Sunday 5 August 2012

Siapa Cathy, Meon, Lim etc..

Windsor ketika hujan...
Sejak meninggalkan kediaman selama tiga minggu, bila aku tiba di Windsor minggu lalu, banyak yang berubah. Ikan laga dalam tempayan naga tepi laman sudah merajuk dan melakukan harakiri dengan membelitkan dirinya antara akar kiambang, mati sudah. Pegaga gergasi di kiri laman juga banyak yang kuning akibat kekurangan air housemate aku ni agaknya lupa nak bagi minum pokok2 ni dan paling menyedihkan pokok ros merah dalam pasu hampir mati serta beberapa bunga lain juga nampaknya sudah suicide akibat cuaca bengis dengan kepanasan melampau.

Dan apa khabar jiran2 aku. Di sebelah kiri adalah Catherine dan Crystal yang sudah menetap di UK kerana ikut suaminya.Semalam Cathy muncul dan aku sudah hampir lapan bulan tidak berbual dengan dia. Diajaknya minum teh, dia lupa aku puasa. Katanya dia balik Malaysia sebab summer dan Crystal si comel itu ada di Kampar di rumah emaknya...rindu juga pada budak comel itu...

"Saya Shaheizi Sam, jiran anda. Jika anda mahu dihormati, hormatilah mereka terlebih dulu.." haaa sure korang semua pernah dengar iklan ini di Sinar FM setiap hari kan...jiran aku bukan Shaheizi, tap Catherine Wong dan Awangku A Pengiran M (Meon je lah ya)...dua jiran yang sejak aku mula2 pindah ke sini, mereka sudah ada...manakala Lim adalah jiran di belakang...cuma jiran di depan saja aku x pernah bertegur sapa tapi setiap hari selisih kereta...

Pagi tadi ketika aku mencabut semalu dan rumput yang sudah mula meninggi, jiran sebelah kanan pula, Awangku A...menegur..aku pernah buar entry pasal dia ini yang suka press Cagiva kuning dia sekuat yang boleh pagi minggu, memang dia kaki race sebenarnya...dan baru lepas kemalangan..tapi aku tahu dia bukan jenis yang mudah serik...

Hi...tegurnya di sebaliknya pagar..
"Hi..lama tak nampak Meon.."
"Saya pun tak nampak akak..."
"Saya baru balik o/s"
"Owhh..saya nak pergi out station minggu depan..."
"Ke mana?"
"Ke Paris, selama tiga bulan..tolong tengok rumah saya..."
"Erkk Paris?"
"Ya...sedihlah Kak tak dapat beraya di sini."
"Ehh beraya di Paris pun ok apa?"
"Ala mana le ada biskut raya segala bagai. Petronas hantar time nak raya..tsk!."
"Hehe..."
"Pergi kerja kak, kalau bercuti lain citer!"

Ohh jiran, aku tak tahu dia staff Petronas dan kerap travel. Aku tak tahu dia kemalangan dan kerap ke Singapura membeli kelengkapan motornya dan aku tak tahu dia selalu race...nasiblah ngko. Nasiblah aku jiran yang baik baiklah kan sebab boleh bertegur sapa, boleh tengokkan rumah. Ok nanti akak buat report kat FB..hehe..ini adalah tektik murahan sebenarnya untuk add di FB kot ya chehhh!. Aku tak tanya pasal FB, tapi dia yg tanya dulu. Lepas ni jadi tukang report di FB dan selepas ini kalau aku pula yg o/s dia ada jadi tukang report. Adilkan...

Korang kenal tak jiran sebelah kiri, kanan, belakang dan depan rumah?

30 comments:

  1. haha.. ya. kenal semua jiran :D

    siap tukar2 komik dgn jiran :D

    ReplyDelete
  2. Nong Andy,
    Sebab kau first kan...makanya muah3x + xoxo! Haha ok tak? Aku tak kenal semua jiran kecuali yg di kiri dan kanan, yang di belakang dan depan...selebihnya aku cuma pernah lihat saja mereka itu dan lagi yg aku kenal ialah petugas security...:)

    ReplyDelete
  3. jiran kiri kanan depan belakang...semua abang bro kenal tapi tak rapat lah...sekadar hai hai saja...lantaran tak pernah tengok diorang kat rumah...asyik keluar je manjang....

