Kali terakhir aku pi tengok movie bulan lepas dengan HH, ntah tak ingat dah pun citer apa. Rasanya citer ganas-ganas juga sebab aku sleepy kalau tengok citer lemau atau feeling-feeling ni. Mungkin juga faktor usia, rasanya layan citer yang berentak fast and thriller lagi mengembangkan saraf berbanding citer Cinderella atau Mr Arrogant...ehh sorry Mr Arrogant tu kat tv, maaf gua dah lama tak tengok tv. Tv kat rumah tu gua sedang berkira-kira nak jual timbang kilo ja, ada sapa-sapa nak?
Sorry ya saya tak usik dia, tak cucuk pun badan dia..tetiba dia mengamuk sakan..huh! |
Semalam ketika keluar berfoya-foya dengan Cikgu Z, kami buat keputusan drastik nak tengok Hobbit. Hobbit? Ya, sebab aku kononnya minat pada bekas laki Miranda Kerr...sapa lagi kalau bukan kembang setaman Bloom tu..jadi kami pun ghaib dalam TGV Cinema selama hampir dua jam. Ok kisahnya memang marvellous, yummy and delicious sebab kesan digitalnya sangat mengujakan bagi aku yang tak berapa nak tahu sangat pasal filem sequel ni. Pada tahun 93, ketika belajar mengenai filem dengan arwah Dr Annuar Nor Arai, kami bukan dilatih menonton filem, tapi turut dilatih mencerna dan mengkaji filem dari semua aspek seperti angle, kesan khas, shadow, durasi, sparce dan segala bagai lagi. Jadi apabila menonton Hobbit, kepala otak gua ligat mentafsir kesan khas dan prop serta set yang sangat mengaum itu..
Banyak lagi tempat lain boleh geletek, situ juga yang best..:) |
Katanya kalau nak jumpa Peter Jackson, kena buat appointment dulu nyah... |
Keseluruhannya aku bagi 4* pada filem arahan Peter Jackson ini kerana kadang-kadang kesan bunyinya tidak selari dengan pergerakan watak serta visual effect yang ada juga kekurangannya..chewahhhh mak mengkritik! Kebetulannya minggu lepas aku tersesat ke Auckland dan sempat singgah di studio kreatif Peter Jackson dan sudah semestinya aku sempat dating dengan tiga lelaki gergasi dan seorang lelaki tua ahli sihir yang tetap terserlah kehensemannya itu..termasuklah seorang lelaki jadian dan beberapa watak tambahan lain.
Ketika otw ke Wanganui juga kami (aku dan Syam) melepasi papan tanda Hamilton yang menjadi lokasi citer Hobbit dan ada lokasi khas dinamakan Hobbiton di Hamilton tapi kami tak singgah sebab berkejar dengan masa.
Macam biasakan, ada starting maka ada ending. Kita tunggu sekuel Hobbit ya sebab Arkenstone tu dah ditemui tapi tak pasti dapat ke tak digunakan oleh Thorin untuk merebut semula kampong dwarf yg jadi rebutan tu..Peter Jackson sila buat sambungan cepat, gua tunggu!
Pakwe gua nombor wahid! Tua-tua Gandalf pun dia tetap kacak! |
Nak juga tgk citer hobbit yg ni...
ReplyDeleteMacam best jer bila ada hensem2 hehehe...
Nong andy
Nong
ReplyDeleteP la tengok...kalau suka citer fiksyen, memang sesuai..
Suka sgt citer fiksyen. Try nak karang citer fiksyen tapi tak ja jadi lak.
DeleteTgk la ujung minggu nanti. G tgk movie ni..
Nong andy
Pls gi tengok ya Nong, filemnya hebat pada pengamatan aku..
Deleteentri bikin gua panasss... bila tgk labelnya auckland
ReplyDeleteCekem Mirza
Deletetak baik panas2 tau..kikiki...ehh jom mengopi kat Bangsar..
jom... just call my name... i'll be there
Deletemr. arrogant tak jiwang yer..dia ada unsur tersendiri tidak seperti citer Cinta Jannah atau Setia Hujung Nyawa..sentap i tauuu..hahahah
ReplyDeleteeh i dah lama tak tengok wayang ..lamaaa sangattt...mcm tak ada masa gituh walhal actually bukan pasal masa...entah!!! hahahha...
Aiyaaa sorry..tak jiwang ekk..
DeleteI p tengok hobbit tu pun sbb my sista ajak..kalo tak I berhobbit je la kat Windsor sg long kkekeke
Aku tonton hobbit ptg tadi...seksa nak habiskan sbb acond sejukkk..org tak ramai tp acond full blast..
ReplyDeletePastu anak aku boleh terlelap skjp..haha..
Nizam.Ariff
Deleteaku cadang nak tengok ronin pula tapi dah habis dah kot..terlepas
Dah tgk!! Best. Sbb tgk dri first kan
ReplyDeleteHani
Deleteakak tengok hat ni ja..sebelum ni tak ambik pusing pun..la ni baru sempat tengok wayang dik..
tak sabar sunggoh nak kena tunggu sambongans nya.. isshh isshh...
ReplyDeletem.u.l.a.n
Deletehaha berzaman dah ni baru nak sambung la dear..dah hilang sentuhan..
belom tengok lagi. filem ni shooting kat NZ kan? mesti banyak view cantik..
ReplyDeleteBTK
Deletea ahh..memang cantik viewnya sis..puas hati dok round tengok kawasan depa tu..
best ek...nk pi tgkla..
ReplyDeletehaha..kt pusat ngn idung patung gak yg nak dicucuk ek..hahaha
CadLyNN
DeleteKikiki notty jap..tu pun rasa nak cucuk mata dia tapi tak sampai tangan...
aik, dah reveal eh?
ReplyDeleteSM Botak
DeleteA ahh saja, mood aku baik dua tiga menjak ni..haha
Akak dah pi tengok dah pelem Hobbit terbaru tu, memang bestlah.
ReplyDeleteDik, janganla dik, Bard tu akak punya. Kihkih!
Kak Dinas
DeleteJom kita share Bard ya...hahaha...si handsome tewww
tunggu cerita Hercules nak tengok dengan ultraman ultraman saya..
ReplyDeleteAbang Bro, saya nak p tengok Ronin tapi dah habis kot ya...terlambat
Deletehaha.lawak gambar yg korek hidung tu
ReplyDeletebasuh tangan tak?
Datang wellington tak bagitau...
ReplyDeleteJoy kat wellington haa...