
Diet
Diet
menjadi perkataan paling kerap disebut dalam kalangan mereka yang mementingkan
kesihatan ataupun dalam kehidupan individu yang mahu menurunkan berat badan
atas sebab tertentu.
Sama
ada disedari atau tidak, pelbagai interpretasi mengenai diet dipraktikkan oleh
individu berdasarkan apa yang dibaca, disarankan oleh pengendali yang
menawarkan program diet mahupun jurulatih kecergasan seluruh negara.
Kenyataannya,
terpulang kepada diri masing-masing bagaimana mahu mencorakkan kesihatan diri
untuk masa depan yang lebih ceria, sihat, bebas penyakit dan tidak obes.
Diet bermula di minda, bukan di dapur

Pegawai
Psikologi dan Kaunselor Berdaftar Klinik Kesihatan Malaysia, Amar Aimmullah
Azizul berkata, diet boleh diterjemahkan sebagai satu disiplin yang bermula di
minda dan bukannya di dapur.
Katanya,
ada dua jenis gaya pemakanan yang sering diamalkan ramai individu tanpa
menyedari bahawa kedua-duanya mempunyai perbezaan meskipun secara asasnya membabitkan
perbuatan makan.
Fahami dua corak makan: Binge eating dan emotionally eating
“Binge eating dan emotionally eating adalah dua perkara berbeza yang mana binge eating adalah metode makan yang
seolah-olah makan apa sahaja dengan menyumbat ke dalam mulut dalam kadar yang
banyak seperti ‘mukbang’ yang lazim dilakukan pempengaruh di sosial media.
“Manakala
emotionally eating adalah makan
disebabkan tekanan yang dialami atau stress
dan corak pemakanan ini berlaku kerana kita makan untuk menghilangkan stress atau tekanan dihadapi,” katanya
pada majlis program Pengurusan Berat Badan di KKM Seksyen 3, Bangi baru-baru
ini.
 |
| Adakah anda makan kerana lapar emosi atau lapar fizikal? |
 |
| Konsisten lebih penting berbanding kesempurnaan dalam rutin makan. |
Amar
berkata kedua-dua corak pemakanan ini
mendatangkan kesan yang tidak baik terhadap individu yang mahu menurunkan berat
badan kerana boleh meningkatkan hormon kortisol yang mana kesannya akan
menjadikan diri lebih tertekan serta mula mencarikelegaan dengan makan makanan
manis atau tinggi gula.
Sehubungan
itu, Amar berkata emosi perlu ditangani sebaik mungkin terutama emosi yang
membabitkan kesunyian dan kebosanan yang mungkin boleh menyebabkan individu
mencari makanan sebagai alasan untuk mengawal perasaan demikian.
Lebih
memburukkan keadaan, sesudah menikmati makanan, emosi menjadi semakin memburuk
dan seterusnya mengganggu hormon kortisol yang membawa kepada natijah lain
seperti kecelaruan hormon.
“Apabila
perkara ini berlaku di dalam kehidupan seharian anda, berat badan tidak akan
menurun walaupun individu berkenaan mungkin berasa beliau makan dalam kuantiti
yang sedikit dan terkawal.
“Begitu
juga dengan faktor kesunyian yang boleh menyebabkan individu berasa mahu makan
dengan mencari makanan yang manis yang mana tabiat ini tidak bagus untuk
diamalkan,” katanya.
Sehubungan
itu, Amar menegaskan makan dengan emosi
yang terkawal dan tenang amat digalakkan bagi mengelakkan individu makan secara
berlebihan, makan makanan tinggi karbo dan makan makanan yang tidak sepatutnya
diambil dalam jumlah berlebihan.
Katanya
lagi, keadaan stress dalam diri individu juga akan mendorong mereka mencari
makanan manis yang hanya memberi kelegaan untuk tempoh sementara sahaja.
“Sebab
itulah kita disarankan untuk menguruskan emosi dengan bijak dan teratur seperti
makan dengan cara berhemah dan elak memegang telefon ketika makan.
“Sekiranya
mahu makan, jangan biasakan makan sambil memegang telefon atau makan sambil
menonton televisyen dan sebagainya, sebaliknya fokus dengan apa yand anda
makan,” katanya.
Mindfull Eating
Istilah
mindfull eating juga akan membantu
individu makan dengan fokus yang mana individu sedar dan cuba memperoses sebaik
mungkin apa yang dimakan kerana proses ini akan menjadikan perut kenyang lebih
lama.
Jelasnya
lagi, mindfull eating menjurus kepada
menghayati apa yang dimakan seperti menikmati nasi lemak (sebagai contoh) dengan
teratur selain menghayati kandungan atau bahan di dalam nasi lemak berkenaan.
 |
| Makan nasi lemak dengan metode Mindfull Eating akan menjadikan anda berasa kenyang lebih lama. |
“Jika
makan nasi lemak, cuba teliti dan hayati kandungannya seperti ikan bilis,
sambalnya sama ada cukup pedas atau tidak, kena dengan selera dan tekstur nasi itu sendiri, cukup lemak
atau sebaliknya.
“Kemudian
biarkan bahan-bahan berkenaan bermain di dalam mulut seperti adunan sambal dan
nasi, sedapkah pada citarasa kita dan bagaimana pula dengan ikan bilis, cukup
rangup atau tidak. Apabila fokus, rasa kenyang dalam diri akan kekal lama,”
katanya.
Berikut
adalah beberapa panduan lain disarankan Amar sekiranya individu ingin mengawal
berat badan:
1. 1. Amalkan
motivasi dalaman seperti tanamkan
niat mahu kurus kerana ingin hidup sihat dan jangan amalkan motivasi luaran seperti mahu turunkan
berat badan kerana mengikut ajakan rakan.
2. 2. Bina
rutin pemakanan yang lebih baik.dan tidak terlalu keras dengan diri sendiri,
toleransilah dengan diri sendiri supaya tiada tekanan terhadap diri.
3 3. Konsisten
lebih penting daripada kesempurnaan kerana konsisten akan memberikan kesan yang
memuaskan sekiranya dilakukan berterusan.
4. 4. Jangan
amalkan tabiat menghabiskan makanan anak sekiranya anda adalah ibu bapa kerana
situasi ini akan mendorong pengambilan makanan secara berlebihan dalam keadaan
tidak sedar.
5. 5. Apabila
ada perubahan kecil seperti penurunan berat, puji diri sendiri dan jangan
sekali-kali bandingkan diri dengan orang lain kerana metabolisme setiap
individu adalah berbeza.
6. 6. Perhalusi
perasaan lapar dalam diri, adakah lapar emosi atau lapar fizikal. Lapar fizikal
akan mendorong kita makan apa sahaja untuk menghilangkan rasa lapar, tetapi
lapar emosi akan membawa kita kepada mencari makanan manis dan ini tidak baik
untuk kesihatan diri.
7. 7. Elakkan
makan sambil melakukan aktiviti lain. Sekiranya keluar makan dengan rakan,
elakkan berbual perkara yang tidak berfaedah. Apa yang perlu dilakukan, mungkin
sepuluh minit pertama anda fokus dengan makan (mindfull eating) dan kemudian
barulah berbual.