Monday 13 August 2012

Hugging each other..

Hugging? Kissing? Intimate? Really close or what? Hahaha jangan terkejut..ini gimmick murahan..betapa aku nak menggambarkan bahawa berdakap-dakapan itu adalah sedap, enak dan menyelerakan...kerana ia ditujukan kepada ketupat dakap yang mak pernah buat suatu ketika dulu. Cukup dengan lemak dan manis, ada kacang dan ada jagung..lemaknya santan terasa-rasa pada lidah, pulutnya lembut sekata menyebabkan sekali makan, kesedapan itu terus terasa hingga kini...tapi mak dah tak ada..makanya tak ada lagilah pulut dakap ini...tahun lepas pun aku ada buat entry seperti ini di sini.
Gambar ini adalah ihsan google, gambar dari blog seorang blogger yang aku terlupa nak catit nama..ketupat dakap yang mengujakan...
Kami lima beradik memang suka makan ketupat. Kakak suka ketupat daun palas, aku suka ketupat ini...ketupat dakap..dan adik suka ketupat nasi...yang lain-lain makan saja apa yang ada. Selalunya mak akan cuba memenuhi kehendak kami yang tiga teratas. Lebih banyak ragam lagi, aku nak ketupat yang ada kacang soya, kakak suka kalau ada jagung dan adik pula nak ada kedua-duanya. Hasilnya mak yang pening dan kalau ada ketupat basi di dapur selepas raya, mak akan buat-buat garang katanya nak masukkan ketupat basi itu ke dalam mulut kami sebab semua banyak ragam nak ketupat itu ini tapi bukannya habis pun..tamak, kata mak!

Dan Aidilfitri adalah suatu nolstalgia apabila ia menjadi hari untuk aku mengenang emak dan abah, mengenang segala penat lelah mereka membesarkan dan mendidik kami menjadi insan seperti hari ini. Kalau mereka ada, kami pula yang akan buat ketupat untuk mereka...sayangnya mereka lebih dulu pulang dan disayangi Ilahi...

Kalau ketupat lain, aku tak berapa suka memakannya kecuali ketupat dakap ini..entah kenapa rasanya sangat sedap dan nolstalgia sungguh ketika aku menikmati ketupat ini. Lazimnya mak akan berpakat dengan nenek saudara yang juga pandai membuat ketupat ini. Bungkusannya sama besar, ikatannya juga kemas dan ketat. Apabila direbus, tiada air yang masuk ke dalam bungkusan menyebabkan isinya kemas dan padat. Itulah rahsia kenapa ketupat ini sedap..
Aku rasa ketupat riben ini sangat cantik..suka sangat dengan ketupat palsu ini...yang penting ia cantik dan jadi hiasan rumah..
Dan ini adalah ketupat idaman dan kesukaan aku..bukan untuk dimakan, untuk dibuat hiasan di Windsor..ketupat daripada reben sebagai lantern di rumah...penat aku belajar anyam ketupat ini dengan officemate yang tekun mengajar..dengan upahnya adalah satu hidangan  makan tengah hari di Windsor. Dengan siapa lagi aku berhutang hidangan makan di Windsor ini...tolong ingatkan ya...hahaha! Akhirnya...jadi juga ketupat ini walaupun tidak sempurna. Ia dikemaskan oleh rakan yang tidak kedekut ilmu itu tadi sambil aku tunggu turn untuk group foto unit kami...
Group foto adalah waktu untuk semua orang release tention...

20 comments:

  1. eh.. ketupat dakap tu rupa dia macam 'kelupis' di tempat kami. Tapi biasanya kelupis tak ada inti.

    ReplyDelete
  2. kejap. nak tanya. ketupat basi, camner rasa, hehehe

    ReplyDelete
  3. Akak pun suka semua ketupats, termasuk ketupats dakap ituuu, yummeh!

    Al-Fatihah buat arwah emak & abah dik LW.

