Saturday 6 July 2013

Frankfurt dan Amsterdam..

Sampai je KL jam 6.45 pagi  Khamis lalu, masuk dalam teksi nak balik Sg Long, aku cepat-cepat kena 'French Kiss' mende tu..yang dah lama tak kiss..fuhh lega...err ini French Kiss sama inhaler ya..bukan benda lain. Lepas kena dua kali pam, lega. Maka brader teksi pun tanya, kak long ni ada asthma ke? Ya bro..kalo tak, tak de nya saya sesaja nak pam mende tak best tu ke dalam mulut! Yuck..aku tak suka rasanya yang pelik itu. Nampaknya udara di KL masih jerebu. Ya Allah sempena Ramadhan yang akan mengetuk pintu kehidupan kami ini, bersihkalah udara dan segalanya di bawah langitMu!
Selamat sudah aku mengalami perjalanan kira-kira 10,000 kilometre lebih dari KLIA ke Frankfurt Airport (Franport) dan balik juga menerusi laluan sama. Penat usah dikira, tapi berbaloi dengan masa dan perkara lain yang dilalui sepanjang meneroka empat negara kejiranan itu. Aku dan Ros (kami) tiba jam 6.45 pagi di Franport pada 23 Jun dan blogger Khairul Abdullah (KA) sudah menunggu kami bersama isterinya untuk membawa kami balik ke rumahnya sementara berada di Frankfurt. Terima kasih atas budi baik beliau dan isteri menyediakan tempat tinggal selama empat malam kepada kami. Dan seperti yang kita dok baca kat blog beliau yang terer masak tu, soto, kek, semua kami rasa. Danke tuan tanah..kikiki!
Antara bahan-bahan untuk soto yang kami makan di rumah KA..maggi tu tak termasuk dalam hidangan ya. Maggi tu kami bawa dari KL dan rasa ketagih sungguh nak makan maggi perasa kari walaupun tuan tanah dah sediakan menu enak..soto tu pun kami bantai juga sebab semuanya adalah selera Melayu. Dan kek keju tu, perghhh..tetiba teringat kek keju Malaya ekekeke..dah telan separuh, baru teringat nak ambik gambo...:-)
Selepas satu malam dok menginap kat kediaman 'lima bintang' yang sangat selesa itu, kami memulakan perjalanan dengan menaiki keretapi dari central station untuk ke Amsterdam. Tiada perjalanan direct ke Amsterdam, jadi kami menukar train di Rotterdam untuk sampai ke Amsterdam central station. Train delay hampir 15 minit dan pertukaran train menjadi kelam kabut kerana kami pun tak mahir dengan bahasa German ni. Main taram dan tawakal je, lagipun KA kata train depa ni selalunya sharp on the time, sekali bila ada perubahan kami sudah confuse. Alhamdulillah, sampai juga ke Amsterdam selepas hampir enam jam menaiki tren dan merentasi beberapa kawasan ladang hijau.
Kami rasa nak melompat sebab 15 % misi sudah bermula. Sampai di stesen utama Amsterdam, kami terpaksa menunggu lama untuk beli tiket ke Brussel sebab sebelum ni, masa kat rumah KA, kami nak beli tiket online tak boleh sbb nak kena ada nombor pin. Jadi, kami beli di kaunter dan total tiket perjalanan dari Amsterdam ke Brussel dan dari Brussel ke Paris adalah kira-kira 140 euro juga lebih kurang. Yang penting, ada tiket. Dan sampai Amsterdam ni lagi teringat ke nasi lemak sambal bilis. Pasai pa la tekak ni masa kat Sg Long tak mo pulak makan nasi lemak, tapi bila dah jauh ni jenuh menelan ayo liow weii. Kat Ams ni sepatutnya jumpa sorang lagi kawan, Noah Shafie, tapi dia ni pulak pi bercuti ke Mallorca..langsung tak jumpa.
Kami menginap di Hotel Iris yang agak jauh dari bandar, tapi masih ada kenderaan dan mudah untuk ke Amsterdam Central. Setiap hari kami berjalan lebih 5km explore bandar yang ada terusan itu. Cantik tok sah citer la..sejuk dan nyaman..pehhh seb baik asthma mak tak menyerang kak ton. Kami sempat makan mee kari nyonya di Malaysian Nyonya Express di tengah2 bandar Amsterdam. Sedap gilaaaa....maybe sebab cuaca dan persekitaran menyebabkan ia rasa sangat yummy yang melampau..hahaha..baru sehari dua tinggal KL, tekak dan teringat sambal ikan bilis dan sambal belacan..choyyy!
Hotel NH Doelen ini aku dah pernah menginap pada 2007 ketika lawatan ke ibu pejabat Dumex di sini. Ia masih ada dan sama seperti tujuh tahun lepas. Di depan hotel ini ada University Theatre yang berdekatan juga dengan canal. Stylo sungguh tingkap rumah depa ni kan..penuh bunga.
Tak boleh tahan betul menegok bunga-bunga yang macam-macam warna dok ada kat jendela depa ni..kira pukul curi la kan. Mana sempat tu aku tala je cam..lalat kat bawah tu tak sedar kena skodeng.
Hah ni sekor lagi bee tak sedar kena skodeng. Syiok punya pasal dok hisap madu, cam dekat pun ia tak terbang..dan bawah tu mercutanda wajib kalu mai Amsterdam. Tujuh tahun lepas mende ni belum ada..kali ni dah ada, kami sempat berfoya-foya di sini sementara nak tunggu gelap. Belakang tu museum Rembrandt ke hapa ntah..banyak sangat muzium kat Amsterdam ni, tak ingat dah apa ke namanya.
Buah cherry ni je yang mampu kami beli sebab ia murah..kata orang,kalau guna duit euro ni, jangan nak rajin convert ke ringgit Malaysia..kalau convert juga mesti rasa mahal. Jadi kami berbelanja berhemah, semua share dan masa kat Ams ni juga kami makan croissant dan buah je. Tetiba mak rasa berat badan mak menurun setengah kilo..hahaha bangga sudah!
Selepas dua malam di Amsterdam, kami sekali lagi mengejar masa nak ambil train ke Brussel. Bersambung nanti ya...

