Tuesday 28 August 2012

Cisss beskut kering je lapisnya!

Cream cracker layer cheese..tajuk entry tu ala-ala hilang ingatan sebenarnya..sebab dah lama tak pekena kopi depan tingkap sambil menikmati pekat malam yang sama hitam dengan pekat kopi..
Mood raya masih terasa di tempat kerja. Osman pulak pasang lagu raya kuat-kuat sampai satu pejabat dengar. Aku puasa hari ni sebab Maghrib awal..boleh pula gini kan. Aircon sejuk gila sebab masih ramai yang bercuti..sambil layan kerja, tetiba ada jejaka pemalu datang hulur kek lapis sepinggan...alllooo aku dah le puasa. Kek tu pulak memang seduce habis..antaranya yang di atas tu..kalau addict dengan cheese..kek atas tu memang basenya adalah cheese. Namun, terpaksa jamu mata saja sebab puasa. Tak puas hati dengan budak Hafeezan yang datang hulur pinggan kek tu, aku paksa dia bagi resipi sebab katanya mudah je, tak payak masuk oven pun, masuk je dalam peti ais. Lagilah teruja bila dengar resipi sempoi macam ni kan.
Enak dimakan ketika sejuk...
Dan benar bagai dikata, balik kerja jam 6 petang, singgah Jusco beli cheese dan bahan lain, zipp zapp je, semudah petik jari sambil makan kacang. Siap dah, tapi awas..kalau tak suka cream cheese, anda tak boleh makan kek lapis ini kerana ia kaya dengan cheese dan yang sewaktu dengannya. Masa diambil nak buat kek ini tak sampai setengah jam pun..express sungguh. Aku suka kek segera macam ni, jimat masa.
Philadelphia cream cheese..kalau nak buat red vel pun boleh guna cream cheese ini juga..atau rainbow cake pun sama..tapi mahal wehh..
Sekali pandang macam tiramisu, dua kali pandang pun macam tiramisu juga tapi jangan tipah tertipu, ia adalah biskut cream cracker lapis cheese...simpan dalam peti ais bagi chill sekejap, then pekena dengan tea panas, biru mata hitamku. Sangat bombastik statement mengenai kek ini, tapi barang baik, kena bagi kecoh sket kan. Hafeezan, dik ko mesti suka akak kempen kek cheese ko ni kan..:)
Lapisan biskut dengan keju..lepas tu tabur nestum yang dicampur dengan serbuk koko..
Rambut maintain tutup dahi sebelah..
Ini le dianya Hafeezan tu, rambut cantiklah dik..hahaha. Motif akak promote kau, kalau ada sapa-sapa nak order kek lapis awak, bagi komisyen sket yer chehhh...Ok Hafeezan kata dia tolong maknya bakar kek lapis kat rumah..haaa salutelah bro, bukan setakat mahir pegang mouse kat opis, bakar dan bancuh kek pun pandai tau..bukan poyo punya kek..kek lapis yer. Ok, sapa nak order Hafeezan...ehhh bukan , sapa nak order kek lapis cheese n cream cracker ni, roger akak ya! nyumm nyumm...:)

Nota: Minggu ini akan dipenuhi dengan eksperimen membuat kek, kalau ada rakan blogger dekat, nak je aku bagi kek ni sebab aku hanya buat, bukan makan!

27 comments:

  1. Ehehehe.. bila ada perkataan cheese terus air liur aku bertambah.. muahahaha.

    #kan bagus kalau aku dekat dengan kau. Boleh je makan itu.. ehehe. Tapi nampakanya diet aku tak menjadi la gitu.. ekekeke.

    ReplyDelete
  2. Reenapple,
    Alaa kau diet kah? Tak pe lah makan sekali sekala. One day nanti kau kena datang Windsor tau.. kau cakap je nak kek cheese apa...aku beli kat kedai...kikiki!

    ReplyDelete
  3. salam LW,

    bukan you tengah diet kerr..hahha
    camne buat kek tu sila lah share recipenye.. mcm sedap lerr pulak.. kang klu ada org datang rumah bley lerr buat sbb serkut raya dah tinggal beberapa ketul lagi..

    ReplyDelete
  4. tak payah bake?
    hmm.. menarik nih...