    ReplyDelete
  4. Abg Bro,
    awalnya online. Sama la saya, itu pun kenal by luck..kebetulan masa saya mula-mula pindah masuk, mereka ada di depan rumah..terus saya bertegur sapa dan bertukar no phone seba tahu dah saya paling kerap meninggalkan rumah..kena buat baik dengan depa tu...:)

    ReplyDelete
  5. rumah belakang aku kosong.

    ReplyDelete
  6. SM,
    rumah berhantu ek...aku geram dengan kak lam ye nge depan rumah aku tu...macam dia sorang duduk situ, parking tepi rumah pun dia jeling macam nak terkeluar biji mata...pigi dah!! ko tau dia siap letak kun sekeliling rumah dia yang end lot tu..apa daa..tak bertamadun langsung...

    (aku dah lama geram dengan manusia tu sebenarnya)

    ReplyDelete
  7. kite bakor!!!!

    ReplyDelete
  8. moh le..bakor sampai jadi arang..kehkehkeh!

    ReplyDelete
  9. Sejak akak umur 4 tahun duduk di rumah yg sama, pi study & keja jauh2 pun akhirnya balik ke sini jugak. Kalau tak kenal jiran mmg nak kena sekeh, hehe.

    Memang taktik yg bagus untuk add di FB tuh, heheheh!

    ReplyDelete
  10. Kak Dinas,
    saya cuma kenal yang paling hampir saja sejak duduk di windsor, tapi masa duduk di flat AU3, satu flat saya kenal.
    Haha...tektik bagus kan...ok le tu..sebab dulu saya ada no tpon meon tu tapi lepas tukar telefon, terus gone semua...

    ReplyDelete
  11. pupuk balik smgt kejiranan yang lama tu...very helpful tau... :D

    ReplyDelete
  12. Jiran sebelah kiri apartment saya Mr.Bock seorang flight attendat British Airways - sering bertegur sapa bila berselisih kat lif ataupun tangga dan jiran. Jiran Sebelah kanan seorang kakak Korean yang seksi- sering berborak2 dekat laundry room :).

    ReplyDelete
  13. hi LW
    kami ni org kampong..er small town ..so memang kenal amat kenal sgt ler..setengah staff satu office..kami amat rapat..kucing dia kucing kami gak..sama2 tlg tgk2 rumah kalau blk kampong malah kunci rumah pun ada spare kat beberapa yg rapat..selalu buat bbq bawah lampu jalan..siap ada mou..saya hantar anak mereka pegi sekolah (sekali hantar anak sendiri la)..balik sekolah mereka tlg amik anak..kan senang gitu..best sini..

    ReplyDelete
  14. jiran....itu harus lah kita kenal
    untuk kebaikkan untuk diri dan rumah juga

    sebenarnya jgn sombong sangat dgn jiran2 ni...

    ReplyDelete
  15. Mr Clive,
    kalau boleh nak baik dengan semua jiran, but then kawasan saya ini residentnya jenis manage their own biz..cuma sesekali selisih depa tengok je..senyum pun tidak except jiran kiri kanan yg selalu bertegur sapa...abes tu camne?

    ReplyDelete
  16. Khairul Abdullah,
    Waaa untunglah ada jiran friendly gitu kan...err mesti best sembang dengan kakak korea time laundry tu...hihi

    ReplyDelete
  17. All Along The Way,
    Itulah nilai perbezaan kehidupan di kota dan kawasan kampung yang mana masih tebal nilai kejiranan. Seronokkan kalau gitu, kita boleh ambil anak jiran dan jiran boleh ambil anak kita time balik sekolah atau selisih di jalanan. Dan yang mahal tu bbq bawah lampu jalan...how nice is the situation..i try to imagine...hoohoo...

