Wednesday 2 April 2014
Monolog angin..
Kalau ada 25 jam
kesemua 25 jam ni
aku nak habiskan depan tingkap
walaupun tingkap ni kecil
tapi boleh nampak 360 darjah
Alhamdulillah
terima kasih Allah
bagi aku view yang tak pernah jemu
untuk dilihat..
Sejak tujuh bulan lalu
kadang-kadang sambil menjahit
angin cium cermin tingkap
sambil sapa
"Salam.." kata angin
"Waalaikumsalam.." aku jawab.
"Rajinnya dok depan tingkap ni.." kata Angin lagi.
"Ya..sebab nak tengok anginlah.."
"Mengintai saya ke?" Angin Tanya lagi
"Ya..bukan mengintai. Tapi dah awak dok berlari, kejar sana sini depan cermin tingkap saya, saya tengok je lah.."
"Owhh ok..dengar tak apa kami bualkan?"
"Dengar. Faham.."
"Apa lagi yang nampak sejak tujuh bulan lalu?" Tanya Angin mencungkil jawapan.
"Dulu ada pokok cantik, dah kena tebang..kesian.." aku kata.
"Lagi..?" Angin masih menyoal.
"Tu haa..daun-daun tu kalau kena geletek dengan angin..cantik tariannya, enak muziknya berdesir.."
"Owhh...faham bahasa angin dah ke?"
"Sikit-sikit..bolehlah faham.."
"Bagus..justeru, pertama sekali, lihat bagaimana kami berbicara, lihat bagaimana kami berkomunikasi dengan alam, lihat bagaimana kami memujuk burung menghargai kehidupan.."
"InsyaAllah.."
"Jangan insyaAllah saja..lihat dengan mata hati ya.."
"Ya..aku tahu.."
"Ni nak pesan..jangan dok ikut kehendak syaitan..kalau bunyi azan tu, terus solat.."
Tiba-tiba bunyi desir angin mencium cermin tingkap, jam 2.11 pagi ketika aku tulis entry ini. Angin di luar mungkin membuat lawatan mengejut sebab tahu aku belum tidur..
Selamat malam angin...
"Lagi..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Obesiti
OBES? Takut gila wehh aku dengar perkataan obes ni. Aku tau aku dah masuk tahap obes tapi still bernasib baik sebab ada kesedaran walaupun t...
-
Kalau aku tak jadi kuli macam sekarang, mungkin aku jadi tukang masak walaupun aku tak pandai masak selalu kalau masak, KA dulu pernah k...
-
Semua style belang-belang..garis itu lebih menarik perhatian kiranya berbanding bulat...sorry kek ini adalah kek buatan dari dapur pe...
dah jd control tower lak akak kat tepi tingkap tu ye
ReplyDeletemiss u kakak ;)
Irfa
Deletea ah ya..setiap hari dok memerhati kehidupan dan pergerakan di luar tingkap akak..cermin gelap, depa tak Nampak kita skodeng depa..best hahaha
Ooo... hmmm....
ReplyDeleteAku faham akhirnya...
Uncle security itu namanya Angin....
.
yer..security yang tak Nampak, tapi aku boleh rasa kehadiran mereka..
DeleteAku suka duduk termenung kat tingkap sambil layan angin. Ahaa
ReplyDeletebest kan, bukan semua faham bahasa angina ni..
Delete