    ReplyDelete
  5. Sy terbayang kesedapan biskut ni. Sihat tak sihat, tolak tepi dulu ye kak?

    ReplyDelete
  6. evagurl (podshop)
    Kan..memang menyelerakan tau..nom nom..hehe



    blu4sky
    diet tak diet, i buat juga sebab teruja sangat dengan resipi ala-ala segera itewww...nanti i letak resipi ya..nak buat lagi sekali kasi kick sket...yang semalam tu agak tawar sebab i letak gula sikit, kali ni nak letak susu pekat manis sama cream cheese biar meletops...

    ReplyDelete
  7. Nizam.Ariff
    Yerp..tak payah bake..just tindan-tindan jer..then masuk dalam peti es..chill jap then zass...burp!


    FaraherdaRazalan
    Meh kita lupakan seketika pasal diet tu yer..hehe

    ReplyDelete
  8. arghhhhhhhhhhhhhhhhhhh tidak
    ai like cheese
    lw mmg pandai menggoda tau

    ReplyDelete
  9. irfa..
    saya pandai menggoda...muehehe...meh sini saya goda awak supaya datang ke windsor..datang makan2..

    ReplyDelete
  10. meleleh air liur saya kak...>.<

    ReplyDelete
  11. Niza Romli
    Ya ke? Alaa sorry tau..muehehe nanti akak tempek resipi niza boleh try buat ya..senang sangat!

    ReplyDelete
  12. tak bley lawan kek cekelat lagi ni....


    ReplyDelete
  13. Rugi sungguh duduk jauh dari rumah dik LW *hantuk kepala ke dinding*

    ReplyDelete
  14. Telor Power
    Elehhh mai rasa dulu..gerenti pejam mata rapat..mwahahah!




    Dinas Aldi,
    Sama ada Kak Dinas mai Windsor atau saya pi Jelutong jumpa akak dan Cik G..hikhikhik! (Sambil ketawa sengeh-sengeh*)

    ReplyDelete
  15. kejap. nak tanya. kalau biskut colek ngan cheese sama tak rasa.?!

    nampak sedap eh kek tuh. pernah gak tengok org buat guna coklat. :)

    ReplyDelete
  16. Sepa
    Bahahaha..oitt soalan nak kena jentik tu...cer buat dulu nanti beritahu yek sama ke tak rasanya..

    Kalu ko nak resipi boleh, next entry aku tempek resipinya...gerenti boleh buat sebab sangat senang..

    ReplyDelete
  17. nak. ko tulis detail ar...
    kat rumah aku ada peti sejuk. saja bagitau. :)

    ReplyDelete
  18. Habis je keje tadi terus singgah beli cream cheese..sampai rumah terus buat....now kat dlm fridge...tak sabar nak rasa.

    ReplyDelete
  19. Sepa,
    Bak mai email, nanti aku email, make sure peti sejuk ko berfungsi yek...hik!

    ReplyDelete
  20. Khairul Abdullah,
    Apa cer kek tu, dah siap masuk peti sejuk eh? Nanti ada banyak lagi resipi simple untuk dicuba...tungguuuu! Hehe..

    ReplyDelete
  21. ini mcm kek batik tu kan
    dilenyek2 berselangseli dgn cekelat cair dan milo kot dimampat2kan kemudian di bekukan...


    betul ke? kalau betul kek cekelat tetap menang

    ahahahaha...

    ReplyDelete
  22. Ok ok serender, memang nak sama style membuatnya dgn kek batik itu...bro lu menang aaarrr....

    ReplyDelete
  23. nampak best aja resepi ni. macam kek batik jer mudah simple.. apa dia bahan dia tu??? chesse, biskut.. lagi???

    ReplyDelete
  24. sis,
    i mahu. pikap kat LRT Bangsar yek. hoho!

    *dapat emel tak?

    ReplyDelete
  25. ko guna email nih hasbinhas@gmail.com

    ReplyDelete
  26. Nong Andy,
    A ah mudah je. Bahan-bahannya biskut cream cracker yang biasa tu, philadelphia cream cheese dan susu, serbuk ,ilo atau koko dan nestu...lapis2 je..


    Blog tips,
    boleh boleh, nanti kita roger2 by email atau sms..":)



    Sepa,
    aku dah emai, dapat tak?

    ReplyDelete

Patin Tempoyak Kak Nik..

Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap d...