    ReplyDelete
  18. Telor Power,
    Benar belaka tu, tapi kalau jiran sombong melangit...macam mana nak buat tu? setakat ini saya tak pernah lagi berhadapan jiran banyak kerenah..cuma ada sekali saya terpaksa jadi busy body apabila didapati jiran depan pintu saya kerap bawa masuk teman lelaki ke dalam rumahnya...wajarkan saya sibuk mengintip dan melapor?

    ReplyDelete
  19. kenal yang kiri kanan tapi hardly dpt jumpa..jiran belakang langsung tak kenal sbb tak pernah nampak batang hidung and i plak bangsa berat mulut..elok lerr sangat :p
    LW, mai jadi jiran i..hehehhe

    ReplyDelete
  20. blu4sky
    hah? jadi jiran u? eeee nak snagat! gerenti i boleh makan sedap sedap ni kan...tak pun u meh jadi tetamu i...meh la...hihi...

    ReplyDelete
  21. hebat2 jiran lw :)
    jiran2 saya ada yg okey ada yg tak okey..yg okey tu bagusla..yg tak okey..abaikan je.haha

    ReplyDelete
  22. i tak kenal jiran i..tapi yang i tahu 2 pintu apt tu chinese ladies ...sebelah pintu betul2 sebelah apt i big fat sarawakian guy with tattoo living with his house mate, unhandsome not my taste malay kelantanese guy .. so tak berapa nak interested..bhahahaa....so mean... :P

    u kata u tak tahu apa2 pasal si meon tapi u tahu pulak dia xcident..aaaa tak aci....

    so many things suicide kalau kita bercuti kan? ..so tell me, cemana i nak ada potted plant angkat sebab i pun jarang i ada kat rumah.. haishhhhh

    ReplyDelete
  23. LW: itu harus lah kita menyibuk kerana (bagi aku)

    dorang sedap2 buat dosa kita pula yg terima bala.Mana adil.

    Tapi apa2 pun kenalah siasat betul2 adakah mereka mmg bukan muhrim. Kalau dah kompom, baru ambil tindakkan.


    p/s: walaupun berani kerana benar, kalau boleh minta bantuan kawan2 atau sedara lelaki yg buat kerja tu

    ReplyDelete
  24. Irfa,
    Alhamdulillah walaupun jiran yang sebelah kiri itu berlainan bangsa dan dah lama tinggalkan rumahnya kosong, kami berinteraksi melalui FB...

    ReplyDelete
  25. Nenet Penne
    Ahahaha maknya si Meon yang bitau i Meon xccident...mak dia peramah, kalau sembang memang lama...tapi masa i sembang dengan Meon weekend semalam...semua dicakapnya...paling i tegezut katanya dia kerap turun Singapore beli barang motor dan lagi tegezut, bila add FB....in relationship with...si anu si polan...adehhh! Bhahahahaha..

    FYI, i beli potted plant baru setiap kali ada tetamu nak datang..dah berpuluh kali beli sebenarnya...

    ReplyDelete
  26. Telur Power,
    Memang masa dok flat kat AU3, aku adalah antara jiran yang busy body sebab pada malam-malam tertentu, aku nampak ada lelaki masuk ke rumah jiran depan aku...masa tu la juga aku cari nombor telefon JAIS segala bagai nak call...sebab aku rasa perbuatan itu memang salah...

    ReplyDelete
  27. cane r suasana raye kat oversea kan? tak pernah merase lagi.. hmm.. kenal gak jiran sebelah sorang uncle cina yang selalu bagi angpow tiap kali chinese new year.. mesti kne ingat! ^^

    ReplyDelete
  28. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  29. kay_are,
    ntah akak tak pernah rasa raya kat oversea..mungkin akan miss banyak perkara kot specially bab kuih muih dan hidangan raya..insyaAllah tahun depan kalau ada peluang akak nak try beraya di negara empat musim..:)

    ReplyDelete

Patin Tempoyak Kak Nik..

Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap d...