    ReplyDelete
  4. saya hanya suka ketupat palas...itu jer

    ReplyDelete
  5. selamat berketupat...asal nama Tupat tu mungkin dari ketupat kot?

    ReplyDelete
  6. whoooa.. ketupat pun pandai romentik-romentik gak dalam periuk ek...

    ReplyDelete
  7. balik ni nak training anyam ketupat kalau sempat.

    ReplyDelete
  8. penah makan tp tak penah buat.
    mak pun tak penah buat ketupat..selalu tempah je ketupat 3 segi tu

    ReplyDelete
  9. suka makan tapi tak tau buat.. tau rebus nasi impit dalam plastik je..

    tapi kat vietnam banyak dakap ni.. macam2 inti depa taruk.. ada pisang, kacang merah... tapi dgn pulut..

    ReplyDelete
  10. makanan traditional yang i suka makan..ketupat palas and kalupis.. sib baik adik ipar bangsa brunei.. merasa dpt kiriman kalupis dari mak dia..ngeh ngeh ngeh

    ReplyDelete
  11. Nong Andy
    Kalupis ya, aku pernah dengar nama makanan ini, tapi tak pernah lihat rupanya..kalau ada persamaan maksudnya nama saja berbeza tapi isinya sama kan...aku rindu nak makan ketupat dakap@kalupis ini...tapi tak tahu nak membuatnya...:(

    kau 1st, ok nanti datang KL collect hadiah...hehe

    ReplyDelete
  12. Sepa,
    Ketupat basi rasa macam mana? Ntah haku tak pernah makan...haha mak aku dulu dia acah je kata nak paksa kami makan...




    Dinas Aldi
    Yummeh kan kak ketupat itu...sedap sungguh rasanya...akak tak buat sama CIk G ka ketupat tu..hehe
    Thanks...for the alfatihah..:(

    ReplyDelete
  13. Khairul Abdullah
    Ketupat palas tu kalau cecah serunding pasti enak. Saya suka cecah susu pekat..tu style orang Kelantan punya menu...:)




    El Mariachi
    Tupat tu asalnya adalah tumpat..merujuk kepada ketumpatan/isipadu...tapi saya tak pasti sama ada mereka merujuk kepada air atau bahan lain..

    ReplyDelete
  14. Nizam.Arif
    Habisss tu, ingat orang saja kah pandai romentik-romentik? Ketupat pun pandai woo...tu pasal sedap je makan ketupat tu...hahaha




    SM
    Nanti ko datang Windsor ajar aku cemane nak buat ketupat bawang tu ya...aku nak gak belajar sampai pandai..esok dah tua senang aku nak bisness ketupat..




    ReplyDelete
  15. Irfa,
    Kalau kat kampung saya ada orang ambil upah buat ketupat ni..kat KL ni tak de..susah kalau teringin nak makan....huhu




    M.u.l.a.n
    Saya pun tau rebus nasi impit segera dalam plastik tu ja,..silap gaya tertidur, habis nasi impit hangit dan terjun ke tong sampah saja...raya tahun lepas saya tertidur..setengah dozen nasi impit tu tak boleh makan...hangus..haha...cuai sungguh masa tu..

    ReplyDelete
  16. Blu4sky
    Kalupis itu brunei punya ya? Makanan rumpun nusantara ni hampir nak sama ya...:)

    ReplyDelete
  17. LW, ha'ah usually org brunei will make kalupis.. mmg betullah makanan kita ni lebih kurang kurang lebih je..kekadang tu nama je lain-lain like org bugis kat tawau panggil berasak tu buras or was it the the other way round with the johorian..hihihi..

    ReplyDelete
  18. kt opis saya ni tak kira masa,boleh je order ketupat 3segi isi serunding tu..ada staf yang kakak dia mmg meniaga ketupat,org kelantan jugak.

    ReplyDelete
  19. ketupat buat gitu lawa la lady.boleh jadi bende decor even kalau xraya pun! heee

    ReplyDelete

Patin Tempoyak Kak Nik..

Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap d...