Wednesday, 19 November 2025

Dah sampai..

Ketika tayar mencecah bumi, ada sedikit rasa gegaran kecil namun tahu Emirates ini sudah selamat tiba di KLIA. Lebih 15 jam dalam perjalanan, tak percaya rasanya saya dah balik ke tanah air setelah hampir enam bulan menjalani kehidupan di Brockley, sebuah pekan kecil di SE4 yang ada banyak kisah dan cerita.

Setiap hari ada sahaja kisah yang melucukan, serius dan bersahaja. Paling saya suka bila keluar mengopi dengan kawan-kawan. Hari keluar mengopi adalah hari release bagi saya. Tidak perlu fikir nak masak apa, nak pakai baju apa dan risau pasal keadaan di rumah kerana apabila keluar dari rumah, kami melepaskan keluh kesah pada setiap inci jalan dan pada setiap helai daun yang sentiasa bertukar warna mengikut musim.

Tapi bukan ini yg mahu saya tuliskan..apa yg ingin dikongsi ialah bagaimana perasaan rindu terlerai tatkala kapalterbang mendarat di tanah air. Enam bulana sahajapun meninggalkan rumah, tapi rindunya tidak terhitung. Saya mengira hari setiap detik. Ketika mahu tidur, berkemas, makan dan duduk-duduk sahaja pun, yg saya ingat ialah tak sabar nak balik ke apartmen kecil di Bangi, apa khabar agaknya ruang sunyi yg sudah ditinggalkan berbualan-bulan itu, pastinya berhabuk dan berdebu.

Macam mana pula dengan peti ais saya yang sebelum ditinggalkan, ia sudah tidak begitu sejuk dan nasib baiknya, saya mengosongkan peti berkenaan dengan alasan sekiranya ia tidak berfungsi, balik nanti tidaklah saya perlu menghidu bau busuk..memang betul pun, peti ais berkenaan rosak total dan hanya layak dijual kepada tauke kedai peti ais second hand di Jalan Reko pada harga RM70 sahaja walaupun ketika membelinya dahulu, saya mengeluarkan kos hampir 2k.

Ok tak apalah, yg penting bau rumah yang lama ditinggalkan ini masih sama seperti saya meninggalkannya enam bulu dulu, maknanya tiada apa yg rosak atau 'mati' dalam apartmen kecil ini..

No comments:

Post a Comment

Dah sampai..

Ketika tayar mencecah bumi, ada sedikit rasa gegaran kecil namun tahu Emirates ini sudah selamat tiba di KLIA. Lebih 15 jam dalam perjalanan...