28 comments:

  1. Selamat kembali ke tanah air kak. Ni lawatan kerana keje ke lawatan berfoya2 ni? Bestnya dpt jln2 kat negara org..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siti
      lawatan sambil menyelam minum air..selamat berpuasa T..

      Delete
  2. salam ramadhan LW..huh setiap kali tengok blog asyik kat oversea aje...belikanle fridge magnet ke apa ke...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. abg bro,
      dah beli, tapi tertinggal kat airport...huhusedey..

      Delete
    2. adoi lagi sedey...baru dapat satu je dari Ostalia member kasi...

      Delete
  3. Salam ramadan lw..


    Kemain cuti ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nong,
      selepas enam bulan x cuti, tu pasal aku kemain lagi hehe..

      Delete
  4. Wahhh pergi holiday Yaa.. Huuu.

    *Selamat Menyambut Ramadhan. :)

    ReplyDelete
  5. LW,

    wahh merasa air tangan Khairul yer..
    by the way, i pun asthma gak..alhamdulillah dah jarang kena..eventhough masa jerebu hari tu ada gak semput sket..but tak guna inhaler..in fact dah lama tak guna..yeah..bila amik puff tu rasa memang pelik..tak sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blue
      yer hari tu merasa soto dan kek keju dia. perghhh marvellous, sedap di mata sedap juga ditekak..try p Franfurt mesti dia masak nya..hihi

      Delete
  6. Hi Lady windsor. Wow! Must have been fun being in Europe.
    I guess there's also nothing like being home too.
    I enjoyed looking thru the well taken pics here. Very nice.
    Have a beautiful sunday.
    Lee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle Lee
      Yes I am, thank God for giving me an opportunity to explore His creation. It was amazing and perfecto plus awesome. One fine day I wanna visit u in Canada, can?

      Delete
  7. kalau pasal cerita mkn angin , tak sabar saya nak baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nieda Ramly
      Sabar ya..akak kena kumpul mood dulu jap..:)

      Delete
  8. Haisy seronoknya baca & tengok semua gambaq. Cepat update lagi na, tak sabaq dah ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas
      kejap naa..sat gi saya sambung..hihi

      Delete
  9. salam LW

    selamat menyambut Ramadhan yang jatuh lusa nanti

    kalau puasa kat europe summer ni , mau dalam 17-18 jam pasal matahari tak tenggelam hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam bapak,
      kat franfurt depa kena puasa 19 jam rasanya..masyaAllah..

      Delete
  10. KAK LW..
    mercu tanda tu mmg baru.sbb sy pegi pun i am amsterdam tu xde pun.kena repeat lagi la kot.hihi

    ReplyDelete
  11. gonna collect my thing at your place ..cant wait to hold it in my arms...hahhaaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nenet Penne
      Ok pls u r most welcome..beg tu cantik tauu...

      Delete
  12. Tu dia... jauhnya pi menyelam sambil minum air. tp alang2 gitu, biar minum sampai kenyg kan.. hahaha

    ReplyDelete
  13. sampe hati tak ajak.

    uwaaaaaaaaa!!!!

    ReplyDelete
  14. kt europe, boleh kata depan tingkap semua ada bunga. cantek2 plak tu. sampai dalam kamera, berdozen gambar tingkap ada bunga. husband tanya...motip gambar tingkap byk2???

    ReplyDelete

Patin Tempoyak Kak Nik..

Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap d...