Tuesday, 9 September 2025

Dah sampai..

Ketika tayar mencecah bumi, ada sedikit rasa gegaran kecil namun tahu Emirates ini sudah selamat tiba di KLIA. Lebih 15 jam dalam perjalanan, tak percaya rasanya saya dah balik ke tanah air setelah hampir enam bulan menjalani kehidupan di Brockley, sebuah pekan kecil di SE4 yang ada banyak kisah dan cerita.

Setiap hari ada sahaja kisah yang melucukan, serius dan bersahaja. Paling saya suka bila keluar mengopi dengan kawan-kawan. Hari keluar mengopi adalah hari release bagi saya. Tidak perlu fikir nak masak apa, nak pakai baju apa dan risau pasal keadaan di rumah kerana apabila keluar dari rumah, kami melepaskan keluh kesah pada setiap inci jalan dan pada setiap helai daun yang sentiasa bertukar warna mengikut musim.

Tapi bukan ini yg mahu saya tuliskan..apa yg ingin dikongsi ialah bagaimana perasaan rindu terlerai tatkala kapalterbang mendarat di tanah air. Enam bulana sahajapun meninggalkan rumah, tapi rindunya tidak terhitung. Saya mengira hari setiap detik. Ketika mahu tidur, berkemas, makan dan duduk-duduk sahaja pun, yg saya ingat ialah tak sabar nak balik ke apartmen kecil di Bangi, apa khabar agaknya ruang sunyi yg sudah ditinggalkan berbualan-bulan itu, pastinya berhabuk dan berdebu.

Macam mana pula dengan peti ais saya yang sebelum ditinggalkan, ia sudah tidak begitu sejuk dan nasib baiknya, saya mengosongkan peti berkenaan dengan alasan sekiranya ia tidak berfungsi, balik nanti tidaklah saya perlu menghidu bau busuk..memang betul pun, peti ais berkenaan rosak total dan hanya layak dijual kepada tauke kedai peti ais second hand di Jalan Reko pada harga RM70 sahaja walaupun ketika membelinya dahulu, saya mengeluarkan kos hampir 2k.

Ok tak apalah, yg penting bau rumah yang lama ditinggalkan ini masih sama seperti saya meninggalkannya enam bulu dulu, maknanya tiada apa yg rosak atau 'mati' dalam apartmen kecil ini..

Monday, 24 March 2025

Rezeki tak pernah salah alamat...

Sejak tahun lepas saya dah membayangkan akan meraikan Aidilfitri di luar negara dan akan minum teh sambil makan kek untuk memperingati tarik lahir di sebuah kafe kecil di Brockley, SE4. Semuanya adalah angan-angan. Andai dulu kita sebut angan-angan Mat Jenin yang kononnya tidak akan ke mana pun angan-angan itu tapi masa kini sudah berbeza konotasi berkenaan.

Saya sampai di terminal 4 Heathrow, dari Heathrow nak balik ke Brockley kena tukar train di Whitechapel. 

Dah check in di loteng atas, Harry bagi sejambak Daffodil. Sejak dulu saya suka Daffodil ini kerana rupanya sangat cantik dan wangi pula.

Pada masa kini, perlu angan-angan yang kemudiannya akan dijelmakan kepada realiti. Justeru saya berpakat dengan Littlesyam untuk membeli tiket ke London kerana Syam berkebetulan ingin menyelesaikan tugasnya di Canterbury dan saya pula akan memanjangkan langkah ke Brockley.

Brockley, pekan kecil yang ada semua elemen yg saya suka, cafe, kedai souvenir etc dan paling penting ada 'happiness' kat sini..

Sakura tunggu masa nak kembang, tak percaya rasanya boleh tengok real cherry blossom depan mata. Pokok ini ada kat garden rumah Raja Yusniza di Foxberry. Setiap hari saya tengok ia kembang sedikit demi sedikit.

Bulan puasa kan, saya tolong Sab jual kueh Melayu. Ramai mat saleh atau local people yang akan berhenti dan tanya, seterus beli kuih-mueh ini. Paling laris, koci berinti kelapa hasil air tangan Sab.

Di tengah-tengah jalan di Foxberry, laluan untuk balik ke rumah.

Ikut mereka ke gudang nursery, Niza nak beli bunga untuk letak kat garden sebab Aidilfitri akan menjalang tak lama lagi. Cuaca masih sejuk, nasib baik saya ada bawa jacket..

Dalam pada berkira-kira itu, saya melayangkan mesej kepada sahabat yg saya kenali sejak lebih 10 tahun lalu iaitu adinda Raja Yusniza yg menetap di Brockley.

"Niza, ada bilik kosong tak? Ksha nak menginap seminggu..." 

"Bila Akak nak datang?"

"Hujung Januari..."

"Akak datang lama boleh tak? Tolong jaga Ona dan ambil Rizq balik sekolah."

"Hahhh ya ke?"

Dan segala-galanya berubah apabila saya diberi tiket utk ke London dan 19 Mac adalah tarikh saya berlepas ke London, lagi sepuluh hari sahaja lagi Aidilfitri akan menjelang tiba. Dengan baju raya pun tak bawa, apatah lagi persalinan lain yang sesuai untuk dipakai di hari lebaran. Kalau Allah sudah berkehendak, maka jadilah dengan izinNya.....

Friday, 21 February 2025

Beli je kat Jaya Grocer..

Beberapa hari lalu, sempat memenuhi jemputan Jaya Grocer Sunway sempena pelancaran empat label makanan yg cukup disukai ramai iaitu K Fry, Village Park, KGB dan Inside Scoop. Sebelum ini kalau nak beli produk FnB ini, kita pesan melalui Grab je kan tapi dengan adanya kolaborasi Jaya Grocer dengan empat jenama ini, siapa-siapa pun boleh terus beli di pasar raya besar itu.
Kalau biasa pi makan nasi lemak kat Village Park, ini sambal nasi lemak yang ditawarkan. Ada dua tahap kepedasan, kurang pedas dan pedas sangat, pilih je mana nak. Saya pilih yag biasa je.
Ini pula ayam goreng tanpa tulang K Fry, sedap! Saya dah cuba..pendek kata uols akan rambang mata kalau pergi Jaya Grocer sebab dia macam you name it you got it! Bukti saya ada kat Jaya Grocer haha..ye lah shopping ni satu proses healing yg menyeronokkan. Cuba browse kat lorong antara rak barang tu, boleh juling kan sebab semua benda nak beli..
Ini barisan vendor yg mana produk mereka ada dijual di Jaya Grocer, so lepas ni boleh beli terus dari Jaya Grocer.
(Dari kiri) Shahirah Razid, Pengurus Pemasaran K Fry Urban Korean, Datuk Seri Mohd Shamil Ngoh Abdullah, Pengasas Village Park bersama isterinya Datin Seri Aishah Chong,Adelene Foo, Pengerusi Jaya Grocer, Daniel Teng, Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer, Joseph Teoh, Ketua Pegawai Perniagaan dan Operasi, Steven Goh, Pengasas Killer Gourmet Burgers (KGB) dan Lim Shiew Li, Pengasas Inside Scoop bergambar bersama Produk Grab Signatures Jaya Grocer.

Dah sampai..

Ketika tayar mencecah bumi, ada sedikit rasa gegaran kecil namun tahu Emirates ini sudah selamat tiba di KLIA. Lebih 15 jam dalam perjalanan...