ReplyDelete
  12. Nizam.Arif
    Selamat meneruskan misi mencari baulu bakar. Dendam kesumat aku berbalas sudah. SM bagi hari tu...baulu ikan...hahah aku bantai sensorang cecah Oren sun quick...tak hengat apa pun, sedar2 tinggal bekas jer..sila beli banyak2 yer..kalau rasa nak trade in roger aku..hahaha

    ReplyDelete
  13. Blog-tips-kurus,
    Silalah datang beraya ke rumah saya, nanti mak encik nak apa pun boleh..hehe

    ReplyDelete
  14. karang kalau free, boleh beli lagi baulu tu kat mydin mall usj. naik lenguh jugak aku tunggu turn. tapi berbaloi jugak la.

    ReplyDelete
  15. Kalau ada di Malaysia..saya sudah pasti pegi ke rumah no. 24 tu untuk makan sampai lebam.

    ReplyDelete
  16. mula2 bc tu mcm sedih.. tp rupenye entry ni bukan entry sedih.. tp sedihla jugak..

    knp time ry ni hati jd sensitif.. huhuhuhu

    ReplyDelete
  17. SM,
    Err kalu ko rajin, hantar le sebekas kat Bangsar yer...muehehe. Aku pau je kalu ko antar...sedap tu..

    ReplyDelete
  18. Khairul Abdullah
    Ehh sila datang...anytime kalau ada kat tanah air, roger saja, nak menu apa, untuk berapa orang..:) beres!

    ReplyDelete
  19. Ladybird,
    Kalau ikut hati, memang sedih. Kalau boleh lagi, saya nak mak dan abah saya ada sama dan kalau boleh juga, nak adik, kakak dan rakan blogger yg semuanya baik kepada saya ada bertandang ke rumah saya untuk memeriahkan aidilfitri ini. Tapi apa kan daya..
    Selamat hari raya ya lady!

    ReplyDelete
  20. Selamat hari raya u...
    Kat sini my sista buat nasi arab...
    I tidoo je....
    Yg benar.. Net

    ReplyDelete
  21. pergh.. meriah gler raya kau. Aku punya tak sangat sebab raya kedua dah kena p kerja.. ehehe. But I still got duit raya.. uhuhuhu.

    #nak duit raya?? =P

    ReplyDelete
  22. Tengah boring tahap gaban kat kampung ni... Uwaaaaa...help me.. Tgh2 nak reply sms u, i tertido.... Boleh? Boleh?

    - net -

    ReplyDelete
  23. ReenApple,
    Ala biasa-biasa jer...aku sengaja memeriahkan diri, sebab tak mo la sedey-sedey...hari raya adalah hari kemenangan kepada kita setelah sebulan menjalani ibadah puasa...hehe. Aaa nak duit raya? Meh sini..datang rumah aku, kita makan-makan...:)

    ReplyDelete
  24. Nenet Penne,
    Selamat hari raya untuk u juga...haha I boleh imagine betapa boringnya nak tunggu hari sabtu tu kan..I dah start puasa..duduk leisure-leisure sambil tengok tv dan siapkan order book binding kat rumah ni..sambil tu asyik fikir nak makan/masak apa jer..kalau u ada kat KL harus I paksa mai lepak Windsor..ni pun dah berapa kali mimpi sebab tidur bangun jer...isk!:)

    ReplyDelete
  25. Nenet Penne,
    Ehh lupa lak..Irfa tak de datang rumah u ke? U tak de pi rumah mak Maryam ke?

    ReplyDelete
  26. masak dengan kasih sayang? erm mungkin benar.. semalam buat bestday shinta habis licin semua makanan. sedangkan tahun lepas banyak yang lebih malah siap kasi tapau dengan tetamu terakhir pulang. Tapi kali ini mungkin aku dengan senang hati memasak di bantu dengan 2 orang saudara sebelah hubby, masakan mungkin enaknya luar biasa sampai tidak berbaki untuk di bawa bekalkan pada jiran-jiran.


    ya.. pulut itu aku pun suka juga makan. Kalau di Tawau, Hari raya tidak sah kalau tidak ada Gogos (pulut yang di pangang) dan Songkol (pulut yang di bungkus tak di pangang)

    meleleh air liur melihat pulut kuning.. er..

    *sedang berkira nak datang ke Windsor. tapi jadualnya masih bingung..

    ReplyDelete
  27. nope..
    irfa tak datang..
    i pun tak tahu rumah maryam kat mana...
    so ,me tersadai kat rumah jer...

    ReplyDelete
  28. Nong Andy,
    wahhh kalau dekat, harus aku pergi harijadi shinta tu..mesti kau masak dengan penuh kasih sayang kan...



    Nenet penne,
    Eh ingat dia sama area dengan u mak maryam tu..

    ReplyDelete
  29. tak lah u...lain2 daerah
    maybe ada kat bachok or pasir puteh or ketereh kot...

    ReplyDelete

Aidiladha beberapa tahun ini..

 Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku  beraya di Brockley. ...